Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, May 31, 2011

Waduh ...

Waduh, cik abang telah dengan kembang hatinya mewar-warkan kepada sanak saudara dan sahabat handai tentang kewujudan blog Jurnal Naqhuhines ini. 

Waduh, saya pula dengan rendah hatinya merasa tersipu-sipu semata, kerana waduh ... blog ini ... waduh, tak terkata pula ... 

Terkadang ternampak diri dari satu sisi ... aku ni macam serius aje ...
Terkadang dari sisi lain ... eh macam kelakar pulak.
Terkadang dari sana tu ... entah hapa-hapa la makcik nih!
Kadang-kadang ... huh, memang tak ilmiah langsung.  Merapu aje.
Selalunya ... sekadar sedikit catatan di masa senggang; tentang kamu, kami dan kita.  Untuk kamu, kami dan kita.  Sebagai kenangan semata. 

Pokoknya ... bagi orang yang kurang direct macam saya, orang panggil introvert ke hapa tu, penulisan memberi bayangan tentang bagaimana hati saya berkata ... hehehe ...

Ya Allah, tolonglah daku menulis dengan sebaiknya.  Tidak mengumpat orang, tidak menjadi pendosa melalui tulisan, tidak membuang masa blogger dan pengunjung yang datang, kerana di sini sekadar catatan untuk diri dan Naqhuhines yang bukan blogwalking blogger punya worang. 

Ribuan kemaafan kepada pengunjung, seandainya blog ini tidak seperti yang dijangkakan atau diharapkan.  Aku menulis bukan kerana ... apa-apa.  Sementara masih ada kesempatan diberi Allah untuk menulis, walaupun entah hapa-hapa ... Oh so sorry ...

Selamat berkunjung ke blog yang lebih bermanfaat buat kalian.  Mohon doa dari sahabat yang sudi mendoakan, atau sesiapa yang suka berkunjung ke sini ... entah sapa-sapa la ... terima kasih banyak.  Atau penjejak baru yang baru terima namecard kami tu ... terima kasih sudi menjenguk. 

Ini bukan blog ilmiah,  bukan juga blog cari makan.  Sekadar blog pinggiran aje.  Hehe ...

Sedang dalam keinsafan ~ Sakinah oh Sakinah.


Gambar - Amirah Nurhanessa dan kawan-kawan

Amirah Nurhanessa dan Faezah.  Setiap hari dua (Selasa) mereka akan berpakaian sukan lengkap seharian.  Bergambar di rumah panjang (kantin).  Bangunan kecil nun di belakang sana tu adalah kantin yang menjual pelbagai makanan seperti Nasi Katok ($1), soto mee dan meehon, makanan mudah seperti fishball dan nuget, serta minuman tin dan air milo ais dalam gelas plastik.  Pada masa ini, ramai juga ibubapa yang berkelapangan (terutama kaum ibu) datang menjenguk anak-anak (kebanyakan di kelas pra dan darjah 1) semasa waktu rehat jam 10-10.30 pagi sambil membawa bekalan dari rumah.  Nampaknya bekalan paling digemari anak-anak (macam berpakat-pakat aje anak-anak ni) ialah mee goreng segera.  Hanessa juga selalu meminta saya datang ke sekolah, yang harus saya penuhi terutama tika moodnya nak ke sekolah di pagi-pagi hari tu agak merudum hehehe ... nak memujuk supaya pergi sekolah la tu.  "Adik nak mee goreng tau, mama!" katanya.  Uhh ... sesekali terpaksa akur, bersama pesanan bersiri "Lepas ni tak mo mee goreng lagi ya ...  not good for your health."  Dia angguk-angguk, tapi minggu seterusnya ... minta lagi.  Hmm ... anak-anak.

Ha nampak tu, Hanessa makan mee goreng segera.  Hidayat pula makan roti yang diberikan oleh pihak sekolah bersama air tin. 

Ini gambar kenangan semasa makan tengahari di bawak pokok, di hadapan masjid Lorong 3 Selatan.  Di hari-hari terakhir sebelum berpindah dari Lumut ke Seria.  Nak mengelak daripada terpaksa ke Masjid Seria (sebab bimbang mengotori masjid, maklumlah anak-anak ...), saya bawa anak-anak ke kawasan ini.  Agak redup di bawah pohon, cumanya kurang nyaman kerana berdekatan dengan longkang besar (yang bersih).  Kebetulan tikar plastik memang sedia ada di bonet (untuk persediaan jika ke pantai Lumut), dan mereka memang tak kisah tak macam si kakak yang segan nak makan ala-ala berkelah (dia makan dalam kereta sahaja), dua beradik ini makan dengan selamba bersama angin sepoi-sepoi bahasa.  Kata hati saya nak menyedapkan rasa, 'Tak mengapalah, kami dah nak pindah ke sini tak lama lagi.  Lepas ni tak adalah makan merata-rata macam ni ...'  hehe.

Gambar - Muhammad Hidayatullah & Solehan

Muhammad Hidayatullah makan bersama kawan baiknya, Solehan di rumah panjang (kantin) Sekolah Rendah Muhammad Alam, Seria.



Apabila ura-ura untuk pulang ke Malaysia semakin pasti, Muhammad Hidayatullah dan Solehan telah berkongsi airmata kesedihan.  Hehe ... tak sangka budak-budak lelaki ni memiliki perasaan yang halus juga.

Sempat mengusik.


Selepas makan, beramai-ramai memberus gigi di kaki lima tempat pejalan kaki di sisi bangunan.


Ruang rumah panjang semakin lengang.  Murid-murid bertebaran menuju ke kelas masing-masing, memberus gigi sambil menunggu loceng memulakan sesi pembelajaran berbunyi.

Charlie, Muhammad Hidayatullah dan Solehan.  Yang kat depan tu tumpang semangkuk je; Amirah Nurhanessa.

Monday, May 30, 2011

Majlis perjumpaan SKBA, SMBA, SKJ dan SMJ

Jemputan sudah diwar-warkan.  Sudah ramai yang tahu.  Macam ramai yang berminat untuk hadir; berhari raya sekaligus bersilaturrahim dengan kawan-kawan sekolah yang sudah putus hubungan.  Ramai yang sudah hilang khabar berita. 

Apabila baca komen-komen di situ, nak tergelak rasanya.  Ada pula yang segan nak datang, sebab terasa diri dah kembang setaman ... Hahaha ... (macamlah makcik tak kembang! citt!)

Tentulah dah berpuluh tahun berlalu, perubahan berlaku dalam hidup masing-masing.  Namun jemputan ini tidak ada niat lain, selain untuk merapatkan silaturrahim semata. 

Sementelah pula sempena aidilfitri.  2 dalam 1 la tu.  Tahun hadapan di rumah kawan-kawan lain pulak ya .,.

Kena pasang khemah ke?  Mungkin kita tengok pada jawapan kat wall dulu.  Sebenarnya kalau nak ikutkan, ahli keluarga jauh dan dekat pun dah kena pasang khemah dah ... 

Semoga majlis ini nanti akan berjalan lancar, dan beroleh redha Allah. Untuk mengelakkan pertembungan lelaki dan perempuan semasa mengambil makanan, eloklah dibuat dua tempat berhidang dan tempat menikmati makanan. 


Betul ke niqab sebenarnya haram?

Hmm ... ada pulak yang kata niqab tu haram.
Wahh ... makcik betul-betul copy paste dan link manjang nih!

Tapi keadaan sebenar bukanlah sedemikian. Boleh baca di sini.

Ini baru suku perjalanan ...



Kenapa tutup muka?

Sekarang ni saya dalam fasa ingin memahamkan diri tentang isu menutup aurat dengan memakai niqab.  Maka kiranya waktu ini sedang asyik mencari dan menyelaminya.  Saluran paling mudah ialah di internet berlumba dengan kekangan masa yang singkat.  Rupa-rupanya ini termasuk isu yang hangat di kalangan bloggers muslimah, dan rupa-rupanya ada pula yang mengikuti Jurnal Naqhuhines, juga sama berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang niqab. 

Ummu Abbas Abdullah di blognya, telah sudi berkongsi informasi yang bermanfaat tentang pemakaian niqab ini menerusi pengalaman beliau sebagai pemakai niqab sejak 16 tahun lepas (ketika artikel itu ditulis - tahun 2008; kini tentu sudah 19 tahun ya ...) iaitu ketika dirinya masih di alam persekolahan lagi. 

"Boleh ke?"  tanya saya lagi.
Cik abang diam, lambat menjawab.  "Jangan diketawakan dek orang nanti ..." Huh, kerasnya amaran.  "Semua nak kena jaga.  Karang petang-petang borak-borak, lepas tu mengumpat."  Aduhh ... pedasnya.  Pijar sungguh!
"Mana ada saya mengumpat!" Mana ada ... mana ada ... (betul ke?  jangan esok kena muntahkan daging mentah saudara yang diumpat!!!)

Kalau tanya Hanessa, dia akan angguk cepat.  "Adik pakai hitam, mama pakai putih."  Ohh ... putih tu ... macam kain kafan aje.  Saja je tanya budak-budak ni, nak menambah sokongan kepada diri sendiri hehe ...  Lagipun nak memahamkan anak-anak tak semesti dengan penerangan langsung.  Terkadang dari soalan, ada jawapan dan pemahaman untuk mereka sendiri.  Nampaknya tidak ada bantahan dari anak-anak walaupun mereka tidak berperanan dalam menentukan keputusan saya untuk diri sendiri dalam hal ini.

Apapun, sekiranya link yang saya buat ni dapat membantu cik abang sama lebih memahami dari perspektif yang betul, ia tentulah lebih bererti.  :) :) :)






Saturday, May 28, 2011

Pengalamannya berpurdah hari pertama

Nak tau pengalaman wanita yang mengenakan purdah? Haa, jom baca kat sini. Saya pun belum sempat nak baca sekarang ni.  Link je dulu, khas di bawah tajuk purdah (owh kena labels baru ni; Purdah).

Di sini pula adalah ringkasan intipati tentang PURDAH dari pandangan empat mazhab.  Semoga sesiapa yang kurang pasti, dapatlah sedikit gambaran utama sepintas lalu dan untuk lebih jelas, bolehlah panjangkan pertanyaan kepada yang ahli.  Usah kita berandai-andai dan dengar cakap-cakap orang aje.  Cer baca (tak yah baca pun afdal rasanya) komen-komen dari link Rozita tu, aduhh memacam pendapat ada ...

Lagi cerita Rozita berpurdah

Jom baca artikel ni kejap.  Untuk sesiapa yang di luar sana, yang terdetik hati untuk mengenakan purdah, mungkin ini dapat menambah cetusan keinginan.  Apa yang betulnya, biarlah dilakukan kerana Allah jua.  Dan juga pastikan niat yang betul tepat dan seiring dengan kehendakNYA, semoga dengan demikian beroleh keredhaanNYA dan bantuanNYA dalam meniti hari-hari sebagai wanita berniqab.  InsyaAllah.

~~ Bila aku nak menyarungkannya pula nih???  Soalan untuk diri.


Argh ... tak sempat nak tiup

Tak sempat nak meniup, dah kena tiup!

"Oooo ... cerita kat dalam blog haa!"  Cik abang kata.
Alah, entri lama tu la.  "Oooo main tiup-tiup yaaa ...!" sambungnya lagi.

Hehe ...
Bila saya rujuk al-Quran, ayat itu bukanlah baru buat saya.  Cuma daifnya saya kerana tidak ingat surahnya.  Seseorang mengajarkannya ketika saya baru awal 20an. 

Hmm ... masalahnya, saya pulak yang kena tiup sebelum sempat meniup! 

Isyy, tak boleh jadi nih!  Saya mesti tiup jugak! Fuh fuh fuhhhh ...



Thursday, May 26, 2011

Alhamdulillah, semua selesai.

Alhamdulillah, setelah lebih tiga hari tidak dapat log in ke sini, akhirnya saya temui penyelesaian yang membantu, setakat ini.  Pencarian dan sempat juga mengacau anak saudara di seberang lautan (di Senai, Johor), akhirnya berjaya juga dengan izin Allah Subahanahu wa Taala. 

Silih berganti mencari dan mencari, dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, di semua sudut yang ada ... terjumpa blog cik adik ni ... tapi dek kerana solusi yang dia perolehi pun dari kawannya, yang mana perlu clear all recent history (gitulah lebih kurang), saya 'kehilangan' dia.  Cari balik lum sempat jumpa saat ini.  Nanti kalau ada masa auntie (rasanya dia baru belasan or awal 20's) masih belajar lagi akan cari blog awak balik ya, n ucap terima kasih :). 

Sudah 3.27 PM.  Saya sudahkan di sini sahaja untuk hari ini.  Sudah berjanji akan menjemput Muhammad Hidayatullah di sekolahnya dan terus pulang ke rumah.  Alhamdulillah.  Memang dah set selesai ke tak hal ni, saya akan balik waktu ini.  Syukur Allah memudahkan urusan saya.

Bersama rasa syukur dan gembira seadanya, saya perlu berhati-hati di masa hadapan.  Tidak akan suka-suka atau sesaja download sebarangan.  Uhh cukuplah pengalaman dengan Compac dulu tu.  Kasihan si Compac yang semakin uzur. 

Oh ya, sedikit catatan.  Mak abah akan sampai 8 Jun ini.  Manakala Muhammad Naqib akan bercuti 6 hari mulai esok.  Mujur (Alhamdulillah syukur kepada ALLAH yang maha memudahkan segala urusan) Pak Ngah Haji Zek berkelapangan untuk menjemput dia dari madrasah petang esok usai solat Jumaat dan dibawa ke Bangi.  Lepas tu 'dipost' pula ke Seremban sebelum ikut wan atuk balik kampung.  Terima kasih to Pak Ngah Haji Zek n Mak Ngah Hajah Noraini ... semoga urusan kalian selalu dibantu Allah jua. 

Resolusi kedua sekiranya tak ada sesiapa dapat mengambil Muhammad Naqib, mungkin minta tolong pada Pengerusi Taman sebelah, Encik Hanafi kita, untuk tolong membawa balik budak ini ke rumah kami sahaja.  Walaupun cuak nak membiarkan dia berseorangan di rumah, tapi abahnya selalu berkeyakinan dan mahu anaknya juga sedemikian (hanya maknya yang kurang yakin ... lupa selalu ... bahawa Allah sentiasa bersama). Istighfar ... Ya Allah ampunilah daku yang daif ini. 

Maka selepas ini, semoga tidak ada lagi rasa cuak dan bimbang.  DI mana sahaja berada, ingatlah Allah sentiasa bersama.  Serahkan hati kepadaNYA, DIA juga akan mengingati kita. 

Ya Allah, bantulah daku mengenaliMU dan mencintaiMU.  Ameen.

Syukur, gembira dan mood bagus.  Alhamdulillah.

Monday, May 23, 2011

Amalan Yahudi ketika hamil

Ini nota copy paste dari kekawan masturat Zaiton Mad Yusoff.  Dah pernah saya baca di mana-mana, tapi tak pasti di mana.  Huh, tak sempatlah nak komen apa-apa, anda baca ajelah ye ... (urusan rumahtangga ... mana ada stop.  1.01PM).  Pokoknya, pemakanan sangat penting untuk membina tubuh dan minda yang sihat dan cerdas.  Apatah lagi sekiranya makanan itu halalan toiyibah, lagi dirahmati Allah Subhanahu wa Taala ... makanan sunnah seperti kurma dan madu (err bukan madu yang 'itu' ya~!).  Dimakan dengan menyebut namaNYA, menggunakan tangan kanan dan duduk bersila.  Oh ya jangan lupa garamnya sebelum menjamah makanan ...  Jom baca :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya?perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,?dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.?
Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi?begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana??Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda?tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data?tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya?perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik?bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau?tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau,?adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi?genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa?merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu ,?dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,?menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dankepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan?dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan?untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama?perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut?mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah?Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,?ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda?keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel?utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).?Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar?rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam,?diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa?iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain?musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum?Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.?Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !.?Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi?keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping?mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa?senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang?perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan?lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian?seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ? perniagaan didunia! Siapakah yg?mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka?ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya?menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk?nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah).?Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja)?jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan?anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman?di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti?perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah,?barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,?beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi?konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,?menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih?anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Saturday, May 21, 2011

Selamat Ulangtahun Pernikahan ke 16

Kelmarin, 19 Mei, saya telah selamat dinikahkan di Masjid Tangkak. Alamak, silap fakta la kat fb. Saya telah dinikahkan oleh bapa saya sendiri, iaitu allahyarham ayahanda Hassan bin Karim, bukan oleh Tuan Imam.

Tu lah, bila dah lama masa berlalu, boleh lupa. Dah 16 tahun dah ...  okeh, correction correction ... mana blenco ni.

Jadi kelmarin adalah hari ulangtahun pernikahan saya le.  Tapi tak sempat nak 'merapu' kat sini, sebab rasa sibuk sangat la pulak kat fb.  Apahal?

Hmm saya bikin heboh pasal nak balik Malaysia, maka ramai la yang terkezut, saya pun terkezut sama.  Ah, cerita basi dah.  Selang sehari dua saya heboh lagi pasal ulang tahun pernikahan hehe ... sibuk le kat sana menjawab ucapan kekawan.  Juga sibuk la bersembang dengan kekawan yang tak pernah-pernah menyembang.  Ha tu baru betul-betul sembang.  Kawan pempoan le.  Bersama ucapan tahniah, sebab saya dan cik abang selamat sampai ke jinjang pelamin dulu hehe, alhamdulillah. 

Terima kasih atas doa semua.  Semoga kalian juga berbahagia di alam rumahtangga sehingga ke akhir hayat, hingga ke akhirat.  Ameen.

Bila banyak masa di fb, terluputlah masa di blog kejap.  Tapi kenapa jadi gini, saya pun tertanya-tanya.  Hmm ... fikir fikir punya fikir ... ohhhhhh, pw dah release bersama peringatan.  Patut pun!  Hehe ... makasih kat cik abang yang simpat pw setahun lebih hihi ...

Dah jam 11.09 pm.  Masa untuk beradu (tidur la).  Ni pun dah lewat sejam dah.  Rutin baru, bangun paling lewat 4.30 pagi tapi kalau time ni bangun macam tak sempat nak buat apa, melainkan tunggu azan Subuh aje.  Kat sini, azan Subuh sekitar 5.45am.  Tak sempat sebab bangun pagi terus mandi, segar!  Semoga rutin ini berkekalan di mana sahaja berada, walaupun dah balik nanti, insyaAllah.  Jadikan semangat Meliana sebagai iktibar.  Nanti ada masa, saya akan ceritakan tentang Meliana, insyaAllah. 

So, happy anniversary for me!

Thanks!!!

nota dari masturat - adab dan doa ibu hamil

Pesanan terbaik buat para ibu yang mahu hamil, atau sedang hamil.  Saya copy paste dari group Masturat, group kesayanganku di FB.  Terima kasih buat Toiyibah Zafirah.  Jemput baca, semoga dapat mengambil faedah daripada nota ini. 

Nota Amalan : Adab dan Doa Ibu Hamil.

Anak2 adalah umpama kain putih..kitalah yg mencorakkannya........insyaallah... mari kita corakkan ia semenjak d dalam rahim kita lagi..mudah2an usaha kita di makbulkan oleh Allah SWT. moga akan lahir daei2, hafiz hafizah dan alim alimah dari rahim kita...aminn..

* Digalakkan ibu2 membuat amalan dan doa ketika masih bertelekung,d atas sejadah juga masih berwudhu...bukanlah cadangan ini kewajipan,namun...di posisi ini ibu2 akan lebih tawajuh kepada Allah SWT di posisi ini HATI kita lebih dekat dengan Allah SWT.

* Setiap kali,sebelum memulakan adab dan doa..kita hendaklah perbetulkan NIAT kita..iaitu kita buat semata-mata kerana Allah SWT...untuk cari redha Allah SWT..di samping inilah usaha kita untuk dapatlkan anak yang soleh solehah,daie,hafiz hafizah,alim alimah...amin ya Allah.


Amalan ibu mengandung.
  • amalan ini di buat sebaik2nya selepas solah dan masih bertelekung di atas sejadah.
  • letakkan ibu jari di bawah pusat.
  • baca surah Al Ikhlas 10 kali.beri salam pada anak...assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh , wahai anakku dengarlah akan kata2 ku ini baik2 :
  1. jangan sekali2 engkau derhaka pada Allah SWT.
  2. jangan sekali2 engkau derhaka pada Nabi SAW.
  3. jangan sekali2 engkau derhaka pada kedua ibubapa mu.
  4. jangan sekali2 engkau derhaka pada guru2 mu.
  5. jangan sekali2 engkau derhaka pada adik-beradik dan ahli keluarga mu.
  6. jangan sekali2 engkau derhaka kepada kaum muslimin dan muslimat;lelaki dan perempuan.
  7. jangan sekali2 engkau menconteng arang di muka kedua ibupaba mu.
  • beri salam pada anak di dalam kandungan sekali lagi...assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..wahai anak ku, ummi bacakan ke tujuh2 pesanan tadi adalah khas untuk mu.
  • apabila selesai barulah di buka kain telekung.

------------------------------------------------------------------------------------------------

DOA-DOA SEMASA HAMIL.

  • Baca Surah Al-Qadr ~ 44 kali ~ insyaallah anak akan terang hati dan mendengar kata. 
  • Baca 44 kali.
لا إِلهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ، إِنَّ كُنَّا مِنَ الظَالِمِينَ

  • Baca Surah At-Taubah ayat 128 & 129 ~ 44 kali ~ Allah SWT akan perbaiki segala kelemahan.

لَقَدۡ جَآءَڪُمۡ رَسُولٌ۬ مِّنۡ أَنفُسِڪُمۡ عَزِيزٌ عَلَيۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِيصٌ عَلَيۡڪُم بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ۬
فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُلۡ حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ‌ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ   

  • Baca Surah Yusuf ayat 3 ~ 44 kali ~ Allah SWT akan beri rupa paras yang indah dan cantik.
إِذۡ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَـٰٓأَبَتِ إِنِّى رَأَيۡتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوۡكَبً۬ا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ رَأَيۡتُہُمۡ لِى سَـٰجِدِينَ

  • Baca ~ 44 kali ~ Allah SWT akan kuatkan Iman anak......
لا اله إلا الله 
محمدا رسول الله

  • Baca ~ 44 kali ~ di baca oleh ibubapa ~ يا ذاالجلال  والاكرام
  • Baca ~ 44 kali ~ Allah SWT akan jauhkan anak daripada sakit tulang ~ نَصۡرٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٌ۬ قَرِيبٌ۬‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
  • Baca Surah An-Nur ayat 35 ~ Allah SWT akan beri anak yang putih bercahaya.


Selain surah-surah yang lazim di amalkan untuk ibu hamil :
  • Surah Yusuf ~ untuk anak yang cantik paras rupa.
  • Surah Luqman ~ untuk anak yang bijaksana dan terang hati.
  • Surah Yaasin ~ untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
  • Surah Maryam ~ untuk memudahkan bersalin.
  • Surah al-Hujurat ~ untuk membanyakkan air susu.
  • Surah Muhammad ~ untuk mewarisi akhlak terpuji.

Insyaallah,semoga kita sama2 dapat amal dan sampaikan..Insyaallah.


*** err, rasa macam nak baby lagi plak ... ish.

Friday, May 20, 2011

Obses

Tadi pagi, selepas hantar anak-anak ke Masjid Seria untuk kelas mengaji, saya ke pasar tamu Seria. Bila ditanya nak sayur apa, cik abang kata dah lama tak makan pucuk paku. Teringin pucuk paku la pulak. Hmm ... last makan pucuk paku ada dua bulan lepas kot. Pucuk paku ni sesekali boleh la, selalu cuba elakkan. Ia sayuran sejuk dan agak bisa untuk orang sakit lutut dan gaot. Kata orang lama, elakkan lebih baik dari mengubat. Tetapi sesekali jadilah ia satu nikmat kepada selera kita, alhamdulillah.

Di pasar tamu, pelbagai dijual. Macam-macam ada. Taklah sama belaka macam di tanahair kita. Isy kalau nak cerita, tak larat rasanya. Semakin hampir nak balik ni, boleh kata hari-hari saya kerja snap gambar aje. Kamera memang stand-by aje dalam beg. Saya betul-betul teringin nak snap gambar kat pasar ni, tapi saya betul-betul malu. Pelik aje rasanya.

Setakat ni, yang pelik sikit (perasan sendiri) ialah saya kerja snap gambar sambil drive. Alhamdulillah belum la lagi terserempak dengan kereta peronda polis yang rajin berkeliaran di sekitar pekan dan jalanan. Paling banyak ialah gambar awan-gemawan yang gemuk-gemuk putih melepak. Paling dihantui oleh pemandangan cahaya matahari mencelah dari celah-celah awan-gemawan bagaikan tabir emas jatuh ke bumi. Juga apabila sinar matahari pagi yang makin garang mencarak menyentuh pohon hijau, berkilau-kilau. Boleh terpegun dibuatnya. Obses betul!

Maha Hebat Allah Subhanahu wa Taala yang menciptakan segala-gala ini.  Ajaib segalanya!  Hebat! Indah! Memukau! Mempesona! Semua itu adalah makhlukNYA.  Berzikir membesarkanNYA.  Semua itu diatur disusun penuh teliti olehNYA.  Tiada kesilapan dalam pembuatan dan kejadianNYA.  Terkadang itu menjadi tenteraNYA, menjadi balasan kepada manusia yang engkar perintahNYA.  Semua itu tunduk patuh akur kepadaNYA semata. 

Hanya manusia yang selalu membantah ... 

Ya Allah, masukkanlah kami semua ke dalam golongan orang-orang yang sentiasa membesarkanMU, mensyukuri nikmatMU dan memohon keampunanMU.  Selamatkanlah kami dari berbuat makar dan mengikut hawa nafsu yang keji.  Janganlah biarkan kami, ya Allah.  Kasihanilah kami dan peliharalah kami agar tetap di atas jalanMU.  Ameen.

Semoga Jumaat terakhir sebelum berangkat pulang buat selama-lamanya dari bumi indah makmur ini, saya dapat mencapai hasrat untuk merakamkan gambar menarik di pasar tamu itu.  Juga semoga ada lagi pelangi akan muncul untuk saya abadikan. 

Balik Malaysia, adakah saya akan seperti ini juga?  Entahlah, belum dapat dijangkakan lagi, macamana agaknya ... Hanya DIA yang maha mengetahui.


Tuesday, May 17, 2011

Pasti yang pasti

Alhamdulillah, akhirnya pasti yang pasti dengan izin Allah Subhanahu wa Taala jua.  Kami akan menyongsong pulang menjelang Ramadhan yang penuh berkah.  InsyaAllah.  Bermakna akan merayakan kemenangan menahan lapar dahaga sepanjang bulan puasa di pagi Syawal yang mulia bersama kedua ibu bapa, ipar duai dan sanak saudara yang ada di kampung.

Sedih rasa hati nak meninggalkan Brunei yang aman makmur.  Allah Subhanahu wa Taala menghiasi hati dengan rasa tenteram, maka semuanya dirasakan aman damai selalu.  Allah Subhanahu wa Taala pertemukan pula dengan sahabat-sahabat yang berhemah.  Baru sekitar dua bulan di Seria, tiba-tiba Allah tentukan takdir yang lebih baik, insyaAllah. 

Semoga perjalanan seterusnya selepas ini sentiasa aman dan tetap di bawah pimpinan dan petunjukNYA. 

Brunei dalam kenangan.

Monday, May 16, 2011

Terima kasih ...

Ini kena take note

Jangan melampau sangat!!!

Ingat sampai bila-bila.   

For The Rest Of My Life

Actually, for the rest of OUR life ... 

Macamana pun, terima kasih terima kasih terima kasih sebanyak-banyaknya.  

Saturday, May 14, 2011

Bukan anak itik huduh

Okey, geram je tengok signature orang, *wink wink* ... nak buat jugak!

Belum pun balik ke tanahair tumpah darahku, sudah ada yang beri cadangan bernas secara tidak langsung agar isteri kepada suami saya (saya le tu!) menceburi bidang kerjaya; tak do kojo cari kojo ... itulah maknanya.  Anak-anak dah besar, itu tanggapannya.

Huh, banyak yang nak saya luahkan, tapi eloklah saya tapis-tapis.  Bak kata pendita, mata pena itu lebih tajam dari pedang.  Walaupun ini bukan guna pena, tetapi aksara-aksara di sini bisa menajam dan menghiris juga dong!  Kita kan suka rasional, gitu.  Walaupun ada isu yang bikin emosi tergugat *wink wink* ...

Bukan saya tak nak kerja. Saya suka sangat bila terima gaji di hujung bulan.  Lepas tu pergi mencuci mata dan membeli macam-macam yang saya nak beli.  Hari tu sempat buka nurseri, sukanya hati bila ibu-ibu yang menghantar anak-anak mula buka handbag dan keluarkan purse yang nampak tebal semacam.  Nak membayar yuran le tu!  Suka suka suka ...

Alhamdulillah.

Abih tu?

Kenapa tak nak cari kerja?  Kenapa?  Kenapa?  Nanti apa-apa hal, kan senang dah ada simpanan hari depan untuk diri dan anak-anak.  Mana le tau ... macam-macam hal boleh berlaku kita tak tau!  Lagi pun tak ada le nak menyusahkan suami aje.  Kau nak beli apa kau punya suka.

Tau pun!  Abih tu?

Tak apalah yang, tak yah buat nurseri ke, cari kerja ke, hapa ke ... dok ghumah baik-baik.  Abang balik sambut cepat-cepat, bukak pintu cepat-cepat, jangan leka depan laptop aje, bertenet aje.  Okeh?  Nak meniaga?  Haa tu boleh.  Meniaga nasi katok je kat rumah.  Lagi?  Jual jubah pakaian muslimah?  Boleh boleh insyaAllah.  Cash jangan hutang, susah hutang-hutang ni.  Masih banyak masa free lagi?  Apa kata kita bikin sorang baby lagi?

Ishh ... ingat boleh bikin-bikin ke?  Tu kerja Allah tu.  Tapi boleh la cuba the he he ... insyaAllah.

Memang, begitu ramai wanita nak duduk rumah aje, tiba-tiba muncul cadangan begini.  Kelakar sikit rasanya.  Iyalah, dah belajar tinggi-tinggi memang kena kerja, patutnya gitu.  Tapi wajibkah gitu?  TAKKK ...

Wanita yang bersemangat waja tentu tak setuju.  Juga wanita yang dah biasa berdikari sejak muda remaja, menentukan jalan hidup sendiri, dan dah biasa pegang duit sendiri.  

Saya tak kisah.  Walau kekadang kisah saya macam kisah anak itik huduh yang tersingkir dari kelompoknya.  Saya fikir saya dah jumpa kelompok yang sepatutnya saya berada.  Dan ini bukan kelompok itik huduh pun sebenarnya.

Tika dia tersembunyi terpelihara di sebalik pagar batu, masih fitnah menjelma menyenak perasaan dan menyucuk jantung hati.  Ketika dalam perjalanan, terkadang kaki tersadung batu tanpa sengaja.  Meninggalkan parut buat peringatan agar sentiasa berhati-hati di masa akan datang.  


Ziarah lagi.  PoMpuaN TuLung Jgn BaCe.  Apa pulok ni?  Lagi nak bace, maaf le ...


Abih tu?  Tak habih lagi ni!


^__^  cakap le apa nak cakap.  Alhamdulillah, abang pun menyokong.  Jaga rumah jaga diri jaga anak-anak bebaik.  Insyaallah rezeki akan terus mengalir menganak sungai umpama baru hujan lebat.  Ya Allah, muliakanlah kami janganlah kami terhina kerana dunia.  Cukupkanlah rezeki kami, tambahkanlah ia dan janganlah kami dan anak cucu kami terpaksa merempat meminta-minta untuk sesuap rezeki.  Ya Allah Yang Maha Kaya dan Maha Pemurah Maha Pengasih, hanya kepadaMU tempat mengadu dan meminta.  Jadikanlah kami sentiasa bersyukur dan pandai bersyukur atas segala limpah rahmatMU, ameen.

Pokoknya, bicara-bicara mereka bukan masalah buat kita.

Ada yang lebih serius; mengapa seseorang yang pernah bertudung melemparkan tudung itu dan membuka auratnya, dan mempamerkan senyuman manis untuk tatapan ramai orang?  Pokoknya, pokoknya pokoknya pokoknya lagi!   Kasihan dia!!!  Apabila jiwa gersang tandus iman, tiada nur menyinari rohani ... aduh kasihan dia!!!  Apa lagi alasan?  Usah bicara tentang hal-hal yang mendatangi dia, pokoknya pokok kelapa dia perlukan bimbingan seseorang.  Paling asas adalah keluarganya sendiri.

Lantas?

Apakah ada yang tau punca sebenarnya?  Apakah yang tau itu benar-benar mengerti solusinya?

Sampai bila akan dibiarkan berlarutan?  Sebenarnya itu adalah sebahagian dari fitnah akhir zaman.

(maaf kalau pembaca tak faham.  Inilah kelemahan saya, gemar menulis sesuatu yang tersirat.  Pokoknya, ada mesej untuk pembaca tertentu dan semoga dimengertikan, insyaAllah.)

Sedikit info untuk rujukan, terima kasih.


Pulang ke lubuk

Insyaallah kami akan pulang.  Tak lama lagi.  Walau berat hati nak meninggalkan Brunei yang aman makmur ini.  Dan mula melihat, mencari dan menyelidik kebaikan dan manfaat untuk pulang.  Perantau mesti pulang.  Walau belum puas.  Namun mesti pulang.  InsyaAllah semoga Allah menetapkan langkah kaki di atas jalan yang lurus, jalan yang diredhaiNya.  Seolah-olah kursus sudah selesai, dan kini perlu jalankan praktikal hidup pula.  Sama ada ia benar-benar memberi manfaat, itulah yang akan dilihat kelak. 

Tapi terasa berat juga.  Memikirkan itu ini.  Ohh, biarlah Allah bantu menguruskan semuanya itu.  Pada siapa lagi nak mengadu, kalau tidak kepadaNYA?  Hanya DIA satu-satunya.  Mengapa nak merungut dan mengadu kepada manusia.  Manusia itu sama juga, penuh keluh kesah dan rungutan-rungutan yang tak berkesudahan.  Melainkan andai mengadu merintih menangis merayu kepada DIA, tentu DIA mendengarnya.  Mengapa susah sangat nak berasa begitu, susah sangat nak yakin begitu?  Itulah ... mengadu lagi pada aku, padan muka.  Padan muka aku jugak. Erkk ...

Abang kata dia belum nak kawin. Benda tu akan datang sendiri.  Apa ke bendanya, ntah le.  Tapi saya tetap tak suka.  Makan madu lebah asli dua kali sehari sesudu dua tu pun dah macan tak ada mood.  Sebab teringatkan perkataan 'madu' tu.  Tetiba kisah Salleh Yaakob pulak meletup kat media.  Amboi sengih macam kerang busuk, bukan SY tapi abangku tu le.


Apa-apa pun, kehidupan tetap akan diteruskan.  Semoga kita semua sentiasa beroleh petunjukNYA sentiasa, beroleh rahmatNya dan keredhaanNYA.  Hidup ni sekejap aje.  Tua tetap akan tua.  Kalau fikir banyak, lagi cepat tua.  Jom kita fikir agama, macamana nak bawa agama dalam kehidupan seharian.  Kekadang orang janggal aje bila kita selit-selitkan namaNYA di celah-celah dialog hidup kita.  "Tu tak yah cakap lerr ..."  Ada ke pulok!  Kan ke manis dan sedap didengar telinga.  Sedap rasa hati.  Ada gak sebut namaNYA.  Jadi, untuk tidak bosan hidup, setakat makan minum masuk toilet tidur etc etc.  Ada lainnya kita dari yang lain, kerana kita ingin membantu agamaNYA.  Walaupun kita sudah jauh dari zaman terbaik, tidak lagi turun wahyu dan kini di akhir waktu.  Ohh ... jom jom jom ...

Bab poligami camana?
KIV dulu la.  Masih boring.  Lepas ni nak amalkan ayat 200 Surah Ali-Imran tu hehehe ...  salah satu solusi terbaik, kita gunakan ayat-ayat cintaNYA.  Makasih to you.







 

Tuesday, May 10, 2011

Pusingan semula

Napa?

Tak de ... saja je tanya diri sendiri.  Hehe ...
Kalau tengok entri di blog ni, kisah niqab dan tudung labuh bermula pada Ahad lepas.  Sebuah catatan  paling ringkas itu.

Terburu-burukah saya dalam membuat ketetapan untuk diri ini?

Jawapannya ; TIDAK.

Cer citer sket.   Begini al kisahnya ...

Sudah beberapa kali Ahad saya mengikut Kak Hawa ke majlis ta'lim.  Seperti biasa tentulah saya ketemu dengan wanita-wanita yang umpama gagak hitam, berjubah dan niqab hitam pekat bagai malam tanpa bulan dan bintang.  Anak-anak dara pun demikian.  Saya masih berbaju kurung dan tudung biasa-biasa.  Okey je ...

Kemudian saya lihat ada juga cara lain mereka menutup wajah, sekadar melilit selendang panjang atau shyla ke kepala dan langsung menutupi muka dengan memperkemaskan hujung shyla ke tepi pipi.  Hmm okey juga ni.

Selalunya saya tak endah, takkan nak perati orang beria-ia, segan la.  Nanti apa orang kata.  Tapi masih juga terpandang-pandang dengan ekor mata aje.  Ada pula yang muncul dengan jubah hitam tetapi bertudung biru labuh.  Eh bila masa dia pakai purdah?  Ni mesti diperhatikan ni!  Sebaik sahaja selesai muzakarah yang sangat mengesankan itu, saya tidak terus cuit Hurilain dan Hanessa untuk pulang.  Tidak perlulah tergesa-gesa.  Bukan nak balik rumah pun, zauj tak ada.  Saya terus duduk.  Angguk-angguk.  Selama ni tak ambil endah pun kaedah mereka menyarung purdah.  Tau tau laa ... dah bertutup semuanya!  Nampak mata je sepasang putih hitam.  Maka, kali ini saya perhatikan sungguh-sungguh, beria-ia, tapi tak ketahuan sesiapa.

Oooooooooooo gitu gamaknya!  Ni wanita lain.  Saya cega si tudung biru pula.  Kelihatan kain niqab masih di pangkuannya.  Dia lebih hampir, jadi lebih jelas buat mata saya.  Dia masih berbicara, bertukar-tukar khabar dengan tuan rumah yang ramah.  Lepas tu dia angkat kain niqab dan ikat ke belakang kepala.  Lepas tu, cakkk!  Nampak dua mata aje.  Wajahnya sudah terlindung di sebalik niqab, yang ketara hanyalah tudung biru labuh itu.  Kemudian dia berlalu bersama dua gadis kecilnya.

Saya rasa aman.  Selesa dan selamat.  Terlindung di sebalik niqab.  Itulah perasaan saya tatkala melihat mereka ini masing-masing menutup wajah dengan cebisan kain hitam itu.

Ia adalah satu perasaan yang halus.  Sukar diungkapkan.  Saya belum berniqab.  Tetapi saya dapat merasainya.  Saya cuba membayangkan.  Itulah yang saya inginkan.

Ia adalah apa yang diperlukan untuk ketenangan hati ketika keadaan memerlukan untuk saya bergerak bersendirian.

Saya mahu anak gadisku Hurilain ke madrasah, dan setiap hari saya sengaja membangkitkan mewarwar menyebut-nyebut hal ini kepadanya.  Ketika setiap hari dia membicarakan kisah-kisah teman rakan di sekolah yang selalu menghairankan dengan tata cara hidup yang jauh dari cahaya Islam, segera saya ungkapkan lagi, "Balik nanti terus masuk madrasah, ya."  Tidak perlu fikirkan apa-apa selain fokus kepada tujuan dan maksud.

"Mama ada hajat, kalau Ain ke madrasah, insyaallah."  Dan matanya akan menatap mata saya dengan pandangan hairan, tertanya-tanya.  "Tapi kena tanya abah dulu."  sambung saya.  Berlapik juga.

Bukan mudah bukan mudah.  Biarlah Allah Subhanahu wa Taala memudahkannya untuk saya dan keluarga.  InsyaAllah, aminnn ...

Catatan : hari ini Selasa 10 Mei 2011 adalah hari kedua aku memakai tudung labuh bidang 60 ini, menutup sebahagian besar diri.  Ya Allah, kumohon kekuatan dariMU untuk u-turn ini.  Ohh aku melakukan pusingan lagi.  Semoga ia buat terakhir kali dan untuk selama-lamanya. Insyaallah.

Sebenarnya, ia bukan dari Ahad kelmarin.  Bahkan sudah lama dulu-dulu.  Lagi.  Hanya tersedik di dalam hati belaka.  Dan itulah, apabila cuba membebaskan diri dari taliNya.  Mengejar, terkejar-kejar, pasti ditinggalkan.  Dunia bukan untuk orang yang meninggalkanNYA, melupakanNYA dan tidak mengendahkanNYA.

Dan kini aku sedang memikirkan hal yang satu ini, yang sekian lama menguasai pendirianku.  Aku tidak mahu berdiri di atas pagar lagi.  Ramai orang mengatakan itu satu sikap bodoh, tidak ada pendirian sebenarnya.  Ya, andai tak mengerti jangan cepat menghukum.  Aku tidak mahu menyesal kemudian hari.

Wahai ... wahai ... wahai ... ia benar-benar mengelirukan.  Semakin lama semakin mengelirukan.  Andai aku bukanlah golongan yang terpilih.  Sekian lama aku membiarkan diri di dalam keadaan selamat, di tengah-tengah.  Andai ia benar-benar satu rahsia besar.  Bukan pula aku merasa alah. Kita sama-sama inginkan keselamatan dunia akhirat.

Ini adalah satu pusingan semula, kembali ke titik mula di suku perjalanan silam.  Bermula lagi.  Mengatur langkah bersamaMU.  Bersamamu jua.  Dalam menuju titik akhir yang bila-bila masa sahaja.  Ya Allah, hanya padaMU berserah diri.

Sedang sibuk!!!

Saat ini, sebenarnya beberapa hari ini aku saya sedang sibuk.  Sibuk sangat sangat!!!  Berkebetulan dengan zauji asyik bertangguh nak balik sini, dah tiga kali tangguh, tapi harap-harap janganlah memanjangkan tangguh lagi.  Tak larat nak menyambut gurauan kawan-kawannya di FB, yang tak sudah-sudah nak mengusik sekeping hatiku ini, ewahhh ...

Apa yang sibuk benau ek?

Saya sibuk berkunjung ke blog KakChik, kemudian terjumpa pulak blog Wanita Melayu Akhir Zaman ni, maka sibuklah saya jadinya di sana.  Ada macam-macam yang timbul dalam kepala ni, tapi tak tertuliskan di sini.  Rasa terlalu laju sampai tak terkejarkan.

Jom la ke sana, ye.  Ambil mana yang baik dan ambil iktibar mana yang tidak.  Membaca blog KakChik membuatkan saya kembali teringat zaman dolu-dolu saya.  Teringat la balik kat tudung-tudung jenis bulat labuh tu.  Bila baca blog Wanita akhir zaman pulak, teringat pada perasaan sendiri tatkala menyarung legging (satu ketika dalam sejarahku namun bukan le legging yang ketat sendat dan meregang tu, cuma seluar biasa je), dan perasaan apabila anakanda kesayangan memakainya di ruang terbuka.  Huhh!!!  Kan ke rasa bogel je, tak rasa ke haa???  Menyesal belikan dia legging (pembetulan sekali lagi, bukan legging sebenarnya, tapi masih fit arghhh!!!) memang  nak kena bako nih.

Ok, nanti saya uruskan dia. Insyaallah, semoga Allah mudahkan hal anak-anak ini.  Huh, tetiba masuk sms, dan zauji tangguh lagi buat KALI KE EMPAT untuk balik ke sini.  Dengan alasan berbeza pulak.  Esok balik, insyaallah.  Ada hikmahnya, kata dia.  Tak dapat call sbb lum top-up.  Bila terjadi hal-hal begini, kena yakin dan pasrah kepada Allah Yang Maha Mengetahui.  Tentu tentu tentu ada hikmahnya.  Kepada Allah berserah diri dan memanjatkan pengharapan yang baik lagi kudus.  Sebenarnya ini isu kecil seciput je.  Kita layangkan fikiran kepada para suami sahabat-sahabat masturat yang keluar 40 hari atau 4 bulan tu, tak ada contact langsung.  Ingat cerita Kak Hawa tentang kisahnya?  Ingatttt ...

Hmm ... apakah saya dan suami sedang dilatih oleh Allah Taala untuk melalui hal-hal sebegitu?  ALhamdulillah.

Hampir 12.17 pm.  Sebentar lagi kena off ni.  Buat masa ini, pustakawan di perpustakaan ini, dan rakan-rakan sepenginapan melihat rentetan pada seseorang, saya la tu.  Pokoknya masih menutup aurat, alhamdulillah.  Rentetan singkat dalam tempoh saya di sini, setahun sahaja.  Dari seluar dan blouse, kepada overall (ntah apa ke namanya sebenonya) yang menutup hingga ke bawah punggung, diikuti jubah (seiring dengan sampainya kiriman kakak yang baru pulang dari Tanah Suci mengerjakan haji dan zauji belikan kat ekspo) ketika hati menjerit-jerit nak berjubah, langsung dalam masa terdekat ini saya mengacu tudung bidang 60 yang dikirim emak semasa zauji pulang tempohari.  Apa yang pasti, inilah kata hati saya yang tersedik di situ, tatkala memandang tudung-tudung yang tersimpan rapi ini, "Satu hari aku akan menyarungnya semula, insyaAllah."  U-TURN!

Alhamdulillah.  Brunei yang makmur dan penghijrahan ke sini setahun yang lalu.  Drastik dan menghairankan sebenarnya.  Namun tidak ada yang pelik di sisiNYA.  DIA Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.  AturanNYA hebat belaka.

Kini mahu berniqab pula.  Ia sesuatu yang berat saya rasakan.  Terbayang-bayang macam-macam.  Macam-macam la ... Saya akan ajukan pada mak-mak saya nanti.  Semoga dengan keredhaan dan keizinan mereka, saya dapat melangkah setapak lagi ke dalam penghidupan yang lebih baik.  Anak-anak semuanya positif dan sangat-sangat menyokong.  Hanessa pun mahu berniqab, walaupun tudungnya selalu tertanggal apabila dia kepanasan.  Ya, hasrat hati sudah ada.  InsyaAllah.

Ada azam.  Ada kemahuan.  Ada perancangan.  Zauji???

Hurilain ~ semoga Allah permudahkan jalannya ke madrasah terbaik, insyaAllah dan saya akan menyusul bersamanya.  Mohon doa semua.

Ketika hati tertanya-tanya.  Tercari-cari.  Allah tunjuki kami selalu.  Sentiasa.  Jangan biarkan kami walau sesaat.  Hamba yang lemah mengharap kepadaMU. Ohh!

Ketemu lagi!

Hari ini insyaAllah zauji (ewahh ... tukar ni pulak ye) akan sampai petang nanti.  Semoga selamat sepanjang perjalanan dalam pemeliharaan Allah.  Balik dari sekolah jam 10.30 am tadi (biasa la budak pempuan rongak  comel tu, sekali datang hari-hari suruh datang lagi time rehat), teringat abahnya kata jam 10 akan sampai di LCCT dengan saudara Syed Kamal kita.  Bila check telefon bimbit, alahai kredit tinggal 0.18 sen jo ... tunggu la ambik budak-budak karang singgah kedai beli top-up.  Makanya kalau abahnya telefon, panggilan disekat termasuk sms.  Gitu la adat telefon kat sini pulaknya. 

Malam tadi lepas bantu Hidayatullah selesaikan kerja sekolah Matematiknya dan semua dah masuk tidur, saya buka laptop, menatap bab 4 Sakinah yang baru dibaiki SIFU.  Buat pembaikan sikit tapi tak boleh posting kerana laptop ni belum download internet akses.  Sambil tu layan koleksi nasyid kegemaran yang dimuat turun dari 4Shared.com.  Dan tetiba rasa tersentuh pulak dengan For The Rest Of My Life Maher Zain.  Sebelum ni tak pernah pulak feeling-feeling gini.  Hehe ...  Bagi kat zauji elok juga. 

Especially for u, suami tersayang ~ For The Rest Of My Life.  Selamat kembali ke pangkuan kami.  We all miss u :)

Sunday, May 8, 2011

Niqab dan tudung labuh

Bismillah ...

Saya nak share ini di sini.  Huh, blogwalking lagi nih ...  tapi pastikan blog yang memberi manfaat ya.  InsyaAllah.

Rozita Sendayu Tinggi berniqab

Seterusnya, tentang tudung labuh, ni secebis kisah harian yang menarik untuk diambil iktibar.  Namun bila saya klik lagi, rupanya ada banyak lagi kisah-kisah tentang tudung labuh di sana.  Jemputlah kita ke blog yang menarik dan banyak manfaat ini. 

Zauji pun jemput ke sana ya ...  Sebenarnya entri-entri ini ada kaitan dengan apa yang nak saya catatkan, namun entahlah ... nampaknya saya dahulukan sahaja dengan entri berkenaan. 

Tapau sedap

Perpustakaan Pandan lengang.  Tidak seperti selalu, mungkin para pelajar sedang menyiapkan diri untuk ulangkaji di rumah sahaja.  Belum dapat jadual tetapi berkemungkinan besar pertengahan bulan Mei ini akan ada peperiksaan, diikuti dengan cuti sekolah mulai 4 Jun nanti. 

Kami sudah sampai jam 8.18 am tadi, menghantar Muhammad Hidayatullah yang mahu main games.  Bawa mouse sendiri, kerana mouse di sini semua menjadi mangsa pengguna yang banyak tangan.  Tidak dapat dipantau oleh staf.  Saya ambil dua kunci locker; satu untuk menyimpan nasi bekal, dan satu locker lagi untuk menyimpan dua laptop kami. 

Pagi tadi, ketika mahu solat Subuh, saya memasak 4 pot nasi.  Sudah rancang akan bawa bekalan nanti.  Hanya telur mata lembu dan kobis goreng diletak kicap sedikit.  Juga sebotol air milo suam dan dua botol air masak mati.  Tak akan singgah di mana-mana untuk membeli apa-apa.  Tidak junkfood, tidak donut, tidak nasi katok. 

Kemudian Muhammad Hidayatullah kami tinggalkan, dan saya bersama dua anak perempuan menuju ke Lumut pula (rumah Hajah Sa'adiah).  "Kalau lapar, makanlah dulu, tapi kalau boleh nanti makan sama-sama mama jam 11," kata saya sambil membekalkan wang siling $1 dan dua tiga biji gula-gula untuk Muhammad Hidayatullah.

"Tak pe mama, Dayat makan games je."  Dia gelak-gelak kecil, mula menggerak-gerakkan mouse.  Adaka ...???

Kami bersalaman, saya cium dua pipinya dan hembus ubun-ubunnya yang bertutup kopiah putih, lalu letak tapak tangan kanan di atas kepalanya.  Kebiasaan yang sudah sejati dirasakan, tidak boleh ditinggalkan.  Kalau saya tak melakukannya, anak-anak akan meminta pula.  Hanya Asma ul Husna; Ya Latiff, dan Ya Quwwa.  Hasrat yang baik sentiasa kepadaMU.

Balik dari majlis ta'lim, saya singgah di Shell untuk mengisi minyak kereta.  Perjalanan dari Seria ke Perpustakaan Pandan (15 minit) dan ke Lumut, kemudian terus ke Perpustakaan Pandan semula (30 minit) menyebabkan tangki minyak hampir kosong.  $5 je, dah penuh hampir setengah tangki untuk 2.5L Toyota Vista yang besar gedabak ini.  Minyak murah, tak terasa membebankan.  Kalau balik Malaysia nanti, siapla ... tentu terasa benar bezanya.

Kami sampai semula di Perpustakaan Pandan hampir jam 12.  Sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Lumut, saya macam papparazzi pulak, klik sana klik sini sambil memandu.  Jalanraya yang kosong lengang pun nak ambik gambar juga.  Padang luas hijau pun menarik rasanya.  Rumah-rumah kayu pekerja Shell tu pun cantik apa ...  Akhirnya minta Hurilain tolong ambil gambar, malangnya tak taulah sama ada saya memandu terlalu laju atau dia menekan punat kamera agak lambat .... banyak yang miss hahaha!  "Kamera ni lembab la mama!" sudahnya ....  Iyolah, tak terfikir lagi nak dapatkan kamera yang canggih, tunggu la yang ni rosak atau ...  tiba-tiba ada kejutan dari abah kamu, mana la tau hehehe .... kan kan kan.

Okay, dah sampai dan parkir.  Minta Hurilain ambil bekalan dari dalam locker dan ajak Hidayat makan sama. Kami makan di pondok di tepi laluan air yang mengalir dari lagon Masjid Pandan.  Gambar ada, tapi kabel pulak tak ada. Nanti balik rumah boleh download.   

Sedang nak menyuap, Naqib buat panggilan dari Seremban.  Dia dan abahnya dalam perjalanan ke madrasah.  Kemudian abah akan pulang ke Sijangkang untuk kembali ke sini esok, insyaAllah.  Malam tadi sempat menyembang dengan dia di fb (akaun abahnya) dan di blog juga.  Dek kerana terlalu lewat hampir jam 1 am, saya sampai terlelap di meja, menunggu dia membalas balik di blog.  Blog ini terima komplen pulak dari Naqib.  Dia tak dapat membaca entri-entri lama dengan pantas seperti design sebelum ni.  Kena la buat penambahan sikit.  Tak apa la Along, lain kali boleh baca.  Selagi ada blog ni, bila-bila pun kamu boleh baca cerita-cerita ni insyaAllah.

Seperti yang dijangka, memang enak bekalan kami ni.  Semua makan sampai licin tak ada seulas nasi pun yang berbaki.  Oh ya, bekalan Hanessa sebenarnya dah lama selesai di Lumut lagi.  Khuatir dia akan kelaparan, saya suruh dia bawa tapaunya ke sana.  Memang pun, usai muzakarah pertama, dia dah mula resah kelaparan.  Jadi, tadi saya suap-suapkan dia lagi, huuu laju je budak yang tengah nak besar ni.  :)

Kini masing-masing sudah makan, sudah solat di surau perpustakaan ini.  Boleh blogwalking juga.  Tu yang terserempak blog Cikgu Shiday Dari Parit tu, hahaha gelak aku menengok gayanya yang selamba.  Jenguk sana jenguk sini, huh tak boleh jadi.  Habis mood kacau bilau. 

Tutup semua, tinggalkan Jurnal Naqhuhines je.  Cadang nak tulis berat sikit.  Sungguh-sungguh.  Tentang hidup.  Err ... larat ke ni? 

Hmm ...  sat.

Tak dapat nulih ni

Apahal tandatangan kat atas, bukan kat bawah ke?  Okey, bagi can nak cuba-cuba.  Tak okey kalu, kita delete je.  Tak ada cukup masa pun nak 'mengerjakan' benda-benda ni, cuma semangat je lebih nak bagi entri molek sikit hehe ...

Tadi pagi alhamdulillah, dapat ke ta'lim mingguan di Lumut, penginapan Hajah Sa'adiah.  Terpegun mendengar muzakarah dari Puan Safiah, apa yang dikatakan benar belaka, baik akal baik hati memang membenarkan.  Mengamalkan sunnah baginda Sallalahu alaihi wa sallam di akhir zaman ini bak mengenggam bara api.  Itulah kesimpulannya.

Aduhh, terjumpa plak blog Cikgu Shida Dari Parit nihhh ... membunuh moodku nak menulis dengan serius. 

Berhenti dulu.  Insyaallah akan bersambung beberapa ketika nanti.  Semoga dipermudahkan Allah. 

Wednesday, May 4, 2011

sentiasa optimis denganMU

Syukurlah, terasa sangat Allah membantu.  Keinginan untuk menjadi tetamuNya, permohonan untuk diterima sebagai tetamuNya, seolah-olah bersambut.  Perlahan-lahan jalan bagai dibuka dan ditunjukkan.  Ya Allah, ampunilah kami yang banyak berdosa; dosa lapuk, dosa baru dan dosa semasa, juga dosa tak perasan mahupun dosa tak sengaja.

Seandainya Brunei Darussalam yang indah permai ini lebih baik untuk kami, untuk meningkatkan kesyukuran, iman dan takwa kami, untuk kebahagiaan dunia dan akhirat kami ~ biarlah kami di sini untuk beberapa ketika lagi.  Kami redha atas ketetapanMu. 

Namun andai tanahair yang sentiasa panas dari segi hawa cuaca dan hawa berita semasa itu yang terlebih baik untuk kami, pun kami terima dan bersikap redha juga.   Bantulah kami untuk mempraktikkan mujahadah dan muhasabah diri setiap waktu.  Permudahkanlah kami dan berilah kami tempat tinggal yang terbaik, kenderaan terbaik dan sahabat-sahabat yang terbaik.  Juga takdir yang terbaik.  Amin.

Terkadang, dan biasanya begitu, setelah di akhir cerita barulah kita sedar apabila imbas semula plot yang dilalui, bahawa "ohh ... rupanya Allah nak begitu kisahnya," atau  "ohh ... patutlah macam tu, rupanya macam ni akhirnya."  Antara contohnyalah.  Apa yang pasti, Allah Maha Bijaksana menyusun segala jadual.

Mintalah yang baik.  Mengharap yang baik.  Impikan yang baik.  Doa-doa yang baik.  InsyaAllah.  Kerana Allah Maha Mendengar, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Kaya dan segala nama-nama yang indah lagi terpuji milikNya.

Tetapi kebanyakan kisah orang-orang yang tiada apa-apa namun hati sudah terpaut terikat rindu kepada RumahNya, ada sahaja jalan-jalannya yang terkadang pelik, menghairankan dan luar biasa sehingga hajat disampaikan jua, perjalanan yang sukar menjadi mudah, jarak yang jauh tidak menjadi masalah, sehingga selamat bertamu di Baitullah.

Saat ini, kami semakin menguatkan azam ke arah itu, insyaallah.  Semoga Allah mempermudahkan urusan kami sehingga tiba masa yang sesuai nanti.  Orang-orang yang banyak berdosa ini ingin menjengukMu, dan berziarah kepada nabiMu Sallalahu alaihi wa sallam.  Ampunilah kami, ampunilah kami dan ampunilah kami, ya Allah ya Tuhan yang Maha Pengampun.  Kasihanilah kami dan berilah kami petunjuk ke jalan yang Engkau redhai.

Sentiasa optimis denganMU.

Tuesday, May 3, 2011

Kamu buat salah kan?

"Jom semayang!"  saya gesa Hidayat yang santai berbaring-baring di atas karpet.  Dia segera turun ke bilik air untuk mengangkat wuduk.
"Semayanggg!" gesa saya geram kepada Hurilain yang bersahaja di atas katil saya.  Mata saya buntangkan kepadanya.  Dia sedang bermain games di telefon bimbit, lagi!  Dia tertawa terkekeh, "Ain dah solat la mama."
Baru teringat, boleh lupa pulak, dia solat Zuhor dan Asar di sekolah.  "Boleh caya ke?" 
"Tak caya mama tanyalah cikgu." 

Kami solat setelah jam 5.  Hujan agak kasar membuatkan saya bercadang menjempun Hurilain di sekolah.  Saya dan Hanessa baru pulang dari perpustakaan Pandan, ke sana ingin mencari tiga buah buku yang dipinjamnya tempohari.  Berkelintau mencari masih tak jumpa.  Puas bertanya Mut dan Mel, tetap tak ada.
"Dalam keta la mama ..."  Saya pun menyelongkar sampai bawah seat, mana ada!
"Kat dalam rumah ..." Pulak!  Dah cari dah, tak ada jugak! 

Kata Hurilain, dia tak nampak sebarang buku semasa naik kereta Jumaat lepas.  "Kalau ada dah tentu Ain terkam nak tengok buku cerita apa Adik pinjam."  Huhh!

Jadi, tentulah buku tu tertinggal di perpustakaan.

"Err ... hmm ... saya kan bertanya ani ... anak saya meminjam buku Jumaat lepas tapi inda dibawa pulang, mungkin tertinggal di sini."
"Siapa namanya?"  Puan pustakawan pun mengetik keyboard menaip nama penuh Hanessa.

Kosong!  Tidak ada sebarang buku dipinjam.  Kemudian puan pustakawan itu memulangkan kad Hanessa kepada saya.  Alhamdulillah.  Mungkin staf terjumpa buku-buku itu dan membatalkan peminjaman, itulah jangkaan saya.  Tak mahu rekod pinjaman menjadi buruk, kerana melibatkan penjamin juga.  Mujur dua buku sebelum ini (setiap satu saya dan Hidayat pinjam di perpustakaan Seria) sudah ditemui semula oleh mereka.  Saya melarang anak-anak meminjam dari perpustakaan selain di Seria, tetapi masih juga mereka tergoda dengan buku-buku di perpustakaan Pandan.  Kami ke sana pada Jumaat kerana perpustakaan Seria ditutup setiap Jumaat.  Ahad kelmarin saya ajak anak-anak ke perpustakaan Belait pula untuk melihat-lihat. Hurilain pula membuat pinjaman.  Hmm ... okeylah, janji jaga elok dan pulangkan pada masanya.

Usai solat Asar, saya capai surah Yaasiin.  Saya nak baca awal, nak tukar jadual rutin.  Bimbang mengantuk lagi semasa Maghrib nanti.  Bayangkan, masa memasang niat dan Bismillah pun dah mula terlayang.  Kata saya, memang teruk sangat!  Sudah beberapa kali saya bertangguh, tidur awal dan bangun awal.  Sangka baik, bahawa Tuhan mahu saya bangkit menunaikan qiamullail yang saya lakukan selam-pelam buah plum.  Memang betul, bila tidur awal mata pun terjaga awal.  Alhamdulillah. 

Baru dua tiga muka surat, tiba-tiba abah telefon.  Kena la angkat, panggilan jauh ni.  Ohh rupanya dia sedang berada di madrasah Muhammad Naqib.  Dan dapatlah saya berbicara dengan anak ini. Mula-mula tanya, dah juz berapa? Dia kata baru je masuk juz 21.  Dan dia dah mula menghafal satu setengah muka surat.  Kenapa tak hafal dua muka surat je? tanya saya.  Jawabnya, pelan-pelan dulu, masuk juz 20 sok baru dia nak cuba hafal dua muka sehari.  Okay, pelan-pelan. Alhamdulillah, tapi target 15 juzuk menjelang Syawal macamana?  Mama doakanlah je, jawab Muhammad Naqib lagi. 

Okay, ni nak tanya ni, kamu dah buat salah kan?  Dia diam.
"Patutlah kamu tak telefon mama, pergi tengok wayang, dua kali pulak tu!"
Ada la bla bla bla lagi ... katanya kawan lain pun ada yang tengok juga. 
Telefon mama pun dah akhir masa nak balik madrasah!  
Bla bla bla lagi.  Cukuplah ini kali terakhir kamu tengok wayang, ok! 
Teringat keretamayat kata, pakcik nak tengok cerita yang tak ada orang perempuan berlakon.  Saya pun cakap macam tu, tapi saya sambung mana ada filem sekarang ni yang tak ada pempuan.  Sume mesti ada. 

Kalau tak ada, ntah-ntah ... nanti boleh meninggal macam pakcik tu, tapi yang ni saya tak cakap kat Muhammad Naqib, cakap dalam hati je.

Lepas bagi sedikit cili, saya pun bagi manisan pulak.  Ucapan tahniah dan perangsang supaya dia lebih bersungguh-sungguh belajar.  "Mama sentiasa doakan Along.  Belajar betul-betul."  Dia memang memerlukan doa kami, mama dan abah, juga adik-adiknya.  Semoga Naqhuhines menjadi insan-insan yang cemerlang dunia dan akhirat, insyaAllah.

Semoga dengan hasrat dan nawaitu yang semata-mata kerana Allah, DIA akan memakbulkan doa dan harapan yang baik ini.  Semoga perjalanan sentiasa dimudahkan dan diberi bantuan.  Ameen.

Sambung balik baca surah Yaasiin, dengan istighfar sebab dah tersangkut dek telefon kejap.  Alhamdulillah, tak sempat diserang mengantuk gila.  Sadaqallah ...

Monday, May 2, 2011

Mutiara yang dihakimi

Pada satu ketika, Mutiara yang bukan pesalah apa-apa telah dihakimi oleh dua orang hakim yang bijaksana.  Semata-mata kerana situasi Mutiara yang selalu makmur dan damai di dalam cenkerangnya.  Dan itulah kaedah para hakim bijaksana, untuk memberi penghakiman adil laksana. 

Hakim1 : Mut, saya lihat cengkerangmu yang budiman selalu membahagi-bahagi rumput-rampai yang     lemak enak untukmu kepada ikan-ikan yang berenang-renang berhampiran. 
Mutiara : Iya Tuan Hakim yang bijaksana.  Saya yakin.  Tuhan memberitahu, kita memberi satu akan diberi sepuluh.  Insyaallah.

Hakim2 : Tia. Jika demikian pemurahnya cengkerang tempat berlindungmu itu, kau juga wajar bersikap demikian.  Elok benar kau mencari pekerjaan pula.
Mutiara : Iya Tuan Hakim yang arif.  Saya yakin.  Peranan saya di  dalam cengkerang ini lebih afdal daripada saya bergelandangan di luar sana sambil tetap membuat titipan apabila berkesempatan.  Insyaallah.

Malangnya kedua-dua hakim tidak puashati benar dengan jawapan Mutiara, juga kerana pendapat mereka saling berbeda.  Sekadar berasa lega kerana dapat melontarkan pendapat kepada Mutiara.  Apatah lagi itulah tugas para hakim yang sentiasa berfikir jauh dan panjang.

Sebenarnya ada seorang lagi hakim yang selalu memperhatikan kondisi Mutiara.  Hakim ini lebih banyak memerhati daripada berkata-kata.  Tanpa keperluan, sang hakim berdiam sahaja.

Mutiara : Wahai hakim yang jujur berbicara, apa pendapatmu pula?
Hakim3 : Mutiara, diammu memang di dalam lapisan cengkerang yang kukuh.  Peredaran air bernutrisi yang keluar masuk ke dalam cengkerang itulah yang membinamu dari tiada kepada ada, dari kecil hingga besar begini.  Berfikir dan berbuatlah sewajarnya. Beriktibar dari kisah Luqman dan anaknya. 

Mutiara pun senyum lega.  Dia pasti cengkerangnya tempat tinggal bersetuju sama. 
'Semoga cengkerang ini akan terus menjadi tempat yang selamat buatku', fikirnya.

Sunday, May 1, 2011

KASIH TUHAN FIRDAUS

catatan April 2010

Catatan April 2011

abah ~ selamat hari lahir buat abah pada 18 April ini. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki yang halal lagi berkah oleh Allah Taala, sihat dan ceria selalu. Semoga diberi petunjuk olehNya arah seterusnya. Bersama-sama kita membaiki diri, ok.
Muhammad Naqib ~ Mendapat banyak jubah dari atuk Arbak. Macam dah kurus sikit, kata atuknya. Mesti hafaz 15 juz sehingga Ogos ini. Kalau tak, terpaksa mencari madrasah lain atau masuk alim. Semoga Allah membantu Naqib. Doa mama abah selalu mengiringi, insyaAllah.
Amirah Huril'Ain ~ akhirnya yang ditunggu-tunggu tiba jua. Ain sudah dewasa. Berhati-hati dalam bertindak, dahului dengan berfikir matang. Kamu sudah memiliki akaun dosa pahala sendiri. Semoga menjadi puteri solehah yang baik budi pekerti dan dialu-alukan sentiasa. InsyaAllah.
Muhammad Hidayatullah ~ dapat tempat pertama dalam ujian sekolah ugama. Result exam sekolah pagi masih belum diterima. Semakin rancak bersama Alween. Semoga jadi anak soleh yang hebat dan berani. InsyaAllah.
Amirah Nurhanessa ~ ada nama baru; Siti Aisyah, sempena nama isteri kesayangan Nabi SAW. Semoga menyerapi semangat peribadi wanita syurga yang pintar dan hebat itu. InsyaAllah.
Saya? Hmm ... kemaruk dengan pelbagai puding terjah, daripada apa bahan yang ada di dalam almari dapur. Masih begini, maintain gitu hehe ... Alhamdulillah. Namun ada rasa melayang-layang, mengapa? Tak taulah!
Ya Allah, tetapkanlah kami dalam ugamaMu. Kami selalu lalai dan leka, maka kami mohon keampunanMu, ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tidak ada tempat lain lagi untuk kami kembali, melainkan ke sisiMu juga. Terimalah kami dan bersihkanlah kami selalu, oh Tuhanku

Kasihan ...

Terjaga jam 12 tengah malam. 
Mamai, saya lihat pintu tak berkunci.  Semua lampu menyala dan pintu tangga ternganga luas, sedang lampu di ruang bawah sudah padamkan hanya tinggal satu lampu dinyalakan.   Tak ada kelibat manusia.

Huh ... padahnya kalau si emak surrender terlalu awal.  Ntah ... kebelakangan ini saya memang cepat kalah.  Sudah kerap kali tersengguk ketika rutin membaca Surah Yaasiin, terlalu daif rasanya.  Hati berkata berkali-kali sambil beristighfar, "Allah melihat usahaku ... Allah melihat usahaku ..."  tetapi tetap rasa bersalah.  Lepas tu sambung pula dengan Surah al-Waqiah, hajat hati nak tukar rutin dari belah pagi Subuh ke Maghrib atau Isyak.  Juga membaca Fadhilat Amal dan Muntakhab Ahadits, juga ...  faham-faham je la. 

Hati terasa nak menyalahkan lampu kuning ni. Ya, ruang tamu ni semuanya guna lampu kuning.  Mula-mula dulu terasa asyik, ala-ala hotel gitu.  La ni, mula fikir lampu ni memang tak sesuai.  Camana la dorang dulu tu, agaknya tak ada aktiviti membaca langsung di ruang ini, mungkin untuk menonton tv dan aktiviti selain membaca, agaknya.  Dah minta abah tolong tukar empat lampu kalimantang (juga kuning) di sepanjang langsir tu, untuk keselesaan membaca dan ehem, mencantum patchwork ... tapi ... dia macam kisah tak kisah je.  Nak buat sendiri, tengok abah pun macam susah nak cabut lampu tu, entah lain pulak fesyennya agaknya hingga abah pun kata, 'nanti suruh staf datang bukak' ... dan jawabnya tak le bertukar-tukar sampai la ni.

Mungkin juga saya tak ambil masa untuk bertidur-tidur di siang hari (?).  Ya, dah lama tak tidur siang.  Buat patchwork, merenung bab 4 Sakinah atau ke perpustakaan Seria yang sejuk tu.  Jam 3.30 pm, Hidayat muncul dari sekolah ugama dan ajak dia solat Asar bersama.  Lepas tu masuk dapur, mula prepare untuk makan malam.  Jam 5 ke atas, dah mula siapkan meja makan dan makan malam, tu pun selalu juga bertembung dengan solat Maghrib yang dah masuk sekitar 6.30pm.  Sebab tu seboleh-bolehnya mesti makan awal, cuma tunggu abah balik terus makan.  Macam cepat je kan, tapi sebenarnya in between tu ada je kerja sampingan lain yang boleh melekakan dan mengambil masa; borak-borak dengan abah bagi 'daily report' hal anak-anak etc, tu dah berapa minit dah ... tak masuk lagi kalau kena bagi siku kat belikat dan pinggang abah, jam tu la sakit sana sengal sini.  Hmm sian ...

Al kisah, jadi macam burung jampuk pulak.  Mata yang dah dapat habuan awal, menjadi segar.  Nak blogwalking jap.  Sesekali.  Ada blog kekawan yang dah lama tak aktif, bolehlah tinggalkan pesanan pertanyaan, 'ngapa lama senyap ek?'  Terjumpa blog berita semasa, uiks ... poning kepalo makcik!  Malaysiaku ... andai ia berupa sekujur jasad yang hidup ... tentu berupa seorang yang serabut dengan begitu banyak permasalahan melingkari diri ... Begitu banyak teka-teki dan persoalan yang menuntut jawapan!  Kasihan Malaysiaku ... kasihan! kasihan! kasihan!

Mula nak membuat perbandingan.  Tak salah rasanya.  Allah Subhanahu wa Taala benar-benar telah mengurniakan rahmat damai yang tak terhingga kepada negara Brunei Darussalam.  Walhal, negara comel ini sebenarnya sangat berisiko.  Bak kata orang, sekali dijentik habis terpelanting!  Tentu anda faham, kan.  Antaranya Brunei pernah melalui detik-detik parah sama seperti jiran-jirannya, ketika kemerosotan ekonomi pada sekitar penghujung 90an dulu.  Namun, kita fikir ada hikmahnya.  Itu menjadi pengajaran dan iktibar. 

Untuk maklumat lanjut, sila baca di sini Brunei Darussalam adalah sebuah negara kecil yang terletak di Asia Tenggara. Letaknya di bagian utara Pulau Borneo/Kalimantan dan berbatasan dengan Malaysia. Brunei terdiri dari dua bagian yang dipisahkan di daratan oleh Malaysia. Negara ini terkenal dengan kemakmurannya dan ketegasan dalam melaksanakan syariat Islam, baik dalam bidang pemerintahan maupun kehidupan bermasyarakat.

Okay, jemput juga ke sini :). 

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing