Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, January 10, 2012

hari ke lima

Hari ke lima, dia mula buat perangai lama.  Pagi ini, dia menangis tak mahu pergi sekolah.

"Puteri suka tolak kepala." 

"Buat macamana?"

Dia lakonkan gaya orang menunjal dahi ke dahi saya, tapi perlahan aje.  "Ala, dia gurau je tu."

"Tak ... dia selalu buat macam tu.  Tak nak gi sekolah!"

"Tak pe tak pe, nanti mama cakap dengan dia.  Kalau dia buat lagi, mama bagitau cikgu ye.""

"Nak tukar tempat duduk."

"Ok, duk dengan Fatin ya.  Fatin tu senyap je." 

Dia diam.  "Tak nak gi sekolah ....."

Aduh, pagi-pagi macam ni, kalau anak buat perangai memang masalah.  Pujuk betul-betul.  Kita akan bantu atasi masalah.  Kalau perlu jumpa cikgu, kita akan jumpa.  Terbayang wajah Cikgu Rohana yang keibuan. 

Kalau tak makan pujuk ...

"Nak kena rotan?!"  saya jerkah dengan mode garang.  Sebelum abah dia yang menjerkah, lebih baik saya dulu.  Jerkahan saya tak seteruk abah dia, saya sentiasa fikir macam itu.

Dia tersedu-sedu.  Tegak bersandar.  Keras kejung macam patung tapi airmata berlinangan ke pipi.  Melihat begitu, saya capai rotan di belakang langsir pintu bilik.  Acu-acu acah-acah di udara.  Dia masih beku.

Zapp!  Betisnya makan rotan.

Alah, saya rasa tak kuat sangat.  Dia makin hiba, makin banyak airmata.  Tapi dia berusaha lucut baju Ana Muslim warna pink yang agak sempit tu.  Biasanya dia akan minta tolong saya tarik ke atas.  Kali ni dia berjaya pulak lucut sendiri hehh ...

Saya sangkut balik rotan.  Kang letak kat mana-mana saya jugak yang susah nak mencari.  Kalau tanya dorang, tentu dorang geleng aje.  Manjang tak tau kat mana rotan berada.  Kancil memang tak sukakan perangkap! (ada kaitan ke? entah le ...)

 Lepas mandi, dengan muka sebiknya, saya layan dia.  Lapkan badannya, sapu luka terkopek di sikunya dengan minyak gamat, pakaikan bedak Shahira botol hijau yang harum tu, dan ikat siput rambutnya yang paras bahu.  Beberapa hari saya tocangkan, tapi katanya geli kat tengkuk bila sarung tudung, macam ulat.  Jadi ikat siput aje.  Sapu bedak ke muka.  Selesai alhamdulillah.  Moodnya pun dah pulih.

Bantu Hidayat pulak kemas buku.  Lima minit dah melepasi jam 7.  Semalam 6.54 dah start enjin kereta.  Hari ni macam lewat pulak ishhh ... Budak lelaki ni sanggup angkut semua buku teks dan rampaian even jilid dua sebab malas nak semak jadual.  Pagi ni tolong sambil membebel sikit.  Sikit aje sebab kalau lebih-lebih nanti abah dia tambah perisa lagi. 

"NI NAK SEKOLAH KE TAK NAK NI?  BUAT APA LAGI NI?  BLA BLA BLA bla bla blaaaaaaa ..............." 

Haaa kan dah cakap dah!  Lum lama pun baru sebaris ayat jo!!  Abah dia dah mula dah!!!

Menyampah betul, tapi diam aje le.  "Kemas buku jap.  Dah jom cepat Dayat!" 

Hidayat dah bergenang mata.  Hehehe padan muka.  Kan dah pesan sejak tahun lampau dah, kemas buku awal-awal.  Semua nak harap mama, mama pun kadang-kadang lupa tak sempat macam-macam hal la.  Abah mana nak tolong, kalau dia tolong memang buang tebiat namanya.  So ... hadap telan aje le ye pagi-pagi dah kena sembur! 

Then, Naqib dah standby atas motor nak tolong hantar adik-adik.  Sambil cium pipi dia dan abangnya, saya bisik supaya gi salam abah.  Abah tengah tercongok atas bangku batu main handphone. 

Dia geleng, tak nak, katanya. 

"Dayat, salam abah!"  Naqib suruh Hidayat. 

Tapi Hidayat masih terkial-kial dengan beg sekolahnya. 

Dia pergi kepada abah, cium pipi dan dicium pipinya.  Abah dah ok, mungkin macam tu katanya dalam hati. 

Hidayat pulak salam dan cium abah. 

Lega hati, keadaan tegang dah pulih semula.  Walaupun sekejap, tapi kalau tak dicover cepat boleh berlarutan dalam hati anak hingga ke sekolah. 

Hidayat gelak-gelak dengan abahnya dan dah mula nak panjat motor.  Hati Hidayat riang sebab along ada seminggu di rumah.

Dia cool aje.  "Eh cepatlah naik motor tu!"

Tapi .... "Nak mama hantar!" 

Alamakkkk .... dia tetap nak saya hantar jugak.  Sudahnya Hidayat naik motor dengan Naqib, dia naik kereta dengan saya. 

Sampai di sekolah, saya pimpin dia hingga ke kelas.  Puteri masih belum datang.  Dia tak nak duduk dengan Puteri.  Kini dia saya tempatkan di barisan tengah, baris kedua dari depan.  Tak lama Fatin pun datang dengan muka berbedak putih.  Fatin duduk di belakang.  Saya pujuk Fatin duduk depan dengan dia, Fatin tak nak pulak.  Budak perempuan di sebelah Fatin memberitahu saya, Fatin suka duduk di situ.  Laaa ...  Mungkin Fatin rasa lebih selamat duduk belakang sikit, macam saya pilih tempat duduk kalau time subjek berat-berat atau subjek tak suka kat U hehehe ...  Oke, tak nak la paksa Fatin.

Tapi dia dah menangis balik.  Mode garang saya pun muncul balik.  "Tunggu sini, mama tunggu cikgu kat luar."  Saya pun melangkah ke pintu. 

Di sebelah pintu, ada seorang bapa sedang memeluk anak perempuannya yang menangis.  Ehh budak tu hari pertama tu ok je ... duduk paling depan lagi.  Hari ni nangis dah?!  Tiba-tiba Cikgu Rohana muncul di sebelah saya, melirik kepada si gadis kecil yang sedang menangis.  Cikgu Rohana pujuk budak perempuan tu.  Selesai.

Tiba-tiba dia datang kepada saya, nangis-nangis jugak.  Mengada-ngada betul la!  Cikgu Rohana tanya dia pulak, "ni napa pulak?" sambil tersenyum

Akhirnya, hari ke lima ni, Hanessa pindah tempat duduk paling depan betul-betul depan meja cikgu, dapat kawan baru, yang sama-sama menangis tu. 

Masa rehat saya jenguk dia sekejap dengan Naqib.  Naqib nak balik kampung naik bas, so saya suruh ikut ke sekolah jumpa adik-adik beritahu nanti nak balik kampung.  Tak mau adik-adik terkejut hampa tengok along hilang tiba-tiba bila balik sekolah nanti. 

"Baby dapat kawan baru!"  kata dia tersengih-sengih.  Yela, kawan sama menangis tu ...

Masa hantar ke kelas selepas loceng habis rehat berdering, saya tanya kawan lamanya duduk dengan siapa.  Ada seorang budak lelaki duduk di bangku dia semalam tapi kawan lamanya belum kelihatan bayang.  "Dia duduk dengan boipren dia." 

Amboiiii ..... 

Semoga Allah memudahkan anak-anak ini belajar menuntut ilmu, memberi hati yang terang dan menghiasi mereka dengan akhlak yang terpuji. 

Sesungguhnya sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah SWT dan menumbuhkan amal.

Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya:
"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama)." (Surah al-Faatir ayat 28)

 Jumpa lagi, insyaAllah.


No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing