Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Saturday, January 21, 2012

mengaji dengan ibu

as salam.

Cakk!

Malam ini kiranya sudah malam ke lima saya menjadi cikgu mengajar Iqra kepada Hidayat dan Hanessa.

Usai je solat Maghrib, lum sempat zikir dan doa, budak perempuan ni dah duduk di sisi bersama rehal tinggi dan kitabnya.  Tanpa tudung pulak tu.  Saya beri isyarat ke arah kepalanya sambil mulut kumat-kamit tanpa suara.  Dia bangun dan datang semula.  Kini sudah ada tudung pink menutup kepala.

"Cepatla mama!"

Selesai doa, saya beri tumpuan kepadanya. 

Jadual saya terpaksa diadjust.  Biasanya saya mengaji selepas solat maghrib hingga menjelang Isyak, kini saya terpaksa tangguh selepas solat Isyak pula bahkan bermula lebih jam 10 apabila perlu membantu Hidayat menyelesaikan homeworknya.  Masalahnya saya dah mula tersengguk-sengguk apabila waktu sendiri mengaji, semoga Allah mengampuni saya tatkala hilang terputus bacaan di tengah jalan sebab terlelap.  Tambahan lagi saya dah bersemangat semula nak membaca Muntakhab Hadis dan Fadhilat Amal di dalam bilik Hidayat dan Hanessa, biarpun mereka dah jauh lena dalam mimpi.  Mudah-mudahan roh mereka mendengar suara Nabi SAW dan kisah-kisah para sahabat r.hum sehingga dapat memberi kesan positif kepada jiwa dan minda.  InsyaAllah.  Jadi, tugas baru ini memang memberi cabaran kepada saya.

Nampaknya dia enjoy mengaji.  Helaian semalam mesti diulang semula, pembetulan dan masuk muka baru.

"Sa-ya.  Saya Hanessa."

Huruf seterusnya, "Tha-ra.  Hai Sarah!  Macam nama orang."

Dia gelak sendiri.  Hidungnya kembang kempis.  Nampak gigi rongak.  Lidi untuk sate yang dah bertahun dibeli pakai tak habis bertahun-tahun lepas terselit melintang di mulutnya.  Eh budak ni suka-suka dia betul.  Kalau dengan Ustaz Aizat, dah kena tengking gamaknya buat gaya macam ni.  Tapi depan Ustaz Aizat tak buat macam ni agak saya.  Segan dan hormat.

Bila dia lupa sebutan huruf, dia semak semula dari mukasurat pertama.  Saya perhatikan je.  Kemudian dia akan mengulang sebutan dua rangkai huruf tu (Iqra 2) tiga kali ulang.  Saya yang menyuruhnya ulang begitu semasa hari pertama Isnin lepas.  Saya terlupa, dia sendiri ingat.  Bagus nih, jadi saya suruh Hanessa ulang 10 kali.  Dia tak menolak bahkan mengulang lebih lagi.

"Pandang huruf ni!"  saya menegur keletahnya yang menyebut berulang kali dengan mata terpejam, kadangkala mendongak ke siling, atau tersengih dengan hidung kembang kuncup menatap saya.

Semenjak saya mengikuti muzakarah homeschool di masturat FB dua minggu lepas, saya mula mengubah persepsi sendiri tentang mengajar anak mengaji dan memberi tuisyen.

Tak dapat mempraktikkan homeschool buat mereka, saya mahu memberi yang terbaik yang boleh saya lakukan saat ini - iaitu ajar mengaji dan ajar mereka buat homework.

Makanya, saya ajak budak berdua ni mengaji dengan saya mulai Isnin kelmarin.  "Lepas solat, mengaji dengan mama."

Mereka akur.  Tapi hati saya cuak.  Dari rumah Fadzli kedengaran suara budak-budak riuh-rendah.  Tentu ustaz belum sampai tu.  Anak-anak saya ni tak tergoda ke nak join sekaki dengan kawan-kawan di situ?

Saya perhatikan riak mereka.  Saya tanya semula selepas habis mengaji.  "Nak mengaji dengan mama ke dengan ustaz?"

Kedua-duanya menjawab hampir serentak, "dengan mama!"  Lega hati mendengarnya.  Sebab saya garang mengajar.  Cepat betul hati jadi panas membuak kalau ada yang main-main.  Itulah yang terjadi sebelum ni kepada Naqib dan Laila Ain.  Nak marah aje, dalam kepala fikir kenapa la benda senang pun tak boleh buat.  Ini time handle homework.

Maghrib Selasa, saya suruh Hidayat maklumkan kepada ustaz supaya ustaz tak tertunggu-tunggu atau tertanya-tanya kehilangan mereka berdua.  Haih namanya pun budak, dia menjerit dari garaj rumah kami kepada ustaz yang sedang menyetat enjin motor nak balik, di garaj rumah Fadzli.

"USTAZ!  USTAZ!  SAYA DENGAN ADIK SAYA MENGAJI DENGAN IBU SAYA!"  dia menjerit sekuat mungkin kepada ustaz.

Marah betul saya.  Segera saya ambil kunci supaya dia membuka pagar dan pergi mendekati ustaz cakap pelan-pelan.  Sambil tu mulut saya pun menceceh, "bagitau ustaz, mama ajar Iqra je. Naik Quran mengaji balik dengan ustaz."

Lhoo ... tak sempat nak bukak pagar, dia teruskan lagi, "USTAZ!  USTAZ! IBU SAYA KATA MENGAJI IQRA JE NANTI NAIK QURAN MENGAJI BALIK DENGAN USTAZ!"

Saya marahi dia sebab menjerit-jerit begitu.  Rumah kami sederet memanjang, jadi jiran-jiran dua tiga pintu terdekat tentu mendengarnya. 

"Tak pe ma ... ustaz kata okeh!"

Seterusnya, Hidayat masih terkial-kial mengaji.  Yang panjang dipendekkan sebaliknya yang pendek dipanjangkan.  Syukur kepada Allah, saya pun tenang-tenang saja bahkan memberi bimbingan yang selembut mungkin.  Saya tanya macamana dia mengaji selama ni.  Jawabnya, kadang-kadang ustaz tak dengar dia membaca sebab memandang kaca tv tengok berita.  O' ala!  Cik Zee bukak tv ke?

Jadi main hentam baca je ke?  Kadang-kadang macam tu la, jawabnya.  Hanessa pun mengiyakan sama.

Nak salahkan ustaz sorang pun tak adil rasanya.  Mengajar tumpang rumah orang.  Macam gitulah.  Dulu saya dan suami yang mencadangkan dan membuka kelas mengaji di nurseri.  Tapi bila berkeputusan nak menjual nurseri dan kami akan ke Brunei, Sulpa yang membeli nurseri pun kurang selesa dengan aktiviti ini diteruskan (dia dan suami stay di nurseri), kami mencari orang yang sudi menumpangkan rumah mereka untuk mengaji.  Alhamdulillah, Fadzli sudi.  Dan ustaz pun tak kisah, dia akur sahaja.  Budak-budak mengaji pun suka dengan dia.

Cuma semenjak muzakarah homeschool tu, saya tersentuh dengan kegigihan Sofinee yang mempraktikkan homeschool untuk anak-anaknya.  Dia ada alasannya tersendiri.  Tapi yang mengusik saya ialah sikap cekal dan gigihnya.  Saya tak berniat nak ulas panjang tentang homeschool kat sini.  Cukuplah saya mula sedar, saya sebenarnya boleh membimbing dan membantu anak-anak saya menjadi insan yang lebih baik, bukan sekadar menyiapkan keperluan harian untuk mereka pergi sekolah semata dan check result peperiksaan serta pening kepala bila cuti sekolah tiba sebab risau campur geram melihat mereka mengadap laptop memanjang.

Balik cerita mengaji.  Hidayat yang mudah mengeluarkan airmata kalau kena tegur ni, tekun pulak mengaji dengan saya.  Dia dah naik quran semasa di Masjid Seria, tapi kena turun kelas belajar Iqra semula sebab tak lancar, adu gurunya kepada saya.  Bila mengajar sendiri macam ni, saya dapat kenalpasti kelemahannya di mana.  Dia suda kenal huruf tetapi bacaannya tersangkut-sangkut.  Macamana dia boleh sampai Iqra 5 baca macam ini?

Saya dengan kesabaran yang dikurniakan Allah kali ini, menyuruh dia mengulang-ulang beberapa kali.  Ulang sehingga betul dan saya puashati.  Dia ulang dan ulang.  Sehingga sempurna bacaannya barulah dia beralih ke barisan baru.  Dua tiga hari pertama saya selalu dihinggapi cuak dan risau.  Bimbang Hidayat bosan dan enggan mengaji lagi dengan saya.  Namun alhamdulillah syukur, hari ini hari kelima saya jadi macam ustazah mengajar mengaji, dan walaupun dia melekat sekejap di laptop ambil kesempatan semasa Hanessa mengaji, dia tetap datang selepas saya panggil beberapa kali dan mengaji dengan tekun.  Syukur kepadaMU Ya Allah.

Saya buat keputusan akan mengajar setiap hari supaya cepat habis iqra dan cepat naik quran.  Kalau dengan ustaz, mengaji tiga kali seminggu sahaja.  Dan kepala saya sibuk memikir ke mana nak menghantar Hidayat mengaji betul-betul.  Dia mesti khatam quran sebelum masuk madrasah nanti, lagi tiga tahun insyaallah.

Hanessa pun sama.  Mudah-mudahan dengan kelebihan budak perempuan ni yang seronok dan tekun nak belajar mengaji serta pick-up yang cepat, saya boleh up mukasurat dia mengaji jadi dua helai sehari, contohnya.  Nak cepat aje pun tak boleh juga.  Kena la sesuaikan dengan kemampuan yang ada.

Selain dari mengaji, saya juga setiap hari akan follow-up apa yang mereka belajar dalam perjalanan balik dari sekolah, dan pastikan homework yang diberi cikgu selesai hari itu juga.  Rezeki budak berdua ni nampaknya, sebab mama yang selalu marah-marah dengan Along dan Kakak dulu, kini sangat friendly ... dan saya sudah melupakan hasrat nak menghantar mereka ke kelas tambahan berbayar di luar.  Hari tu sibuk-sibuk menyimpan nombor yang tertera di banner dan bunting tuisyen.  Kini saya sahaja yang akan mengajar anak-anak saya sendiri.  InsyaAllah.   

"Tak pe, buat sikit je lagi.  Mama tolong tunjukkan.  Lepas tu tido ya."  bila Hidayat nak tangguh homework sebab mengantuk sangat.  Dulu saya marah bila anak tak reti nak selesaikan homework.  Anak tertekan, saya penat emosi.  Kesian Naqib dan Ain.  Either saya paksa siapkan homework sambil bantu dengan marah-marah hingga tengah malam, atau saya biarkan aje, nak buat buat, tak buat terpulang nanti cikgu marah kat kelas.  Macam tu dah give-up la tu.  Teruk betul, kan?  Tapi lama-kelamaan mereka pandai berdikari, sama ada siapkan di sekolah, cepat-cepat siapkan bila balik dari sekolah atau paling teruk terpaksa la izinkan anak telinga disumbat dengan amarah cikgu nanti hehe ...

Generasi kedua ni lebih improve nampaknya.  Tambahan Hidayat ni jenis cepat meleleh, merajuk dan sensitif.  Pengalaman lepas mengajar untuk membaiki diri.  Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang suasana positif ini.  Yang nombor wahid ialah berusaha mendekatkan diri kepada Allah, dan banyak berzikir.  Lagi pongggg ... umurpun dah bertambah hehehe ... baran usia muda dan slow.  Kot?  Agaknya.  Boleh pakai la teori ni.  Teringat cerita Doktor Safiah tentang dia dan anak-anak beliau.

Demikianlah kisah kami kali ini.  Jumpa lagi.

Bab 10 Sakinah sudah 20 mukasurat, sedang edit untuk buang apa yang tak perlu dan mantapkan jalan cerita.  Cookies terpaksa ditangguhkan.  Nak siapkan Sakinah dulu dan nak post ke thread.  :)  Hai Sifu dan Kak Aini ...  miss u all.


No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing