Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, January 19, 2012

insyaAllah insyaAllah insyaAllah ...

salam pertemuan.

sedikit pembetulan.

kacamata Naqib dapat diskaun 50%, alhamdulillah.  Segak dia dengan bingkai hitam multicoated lens.  Uwannya kata tak mengapalah, sesekali biar cucunya bersemangat nak belajar lebih giat.  Insyaallah ya Muhammad Naqib ...!  InsyaAllah insyaAllah insyaAllah insyaAllahhhh (teringat pulak lirik lagu Maher Zain hehe).

Buttercup tu salah satu brand untuk mentega.  Naif hehe ... Saya akan buat insyaAllah satu cookies lagi menggunakan butter sepenuhnya.  Teringat janji manisku nak bikin cookies dan pos ke Sifu dan Kak Aini.  Janji mesti ditepati.  Nak cari casing cantik dulu yang selamat untuk naik kapalterbang.  Semoga cookies ni menjadi pengikat hati antara aku dan mereka berdua ... insyaAllah.

Hidayat - semasa borak-borak dengan mak Falah budak hiperaktif tu, terkeluar cerita dua kali gagal (kes di hospital Tutong tu la ... segan nak ulang lagi ceritanya.)  Mak Falah, namanya Yus, pun bukak cerita pasal hantar Falah ke klinik untuk keluarkan benda yang tersekat di lubang hidungnya.  Falah ni antara generasi awal yang pernah saya jaga di nurseri dulu.  Dia alhamdulillah lekat hati dengan saya.  Walaupun agak sukar nak menawan pada mula-mula dan lagaknya yang hiper, akhirnya saya berjaya.  Kata mak Falah, akhirnya doktor bagi ubat tidur kepada Falah untuk melemahkannya supaya dapat diberikan suntikan pula untuk menidurkan dia.  Dia tak tidur, hanya tidur-tidur ayam, masih meronta tapi lemah, dan dapatlah doktor dan jururawat mengerjakan hidungnya.  Akhirnya keluarlah bijirin kacang yang dah berbau tu.  Alhamdulillah.

Jadi, saya pun mencadangkan cara yang sama untuk Hidayat apabila nak berkhatan nanti (terbukak cerita jugak la ... ).  Kalau boleh lagi cepat lagi bagus.  Tahun ni la pulak kot.  InsyaAllah.  Kalau dia buat perangai sama lagi, badan pulak dah makin tegap, makin semangat, perut pun dah agak boroi, gempal, mungkin la kena bagi ubat tidur dan suntikan bius.  Jangan sampai ada yang mendapat mudarat, itulah maksudnya baik di pihak perawat mahupun pihak dirawat hehe ...

Semoga Allah memudahkan, supaya janganlah sampai macam tu.  Kita ada cara rohaniah yang lebih afdal iaitu solat hajat dan doa.  Dan boleh dimulaikan dari sekarang.  "Abahnya, jangan lupa doakan budak tu ya ... sesama la kita."

Hanessa dah semakin biasa dengan jadual pagi selepas bercuti panjang.  Gigi depan pun dah ada sebatang besar macam gigi kapak.  Tapi yang patah tebu terkena siku saya dulu tu memang tak akan tumbuh selagi gigi pengapit yang sebelah lagi tak keluar.  Doktor yang mencabut tunggul gigi susu yang memberitahu begitu.  Dan gigi yang itu pun macam tak nak keluar pulak.  Jadi dua ruang masih kosong di gusi atas depan.  Apapun, comel hehe ...  Dialah satu-satunya anakku yang rongak sejak kecil dan giginya kurang cantik.  Tak apalah, mungkin ada kelebihan yang lain pula.  InsyaAllah.  Keletahnya memang selalu menghiburkan hati.

Hurilain - ceria.  Dia bersyukur kerana dapat rasa gembira tinggal di madrasah sekarang.  Alhamdulillah.  Saya bersyukur benar-benar.  Tak tinggal doa untuk dia dan tiga lagi.  Kalau madrasah perempuan di Bukit Changgang naik, saya nak tukarkan dia ke sana.  Tapi Naqib tak menyokong langsung.  Tak taulah mengapa.  Pada saya sepatutnya dia suka aje.  Ada alasannya tapi saya anggap perkara kecil aje.  Practice makes perfect.  Setiap kelemahan boleh dibaiki.  Yang penting Allah menerima anak-anak saya belajar di madrasah, belajar ilmu yang asas untuk hidup dunia akhirat dan seterusnya seperti yang dirancangkan bersama.  InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah (lagu Maher Zain terdengar lagi kat dalam kepala).

Keseluruhan alhamdulillah.  Cuma anak-anak ada yang diserang kudis.  Macam yang Naqib alami, tapi Naqib dah elok dah tinggal saki baki parut je dan sikit-sikit lagi kat jari tangan.  Jadi sekarang ni kami sedang sibuk mengendalikan kudis.  Beli krim purple.  Semoga serasi.  Dalam buku Pengubatan Bumi dan Pengubatan Langit oleh Tuan Mufti Brunei ada disertakan doa-doa ayat al-Quran untuk beberapa jenis penyakit termasuk gatal-gatal yang kronik.  Saya akan mempraktikkan pengubatan gabungan ini untuk mereka insyaAllah.

Saya rasa bersalah.  Risau juga.  Jadi saya telah menghadap bab 10, 9 dan 8 berselang-seli.  Hati saya berkata, selain butter cookies yang akan saya buat, saya mahu menyelesaikan lima bab terus.  Saya sudah penat.  Penat menanti bila novel saya nak habis.  Saya dah segan nak ziarah sifu dan kak Aini.  Segan!  Memang bengong sikap begini.  Jadi, saya akan ziarah juga.  Tunggu bab 10 ni siap.  Macam dah siap tapi saya tak puas hati.  Saya tak suka reka-reka cerita yang mengarut.  Kalau mengarut pun biarlah cukup karutnya.  Bukan karut tak jadi, kan.  Tapi cerita saya bukan cerita karut.  Bukan ya.

Cuma saya perlu jalinkan ilham dan ayat dengan sempurna.  Mesti sempurna pada anggapan saya.  Supaya tak perlu banyak pembetulan nanti.  InsyaAllah.  Apa yang saya ada, akan saya gunakan semaksima mungkin.  Saya selalu fikir nak minta tolong kakak saya tu editkan.  Tapi, saya tak akan ganggu dia.  Dia dah terlalu sibuk mengejar masa.  Semoga dia berjaya.

Oleh itu, saya bye-bye dulu di sini.  Sehingga jumpa lagi.  Brunei Dalam Kenangan pun mungkin akan terhenti setakat yang ada aje.  Saya terjumpa anNamir di www.flickr.com yang membuatkan airliur saya meleleh untuk mendapatkan kamera macam dimilikinya.  Juga kemahiran macam yang dipunyainya.  Pengetahuan dia juga.

Saya fikir minat kami sama.  Suka pemandangan dan suka shot yang cantik.  Cuma saya terlambat tapi ... tak bermakna saya terlewat.  InsyaAllah.  Semoga Allah sampaikan hasrat hati.

Jadi, saya pun sign up akaun flickr.  O ala ... dah ada rupanya pun, entah tahun bila saya sign up.  Gambar pertama pun dah download, baru sebentar.  Dek kerana itu; butter cookies, bab 10-14 Sakinah dan mungkin juga  sedikit update di www.flickr.com akan memenuhi masa saya nanti.  Ohh ya bye bye juga fesbuk.

Akhir sekali, terima kasih teramat kasih buat suami tersayang yang telah membeli sekotak buttercup dan sekotak tepung gandum awal pagi tadi semasa dia ke pasar Meru untuk membeli bahan basah untuk jualan bariani esok.  Saya terbau-bau dua bau ... bau bariani dan bau cookies hehehe ...  sepakat kan.  Ok la tu, alhamdulillah.  Err anda tak terbau ke?  Hidung tersumbat?  Hehe.

Jumpa lagi ...  insyaAllah insyaAllah insyaAllah (lagu ... Maher Zain hehe).




No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing