Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, January 1, 2012

catatan pertama 2012

Countdown ke malam tadi?  Dengarnya ada countdown ala Islam kat Shah Alam.  Ustaz Azhar Idrus dengan Zizan.  Dua-dua tengah ngetop, jadi bila digandingkan memang meletop la gamaknya. 

Tak ada idea ngetop nak catat.  Saya sehari dua ni tersangkut kat satu blog, sampai mata kelabu asap pun baca jugak.  Blog ni kelakar, tapi ada pengisian.  Pengisian yang diselitkan di celah-celah kelakarnya.  Ada juga ilmu yang boleh digunakan untuk kebaikan dan penjagaan diri. 

Nak gak selit sikit pasal Naqhuhines.  Semalam pagi, kami jemput Laila Ain.  Ada masalah air di madrasah, dibuat alasan kukuh untuk balik mandi dan basuh baju kat rumah ... hehe.  Syukur, ustazah pun sporting, ramai dengarnya yang pulang ke rumah masing-masing. 

Sekarang ni saya sedang bakar kek lembap coklat dalam mikrowave.  Buah tangan untuk Laila Ain balik petang ni. 

Cuaca dah mula bertukar musim.  Panas kering sudah bermula.  Berpeluh badan melekit.  Hanessa dah meruam kat leher. 

Pagi tadi bawa si bongsu ni ke sekolah untuk majlis suaikenal.  Dapat kelas sementara, sama pulak dengan member kamceng dia tahun lepas.  Kalau masih bersama lepas peperiksaan penempatan nanti, tentu cikgu akan pisahkan mereka ni jauh-jauh sebab dua-dua kaki borak. 

Sesi persekolahan sebenar akan bemula Rabu ni, 4 Januari 2012.  Hanessa akan full time di sekolah pagi ke petang.  Dia teruja betul, bersemangat nak bersekolah semula.  Saya pun seronok tengok dia dalam pakaian sekolah.  Semoga dia akan teguh semangat bersekolah pagi petang. 

Naqib senyap aje kat madrasah.  Saya tak lagi buat panggilan untuk dia melainkan ada keperluan terdesak.  Biasanya dia yang akan miss call atau minta return call kalau ada hal.  Apa khabar agaknya dia?  Hati ni teringat nak buatkan sambal tahun pedas sedap giler macam abahnya buat untuk makan dengan bubur lambuk tu.  Bukan apa, dia bercerita kawannya dibekalkan keluarga dengan sebalang penuh acar buah.  Apa salahnya kalau buatkan dia sebalang penuh sambal sedap giler tu pulak kan ... tak habis boleh tumpang peti ais madrasah.  Buat pedas-pedas jadi tak cepat habis hehe ... jangan berak coroi dah le.  Kena la pesan betul-betul 'jangan makan banyak nanti sakit perut, ni memang betul-betul pedas.'  Ala, buat lauk tambah-tambah je, bukan nak dibuat lauk utama. 

Hidayat masih lagi hadap laptop.  Tak pe tak pe ... sehari dua lagi dia kena redha la bila saya akan simpan laptop tu kat dalam bilik saya.  Peraturan dah diwarwarkan cakap mulut, belum bertulis tampal kat dinding lagi, 'no laptop during school days.  Except weekends, only if all homework done properly!' 

Dalam kepala terbayang-bayang gambaran nipis, seorang makcik yang bertukar jadi garang, dan selalu pegang rotan hehehe ... aku ke tu?  Musim santai cuti sekolah dah berakhir ye nak ... kesian korang, tapi tak pe la, untuk kebaikan korang gak.  Kalau perangai baik dan patuh, tak de la mama naik angin je manjang, mama pun tak gemar naik angin nanti semput nafas sakit satu badan pendek umur pulak kang ... ishhh.  Mama cuma naik setakuk je tahap strict, lebih baik mama yang garang dengan korang daripada abah yang angin satu badan, naya korang ... Abah tu masuk waiting list untuk mama serahkan tugasan kalau mama dah tak larat la ... so hati-hati le ye anak-anakku sayang!

Apa pun, doa untuk anak-anak tetap diucapkan setiap kali lepas solat.  Juga doa untuk 3 set + 1 extra ibu bapa saya tu ...

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

Marilah kita saling doa-mendoakan dengan doa-doa yang indah dan baik.  Berdoalah dengan doa-doa para nabi yang dipetik dari dalam al-Quran, Doa Rasulullah SAW, doa para sahabat r,hu.  Kerana doa mereka tak ada kepentingan tersembunyi untuk keduniaan semata.  Doa yang diberkati dan makbul. 

Okeylah, mood belum ghairah nak menulis sungguh-sungguh.  Selamat datang 2012!  Semoga masa yang masih berbaki dapat dimanfaatkan sepenuhnya. 

Harapan untuk 2012 ~ happy dalam taat dan syukur selalu kepada Allah yang Maha Pengasih.  Insyaallah.


No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing