Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, April 11, 2012

dah beribu kali

nasyid selawat nabi SAW  oleh Fitri UNIC tu berputar, masih belum jemu.  Kalau tiba kat lagu nombor 15, Hidayat akan kuatkan volume sampai 21, macam nak pecah gegendang telinga aku.  Sabar je lerr ...  Bila dah kena drive sendiri macam gini, tiba plak time pukul 3 petang, huh!  Kalau dapat rebahkan badan, mau meleleh airliur basi tak sedar (budak2 tu la, aku tak ...), aku pun tak kisah bukak volume 25 pun tak pe.  Biar kelopak mata aku tetap maintain terbuka berkelip-kelip penuh sedar.  Laju memang laju, setakat 110km/j je.  Kekadang je lebih sikit, tapi kali ni Hidayat selalu bagi signal bila dia selalu toleh kat aku (dia duduk sebelah, adik tidur kat belakang, bergilir sendiri, pagi tadi adik duk depan).
"Napa?" pelik gak sebab pagi tadi otw balik kampung, dia selalu suruh aku tekan minyak bagi laju lagi.
"Lauk!"  Ohh dia risau lauk gulai kat bonet tertumpah.  Hehe ... prihatin la anak aku ni.

Mak masak tiga jenis gulai.  Semua pakai santan dan kunyit.  Tentulah, kalau tak ... tak de la nama orang nogori.  Kalau Pak Meon balik sama, aku agak merungut pelan gak dia.  Sebab semua gulai lemak cili padi hehehe ... Gulai udang campur terung cina.  Gulai telur itik campur daun asam gelugur.  Rendang ayam campur daun puding.  Kalau tak, ada lagi satu lauk, gulai ikan bawal campur kambas tapi tak jadi, simpan balik dalam peti ais.  Lauk bawal ni spesel untuk mak R yang arlergik udang dan ayam.  Time tengah perah kelapa tu, tetiba ada call masuk.  Rupanya dari mak R bagitahu Kak Ju tak jadi balik, dan mak R pun tak mau datang bila dioffer untuk dijemput.

"Tak payahlah dah nak tongahari ni.  Kang payah pulak dah jomput nak ngantar balik lak ... "  macam tu la mak R kata kat mak J.

Lepas zuhor imam Gamin pun datang bersama isterinya.  Waktu tu Dato' Khalid dan isteri, Dato' Adnan dan isteri dah tiba.  Mak Long Jumah dah datang lebih awal tolong kat dapur. Masa imam baca doa, abang Lebar n famili pulak sampai.  Andah n famili tak hadir kerana ada kematian.  Itulah sahaja tetamu yang ada.  Memang tak jemput ramai pun.  Syukurlah, semoga dengan berkat doa yang dipanjatkan, Allah melimpahkan rahmat yang berkah ke atas rumah lama yang semakin misteri nusantara ini dan para penghuninya.  Aameen ya rabbal alameen.

"Mak, jadi ke tak Mak Long Senah nak datang ni?"  aku musykil, sebab orang Kg Delek tu patutnya dah sampai waktu ni.

Sampai aku 'dihalau' balik dek mak pukul tiga petang, bayang orang Klang masih tak nampak.  Tak jadi la tuh ...  ada catering agaknya dan semua penat nak drive balik kampung.  Esok lusa terjongol la.

Aku pun balik dengan hati yang agak berat, sebab kesian kat mak.   Tapi mak pun kesian kat aku, suruh aku ambik lauk-pauk yang ada untuk Pak Meon.  Mesti Pak Meon akan tanya, "ada bawak lauk tak?"

Alhamdulillah, perjalanan lancar dan laju.  Dengan pemeliharaan Allah, kami selamat sampai ke Sijangkang hampir jam 5.  Cuma kat highway Bukit Putus aku agak seriau.  Masa balik kampung dan melalui bahagian bergaung, tak semena-mena mimpi ngeri beberapa malam lepas muncul tiba-tiba.  Aku melihat satu gaung yang sangat dalam umpama kolam yang tak berair, dasarnya nun sayup di bawah sana.  Aku yang berada dalam kereta Kancil jatuh bergolek-golek.  Kelam-kabut keluar dari kereta, boleh terfikir kalaulah kereta tu meletup pulak.  Yang bestnya aku tak cedera (mimpi je) dan aku dapat mendaki naik dengan mudah. Sempat la buat call main teka-teka ngan mak tentang apa yang dah jadi kat aku waktu tu.  Mak risau bila dengar mimpi tu, tapi bila aku cerita aku dapat naik dengan senang hingga ke atas, mak lega semula dan nasihatkan supaya berhati-hati.

Aku bertawakkal kepada Allah.  Aku dah ludah tiga kali ke kiri pagi mimpi tu terjadi, dan aku dah berdoa kepadaNya memohon keselamatan.

Okeh, sambung cerita.

"Dayat agak abah kat mana?"  aku tanya Hidayat ketika hampir ke simpang masuk taman perumahan kami.

"Kat kedai."

"Satu .. dua .. tiga .."  aku acah dia.  Terus belok kereta menuju kedai.

Hehe ... alhamdulillah, rezeki untuk menjamah lambchop masih ada.  Sapa nak western food ie lambchop etc jemput datang ke Cafe de' Permai, mulai Isnin ini 16 April 2012 insyaAllah.

turun ilmu untuk En Harun (BP mari).  Besi tu ... besi ampaian aku! Pulang balik!



No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing