Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, January 12, 2012

kacamata Naqib

Sesuai dengan tajuknya, blog ini berkisar kisah empat anak-anak yang dirakamkan untuk kenang-kenangan, kononnya begitulah.  Melihat pelbagai telatah, bermacam kisah, seolah-olah ingin mengutip semua saat disumbat di sini, untuk menilai, menikmati, menyelami, mengerti dan memahami ... mengikut kadar kemampuan seorang ibu yang turut bergelut dengan dirinya sendiri. 

Ewah ... bagus punya intro la ... ye ke?

Iyalah, di Diari Naqhuhines ni, nadanya santai.  Ala, kisah budak-budak.  Bercampur aduk pulak tu, ada promosi makan-makan la, kisah mak bapak atuk nenek semua ada.  Jadi, ia lebih kepada rekod, koleksi, yang caca-marba. 

Tapi hari ni saya buat blog lagi ...

Lagi?  Haah ...  Free.  Buat la berapa banyak, larat dengan tak larat nak update je, sendiri tanggung la.

Blog ni series  serius punya blog.  Topiknya berat, tak boleh campur kat diari budak-budak ni.  Tapi, saya belum sedia nak publish. 

Naqib sudah tiga hari bercuti.  Ahad kelmarin dia menelefon meminta saya jemput dari madrasah.  Jangan bawa adik-adik, banyak barang nak kena bawak balik ni, tilam bantal semua, dia pesan begitu.  Adik-adik pun rileks aje, tak ikut sebab patuh pesanan abang sulung.  Abang sulung nak balik seminggu, nanti boleh bergasak tiap-tiap hari.  Semua pelajar diarahkan mengosongkan madrasah kerana ustaz nak mencuci madrasah dengan sebersih-bersihnya.  Begitulah duduk di madrasah,  susah nak cuti tapi boleh tiba-tiba dapat cuti macam gini.  Tapi naik belajar balik, beberapa hari terus exam.  Jadi, cuti ni boleh dianggap cuti nak periksa.  Lepas periksa biasanya ada cuti lagi. 

Hari ni Naqib balik kampung naik bas.  Dipendekkan cerita, saya minta mak sponsor belikan kacamata cucu kesayangan dia tu.  Dah dua bulan Naqib guna kacamata abah dia semenjak beberapa buah spek dia asyik patah aje.  Hingga yang terakhir dibuat bulan tiga tahun lepas, semasa abah dia balik sekejap dari Brunei, buat satu free satu tu.  Tak lama kami balik dari sana, Naqib mintak yang percuma tu untuk dipakai.  Tak lama lepas tu, patah lagi terkena tangan Hidayat.  Patahnya tak teruk masih boleh dibaiki, tapi abah yang tersirap darah (agaknya nak reading pun tak boleh kot time tu) sebab tempoh patah spek yang terlalu dekat, terus tolong mematahkan spek tu.  Terkulat-kulat je la memandang.

Lepas tu Naqib tak pakai kacamata lama jugak.  Then masa cuti raya, dia jumpa spek lama kat laci rumah kampung.  Agaknya macam sesuai je, dia pun pakai.  Mula-mula confuse jugak, spek arwah atuk Haji Manaf ke spek abah ... Then abah kata tu spek dia masa bertunang dengan mama ...

Si anak ni pun pakai terus, sampaila cuti seminggu ni.  Masa ni dia mengadu pening kepala lagi.  Selalu dengar dalam telefon je, kali ni tengok dia picit-picit dahi, pejam-pejam mata, makan panadol lagi, naik risau pulak.  Kejap sakit kat kanan, kejap kat kiri, ada rasa macam air mengalir pulak ... ishhh!  Abah cool je, pakai spek dia jadi no wonder la pening.  Bila anak pening je, abah kata nak buatkan spek, tapi belum la buat-buat lagi ... Tapi kata anak sulung dia ni, kalau sebab spek napa pagi-pagi bangun tidur dah pening gila sakan?  Wah, ni suspen ni. 

So kita nak scan jin ke?  Atau nak check mata dulu? 

Nak scan, send gambar je.  Tapi asyik lupa je pulak.  Bizi bizi bizi manjang entah hapa-hapa.  Nak ajak si abah direct ke pusat rawatan jin (bukan rawat jin, tapi rawat manusia ...) tu, dia enggan.  Terfikir pulak, mungkin sebab spek yang tak sesuai.  Terfikir terus, si nenek yang tak sempat jumpa cucunya ni mungkin boleh tolong sponsor kacamata dia.  Pendek cerita, walaupun hampir tak jadi, akhirnya balik la si cucu ni jumpa nenek dan dapatlah buat kacamata.  Makan kfc lagi!  Kalau dengan mak abah memang tak merasa la ... dengan si nenek ni pulak, tak de tempat lain nak makan mesti kfc.

Dengar cerita, harga spek tu lima ratus lebih.  Mak oii ... kok ye pun disponsor patut-patut la anak oiii ...  Dah le mama ekau ni tak memberi.  Ekau pulak mengetuk bukan main lagi.  Apa-apapun bersyukurlah.  Rezeki dari Allah melalui nenek ekau tu.  Mudah-mudahan mengalir pahala untuk dia bila kamu membaca kitab Allah dengan spek yang dia belikan tu, dan setiap kali kamu memandang seisi alam ni, insyaAllah.  So baik-baiklah gunakan spek tu, jangan la patah lagi tunggu la 5 tahun lagi baru patah ke hapa ke ...  Jadi semoga idap-idapan sakit kepala tu tak berulang lagi.  Tumpukan sepenuh perhatian kepada hafazan, macam yang ditargetkan tu.  Sama-sama kita mengangkat tangan berdoa sungguh-sungguh sepenuh hati kepada Allah, semoga Allah memberi kemudahan kepada kamu adik-beradik menuntut ilmu dan menjadi orang yang berguna, dunia dan akhirat.  Bantu ugama Allah, sebarkan dakwah, ikhlaskan niat demi keredhaanNYA.  Sama-sama kita baiki diri dan bergantung harap dan hati kepada Allah.

Ya Allah, bantulah kami suami-isteri mendidik anak-anak ini.  Kami tak tahu dan serba lemah sana sini, emosi lagi ...  pimpinlah kami dan mudahkanlah kami selalu.  Agar dapat kami memberi yang terbaik kepada mereka, mencukupi hak mereka, agar di akhirat nanti tidak kami ditempelak di hadapanMU.  Jadikanlah kami orang yang ikhlas dan berusaha semata-mata keranaMU, kerana mengharapkan keredhaanMU.  Janganlah biarkan kami ditipu, tertipu atau menipu.  Kerana kami tidak akan ditipu, tertipu dan menipu melainkan kepada diri kami sendiri.  Bantulah kami ya Allah, janganlah kami menjadi orang yang rugi dan menyesal nanti.  Semoga anak-anak ini menjadi anak-anak soleh yang mendoakan kami ketika bersendirian di dalam tanah yang dingin dalam ketakutan, sehingga lubang kubur itu bertukar menjadi pintu-pintu syurga yang melaluinya bertiup hembusan udara harum semerbak dari sana.  InsyaAllah. Ameen.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing