Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, April 2, 2012

diari semalam

Catatan pendek ~ header baru blog buat masa ini.
Semalam pagi, jemput Laila Ain kat madrasah.  Kawan-kawannya tertinjau-tinjau kat pintu memandang aku yang pakai niqab.  Alahai budak-budak ni!  Malu  pulak aku.  Aku yang pakai, diorang pulak seronok.  Makcik lum dapat istiqamah la ... doakan ye.   Kemudian kami terus mencari rumah empunya nama Pondok As-Sunnah di FB dan bertemu orangnya.  Tapi tak melihat wajahnya, hanya sepasang mata sahaja.  Mungkin kerana Hidayat turut bersama waktu itu.  Genggaman tangannya ketika bersalam sangat erat.  Adohh, sebab cincin tersepit kuat, sakit, tapi dalam hati je terjerit.  Aku mengambil tempahan niqab untuk kami (aku dan Laila Ain).  Bayinya sangat comel, Zubair namanya. 
Semalam tengahari, Hidayat dihantar abahnya untuk mendaftar taekwondo di dewan batu 7.  Walaupun dia mahu, tetapi sentiasa bertanya bila nak karate batu-bata.  Ingatkan tak sabar nak karate rupa-rupanya sebaliknya, dia risaukan tangannya.  Balik dari latihan, terdengar dia mengajar adiknya berlatih.  Sayangnya pulak, semasa maghrib berbalas tumbuk dengan si adik sampai adik menangis.  Alah si Hidayat!
Semalam petang, menghantar Laila Ain balik.  Buat perjanjian dengannya, outing dua minggu sekali, dan akhir bulan balik tidur kat rumah.  Dia bersetuju.  Sebenarnya si abah yang tak mahu dia balik selalu sebab nakkan dia lebih berdikari.  Jangan manjakan sangat, kata abahnya.  Bila dua minggu lagi baru balik, duit poket lebih la sikit.  Tapi terfikir nak jenguk dia hujung minggu nanti, dan bawakan sambal bilis kegemarannya.  Ternampak-nampak dia tersengih kesukaan hihi ...
Kelmarinnya menjelang zuhor, kami sudah ziarah Naqib.  Dapatlah bawakan dia nasi kerabu yang dimintanya dua minggu sebelum tu tapi tokeh nasi kerabu bercuti.  Kami makan bersama di rumah tamu yang sedang direnovate, jadi ruang tu tidak bersih sangat.  Terpaksa duduk berlapik suratkhabar lama.  Alhamdulillah dapat menyukakan hatinya.  Belajar sungguh-sungguh, along!  Result exam baru-baru ni tak memberangsangkan.  Aku fikir, masa exam tu dia sedang dalam dilema sebab waktu itulah dia begitu berhajat nak ke Temboro.  Semoga kini dia stabil balik ... hai anakku Naqib!
Pagi ini hanya Hanessa duduk dalam kereta.  Dia duduk depan.  Hidayat mula naik basikal ke sekolah bersama-sama Arif kawan sekelas anak jiran kami.  Sebelum ni Arif dihantar bapanya.  Semoga Hidayat dan Arif selamat pergi balik sekolah.  Hanessa tak kena sakat lagi dengan abangnya pasal tempat duduk dalam kereta.  Ruang gigi depannya yang terlopong (patah tebu kena sikuku dulu) pun dah mula keluar separuh.  Alhamdulillah, tak lama lagi beransur la giginya penuh semua, dan makin sempurnala wajahnya.
Huh, macam buat repot aje! 
Kedai Pak Meon beransur siap.  Macam-macam kerja tambahan dibuat sehingga tarikh siap terpaksa dianjakkan beberapa kali.  Katanya untuk jualan Jumaat ini insyaAllah dia dan Wak Lan akan masak di kedai itu.  Jadi, minggu ini mesti siap tak boleh tidak la kalau gitu ... InsyaAllah semoga Allah membantu.  Dengan bantuan Allah, tak ada yang mustahil untuk dilakukan.  Nak dapatkan bantuan Allah, kena ikut perintah Allah.  Tinggalkan larangan Allah.  Dan sentiasa bergantung harap dan meminta kepada Allah.  Jangan lupakan Allah siang malam pagi petang setiap masa.
Aku pulak dah beberapa hari tak dapat dengar Radio Islam Nusantara.  Radio Nurislam Brunei pun sama.  Apasal ntah ...

catatan pendek aje ...

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing