Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, January 24, 2012

erkk internet putus lagi?

duduk jap boleh?

Saya nak buat butter cookies ni, dah setengah jam simpan dalam fridge.  Sat lagi mula nak membentuk masuk tray dan bakar.  Kelmarin Ahad saya buat tiga adunan, dua biskut chips dan adunan resepi butter cookies yang baru nak dicuba.

Butter cookies ni sempoi betul, masih lembik susah nak dibentuk walaupun dua jam dalam fridge (lepas adun ia, saya buat biskut chips pulak sampai selesai, kira dua jam la).  Lepas buat siasatan ringkas, rupa-rupanya tokeh biskut lain masukkan adunan dalam piping bag dan buat bentuk tertentu, dihias pulak dengan kismis. 

Namun hakikatnya sayalah yang lebih sempoi, sebab masih degil menggunakan sudu main cedok-cedok aje dan susun dalam dulang.  Apa yang penting ialah rasanya.  Itu alasan untuk menyokong kemalasan menggunakan penerap tekan atau piping bag. 

Dan ternyata usaha saya berbaloi sebab rasa butter cookies ni memang sedap enak dan ummphh!  Memang kalah tak lawan biskut chips saya yang selalu dipuji-puji budak madrasah Ain tu.  Oh tidak, sebenarnya memang tak sama rasanya maka kesedapannya berbeza-beza.  Biskut chips tu tetap sedap dengan rasa lemak pahit koko bersama nestum, badam cincang dan coklat yang tersendiri.  So tak bolehlah compare macam ni.  Tak baik ...  dua-dua sodap!

Internet connection baru ok ni.  Sejak 4pm semalam tak ada akses.  Bil dah habis bayar dah.  Petir kembar tu menembak langit Sijangkang selepas akses tak ada, bukan sebelumnya so di pihak pengguna macam saya tak ada masalah dengan modem.  Abih tu?

Abih tu, tiga kali saya buat aduan ke talian 100.  Mula-mula, bizi.  Lepas tu dapat.  Lelaki.  Dia sebut pasal kabel kuning. 

Hah!  kabel kuning?  Saya disuruh mencari kabel kuning untuk buat direct connection ke pc. 

Huh!  lepas solat Maghrib dan solat Isyak, saya masih mencari serata rumah termasuk bawak katil budak-budak ni.  Atas almari, dalam almari, pendek kata semua tempat yang berpotensi.  Tak ada!  Hairan jugak.  Sepatutnya kotak modem dan kotak motorola wireless tu tak ke mana.  Tapi ...

Agaknya sempat dikunyah dek anai-anai dalam kabinet buku hari tu kot, kan bang kan ...  kan kan.  Mujurlah cik abang saya yang semakin cool semenjak dua menjak ni maintain je sambil belek-belek telefon dia.  Saya pun dua kali ganda cool.  So semua coollll alhamdulillah :) 

Panggilan dibuat lagi untuk aduan kedua.  Tentula orang lain yang terima aduan, saya kata kabel kuning tak ada sebab dah kena kunyah anai-anai.  Saya diminta off modem dan on semula selepas 15 minit.  Masa tu saya mula nak ajar Hanessa ngaji.  Ohh budak ni memang manja.  Meliuk-lentok tersenyum tersengih ndak-ndak kalau salah atau lupa huruf. 

"Heh!  Cuba ngaji betul-betul.  Macam ngaji ngan ustaz, macam belajar kat sekolah ngan ustazah tu.  Mana boleh lentok-lentok macam ni.  Mama ni pun ustazah gak nih!" 

Sebenarnya saya dah mula meruap.  Aura rimau betina dah mula nak datang.  Tapi sembunyikan lagi, jangan sampai budak rongak yang mengada-ngada ni tercium rentak saya yang dah menggelodak.  Dia macam biasa.

"Ngaji betul-betul, mama tak de mood nih!"  pelan aje saya bagitau dia. 

Hanessa pun sebut huruf lagi.  Saya betulkan.  "Sadaqallah ..."  Selesai.  Alhamdulillah.

Hidayat pulak.  Dia seperti enjoy mengaji.  Cool sungguh.  Syukurlah budak-budak ni suka mengaji.  Saya katakan betapa para malaikat mencari-cari orang yang mengaji macam ni, beratur sampai ke langit.  Entah apa yang tergambar dalam fikiran mereka, tapi saya suka cakap begitu supaya mereka lebih tumpukan perhatian. 

Saya masih ada saki-baki aura bengis dalam hati.  Hidayat masih buat kesilapan.  Saya betulkan sambil kawal kesabaran.  Tiba-tiba dia tergelak.  Alamak aii ... macamana la aku boleh tersalah sebut tatkala nak membetulkan bacaannya nih ... Bila tengok budak cewek ni terkulum-kulum ketawa, saya pun cair.  Alahai anak ... setan yang menyucuk-nyucuk saya pun hampa kecewa.  Tak jadi nak marah-marah tak tentu.

Lepas Hidayat selesai ngaji, saya on balik modem.  Gi check pc.  Masih ko.  Jam 9 buat aduan ketiga. 

"Saya nak buat report ketiga ni, tapi tolong jangan minta saya cari kabel kuning ya!"  Kali ni wanita yang menjawab aduan. 

Setengah jam juga saya bekerjasama dengan si suara lembut yang profesiona ni bersama-sama pc di depan modem.  Poning gak kepalo makcik taip itu taip ini kat dalam program yang disuruh bukak tu.  Tapi makcik boleh handle tak lah susah pungg.  Lepas tu disuruh off modem 15 saat.  Bila on balik masih gagal.  Akhirnya saya dijanjikan 24jam untuk connection dibaiki semula. 

"Ada seorang lagi dari Sijangkang juga buat aduan.  Mungkin ada kerosakan kabel."

"Sorang lagi?  Entah-entah saya jugak tu kot.  Saya dah tiga kali buat aduan ni.  Kerosakan kabel?"

Sapa sorang lagi tu?  Takkan dua orang je? 

Pagi ni, masih problem.  Sat tadi, ada panggilan masuk bertanyakan status internet.  Saya dimaklumkan seseorang akan datang untuk memeriksa.  Tapi dan-dan ok pulak, saya pun dengan rajinnya call 100 dan buat makluman internet dah ok.  So tak yah la sesapa datang rumah.  Kang nak kena sarung tudung n baju labuh @ jubah.  Dah ok tak yah la datang.  Sian susah-payah datang, patutnya cuti raya cina.

"Ada apa-apa lagi puan?"

"Tak de tak de cuma saya nak ucap terima kasih banyak-banyak la.  Terima kasih ye."

"Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami bla bla bla ..."  Formal betul minah tu.

Hek elehh, baru dua tiga minit internet meragam lagi.  Maleh betul nak buat aduan keempat.  Tak pe la, kita cuci pinggan sarapan yang makan nasi sejuk lauk asam pedas ayam @ gulai hantu yang dah tiga hari perangat tak habih2 tu, yang sangat-sangat sedap tu bertambah-tambah sebati dan pekat.  Cukuplah tiga hari, hari ni nak masak lain pulak. 

Mula-mulanya asam pedas tu masak ikan merah.  Ikan habis, cik abang saya masukkan ayam pulak.  Kuahnya tu dia buat lain sikit resepinya tak macam selalu.  Saya pun sedap gak masak asam pedas, Sabtu dulu balik dari madrasah Naqib, kami singgah di Pulau Carey dapat ikan parang seekor.  Saya tumis ramuan asam pedas, hehe maleh nak cite la.  Pokoknya orang Nogori pun buleh masak asam podeh.


Ha, sambung balik pasal tenet.  Tiba-tiba masuk lagi call tanya status internet. 

"Camana ni?  Apa jadi sebenarnya ya?  Dah putus balik la."  Saya teringin nak tau apa cite sebenarnya yang kejap off kejap on.  Misteri Nusantara ke ... Tadi operator dah mintak maaf sebab katanya ada 'gangguan di kawasan anda.'  Bukan nak marah, saja je nak tau kot boleh share-share lega la sikit. 

Dipendekkan cerita, akhirnya dalam 10.30am tadi sampai sekarang ni, akses dah pulih, tak putus lagi dan orang TM pun senang hati tak yah datang Taman Sijangkang Permai ni hehe ... Akhir sekali saya nak ucapkan Bravo buat TM, sebab saya suka dengar tutur-kata mereka dalam telefon semasa buat aduan yang sopan dan cukup terlatih untuk bantu selesaikan masalah saya. 

Ehhhh diorang dah balik,  Hidayat dah separuh botak.  Abah dia bawak di gunting rambut.  Dah 12.10 rupanya.  Alamak nak masak la!  Butter cookies tu? 

Hanessa dah bukak fridge, "Ma ... bila nak buat ni?  Ma, buatla sekarang.  Cepat sikit Adik nak makan ni!"

Amboiii!!!

2 comments:

Umar Zakir Abdul Hamid said...
This comment has been removed by the author.
Umar Zakir Abdul Hamid said...

assalamualaikum.saya copykan apa saya tulis di blog saya ....

"walaikumsalam Makcik/Akak/Puan...

saya tak sangka ramai jugak orang2 yang dah bekeluarga yang baca penulisan saya..alhamdulillah..

by the way,insya-Allah,dengan izin Allah Alhamdulillah segala puji bagi-Nya sebuah naskhah al-quran ini menjadi milik anda.ya ianya agak besar.tapi takla besar sangat.sederhana...

saya sudah hubungi anda di kedua2 tempat itu.saya harap anda berikan respon dalam masa terdekat.insya-Allah.. pospenamaya@gmail.com - contact saya di email. terima kasih

assalamualaikum"

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing