Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, November 30, 2011

dari laut lepas?

Dah masuk hari kedua saya menekuni web ini.  Sebuah pengkajian individu tentang bangsa Melayu.  Walhal saya sedang sibuk dengan cupcakes dan cookies.  Macamana boleh ter'terjah' ke web ni, wallahu'alam dah tak ingat ...

Tapi saya memang suka benda-benda macam ni.  Jadi saya naik asyik membacanya, banyak posting dan tak semua saya faham.  Poning kepalo den!  Tapi dah suka, baca je.  Belum habis lagi.  Macam-macam lagi yang keluar kat skrin ni ... 

Ia membuatkan saya berdebar-debar!  Lalu saya teringat ...

* kisah perjalanan Pemuda Bani Tamim yang saya pinjam tapi belum dipulangkan tu ... hingga empunyanya pun dah selamat kembali ke alam barzah.
* teringat pulak suami saya kadang-kadang memperkenalkan leluhurnya adalah salah seorang dari wali songo tu ...

* dan teringat cerita arwah abah Haji Manaf, kerana saya rajin menanya susur-galurnya, dia tak tahu lebih jauh, hanya setakat moyang punya moyang punya moyangnya dulu entah berapa peringkat ... bernama Haji Meon (hahaha ... laki aku pun Meon gak.  Aihh glamer la nama Meon ni ... majalah Meon pun ada kekeke ...) datang dengan kapal dari laut lepas entah dari laut mana menuju Pahang.  Abih kat situ je, sebab abah lahir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, cuma dibesarkan di Tangkak Johor.

Balik kat web tu tadi, ia memang mendebarkan sangat-sangat mendebarkan!  Semuanya mendebarkan!!!  

Dan setelah sekian malam, aku berharap tak akan mungkir janji kepada diri sendiri untuk posting bab 1 Sakinah ke JUDUL iaitu bab yang sudah perfect selepas dibaiki oleh Sifu.  InsyaAllah malam ini mesti posting!!!


Tuesday, November 29, 2011

bila elok masuk madrasah?

(*note - entri ini pendapat aku sendiri ya)
Tadi ada kenalan suami menelefon.  Kakak dari PD tu bertanya pendapat suami, tentang hajatnya nak menghantar anak bongsu yang baru habis UPSR ke sekolah ugama atau pusat tahfiz di mana-mana.  Saya pun serta-merta teringat pertanyaan yang lebih kurang sama dari pengunjung blog, yang memakai nama IBU di ruang chat.

Mula-mula IBU tanya begini; Salam...saya nk bertanya, anak yg nk masuk Tahfizul ni sepatutnya habiskan form 5 atau tidak perlu? Saya ingin menghantarkan anak saya tetapi bnyk Ustaz kata biar complete SPM dulu. Anak saya form2.

Kemudian Ibu tanya kali kedua.   Salam...Yang manakah terbauk...sekolah biasa dulu sehingga complete SPM atau hantar lebih awal untuk tahfiz? nasihat? tq

Sebelum ni pun ada kawan yang bertanya pasal yang sama.  Jadi saya nak berkongsi la jawapannya di sini.

Sebenarnya anak-anak elok sangat diberi pendidikan ugama dari seawal-awal usia.  Kalau yang mampu memberi didikan sendiri, lagi afdal dan amat besar pahalanya.  Macam Tok Hamid kat Tangkak tu, katanya semua anak-anaknya yang 10 orang tu hafal al-Quran dengan terjemahannya sekali.  Bila kawin baru (mungkin isterinya dah meninggal ... tok ni pun umurnya dah lebih 100 tahun), dapat seorang anak perempuan yang baru berusia 11 tahun, juga baru selesai hafal al-Quran berserta terjemahan.  Uihh jelezzzzz betul mendengarnya, kan!

aku pun nak hafal juga, tapi masih terhegeh-hegeh kat surah al-Mulk huhuhu .... boleh baca tapi sangkut-sangkut bila tak tengok. Alhamdulillah surah al-Waqiah dah ok dah ...

Tapi kita-kita yang orang awam ni, andai rasa kurang mampu atau memang tak mampu nak beri didikan macam tu kepada anak, eloklah kita serahkan kepada guru yang mampu.  Carilah pusat tahfiz yang bertauliah, betul-betul tersusun dari segi pentadbiran dan pengurusan.  Sekarang ni banyak betul pusat tahfiz dibuka, tapi karang anak awak kena keluar mencari rezeki bagi pihak madrasah pulak ...  bukannya mengadap kitab.  Hah, macamana tu?  Alasan yang diberi ialah untuk praktikal budak-budak tu menghadapi dunia di luar sana.  Saya tak setuju, bila masa nak belajar dan menghafaz?  Bukan ke ibubapa dah bayar semua yuran.  Ooo lupa pulak, mungkin itu tempat belajar anak-anak yatim yang mengambil dana dari derma masyarakat dan orang korporat.  Tapi walau apa pun, memang tak patut.

Kalau kat tempat anak saya ni, madrasah pelajar lelaki menerima seawal umur 13 tahun.  Bukan mudah nak menjaga anak lelaki yang terkenal lasak.  Kalau dah 13 tahun tu insyaallah dah mula nak matang, masih mudah dididik dan ditegur.  Ada pusat tahfiz (persendirian/ orang perseorangan punya) yang menerima pelajar lebih muda, usia prasekolah.  Janji suka nak belajar.  Pelajar cilik ni akan diajar membaca dari mengenal huruf hingga dapat menghafaz.  Tapi mereka tak tinggal di madarasah, kena balik hari.  Dua orang anak Raja Azura dah pun belajar di pusat tahfiz di Shah Alam, tempat Naqib mula-mula belajar dulu.  Masih kecil lagi dua beradik tu, 5-6 tahun je umurnya.  Sekarang ni mungkin dah hafal banyak surah-surah, mungkin juga dah naik al-Quran.  Tak tau cerita sejak Naqib dah ke Bukit Changgang.

Mulanya saya fikir semua pelajar tahfiz berumur 13 tahun, tapi rupa-rupanya ada yang lebih tinggi lagi umurnya.  Allah menjadikan manusia ni bermacam-macam citarasa.  Ada yang masuk belajar alim (belajar kitab hadis muktabar) dulu sampai habis 8 tahun, kemudian baru belajar hafiz pulak.  Namun yang majoritinya mereka ambil hafiz sampai shahadah.  Jadi ada la terselit beberapa orang senior yang dah berjanggut sejemput, dan mereka ni la yang jadi taiko kat madrasah menyakat budak-budak junior hehehe ...  Meon! Meon!  tak panggil Naqib, tapi panggil nama bapak dia je ... bengang le budak ni dengan pelajar senior yang rajin menyakat.  Tak pe la nak, belajar jadi sabar hehehe ...

Berlainan dengan pelajar perempuan, saya terserempak pelajar muda berumur 10 tahun yang datang mendaftar di madarasah Laila Ain tempohari.  Kata mak budak comel tu, anaknya baru je berhenti sekolah kebangsaan untuk masuk belajar hafizah di madrasah tu.  Masa tu baru lepas raya puasa.  Ceritanya lagi, masa cuti sekolah suaminya pulun mengajar anaknya tu mengaji sampai khatam al-Quran.  Haa ... barula boleh masuk madrasah kan!  Ada kebaikannya budak perempuan masuk awal sebab mereka mungkin belum datang haidh lagi, jadi boleh menghafaz sepenuh masa (saya tak pasti macamana cara hafal kalau yang dah datang uzur, mungkin setakat ulang-ulang yang dah hafal je tapi nak hafal yang baru tak boleh la kot) boleh la cepat khatam dah syahadah.  Hati pun bersih ingatan kuat hafalan cepat melekat.  Budak perempuan pun tak senakal dan selasak budak lelaki.  Mereka juga cepat matang dari segi emosi dan fizikal, mudah dari segi pengurusan.  Err betul ke?  Betul la tu ...

Saya pun kalau boleh nak hantar semua anak-anak saya masuk seawal mungkin ke madrasah.  Tapi suami saya suruh semua habiskan UPSR, dapatkan kemahiran membaca rumi, mengira dan boleh faham bahasa inggeris, baru masuk madrasah.  Tambah-tambah lagi syarat kemasukan mesti 5A UPSR.  Hemm ... tak baik orang kata budak tak pandai je yang masuk madrasah tau!  Cer tanya budak madrasah tu, ramai yang 5A ya!!!  Macam mak mertua saya kata, Laila Ain tak pandai belajar biarla dia masuk madrasah.  Eh, anak saya tu bukanla tak pandai, tapi saya je yang tak nak bagi tekanan kat dia.  Tambah-tambah lagi dia ambik masa nak menyesuaikan diri kat sekolah baru dengan silibus baru, sedangkan tak sampai tiga bulan tukar sekolah ke Brunei terus periksa PSR (macam UPR jugak).  Bangga la jugak, dia dapat 1A 1B 1C 1D 1U.  Cantik resultnya hehehe ...  Kat sekolah ugama, dia skor nombor 1 sampailah exam sebelum balik ke sini, kawannya bagitahu kat fesbuk dia dapat nombor 1 lagi.  Kat sekolah menengah (masuk sekejap 7 bulan) pun dia skoral jugak, dan jadi ahli Majlis Pelajar (macam pengawas kalau kat sini).  Cikgu-cikgu dan kawan-kawan pun sayang sangat kat dia.

Saya pun tak kisah sangat, sebab memang dah berniat nak hantar semua anak-anak kami ke madrasah, jadi hafiz dan hafizah lepas tu sambung belajar hadis.  Kalau lepas tu minat nak try SPM, why not? Ambil je la secara persendirian, kalau result bagus nak masuk U pulak, carry on!  Mama abah tak halang pun.  Jadi orang profesional yang hafiz!  Dunia dapat, akhirat pun dapat.  Yang penting, anak-anak sudah ada pegangan ugama yang kukuh.  Tak de la bulan-bulan terima duit je tapi hati kosong, fikiran kosong, jiwa kosong, balik rumah adap tv gelak-gelak tengok orang buat kelakar, tercopong tengok orang kejar bola, atau meleleh-leleh airmata tengok drama.

Hidayat dah target nak masuk madrasah lepas UPSR.  Saya doakan dia dapat 5A nanti.  InsyaAllah.  Tapi budak ni macam nak kena pimpin belajar betul-betul, tak boleh nak bagi arahan dan suruh dia buat sendiri.  Adiknya Hanessa, sejak saya gembar-gemburkan jumpa budak perempuan 10 tahun tu, abah dia pun tak kisah no komen bila saya bagi hint nak masukkan anak bongsu dia ni naik tahun 4 nanti, serentak dengan Hidayat ke madrasah jugak.  Dua-dua anak ni kalau boleh biarlah ambil hafiz @ hafizah juga.  Ya Allah, amatlah besar harapanku padaMU agar Engkau sampaikan hajat dan meredhai niat di hati kami ini.

Jadi, apa tunggu lagi.  Moh le kita gi madrasah bawak budak-budak tu, sekarang ni pun tengah pengambilan pelajar kat madrasah Naqib dan Laila Ain.  Ehhhh nanti dulu, eloklah buat pertanyaan kat mudirnya.  Tak beradab pulak main terjah-terjah kan ...  Saya tak perkenan betul siri terjah-terjah kat tibitiga tu ... ntah hapa-hapa ...  dah lama tak tengok tibi pong ... ada lagi ke terjah-terjah tu ha?

Ni saya bagi nombor telefon mudir ya, sila la take note.

->  Ustaz Yusuf (madrasah Bukit Changgang) 019 - 2770420
->  Ustaz Mohd Hisham bin Nordin (madrasah Lil Banat Bukit Naga) 019 - 2485938

** Sekiranya panggilan tidak dijawab, jangan mare ye, sebab kadang-kadang ustaz-ustaz ni outstation ke luar negeri ... jangan putusasa pulak nak call lagi dan lagi dan lagi hehehe ... insyaAllah.

OOOOOHH YAAAA, ni ada pesanan penaja sikit.  Banyak-banyak la berdoa kepada Allah bila anak kat madrasah.  Jangan ingat dah masuk tak leh keluar!  Tak de de ... batch Naqib hampir seratus orang tinggal berapa puluh orang je sekarang ni.  Ada yang sakit, ada yang makbapak suruh berhenti masuk sekolah biasa, ada yang tak de duit nak bayar yuran ... macam-macam la.  Kata Naqib, itu tapisan Allah.

Jadi bukan senang nak memikul gelaran hafiz ni.  Banyak ujian dugaan dan cabarannya.  Jadi kita doalah banyak-banyak untuk anak kita kat madrasah, dan banyak-banyak juga istighfar semoga dosa-dosa kita diampuniNYA, tak jadi asbab anak kita tertendang dari line tu ... JUGA, jangan hantar anak ke madrasah sebab nak repair dia punya perangai.  Kenapa anak dah buat perangai liar baru nak hantar?  Hmm ... baikilah niat supaya betul dan tepat dengan kehendak Allah.  Bila dah masuk situ, serahkan kat Allah.  Semoga anak kita dapat dididik oleh guru-guru di situ dengan al-Quran.  Memang itulah ubat jiwa dan hati manusia.  Jangan cepat melatah, kalau ada sesuatu berlaku pada anak.  Barang hilang ke, duit hilang ke, anak cedera ke, even anak kemalangan sampai meninggal di sana tu.  Uihh bukan senang nak masuk syurga kakkk!!!  Kalau sampai maut, itulah jalan dia menuju syurga, mati sebagai orang yang sedang menuntut ilmu yang bukan sebarangan ilmu, insyaallah syahid pahalanya, dan syurga menunggunya.  Allahu akbar!!!

Dulu orang hantar anak pergi berperang.  Mengejar syahid.  Melawan musuh Allah bersama Rasulullah SAW.  Sekarang  ni nak syahid dan mati dalam senyuman, boleh jugak, kena la pergi ke Palestin.  Mati dengan mulut tersengih.  Jernih je muka dengan darah-darah merata tu.  Tapi nak senang tak de main darah, hantar la anak belajar ugama.  Biar dia ontok-ontok kek situ, jangan dicuit diusik, bagi je moral support dan doa.  Dia mengadu, dongakan jo.  Bilo jumpo, tanyo pelajaran dulu.  Usah ditanyo makan apo?  Tu kendian la.

Lagi satu, tak abih lagi hehehe sori ... kalau nak bagi makanan, bagi la yang dimasak dengan tangan sendiri. Saya kurang setuju dengan separuh ibubapa, tau la kayo-rayo, boleh sponsor satu madrasah denga berkotak-kotak kentaki fed ciken tu.  Tak de pilihan ek?  Budak-budak pulak memang suka kentaki fed ciken.  Yang makan dapat seketul sorang, yang khidmat amik tiga ketul hehehe ...  Nantilah, doakan kami sukses nak bukak kedai briani ni.  Nanti boleh order ayam goreng spesel, kalah kentaki fed ciken.  Ehh ada iklan selingan plak ye ... iklan penaja hehehe ...

Sekian la dulu, memang kena stop sekarang jugak.  Nak cuci baju dan nak buat kukizzku hehehe ... Malam tadi tepon Laila Ain, dia kata nyosa tak bawak kukizzku lebih-lebih, bawak tiga peket je. Dia ingat tak laku.  Lepas tu ada dua kawan dia oda dua bekas yang tutup merah tu.  Alhamdulillah syukur. 

Harap IBU puashati dengan jawapan @ cerita saya yang meleret-leret ni hehehe ... apa-apa pun buatlah istikharah.  Semoga IBU diberi panduan dari Allah di sepanjang jalan kehidupan.  Ameen.

Ok, jumpa lagi :)))








ikut sunnah - bersiwak

Alhamdulillah, saya dah pandai guna kayu siwak hehe ...  Sebenarnya dah berbatang-batang kayu siwak yang diberi kepada saya oleh ahli keluarga yang balik dari Tanah Suci, ataupun yang saya beli sendiri, atau diberi oleh kawan-kawan.  Tapi memang tak pandai menggunakannya.  Cuba ... bukan tak mencuba.  Ishh tak reti betul.  Dah tu saya letak dalam bilik air bersama-sama dengan berus gigi, lama-kelamaan batang siwak menjadi hitam dan lembik.  Saya buang, dan simpan siwak lain dalam kotak di dinding, hmm dah tersimpan kat situ tersembunyi dari pandangan pulak ... terlupa manjang. 

Ada macam-macam saiz siwak saya, yang sebesar kelengkeng, sebesar jari manis, sebesar ibu jari pun ada!! Hah, tu dia.  Bila ditonyoh ke gigi, berterabur serat bulunya.  Lepas tu, bau dia satu macam, tak menimbulkan keinginan nak menggunakannya lagi.  Kenapa bau macam tu?

Sejak Naqib duduk madrasah, saya rajin bertanya kat dia termasuklah pasal penggunaan siwak.  Dia pun jarang bersiwak, tapi saya memang tekankan sangat supaya dia pakai siwak.  Ada keberkatannya di situ.  Cuma saya yang tak pandai pakai.  Kalau pergi Sri Petaling lagi, saya nak tanya betul-betul kat tukang jual tu macamana nak guna siwak, itulah cadangan saya.  Naqib cerita, kawannya istiqamah menggunakan siwak, pergi mandi cuma bawa sabun mandi dan siwak; mulutnya tak berbau pun cuma bau siwak je.  Itu yang saya geramkan anak seorang ni.  Dia tau manfaat siwak, tapi dia masih guna berus gigi.  Siwaknya mudah betul hilang.  Dulu dia pernah tunjuk kat saya siwaknya yang dibeli di SP, saya pun kagum tengok siwak dalam bekas macam pen tu, senang selit kat kocek.  Hilang! Beberapa kali pakai siwak asyik hilang, dia guna berus gigi je. 

Naqib tunjuk macamana nak pegang siwak.  Katanya, jangan letak siwak dalam bilik air.  Lepas gunakannya, letak siwak dalam kedudukan berdiri.  Air siwak ditelan sebab bagus untuk perut. 

Tapi kenapa bau siwak satu macam? tanya saya.  Naqib angkat bahu.  Nak kena cuci ke lepas guna? tanya saya lagi, pun Naqib angkat bahu.  Terpulang!  jawabnya.

Saya pun guna berus gigi semula.  Terlalu rajin memberus, hingga gusi selalu berdarah.  Sebatang gigi geraham kecil atas dah kopak reput dimakan ubat gigi.  Setiap kali memberus gigi, hati risau je kalau gigi hancur lagi.  Secara peribadi, saya memandang kehidupan moden dengan segala yang mudah dan ekspress baik dari segi makanan, minuman, penggunaan harian, mengandungi bahan kimia yang akan memudaratkan tubuh cepat atau lambat.  Seboleh mungkin saya nak elakkannya, dan mendidik anak dengan pendirian yang sama. 

Alih-alih suami saya bawak balik tiga batang siwak dalam bekas pen tu dari SP, semasa dia ke sana untuk solat Jumaat kelmarin sambil survey market untuk barianinya tu.  Suka hati saya, dan minta dia siapkan siwak tu untuk saya.  Eh eh tak pernah dia berminat nak guna siwak, kali ni ada perubahan la!  Alhamdulillah syukur ya Allah.  Jadi sekarang kami berdua menggunakan siwak bila-bila masa sahaja terutamanya masa mengadap laptop.  Mula-mula asyik terlupa je, lepas angkat wuduk baru bersiwak.  Sehari dua ni tekun betul saya menonyoh gigi dengan batang siwak sebesar jari kelingking tu.  Masa nak terlelap tidur pun tangan masih pegang siwak tonyoh gigi.  Akhirnya macam dah makin pandai guna siwak.  Masing-masing pun pamer gigi hehehe ... tengok bersih tak?  Macam tak bersih je, ok tonyoh lagi tang gusi tu.  Guna siwak, sampai gigi terakhir yang terselit kat hujung sekali pun dapat dicapai dengan mudah.  Cuma kat belakang gigi masih terkial-kial, agak payah sikit. 

Suami pun ajar supaya cuci siwak lepas guna, tapi saya belum cuci lagi sejak pakai dah tiga hari dah.  Ia tak berbau pelik macam selalu sebab kering je dan lepas guna simpan balik dalam bekasnya.  Alhamdulillah, akhirnya saya pandai guna siwak.  Selesa bila gigi rasa bersih. 

Rasulullah SAW kata 'kalau tak memberatkan umatku, baginda nak kita bersihkan gigi 5 kali sehari, setiap kali nak solat', ujar suami sambil menonyoh gigi kat depan laptop. 

Iyalah, kan sunnah tu!

Suami dah sengih ... dah agak dah ... dia jawab lagi, kawin empat pun sunnah gak kan?!

Ek elehhhh ... harap maklum ye, Rasulullah pun tak bagi Saidina Ali madukan Siti Fatimah tau! 

Suami pun gelak besar, suka betul dia menyakat.  Apalah nasib aku ni, selalu kena sakat bab ni.  Hari tu jumpa Tuk Hamid, masa nak balik, tak pasal-pasal dia boleh cakap, kalau nak doa kawin dua pun boleh wak bagi, dengan selamba dia cakap depan saya.  Wahhh tergelak besar la suamiku dapat pelawaan macam tu. 

Sejak orang tua berumur 111tahun tu cakap macam tu, dalam kebanyakan sujud saya pun berdoa, ya Allah janganlah suamiku menduakan aku selagi aku masih bernafas.  Punyalah takut dimadukan ...  Hai, hanya kepada Allah tempat mengadu.  Err stop dulu la, dah lari tajuk pulak. 

Monday, November 28, 2011

A.R Rahman - Hasbi Rabbi JalAllah - [HD]



faveret anakku Muhammad Hidayatullah, jadi hiburannya untuk tidur. Hai anak, jadilah engkau daie yang membantu ugama Allah, menyebarkan hidayah Allah serata alam. Carilah ertinya, temui maknanya, jadikan ia mendarah daging dalam dirimu, semoga Allah memeliharamu selalu. Ameen.

Hasbi Rabbi - Saff One

thank you to my hubby

Bang, coklat chip dah nak habis!

Petang kang gi la beli.

....

Tengok-tengok, bajet-bajet, ada sikit lagi tepung kukizzku yang belum digentel, dan coklat chip memang tak cukup.

Bang, jom kita gi Bagus beli coklat chip.

Gi le ... ni le masalahnya ajak orang tengah tido pergi kedai.

Ala ... sekarang ni bawak keta asik mengantuk je la.  Bahaya.  Jom le gi.  Alasannn ... tapi memang tak de mood nak driveLagipun pergi dengan dia seronok sikit.  Pergi dengan budak-budak je, nak melayan ragam je jawabnya.  Tak de pun melayan dorang kelahi dalam kereta.

Gi le.  Ayang bawak, abang duk sebelah. 

La pulak!  Aku yang malas drive nak ajak dia tolong drive, dia pulak suruh aku jadi tukang supir dengan dia duduk sebelah je ... ishh betul mesej tak sampai kat orang mamai ni.

Kena la pujuk lagi.  Akhirnya pergi juga sesama ke Bagus kat sebelah JJ tu.  Pinjam duit RM100 Hidayat dulu, nanti mama ganti la.  Kepoh budak lelaki ni bila terdengar abah dia suruh pakai duit tu dulu buat beli barang. 

Kira Dayat masuk share la buat kukizz tu hehehe ... kata abah dia.

Aisshhh share ke hapa, yang ketepi buat makan tu dah kira share la tu! Abah dia gelak.  Ye la, bila dah siap masuk bekas nak tunggu sejuk tu, ntah berapa keping dah masuk dalam mulut.  Tak pe la, memang buat untuk makan-makan.  Yang nak jual-jual tu, sampingan je.  Suka-suka cari duit poket.  Tau, abah tu lawak je. 

Beli barang kat Bagus, dalam kuantiti besar.  Betul-betul macam nak buat bisnes besar hehehe ... dah kalau nak buat hari-hari, memang lebih jimat beli dalam kuantiti yang besar macam tu.  Pak Meon yang suruh gitu.  Tu la yang seronoknya angkut Pak Meon sama.  Dia memang sokong saya buat kukizz tu, sebab sedap kat selera dia, jadi nak beli barang pun dia terus suruh beli dalam kuantiti banyak.  Yang lebih seronoknya bila dah sampai kat cashier, tak risau kalau tak cukup duit dalam dompet, Pak Meon standby kat tepi hehe ...  Tadi dia siap tolong isi borang membership Bagus, lain kali beli barang ada point dan kadang-kadang ada offer untuk ahli.

Jadi, nak say thank you la kat suami saya ni.  Dia selalu sokong kalau apa yang nak dibuat tu baik dan betul.  Dulu nak bukak tadika dan nurseri, dia izinkan belajar balik kat UM.  Lepas tu dia bantu siapkan nurseri daripada hal mencari tuan rumah, pasang gril, mengecat segala-galanya termasuk usahakan beli van untuk saya buat transport untuk budak-budak. 

Lepas tu nak gi ikut kursus menulis nun kat Ulu Klang pun dia bagi, tapi dapat sekali je lepas tu dah tak diizinkan sampai bila-bila hehehe ... untuk keselamatan saya juga.  Jauh tu, pagi-pagi lepas subuh dan start enjin gi sana.  Tapi kursus dengan Puan Ainon tak lama.  Tak ingat sangat, tapi tengahari dah habis.  Tapi saya dapat bimbingan online dari Puan Azmah Nordin dan suami saya pun bagi semangat untuk terus menulis. 

Dah bertahun dengarnya menulis, tak siap-siap juga, macam gitulah dia selalu cakap bila saya bagitahu 'hari ni nak duduk tulis novel, jangan kacau ye'.  Hehehe ...

Bila ura-ura nak balik sini hari tu, dia sokong sangat saya nak jual nasi katok.  Tapi lum dapat buat lagi.  Alih-alih buat kukizz pulak hehehe ...  Pun dia sokonggggg je. 

Baik suami saya ni.  Time baik memang baik.  Kata mak, menantu dia raja manusia.  Ai, muji aje leps dia keluar IJN hari tu.  Dulupun muji gak, tapi la ni makin terang benderang pasang je le telinga bila mak borak dengan kawan-kawan kat telefon. 

Dia memang baik, tapi saya sangat benci bila dia marah anak-anak.  Sebab pada saya silapnya ciput je, tu pun nak marah ke.  Nama pun budak-budak.  Abah tak pernah marah-marah macam tu kat saya, sebab tu saya benciii sangat kalau dia marah-marah anak-anak saya.  Err ye la, saya tak ada geng nak bergaduh, tapi anak-anak saya ada 4 orang, tolak dua duduk madrasah tinggal dua. Yang dua ni pun kadang-kadang boring duduk kat meja makan pun boleh jadi hal, cukupla cuit-cuit kaki bawah meja.  Memang kena sound biso bonar jawab eh.  Padan muko la apo nak dikato!!!!  Lain kali buat la lagi, dah tau peel abah macamana kannnn ...

Tapi sebenarnya gertak je lebih, tapi gertak2 pun memang saya tak suka betul mendengar suaranya tu. Gertak bagi anak gerun sikit, sebab lepas tu selalunya dia akan main mata dengan saya angkat-angkat kening, senyum-senyum tengok anak menikus hehehe ...  Dan saya pun banyak belajar cara nak gertak macam tu sekarang ni.  Bukan apa, bagi penggerun sikit.  Budak-budak ni kadang-kadang memang agak nakal.  Alahai budak-budak ...

Apa-apa pun, thank you very very much to you n i really8x love you ... hehehe.  Nanti nak beli bahan nak buat kek along, kita gi lagi sesama ke Bagus ye, memang bagusssss!!!  Geram tengok macam-macam hiasan untuk deko kek kat situ tadi.  Adik dah bajet nak beli apa untuk kek birthday dia Mac tahun depan, lama lagi le dik ... tapi tak pe le, belikan jugak gula hiasan bentuk love pink merah tadi.  Sukanya dia.

Saturday, November 26, 2011

my kokez @ kokezku @ intan kokez

cupcakes moist choc baru masak, belum disolek

cupcakes untuk Putri Iris Marissa, tapi an a's tak cukup tempat, tak pe la, saja nak bagi untuk majlis potong jambul Iris, n maknya suke dapat cupcakes ni (1st try hias hehe ... tak senonoh tapi sedap)


ini cupcakes Hanessa, dia hias sendiri, bangga ...

ada peace jari dia dua jari tapi nampak sikit je kat atas gambar tu

tu dia hehehe ...

adunan tepung cupcakes

curah susu perisa coklat, patut la sedap kata kak Hawa ...


bila dia amik gambar dia ni? tau tau dah ada je


sibuk dengan hello kitty, blur plak tu

ni cupcakes untuk Naqib bawak balik madrasah.  Budak lelaki ... tak kisah apa corak ke tindih2kan ke ... ada lebih 50 bijik

budak tahfiz nak menyemat pulak, tibai baju, tai, spek, jam abah, seluar?  ntah tak perasan seluar dia ke seluar abah yang saiz kecik

sengihhh...  eh gambar sapa tu?  abah lalu belakang tanya, bila masa dia berposing gaya ni pulak?  abah pelik sakan.

serius sikit, ada macho tak?  ish tak paham kenapa dia ada hati menyemat cara gini, pakai jubah serban lagi hencem apa.  Eh hensem anak aku tu, kata abah pulak ...

cupcakes untuk ustazah di madrasah Laila Ain, dia hias sendiri.

ni cupcakes Laila Ain nak bawak balik madrasah, pun dia deko sendiri ikut citarasa dia.  Hmm mama tak sabar tol nak belajar deko cupcakes!

Kokez/kukis/kukiz/kokiz/kokes/cookies ... apa-apa la ... jangan kobis udah, diorang kat fb kata macam sedapppp hehehe ... insyaallah sedapppp.  Nak rasa?  Bolehhh.

testing peket pertama.  Amacam? Ada potensi masuk market???

siap untuk hantar kedai esok.  Tapi penat jugak menekuni kokez ni.  Bukan senang nak cari rezeki ya ...  tapi semoga berkat.  Semangat 1 Hijrah!

pinjam sealer Zah isteri Wak Lan.  Mula-mula dia kata rosak.  Lepas tu katanya boleh la pinjam tapi pandai-pandai la pakai.  Alhamdulillah, tekan kiraan 3, peket terseal dengan cantiknya, tak bocor pun macam pakai lilin semalam tu.  Nak beli sealer la pulak.  Tapi betul-betul ke aku nak biznez kokez niiii???  Yang pasti asal-asalnya nak buat kokez untuk ahli keluarga yang gemar chipsmore tu ~ anak-anak tentunya, mak abah (mak suka betul bila Pak meon belikan dia chipsmore masa kat IJN hari tu, jimat2 dia makan tapi bila Laila Ain datang habis kena tibai hehehe ...), uwan (dia pun suka rupanya, esp bila yang dibikin sendiri macam ni).  

 Kokez ... hmm ... pelik la namanya kan, tapi yang pelik tu selalu cepat orang ingat hehehe ... belum confirm lagi, bila dah betul-betul nak buat sticker baru select balik dengan Pak Meon nanti.  Apa nak buat dengan kokez ni ek?  Yang pastinya nak bagi Naqib dan Laila Ain makan kat madrasah.  Lepas tu nak masuk balang untuk mak kat kampung konyel-konyel, share la ngan abah dan wan.  Mak Ramlah, Mak Leha, ishh rasa nak bagi semua sedara-mara pulak hehe ...  Ahad 11 Disember ni birthday Adam, rasa nak packing kecik-kecik untuk tetamu Adam.  InsyaAllah harap2 tak de aral nanti. 

14 Disember ni birthday Naqib ke 15 tahun.  Mesti ada untuk dia gak ... dengan cupcakes dan kek besau, insyaAllah.  Tengah fikir nak deko kek ni, nak macam yang beli kat kedai tu hehehe ... Tadi petang jengah Naqib kat sana, dia kata kawan-kawan dia sebut 'kek ... kek ...' tapi sori la makcik tak buat kek pulak, sibuk dengan kokez hehehe ...

pindah-pindah tidur

1.  malam tadi pindah-pindah tidur lagi.  Adoiii ... apa kena dengan budak-budak bertiga ni?  Ingatkan tak de masalah sebab Hanessa awal-awal malam dah terlelap.  Dia tak sihat, dedar badan.  Masa berdoa lepas Maghrib, dia dah tersadai di pangkuan saya yang masih bertelekung.  Abahnya yang mengangkat ke katil. 

Jam tiga pagi (sempat kerling jam), tiga-tiga budak ni bangun mengajak saya ke bilik masing-masing.  Laila Ain kan ke dah besar panjang?  Masih nak ajak saya temankan dia tidur.  Yang si Hidayat pulak, tiba-tiba pagi-pagi buta ni ajak saya tidur sama kat katil dia.  Hanessa memang dah jangka dah apa dia nak.  Walhal dia sama bilik dengan Hidayat, semenjak si kakak masuk asrama hari tu.  Ntah mengapa, dia macam tak geng dengan kakak.  Bila kakak balik, dia masih tak mau tidur dengan kakak.  Kalau Naqib ada, dia masih nak tidur berhimpit dengan alongnya.  Mana boleh, memang tak bergerak terkedang je la orang tu jawabnya.  Sudahnya saya bentang toto atas lantai, tidur situ sorang-sorang. 

Malam tadi tu, tiba-tiba rasa pening melayan kerenah budak bertiga ni.  Dalam sunyi-sunyi malam tu, saya marah-marah.  Selalunya marah tak tinggi suara.  Malam tadi tu, saya bertegas yang saya akan tidur bilik saya dengan abah diorang.  Pukul tiga ni elok sangat kalau buat solat tahajjud.  Tapi saya sambung balik tidur.  Bangun jam 5 baru buat tahajjud.  Sesekali elok juga kena marah budak-budak ni, macam menikus pulak.  Lepas tu masing-masing balik ke katil sendiri dan terus tidur sampai pagi.  Hehe ... kalau nak marah budak-budak, saya dah faham dah, jangan depan abah diaorang.  Nanti abah akan tambah lagi jadi melampau-lampau pulak.  Bukan dia nak cool downkan saya.  Lagi ditambahnya.  Naik kesian pulak jadinya.  So, abah ni jadi kambing hitam bila saya dah tak tahan dengan perangai anak-anak.  "Korang bebaik sikit, karang mama adukan kat abah kangggg ..."  Hehehe ...

2.  hari ni puasa sunat 1 Muharram, insyaAllah.  Esok pun insyaAllah, malam tadi masa nak tidur dah info cik abang.  Wpun esok kena ikut dia gi masjid TTDI Jaya, ada orang order bubur lambuk.  Dia pun dah beli barang siang semalam.  Sejak kawan-kawan lama kat situ tau dia dah balik dari Brunei, masing-masing seronok.  Ada yang cakap terus-terang rindu bubur lambuk dia.  Yang paling sedap tang sambal bilis pedas gilerrr tu.  Pagi ni budak-budak mesti kena kopek ikan bilis.  Ntah ngape dia tak beli yang dah siap kopek punya. ( Saya ... nak buat kokez lagi.)  Esok lepas la rindu kekawan dia tu insyaallah.  *rindu bubur lambuk tak peee ...

3.  jumpa satu blog yang mula-mula saya kurang minat nak baca, sebab bahasanya bahasa orang muda sekarang yang ejaannya ntah apa-apa.  Diorang jadi dowang.  Kau orang jadi kowang.  Suka jadi skerrrr.  Tapi dah dua hari saya mengadap blog tu.  Kalau tau tuan punyanya, mau kembang tak kuncup.  Bukan apa, seronok pulak membacanya sebab orangnya jenis tersangatlah direct, lepas cakap, kadang-kadang memang melampau (bagi saya) tapi dia pandai menulis blog.  Kadang-kadang tu dia tempek gambar anak dia je.  Naik kelabu biji mata mengadap blog ni.  Tapi hari ni saya nak tutup.  Mana boleh jadi ngadap blog orang je.  Lain kali boleh baca update dia.  Dia ni ...   Memang pure Melaka punya bahasa.  Chilake chilanat orang Melaka tak sunat

Tak sengaja boleh buat comparison pulak.  Budak ni stail dia sebijik macam Pak Meon.  Tapi dia pempuan.  Tu je bezanya, tang sikap lebih kurang je.  Sikap yang mana? Tang membahasakan orang, tang menyepak anak (ishhhh aku memang benci orang sepak anak ni, nasib baik sekali dua je, selebihnya cakap mulut je), tang menyirap darah (ngape tak boleh sabar hah?  nak salahkan adrenalin pulak).  Yang buruk dulu.  Nasib baik ada yang baik, tang pemurah hati yang amat, tang suka meraikan tetamu dan tang ringan tulang.  Lagi satu, diorang ni macam cepat insaf apa yang diorang dah terbuat tu.  Hehehe ... dua-dua ni pernah menitiskan airmata kerana anak masing-masing. 

Nak tau blog yang mana?  Cari la sendiri, saya dah follow dah.  Dan tempek pun blog dia kat sini.  Tapi macam biasa, saya silent reader je.  Tak kuasa nak heboh-heboh kat blog orang.  Ni pun tak tau la bila nak ziarah blog dia lagi. 

4.  Nak buat kokez lagi.  Mungkin ni la kerja saya hari-hari kat rumah.  Tapi pagi je.  Selebihnya saya kena spare untuk sambung bab 9 Sakinah tu.  Malam tadi Kak Aini dah muncul kat FB saya, tegur "Ambik tempahan ke Mazzuin?"  Heheheh ... tu indirect sound la tu ... sebab saya dah lama tak muncul kat blog Sastera Kayangan.  Aduihh Sakinah Sakinah, bab 9 ni tentang mangkuk ibu yang terhantuk pecah dua tu.  Macamana nak kembangkan?  Asyik-asyik flashback je, ok ke?  Macam tak syok pulak.  Tapi kalau ikut cara Sifu, memang flashback yang terbaek.  Cuma saya kena pandai jalin situasi jadi lebih dan sangat menarik.  Tu je. 

Kak Aini, saya tetap buat macam Sifu suruh tu, kalau buat apa-apa pun tetap fikir dan olah cerita dalam kepala.  Hehehe ... hari ni kena jenguk ke sana, jangan sampai kena campak jauh-jauh lagi macam dulu udah.  Kena hati-hati betul ni!!!


Ok, nak bikin kokez...... salam maal hijrah sekali lagi :)))

apa nak buat?

Catatan malam tadi ~~ Salam Maal Hijrah.  Esok jangan lupa doa akhir tahun lepas solat Asar, dan doa awal tahun lepas solat Maghrib.  Semoga doa dikabulkan Allah.

Apa nak buat?

1.  Turunkan followers ke bawah.  Memang tak kisah pasal followers, sebab saya pun tak rajin nak follow blog orang.  Lagipun asyik 49-49 je tak bertambah-tambah.  Tapi terima kasih pada anda yang rajin nak follow tu hehe ...  tetap berterima kasih.

2.  Lain-lain tu belum rasa nak adjust.  Sebab ia akan bikin masa saya suntuk kat depan pc je.  Mungkin nak hide blog-blog biar jangan semak sangat.  Memang saya rajin betul kumpul blog yang saya suka, tapi membacanya selalu tidak.  Hmm ... baca tajuk pun okey la kot.  Tak sompek manjang!

3.  Mak komplen, 'tu la kau asyik internet-internet je, suratkhabar, tv tak mo tengok, sume ketinggalan berita terkini'.  Sebab saya cuak bila diaa tanya bila nak ambik duit RM100 untuk anak kat sekolah.  Surat tak ada pun, tiba-tiba mak kat kampung boleh suruh saya gi sekolah ambik duit pulak.  Siap sound lagi, saya ketinggalan berita sebab asyik bertenet je.  Ada ka?  Lepas tu baru la dapat surat dari sekolah.  Huh, mak laju betul.

Tadi, mak ingatkan tru telefon esok baca doa akhir tahun dan awal tahun.  Dan saya ntah macamana boleh mamai tanya, "eh bukan ke 26 Disember ke, mak?"  Alahai, kena sound lagi!!! 'Tu la ko, asyik tenet-tenet-tenet 1 Muharram pun tak tau bila.'  Adoi, macamana boleh silap walhal saya baru je salin tarikh kalendar Islam kat sini tadinya.  Nasib la nak kena ... mak pun pickup cekap.  Ada ka saya berinternet jadi ketinggalan zaman?  Bagi mak, tv dan suratkhabar masih penghantar berita tercepat nombor 1 hehehe ...

4.  Laila Ain (nama baru - Laila ialah kegembiraan @ malam supaya budak ini gembira selalu, nak cari nama bermaksud rajin tak ada yang sesuai dan dia pun tak mau pakai) tak nak balik madrasah.  Merengek-rengek nak balik hari.  Kalau balik hari, saya kena hantar dia sebelum subuh dan boleh ambik tengahari selepas hantar adik-adik dia sekolah ugama (tahun depan).  Masa tengah borak-borak, saya

Tak sempat nak habiskan.  Sambung entri lain.

projek baru

As salam.

Ok, hari ni secara rasminya saya dah mulakan projek terbaru.   Semenjak balik bulan Julai tu, saya memang kerap terima pertanyaan apa buat sekarang ... nak projek apa pulak ... nak kerja apa dan soalan-soalan yang sewaktu dengannya.  Tokeh farmasi Sri Medan pulak tanya, lu cikgu ka?  Masih ada aura seorang guru pada muka saya hehehe ... bukan dia aje, ramai yang tanya macam tu.

Apa projek saya ni ek?

Ok, saya sudah mulakan bikin kokis (cookies) ala-ala chipsmore tu.  Tadi pagi saya sudah beli peket untuk bungkus kukis / kokis / kobis / kukiz / kuis / kokez / kukies / huh apa-apa la ... cuma nak cari perkataan Melayu atau meMelayukan perkataan cookies.  Biskut coklat / biskut choc / biskut kukiz / huhhhh!  Apa yang penting tak mau tiru orang punya brand. Resepi sama tak ape hehehe ...

Sempena Maal Hijrah barangkali.  Alhamdulillah.

Friday, November 25, 2011

Kalendar Islam 2012

Assalamualaikum dan salam maal hijrah 1433H.

 1 Muharram 1433H - 26 Disember 2011
Hari Ashura - 10 Muharram
Maulid Nabi - 12 Rabiul Awal - 4 Feb
Isra dan Mikraj - 27 Rajab - 17 Jun
Awal Ramadhan - 20 Julai 2012
Lailatul Qadar - 9-18 Ogos (?) - 10 malam terakhir Ramadhan
Hari Raya Aidil Fitri - 19 Ogos - 1 Syawal
Hari Haji bermula - 8-13 Zulhijjah - 24-29 Oktober
Hari Arafah - 9 Zulhijjah - 25 Oktober
Hari Raya Aidil Adha - 10 Zulhijjah -26 Oktober
1 Muharram 1434H - 15 November 2012

Selamat tahun baru hijrah.  Semoga ada sesuatu yang lebih baik dilakukan untuk mendapatkan keredhaan Allah di tahun hadapan.  Azam yang lebih baik dan praktikal.  Tutup buku lama.  Buang tabiat lama yang buruk dan busuk, gantikan dengan tabiat baru yang lebih lebih lebih baik dan memajukan diri sendiri.  Tabiat yang wangi dan memberangsangkan. 

Sempena tahun baru ni, saya berazam mahu bersikap lebih terbuka.  Terbuka?  Ya, dengan kata lain lebih berterus-terang, tak bercakap dalam hati aje.  Cakap dalam hati, hanya Allah yang tahu.  Orang yang sepatutnya tahu, tak tahu pun. 

Saya tak suka berterus-terang sangat.  Tapi kalau tak buat begitu, mesej tak dapat disampaikan.  Kalau mesej tak sampai, ia tersimpan dalam hati, tak dapat memberi impak dan kesan yang diharapkan.  Terus-terang saya selalunya berlapik, tak direct to the point.  Kalau dulu-dulu, orang selalu kata saya terlalu sastera, terlalu seni, terlalu perahsia dan orang tak faham.  Orang suruh saya cakap terus-terang, tapi memang sangat susah nak buat begitu.  Kenapa la?

Mungkin saya suka ikut peel arwah abah.  Arwah abah sangat soft spoken dan cool.  Pendiam tak, peramah tak.  Semua ada limit.  Jarang kawan abah ikut balik rumah.  Yang datang rumah adalah yang terpilih aje.  Kalau sebulu, memang itulah kawan abah selamanya.  Kalau tidak, sekejap aje la.  Tapi kalau abah kandung, saya fikir dia out spoken dan suka luahkan perasaan.  Kalau marah, dia akan marah betul-betul (tapi saya tak pernah kena marah sebab tak duduk dengan abah).  Mak kandung pula tak perajin nak marah anak.  Mak kandung ni sangat la baik perangai dan kesayangan maknya (onyang saya aka uwan saya).  Tapi kalau mak ni tak suka sesuatu terutamanya yang tak selari dengan hukum ugama, mak akan nyatakan tanpa takut-takut.  Sebab itulah mak berhenti jahit baju seksi-seksi semenjak mak disentuh angin dakwah masa saya sekolah rendah dulu.  Mak hanya ambil tempahan baju kurung aje.  Lama-lama mak berhenti terus menjahit, hanya jahitkan baju anak cucu aje.  Lama-lama, untuk cucu aje.  Sekarang ni untuk cucu pun tak ada rasanya. 

Kenapa saya tak ikut peel mak J yang bela saya?

Mak J out spoken, sangat peramah, sangat lantang bercakap, sangat berterus-terang dan tak ragu-ragu menarik perhatian orang sekeliling.  Extrovert, kalau istilah psikologi perangai.

Saya kadang-kadang je out spoken.  Selebihnya introvert.  Mak J dah didik saya macam tu dan saya rasa tak perlu jadi peramah sangat, pun orang selalu memberi perhatian kepada saya.  Saya pula jenis kurang suka jadi perhatian, so kenapa perlu tarik perhatian lagi, kan?

Saya seorang kanak-kanak periang tapi pendiam.  Mak selalu marah kalau saya rajin menyampuk dia tengah berborak. Makin pendiam le jadinya. Satu ketika saya dibawa tengok perarakan kereta berhias dengan kawan, wah bukan main seronok dan riang gumbira rasanya.  Orang asing pun saya layan berborak.  Mak pun bagi amaran supaya jangan melayan.  Err, ye la orang lelaki ... patut pun.  Dek kerana selalu kena tegur, saya fikir lebih baik kunci mulut je.  Cuma dengan keluarga tak la begitu.  Tambah-tambah dah kawin dengan Pak Meon.  Keluarganya semua kaki borak, yang pendiam adalah pendatang-pendatang macam saya dan biras-biras.  Tapi ada juga seketul dua yang ... bukan peramah bukan pendiam tapi jenis laser direct to the point.  Tak mengapa juga, orang direct lagi kita suka.  Sebab kita tahu apa yang ada dalam hatinya.  Bukan macam saya ... hehe ... susah orang nak korek rahsia hati.  Suka ke tak suka ek?  Apa-apa pun cool aje hehe ...

Panjang pulak ... ingatkan nak masukkan kalendar tu je.

Hmm so sempena tahun baru hijrah ni, berkebetulan pulak ye, entah la, dari budak-budak dulu, selalu hari Jumaat saya  macam dapat ilham je.  Pagi Jumaat ni, pun dapat ilham ini pulak.  Alhamdulillah.  Ilham dari Allah juga.  Saya nak lebih jelas bila menulis.  Selalunya ada aje point yang saya biarkan tergantung, nak-nak hal dalam hati.  Tapi tentulah ada hadnya.  Saya tidak mengejar kepuasan menulis, tapi kalau lepas menulis dan publish saya rasa enjoy itu lebih baik daripada menulis dan rasa ... alahai, apa yang aku nak cakap ni? 

Cuma satu je kelemahan aka kepantangan saya, bila time menulis tu ada orang datang tercongok kat sebelah.  Memang tak jadi menulis la jawabnya.  Hilang segala feel nak menulis.  Kalau dah publish tak pe.  Kalau belum, memang tak boleh. Walaupun saya suka tulis on the spot je, jarang draf n edit, sikit-sikit je.

Err ok la nak gi buang sampah kejap lagi lori sampah datang, dan nak makan telur ayam kampung setengh masak. 

Oh ya nak juga tulis perkataan-perkataan over yang saya kurang suka gunakan macam BANGANG.  Contoh ayatnya;

1.  Orang yang dah tau tak solat tu hukumnya berdosa memang orang BANGANG apabila dia malas nak solat. 

2.  Memang BANGANG kalau dah tahu kurang ilmu ugama, tapi tak mahu juga mencari ilmu dari orang yang ada ilmu.

3.  Cukuplah BANGANG jika menggunakan ugama untuk menunjukkan kemarahan sebab diri sendiri yang menimbun dosa, mudah-mudahan orang lain menimbun pahala.  BANGANG betul!

4.  Orang yang suka berpura-pura bukan sahaja BANGANG tahap gaban, bahkan juga munafik yang tempatnya kat kerak neraka.  Depan orang lain, belakang orang lain.

5.  Marilah kita keluar dari golongan orang BANGANG, supaya tak menjadi BANGANG selamanya.

Sekian dulu catatan di pagi Jumaat yang mulia. 

* Aku tak mahu jadi orang BANGANG!!!







Thursday, November 24, 2011

Berimamkan Kanak-kanak? | Blog Ustaz Abu Miftah

Berimamkan Kanak-kanak? | Blog Ustaz Abu Miftah

kutip buah durian

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

otw balik kg, singgah tempat Naqib dengan buah tangan sekotak cupcakes dan satu tupperware besar mee goreng.

dua biji durian dari pokok depan rumah, saiz paling besar la setakat ni tapi nampaknya baru nak belajar gugur sebab buahnya masih sedikit keras
Ni, nak cerita sikit tentang kutip buah durian.  Dah lama betul tak mengutip durian yang gugur bersepah di atas tanah.  Masa budak-budak dulu ada la begitu, biasanya masa cuti sekolah dan mak hantar saya balik kampung.  Jika berkebetulan musim buah, dapat la merasa makan buah.
rezeki buah durian alhamdulillah baik tapi sebiji dua rosak tu adat la ... dan tak diusik dek kumpulan kera monyet dari hutan belakang, mana yang retak dikeluarkan masuk bekas simpan dalam peti ais


Pak Meon ambik buah kundang


rasanya dah bertahun-tahun kundang tak berbuah, alhamdulillah tahun ni ranum walaupun belum cukup masak.  Ada yang terliur ke?  Balik la kampung kita ni ... tak perlu turun kereta dan tolak pagar, sebab pagar dan otomatik, call je tuan rumah beritahu nak datang insyaallah ditunggu.


inilah pohon kundang yang dah amat tua umurnya, masa saya kecik dah ada dah di situ
kundang yang sangat mengecurkan air liur, mana yang dah kuning sebiji dua memang sangat manis rasanya
Kenangan yang tak terlupakan bila jumpa durian mengkar, ialah makan durian muda di perkarangan rumah Wan Midah, di seberang kampung sana.  Kalau cuaca berangin kuat dan hujan lebat, buah yang masih belum cukup masak pun turut berguguran ke bumi.  Saya tak ingat dengan siapa, mungkin juga dengan Kak Lang Hafizah yang kadang-kadang dikirim ibunya ke kampung, kami dijamu durian mengkar muda manis oleh Wan Midah.  Durian muda kalau dimasak gulai lemak putih letak sehelai daun kunyit, memang sedap sangat, dimakan bersama sambal hidup (bilis mentah ditumbuk bersama cili dan sedikit garam, diperah asam limau, aduhh kecur air liur).

Sampai di kampung Ahad kelmarin usai majlis tahlil dan doa selamat selepas Subuh itu, saya tercangak-cangak memerhatikan durian yang tergolek-golek di serata kawasan bawah pohon durian.  Hati-hati juga, bimbang dihempuk durian dari atas, saya kutip dan longgokkan setempat.  Alhamdulillah, dalam 30 biji juga yang sudah gugur.

Rezeki dari Allah.  Allah jua yang menjaga rezeki ini daripada dirosakkan oleh haiwan tupai dan monyet kera yang sering bertandang ke rumah mak.  Tak nampak bayang pun di mana-mana!  Kata mak, biasanya sebelum meninggalkan kampung, abah akan 'tembak' mercun bola ke arah hutan kecil di belakang rumah, sebagai amaran dan pemberitahuan kawanan 'dara' yang tinggal di situ.

manggis sedang menunggu masa untuk masak ranum
Dara?

Hehe ... entahlah, mak yang panggil keluarga kera tu sebagai 'dara'.  Lantak la ... mak sayangkan daranya tu, kalau tak merosakkan barang di luar dapur mak dan buah-buahan, tak marah agaknya mak.  Hmm ... mak penyayang kepada haiwan.  Dia rajin beri makan sepasang tikus mondok di rumah kami dulu.  Pelik jugak, ngeri pun ada.  Bukan kecik punya tikus.  Iya la, bukan setakat dia meratah barang dalam stor tanpa izin, bahkan disiapkan saki-baki nasi untuk dimakan.

hero ayam jantan mak
Ni, marah tu tetap marah.  Marah sebab mengacau sehingga ke tangga rumah kalau mak abah tiada di rumah.  Terbalik lintang-pukang jadinya.  Aik, makan pun diberi juga.   Belum masuk dengan ayam jantan mak lagi.  Ayam betina je yang sopan sebab mengeram dalam pasu kat tiang tangga.   

nak jamahkan keluarga Segamat
Puas juga dapat makan durian kampung.  Alhamdulillah.  Saya dan Pak Meon peminat durian pahit.  Anak-anak sukakan durian lemak manis.  Dan lepas tu, macam biasa ... angin la satu badan.  Kejap-kejap ada je bau durian yang muncul di udara.  Paling teruk kalau dalam perjalanan, kena ingatkan penumpang supaya bagi isyarat kalau nak melepaskan angin.  Pulang ke Segamat, Pak Meon langsung tak buka aircond kereta.  Apa taknya, mau lemas dengan bau durian 10 biji kat bonet.  Tu belum lagi kalau ada yang nakal-nakal sengaja bagi lepas angin tanpa makluman hehe ... Bau sendawa pun dah semacam peghat aromanya.

pokok durian depan rumah, ada mangkuk dan tin susu digantung untuk menghalau kera
Alhamdulillah, dapat la menjamahkan mak abah mertua dan kakak ipar juga.  Tak ada yang busuk, semua cantik dan sedap rasanya.  Yang busuk atau rosak dah gugur awal-awal lagi.  Sempat juga kami rasa sepangsa dua buah durian yang rosak masa pulang raya haji lepas.  Kini yang masih berputik muda ialah buah rambutan dan manggis.  Buah kundang pun dah ada yang hijau kekuningan.  Saya agak, dah bertahun tak merasa buah kundang di pokok tua itu.  Tahun ni, menjadi-jadi pula buahnya.  Alhamdulillah.

Kepada sanak-saudara yang membaca ocehan di blog ini, jemputlah datang untuk merasa buah-buahan yang ada di kampung tu.  Tak banyak mana pun, ada durian, kundang, manggis dan rambutan.  Kat belakang sana, ada rambai dan langsat, tapi bukan musimnya sekarang ni.  Ini pun sementara masih ada musim durian.  Banyak yang rosak ditebuk tupai, mana yang jatuh masa mak di IJN dulu dah selamat dikerjakan kera.  Kalau durian dah habis, rambutan dan manggis sedang menanti giliran untuk masak ranum.  Mungkin bulan depan boleh la dimakan.

* Nak datang tu, mohon telefon dulu ya.  Sebab kadang-kadang tuan rumahnya tiada di rumah. 

At-Taubah 128-129.wmv

Tuesday, November 22, 2011

Jenama Bariani Master

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mata mengantuk nih ... dan badan amat letih rasanya.  Kami baru sampai dari Tangkak lebih kurang ketika waktu Isyak masuk tadi.  Saat ini jam di sudut kanan bawah laptop menunjukkan 10.47 PM.  Waktu untuk merebahkan badan dan melelapkan mata!  Tapi teringin pula menjenguk ke sini seketika. 

Hmm ada satu komen ringkas dari kakak saya rupanya.  Hehe ... 

Terfikir entri Bariani Master Dilancarkan.  Ada rakan FB yang keliru.  Apa yang dilancarkan sebenarnya?  Kedai makan ke, atau laman web? 

Semasa di kampung, saya terfikir, sebenarnya yang dilancarkan itu ialah JENAMA Bariani Master.  Jenama ini akan dimasyhurkan untuk sebuah kedai makan di sekitar Klang (lokasi tepat akan dikhabarkan kemudian ya), dan serentak dengan itu sebuah laman web dengan jenama yang sama turut dibina untuk penyampaian maklumat yang cepat dan tepat tentang perkhidmatan dan pelbagai resepi khususnya untuk peminat bariani di internet, di mana jua berada. 

Kini semuanya sedang dalam proses menyiapkan asas yang paling kukuh dan teguh untuk menceburkan diri di dalam kancah perniagaan yang paling hebat ini, semoga 'bangunan' yang dibina kelak tidak akan mudah goyang dan goyah walaupun dilanda 'tsunami', insyaallah.

Apa yang ada ialah minat, sambutan rakan handai taulan terhadap hasrat ini, sokongan moral yang dikumpulkan sejak lama dan sedikit pengetahuan tentang pemasaran.  Selebihnya adalah pertolongan dari Allah Taala yang disalurkan melalui tangan-tangan yang menghulurkan bantuan, baik ahli keluarga mahupun kenalan, alhamdulillah.

Suami saya sudahpun menetapkan suatu tempoh yang sesuai untuk memulakan operasi.  Namun saya lebih suka menyimpannya dan tidak mewarwarkannya di sini, sehinggalah pintu kedai makan itu dibuka dengan rasminya pada hari pertama pelancarannya kelak, insyaallah.  Tambahan pula blog ini sekadar tempat saya mencatat sekelumit kisah.  Apa-apa tentang Bariani Master, akan dicatatkan di laman web  http://barianimaster.blogspot.com/, insyaallah.


Tentang cupcakes.  Semasa di Tangkak, saya singgah membeli cupcakes di kedai kek di pekan itu, hmm ... menarik tapi rasanya kurang terutama toppingnya.  Kek itu keras tetapi kemudian jadi cair meleleh apabila berada di dalam kereta.  Harganya RM1.20.  Saya cuma nak rasa macamana membeli cupcakes, macamana packing cupcakes dan nak tahu harga jualan.

Semasa di R&R Seremban, kami singgah untuk mengisi minyak dan mengisi perut yang berkeroncong di Petronas.  Mata saya segera menjeling kabinet kaca yang menempatkan pelbagai jenis kek dan pastinya ada cupcakes.  Cantik menarik, saya ambil satu dan membayarnya, RM3.  Perut masih kenyang makan di kedai makan Jalan Solok Tangkak tadi, tapi demi nak menikmati cupcakes ini saya gagahkan menggigitnya sedikit demi sedikit.  Dalam hati terfikir, andai berat badan makin bertambah gara-gara nak merasa cupcakes jualan, nayala saya ...

Nampaknya, saya sedang mencuba secara alami pula setelah puas melayari internet menatap pelbagai jenis corak hiasan topping di atas cupcakes. 

"Bang, lepas ni kalau kita jumpa kedai kek, mesti singgah ya.  Nak tengok dan nak rasa cupcakesnya ..."  Saya sudah siap berpesan kepada suami, tentang keinginan mencuba cupcakes di mana sahaja kedai kek yang ditemui nanti.  Wah wah wah! 

Suami saya diam aje sambil membuat reaksi toyanya.  Dalam hati sudah ada ura-ura nak menumpangkan cupcakes bikinan sendiri di kedai Bariani Master itu.  Tapi ... kalau saya stay di kedai kerana sama-sama bertugas, bila pulak saya nak buat cupcakes???

Novel saya tu???

Aduh, kini saya sepatutnya sudah mengirimkan bab 9 kepada Sifu, tapi saya belum jumpa lagi plot menarik untuk dikembangkan dengan sempurna.  Apa yang dah ada tu, macam tak best aje.  Macamana ni eks ...? 

Tak mengapalah, saya nak berhenti menulis blog ini dulu.  Cukuplah untuk malam ini.  Hampir jam 12.  Nak selimutkan budak-budak ni, dan ... masuk tidur :)  Mudah-mudahan akan muncul idea menarik dalam mimpi nanti hehehe ...

Sehingga bersua lagi, senyum selalu.

Sunday, November 20, 2011

Bariani Master dilancarkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, Bariani Master insyaAllah akan dilancarkan dengan rasminya esok Ahad, bersempena (berkebetulan) tarikh yang hmm - agak cantik juga rupanya - 20 - 11 - 2011 dengan sedikit kenduri doa selamat dan tahlil, bersekali dengan selamatnya mak saya menjalani operasi implan pace maker bulan lepas.  Semalam Jumaat, mak dah ke IJN untuk pertama kali selepas pembedahan kecil tempohari, untuk follow-up bateri kat dada kirinya itu.

Semuanya bagai mendadak sahaja pada saya.  Apabila Allah melorongkan jalan, akan terbentanglah jalan itu!  Sejak sepuluh tahun lepas, ketika suami saya membuka perniagaan berasaskan kontraktor penghawa dingin dan sedikit pembinaan, ada seorang staf yang sangat-sangat menyarankan agar suami saya membuka perniagaan berasaskan makanan.  Mungkin dia dapat membaca minat dan kecenderungan suami saya, yang sememangnya suka masuk dapur bila saja moodnya datang, atau apabila nak melepaskan tension barangkali (?).  Saya untung kan?  Tapi untung makan, selebihnya saya jugak la yang kena mencuci segala pinggan mangkuk periuk belanga yang sudah dipakai untuk menyiapkan hidangan.  Pimai pimai la tu ...

Sekali lagi, (mata dah mengantuk, main tulis apa yang terfikir je, tak de draf-draf de, macam biasa sejak dua menjak ni, macam le sibuk sangat), saya pun dengan sepenuh hati turut menyokong usaha suami saya ni.  Seluruh ahli keluarga dan sahabat handai juga demikian.  Sebaik sahaja meletus berita tentang ini, kebanyakan mereka berkata, "sepatutnya dah lama engkau bukak kedai makan!". 

Entahlah, hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang nyata dan ghaib.  Mungkin setelah ada niat yang tepat lagi diredhai Allah, maka DIA tidak bertangguh untuk membuka pintu rezeki yang ini.  Sebelum-sebelum ni, niat mencari rezeki tu tak lebih dari untuk dunia semata-mata.  Inipun hanyalah sangkaan semata-mata, segala yang sebenarnya hanyalah DIA yang Maha Mengetahui. 

Namun di sebalik rasa teruja, ada juga debaran yang melanda.  Suami saya publish entri tentang bariani master di FB.  Dan saya agak tergesa juga membuat laman web untuknya.  Bunting sedang dalam proses dengan sedikit pembaikan pada gambar dan sedikit penambahan info. 

Dengan keyakinan dan harapan yang menggunung, ini bukanlah satu angan-angan lagi.  Ia bakal menjadi kenyataan.  InsyaAllah, dan tiada yang akan menolong dari hal titik-bengik mahupun hal paling besar, dari setitik lemak kuah yang menitik di lantai dapur, hinggalah ke seulas nasi basmathi dan secubit daging kambing di pinggan pelanggan, jika tidak dengan PERTOLONGAN ALLAH TAALA jua. 

Jangan harap dengan secekap-cekap penyambut tetamu yang paling hensem dan paling cerah wajahnya di ambang pintu kedai, jangan harap dengan sehandal-handal tukang masak yang paling ceria dan paling hebat di depan tungku dapur, jangan harap dengan secerewet-cerewet pencuci pinggan dan pengelap sudu, jangan harap dengan seteliti-teliti cashier yang paling teliti pasal duit, jangan harap dengan tukang sapu lantai, tukang buat air, tukang lap meja, tukang potong sayur, tukang cuci ayam dan daging, tukang padam dan hidupkan lampu/ekon/tv etc ... jangan harap sesiapa ...

(Melampau betul!)

Haraplah kepada DIA yang SATU.  Jadi, biarlah rasa melampau.  Kalau melampau pun apa salahnya?  Salah? 

Apa yang salah?

Ya Allah ... ketika aku di jalan ini, KAU pimpinlah tanganku.  KAU suluhlah jalan di hadapanku.

Ya Allah ... ketika aku menangis dalam keramaian, KAU dampingilah aku.  Ketika aku ketawa dalam sendirian, KAU temanilah aku.  Janganlah biarku kesunyian dalam keramaian, dan kesepian dalam sendirian.

Ya Allah ... hari esok sudah asing buatku.  Hari semalam sudah meninggalkan aku.  Saat ini juga akan berlalu.  Namun ENGKAU tetap kekal dan tetap selamanya dengan segala sifat zatMU yang Maha Sempurna.

Ya Allah ...  ketika detik terus bergerak pergi.

Thursday, November 17, 2011

Surah Yasin recited by Sheikh Mishary bin Rashid Alafasy



20 hal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nak menulis tapi tak ada keinginan  nak menyusun ayat.  Poin-poin je boleh?  Banyak la pulak hihi ...  saja menambah-nambah.  Biasala macam menjawab soalan periksa dulu-dulu tu, cari keruk korek segala poin untuk memanjangkan jawapan kekekeke ...

1.  komen-komen di FB  no komen. ada masa baru jenguk.
2.  cupcakes yang cantik
3.  home biz
4.  kumpul resepi cupcakes dan topping
5.  kumpul blog cupcakes
6.  kumpul gambar cupcakes
7.  nak buat sarung bantal besar
8.  nak buat bantal kecik untuk Que
9.  tak jadi buat cupcakes untuk Hidayat bawak gi sekolah, sebab jamuan kelas tukar jadual lebih awal, tak sempat nak buat tapi dia tak kisah
10.  kotak kek boleh diisi cupcakes untuk birthday Que bulan depan insyaallah
11.  terbayang imej perempuan purdah jual nasi beriani di Sri Petaling (?) pada hari Jumaat sebelum solat
12.  kenduri doa selamat selepas Subuh (?)
13.  esok pergi klinik ibu dan anak (?), nothing interesting.
14.  nak ikut kelas cupcakes tapi bila (?)
15.  sedang sambung bab 9 Sakinah, tapi macam tak best.  Macam-macam difikirkan, tapi masih tak suka.
16.  ada tiga lappy di study hall, apa sudah jadi?
17.  sibuk di naqhuhines-lazat, kumpul resepi kat situ.  Nak salin tulis dalam buku, tulisan dah buruk dan malas nak menulis.  Ada kertas resepi masuk bawah plastik alas meja makan, kek coch moist yg sedap tu le ...
18.  cuti sekolah bakal bermula.  Kena buat jadual harian cuti sekolah - hafal sifir, baca buku, list sifir untuk ditick bila dah hafal, list buku yang dah dibaca.  Kalau tak, akan mengadap lappy sepanjang hari.  Tak boleh jadi, seboleh mungkin dikawal dari hari pertama cuti.
19.  Motivasi - http://www.youtube.com/watch?v=5l_Sl4tE-9g&feature=related
20.  tengoklah dia, http://www.youtube.com/watch?v=2l230fKXDNY&feature=related dan lihatlah diri kita ...!

Maaf zahir batin dengan entri yang entah apa-apa ni.  Diari le katakan ...  tulis apa nak je.  Maaf selalu.

Wednesday, November 16, 2011

Surat Al Mulk



Benarkah ada gangguan JIN di laman FB?


 

Title:  Benarkah Ada Gangguan Jin Di Laman Facebook...?


http://1.bp.blogspot.com/--fwFAmlOlIg/Tbgz4OD-ZXI/AAAAAAAABE8/IcZ9mS-Azo4/s200/imagesCAFPLIAO.jpg
(gambar hiasan)
Kisah dicatat oleh Ustaz Azrin Abdul Karim, Pengamal Rawatan Islam. Keramat AU3.


"Pernahkah anda memikirkan, memerhatikan, merenung dan merasakan... lintasan-lintasan hati serta emosi anda ketika bersendirian... ketika di rumah, ketika di masjid, ketika di pejabat... apakah perasaan-perasaan yang anda alami?
Tenang..? Sayu..? Sepi..? Syahdu..? Rasa keseorangan..? Tekanan perasaan..? Dan bandingkan pula ketika anda berada di tengah-tengah orang ramai... ketika berjemaah di masjid, ketika membeli belah di pasar raya, ketika bersesak-sesak di pasar malam... apakah perasaan-perasaan yang kita alami ketika itu...?"

Kebiasaannya ketika berjemaah di Masjid anda akan merasakan ketenangan, merasakan bersemangat, merasakan adanya kekuatan diri... Tetapi ketika membeli belah di pasaraya yang di penuhi oleh orang ramai.. apa yang anda rasakan? mungkin pening kepala..? mungkin hilang sabar..? mungkin keinginan membeli yang membuak-buak sehinggakan anda membeli benda-benda yang tidak sepatutnya anda beli... Dari mana perasaan-perasaan sebegini timbul?

Apatah lagi ketika anda bersesak-sesak di pasar-pasar malam... apa yang anda rasakan? teruja..? tenang..? sayu..? atau tekanan...? hilang sabar..?

Setiap benda yang ada di muka bumi ini ada gelombang nya, samada benda-benda seperti batu, pokok, meja, peti ais, pen, warna, nama, nombor dan lain-lain... begitu juga dengan benda-benda yang hidup seperti tumbuh-tumbuhan, binatang, manusia, organ-organ dalaman seperti jantung, buah pinggang, tidak ketinggalan juga perasaan-perasaan dan pemikiran manusia seperti marah, sayang, sedih, gembira... semuanya ada gelombang-gelombangnya tersendiri....

Dan gelombang-gelombang ini samada bersifat gelombang yang "baik" atau gelombang yang "jahat" dapat dipindahkan atau terpindah samada secara sengaja atau tidak sengaja kepada objek-objek ataupun kehidupan disekeliling kita samada benda, tumbuhan, haiwan ataupun manusia...

Dan perpindahan tenaga gelombang-gelombang ini boleh berlaku samada secara berhadapan, di dalam telefon, dihadapan televisyen, mendengar radio, ber"chatting" di internet samada di forum-forum, facebook dan lain-lain lagi...

Saya ada seorang sahabat yang berkebolehan merasakan gelombang-gelombang pemikiran manusia disekeliling beliau, yang menjadi masalahnya, apabila ada orang marah, sedih, tertekan atau berfikiran jahat berdekatan dengan beliau, gelombang-gelombang perasaan yang beliau rasakan itu menjadikan pemikiran beliau sangat berserabut..

Sukar juga mengalami perkara sebegini kerana sekiranya diri beliau tidak cukup kuat gelombang-gelombang yang beliau rasakan itu akan mengakibatkan beliau sakit kepala, lemah-lemah dan bisa-bisa badan...

Hakikat sebenarnya, samada kita mahu atau tidak mahu kita sangat-sangat terdedah dengan gelombang-gelombang "baik" atau "jahat" ini pada setiap masa...

Bagi mereka yang tidak memiliki benteng pertahanan yang kukuh samada dari sudut fizikal, mental, emosional dan spiritual, perpindahan tenaga yang "jahat" akan menimbulkan impak yang negatif pada diri mereka. Pernahkah anda terfikir kemungkinan-kemungkinan gangguan jin juga berlaku ketika anda sedang berchatting di internet..? atau ketika sedang membalas-balas komen di facebook?

Mungkinkah persoalan saya ini terlalu tahyul untuk kita terima... Saya ada mendengar banyak kes-kes mereka yang mengalami gangguan emosi apabila mula berjinak-jinak dengan laman facebook...

Berkumpulnya bermacam-macam orang di facebook, berkumpulnya bermacam-macam perasaan di facebook, berkumpulnya bermacam-macam gelombang emosi di facebook dan jangan kita lupa berkumpulnya bermacam-macam orang yang mengalami gangguan jin di facebook.

Ada beberapa orang pesakit saya yang mengalami masalah rumahtangga, datang mengadu kepada saya tentang masalah-masalah mereka... Melalui sessi temubual saya dengan mereka, saya dapati perbalahan rumah tangga akan terjadi setiap kali setelah mereka memasuki laman facebook...

Setiap kali setelah mereka memasuki laman tersebut ada saja perasaan-perasaan negatif, bisikan-bisikan perasaan dan gejolak-gejolak emosi yang memberontak dari hati mereka dan ianya melarat kepada perbalahan rumah tangga...

Mungkin kah mereka terpengaruh dengan komen kawan-kawan mereka di laman tersebut...? atau mungkinkah gelombang perasaan kemarahan dan ketidak puasan hati telah berkumpul di laman tersebut menyebabkan tenaga gelombang nafsu ammarah menjadi semakin kuat, dan secara tidak langsung tenaga "jahat" tersebut terpindah kepada mereka-mereka yang melayari laman tersebut dan akhirnya tenaga "jahat" tersebut meletup dihadapan pasangan masing-masing...? Pada saya campur tangan syaitan sudah pasti berlaku dalam hal sebegini namun adakah jin-jin gangguan juga menggunakan laman facebook ini sebagai medan menyebarkan gangguan-gangguan mereka?

Wallahu'aq'lam... saya cuma mengajak kita semua berfikir dari satu sudut dimensi yang berlainan dan di luar kotak pemikiran kita... cuba lah kita fikir-fikirkan... dan berhati-hatilah...





Sumber : web log umum, google, mkini, wikimedia, altavista.

"Berfikir seketika lbh baek dr ibadah 1000 tahun tanpa ilmu". Renung'2 dan selamat beramal!….. :)

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing