Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, January 25, 2012

dua kali gembira

Nak hantar Hidayat ke klinik kulit Rieki Baba di Telok Panglima Garang.  Abahnya sudah siapkan wang untuk bayaran, abah sudah ke KL.

PC ni di laluan dapur-hall, jadi singgah la sekejap.  Ada pesanan untuk ajukan sedikit pengenalan diri untuk urusan penghantaran.

Alhamdulillah!  Ya, saya akan terima tafsir al-Quran percuma melalui pos!!!!  Ia rezeki saya dari Allah melalui Umar Zakir.  Sila baca di blog beliau untuk maklumat lanjut, tapi untuk tawaran yang ini saya adalah si bertuah ketiga akhir yang berjaya.  Syukur kepada Allah.  Moga-moga tafsir ini serupa atau hampir serupa macam milik Nora, teman seusrah di Panaga, Seria.  Miliknya tu tafsir sepatah-sepatah untuk setiap perkataan dalam ayat.  Besar, memang besar dan kulit tebal.  Hampir RM200 harganya yang katanya dibeli secara online dengan bookstore di Semenanjung Malaysia.

Terima kasih kepada Umar Zakir.

Itu kegembiraan saya yang kedua.  Yang pertama?

Yang pertamanya dah berlalu tiga hari lepas, tapi masih ada lagi riak riangnya di hati saya.  Hmm ... ia adalah tentang bab 10 novel Sakinah.  Setelah lebih 30 hari, saya berjaya juga mengeposnya ke thread di Sastera Kayangan di tengah malam Ahad kelmarin.  Sengaja saya tak menjenguk dengan segera, kerana biasanya Sifu akan memberi sentuhan di malam berikutnya.  Beliau ada jadual sendiri untuk program yang perlu dihadiri dan untuk novel yang beliau garap.

Berdebar bila singgah di thread, selepas sifu maklumkan ada komen untuk saya.  Jeng jeng jeng!

mazzuin :)

saya dah baca bab 10 anda kat atas tu, dan ternyata walau tanpa sentuhan saya, anda sudah berjaya membuat sebuah bab yg bulat, padat, kuat dan menyentuh perasaan, tahniah!

tinggal dua bab saja lagi kan? sekarang anda dah boleh mulakan bab 11 pula. gigih terus k


Itulah yang sifu tulis di thread saya.  Ohh ... tak tau nak kata apa.  Perasaan saya libang-libu.  Tapi lama-kelamaan saya fikir, Allah jua yang menolong saya.  Penulisan novel ini antara yang masuk dalam doa harian saya.  Saya tak ada pengalaman untuk novel dan agak teruk saya kurang gemar membaca novel, puisi dan sajak.  Tanpa kursus penulisan (hanya sekali je sempat), hanya sifu yang memberi panduan dan bimbingan secara online.  Mengatasi semua itu, saya yakin doa saya diterima dan dimakbulkan Allah.  Alhamdulillah, syukur kepadaMU ya Tuhan.

Selain dari bab 10, ada bab lain yang boleh dikatakan mendapat hanya sedikit teguran untuk teknikal dari sifu dan selebihnya perfect.  Tapi dari bab 1 hingga pertengahan, memang banyak pembetulan termasuk rombakan jalan cerita.  Plot utama memang wujud, tetapi nak menjalin ilham dan kata-kata menjadikan ia kisah yang hidup dalam minda pembaca, wohhh bukan sonang!

Terima kasih Sifu Az :)

Harapan saya, tahun 2012 ni sebelum pertengahan tahun, dapatlah novel ini disiapkan dengan segala solekan dan tajuknya sempurna.  InsyaAllah.

Err ok la, saya nak kena hantar anak gi klinik.  Tadi saya dah pun bacakan ayat tertentu untuk minuman dan mandiannya.  Ia akan dilakukan insyaAllah seminggu direct macam yang diisyaratkan di dalam buku Pengubatan Bumi dan Pengubatan Langit tu .  Gi klinik ni bantuan luar je.  Yang menyembuhkan adalah Allah Subhanahu wa Taala. 


2 comments:

Noraini Hassan said...

Tahniah. Cepatlah terbitkan novel tu. Dah lama menunggu...

Naqhuhines said...

hehe insyaALlah doakanlah semoga novel ni selesai sebelum bulan Jun dan dapat penerbit yang terbaik yang sudi nak terbitkan ...

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing