Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Saturday, April 30, 2011

Pasti sudah

As salam.
Pagi yang nyaman indah.  Semoga anda pun ceria menghirup udara pagi yang segar bersama sinar matahari yang mula mencuri-curi muncul di balik awan untuk menebarkan cahaya ke serata penjuru alam.  

Saya mengekori Hidayat dan Hanessa menuju ke Sekolah Rendah Muhammad Alam.  Kami agak lewat tetapi waktu belum mencecah jam 7 pun.  Hanessa tertoleh-toleh ke belakang.  "Tengok Siti Aisyah ke?"  Dia menafikan, tapi saya tahu dia menunggu Siti Aisyah, pelajar baru yang sama kelas dengannya.  Mereka menyewa di rumah seberang jalan sana, dan sudah dua kali dia dan Hidayat ke sekolah bersama-sama Siti Aisyah bersama dua abangnya, dihantar berjalan kaki oleh ayah mereka.  Mungkin Siti Aisyah sudah lama sampai di sekolah.


Hanessa sukakan Siti Aisyah yang mudah tersenyum, apatah lagi Siti Aisyah ini muncul ketika Hanessa baru sahaja 'mengisytiharkan' nama barunya ~ Siti Aisyah ~ yang saya cadangkan bersempena dengan nama isteri kesayangan Nabi Sallalahu alaihi wasallam, Ummul Mukminin Siti Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq.  Semoga dia nanti menuruti keperibadian Ummul Mukminin yang cergas, pintar berkata-kata dan bijak.

Kenapa nak tukar nama? 
hari dua dan enam (Selasa dan Sabtu) pakai baju sukan
Hmm ... biasalah budak-budak namanya.  Kejap nama dia Tadisha, kejap Nina, kejap Amanina; yang semua tu adalah nama kawan-kawan sekelas dia juga.  Saya pun dipanggil macam-macam; hari ni dia minta izin panggil saya 'umi', nanti esok panggil 'ibu', dua tiga hari nanti panggil 'mak'. Tapi yang dah biasa juga yang keluar dari mulutnya, kemudian "Eh eh, lupa pulak.  Umiiii ..." dia pun membetulkan panggilan sekehendaknya apabila tersedar sendiri 'kesilapannya'. 

nun kat belakang si Kakak berjalan kaki ke AAC
Sampai di laluan berlorek hitam putih (zebra crossing) di hadapan sekolah, saya melepaskan mereka melintas.  Ada dua pelajar perempuan dari bangunan flat berhadapan sekolah ini (bangunan kediaman kerajaan) yang turut berlari-lari anak ke seberang jalan.  Berderet kereta berhenti untuk memberi laluan.  Saya tidak berpatah balik ke jalan pulang, tetapi terus menapak menyusuri laluan pejalan kaki berbata merah, masuk ke Jalan Perakong.  Matahari semakin panas mencarak dan menyilaukan mata.  Berbahang rasa.  Wah, kalau hari-hari jalan macam ni, boleh turunkan berat badan lagi ni.  Kenapa la baru hari ni terfikir nak berjalan jauh sikit ...  Tu lah, budak-budak ni lebih suka minta abah hantar naik kereta ke sekolah.  Ishh, tak boleh jadi nih!  Kita jalan je!  Kita jalan je! Okeh?


Abah call.  Semua berjalan lancar.  Tapi kedua-dua abah keuzuran; abah Tok Mat sakit kaki balik, abah Mat Arbak kena semput pulak.  Kedua-dua mak alhamdulillah sihat dan cergas.  Dan mak Ramlah pulak, membuatkan hati saya rasa hiba mendengar cerita abah ketika singgah di rumah semalam ~ mak Ramlah peluk abah dengan airmata, "Bila Intan nak balik?"  

Terharu.  Mak Ramlah mahal airmatanya.  Teringat soalannya dalam telefon sebulan lepas, "Bila nak balik Malaysia nih?"  Mak Ramlah jarang bertanya begitu.  Mak Leha pun begitu, tapi kadarnya memang kerap boleh kata setiap kali bercakap di telefon.  "Mak rindu budak-budak ..." macm tu lah biasanya.  Mak Juriah pula banyak berkias tapi tindakan dan maksudnya jelas.  Dia sangat banyak berkias dengan abah, namun tidaklah sampai terasa dipaksa-paksa.  Tapi bila dah macam tu, hati pun terasa sangatlah.  

Jadi, mungkin kami akan pulang tak lama lagi.  Dengan niat kerana keredhaan Allah, yang muncul daripada redhanya para ibu ini.  Biarpun saya masih belum puas di Seria ini, namun tentu ada kebaikan yang lebih besar di tanahair sendiri; berbakti kepada orang tua sementara masih ada masa, kelapangan dan kekuatan untuk itu.  Ini lebih afdal di sisi Allah, insyaallah.

"Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang rujuk kepadaNya.  Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah, dengan zikrullah hati akan tenang tenteram."  (ar-Ra'd : 27 -28)

Semoga  kehidupan semasa dan seterusnya sentiasa berjalan lancar, seperti yang diharapkan.  Memang benarlah, kami bagai berkursus sahaja di Brunei ni.  Kursus kemahiran hidup untuk sekeluarga.  Apa-apa pun, hanya Allah Subhanahu wa Taala yang Maha Mengetahui segala hikmahnya.  Kami hanya menuruti perancangan dan jadualNya.  Dengan harapan yang baik, semakin banyak harapan-harapan yang kami titipkan lewat doa-doa dengan aminan anak-anak yang belum berdosa, adalah aminan doa yang berkah, insyaallah.

Sudah pasti!  Hanya masa yang belum tahu ...  
Dan saya mula mempersiapkan diri ~ untuk meninggalkan Seria yang Allah berikan sedikit rasa tenang yang indah buat sementara untuk dinikmati, dan kembali ke dalam pelukan kasih ahli keluarga yang terpisah buat sementara.  Saya berlapang dada, dengan prasangka yang baik belaka.  Persekitaran hanyalah alat, sedangkan wadah hati itulah tempat yang tepat untuk berasa tenang dengan sumbernya adalah Yang Maha Lemah lembut lagi Maha Penyayang.  Tentu ada bezanya tenang bersama Allah, dengan tenang dalam lupa kepada Allah.  Tentulah juga berbeza tenang bersama keinsafan dan sifat tawaduk, berbanding tenang  menghening diri tetapi gagal alpa mengingati Allah. 

Semoga kita termasuk golongan orang yang sentiasa berdoa dan mengharap kepada Allah.  Mengadu kepada Allah.  Rindu-rinduan dengan Allah Taala.  Dan menyusuri jalan yang diredhai Allah.  Amin.

Friday, April 29, 2011

Firman Allah, "Sesungguhnya ..."

Tetiba nak blogwalking petang ni.  Uhh dugaan betul...  Ada benda nak cari.  Terjumpa blog motivasi bersama ustazrock ni, boleh jenguk untuk ambil yang bermanfaat. 





"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi serta pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.  (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah Subhanahu wa Taala semasa mereka berdiri dan duduk dan (semasa) mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan kejadian langit dan bumi (sambil berkata), "Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia.  Maha Suci Engkau. Maka peliharalah kami dari azab neraka."  (Ali-'Imran : 190 & 191)  *Semua foto adalah rakaman sendiri di Pantai Lumut, daerah Belait, Negara Brunei Darussalam 2010 menggunakan kamera Panasonic DMC-TZ6.  Alhamdulillah.



Panorama Brunei 2010

satu petang di Pantai Lumut



redup dinaungi pohon menghijau


nak mandi! 

Pantai Jerudong

satu petang di kawasan Jerudong park playground

lembayung merah yang indah

Pelangi petang di Jerudong Park Playground

Di persisiran pantai Lumut
Kam
Umpama mutiara bercahaya di celah cengkerang 

Thursday, April 28, 2011

Lagi, panorama Brunei.

Pantai Jerudong
Ya Allah, ia larekan awan nan indah.  Mungkin berbeda pada mata yang melihat, berbeda pula kesan pada jiwa yang terpahat.  Tapi, aku tetap suka dan rasa hebat.  Maha Hebat Tuhanku.

Pelbagai warna silih berganti.  Terkadang umpama perak yang gemerlapan, emas yang bersinar terang menyilaukan, ia benar-benar mempesonakan.

Bertenggek di puncak alam.
Mandi-manda di lopak air





Rojak Special KK Koya

Khamis, 28 April 2011.

Menjelang tengahari, kami menikmati Rojak Special di Restoran KK Koya, Lumut.  Rojak yang dikatakan sebagai paling enak di seantero Brunei ini.  Di mana-mana juga cawangan KK Koya, cubalah rojak ini.  Ada ketulan ayam, sotong kangkung, telur rebus, kentang rebus, timun dan kuah yang best.  Harganya $5 sepinggan, untuk dua orang.

Ini antara kedai yang kami gemar singgah, kedai Nasa milik India Muslim (atau Bangladesh, wallahu'alam).  Macam-macam barang runcit yang ada, paling ketara ialah pelbagai jenis sayur-mayur yang segar.  Kat sebelah tu ialah kedai makan, menjual Nasi Katok, bakso dan pelbagai makanan yang sesuai dengan selera Indonesia.  Pekerjanya pun orang sana.  Kalau beli nasi katok, nasinya banyak dan ayamnya panas.  Sambal pun sedap.

Antara kedai lain yang kerap kami kunjungi untuk mendapatkan barang keperluan yang kecil-kecil ialah kedai Mahmoon. Kedai ni lebih besar dari kedai Nasa.  Juga dikendalikan oleh bangsa yang sama.  Iya, kebanyakan kedai-kedai runcit dimonopoli oleh mereka.  Saya tak kesah.  Kalau dua tiga posen tu, minta halal je dan mereka tak berkira sangat.  Ada juga yang perkenan kepada Hanessa hehe ...  Kedai-kedai ini menjadi tumpuan kami ketika masih tinggal di Lumut.  Dah pindah ke Seria pun kekadang masih ke kedai-kedai ini untuk beli garam kasar dan asam jawa yang tak ada dijual di pasaraya Soon Lee.  Juga sebab masih belum 'mesra' dengan kedai-kedai runcit di jejeran Seria tu.

Lihat langitnya, biru.  Ini didepan kedai Nasa tadi.  Ada pondok telefon tu, antara pondok telefon tempat saya selalu buat panggilan telefon kepada Muhammad Naqib menggunakan kad Budget Call bernilau $5 atau $10.  Murah berbanding menggunakan telefon bimbit.  So bolehlah menyembang hingga telinga naik panas hehe ...  jadi selalu juga Muhammad Naqib yang mohon diri dulu sebab "ramai kawan tunggu giliran ni, mama ..." katanya. 

Demikianlah adanya ...

Siang pun berlalu pergi

Ada antara gambar-gambar ini mungkin telah pernah saya insert di celah-celah cerita tertentu.  Namun kali ini saya mahu berkongsi gambar-gambar ini (ada antaranya yang masih 'suci' belum pernah diperlihatkan kepada sesiapa), khusus pemandangan di sekitar negara ini, terutamanya di Lumut dan Seria.


Saya amat-amat menghargai koleksi ini, dan berasa gembira dapat berkongsi dengan anda.  Lihatlah pancaran cahaya merah yang berjalur di atas air itu.  Teramat indah!


 Saya juga amat-amat mencintai pemandangan alam ini, biarpun sayangnya ia sentiasa datang dan pergi bersama timbul dan tenggelamnya sang mentari, namun sifat kesementaraan itulah yang menjadikan pemandangan ini 'hidup bernyawa' sebagai lukisan alam anugerah Allah Taala yang tiada tolok bandingnya.  Tak dapat berkata tatkala melihat sang matahari yang kian tenggelam, hanya mata berkedip tidak mahu dialihkan.


 Bayangkan ... bayangkan sifat syurga di negeri abadi yang telah dipersiapkan oleh Allah untuk hamba-hambaNya yang bertaqwa itu!  Syurga yang kekal abadi selama-lamanya.  Ini hanyalah sedikit manifestasi syurga dunia.

Ini!~ Subhanallah!!

Dan malam pun tiba.  Siang berlalu pergi.  Pergantian siang dan malam berlaku lagi.  Antara tanda kekuasan Maha Pencipta yang menciptakan siang dan malam sebagai aturan alam yang tersusun.  Tak nak balik, tapi kena balik ... Maghrib nih!!!

Rembang petang di pantai Jerudong

Pantai Jerudong
Pemandangan petang di Pantai Jerudong.  Satu selokan kecil di mana bot-bot private turun  naik untuk aktiviti menangkap ikan.  Jualan ikan di sini biasanya di waktu petang, ketika orang baru pulang dari menangkap ikan di tengah laut dan dijual dengan harga borong yang murah sebelum dihantar ke kedai-kedai menjual ikan sekitar.  Ikannya segar dan tidak bertemu ais.  Memang best!  Manis rasanya.

Pemandangan yang paling saya kagumi ~ ketika mentari mula tenggelam perlahan-lahan di hujung lantai alam, bak bebola api yang meresap ke dalam air lautan, menebarkan cahaya lembayung merah yang paling indah cukup membuatkan saya terpaku terus.  Masih belum ada rasa jemu dan bosan.  Biar setiap hari saya akan menatapnya ...

Awan rembang petang yang berlarik-larik.

Pelangi di langit Brunei

Kesukaanku menatap langit Brunei yang biru, dihiasi gerombolan awan putih melepak.  Musim panas tiba menjelang April.  Namun cuaca di sini tidak boleh diduga, sebab di tengahari yang panas terik boleh tiba-tiba turun hujan yang kita panggil hujan panas.  Betullah pepatah ini; "Kusangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengahari."  Haa ... memang kerap pepatah ni berlaku kat sini.  Dan ... dan tiba-tiba boleh panas terik balik.  Selalu saya, Mel dan Mut menjadi 'mangsa' cuaca.  Sebab dah senang hati dengan panas terik, jemur semula pakaian, lepas tu ... tanpa diduga hujan lagi!!!  Tapi lama kelamaan, dah agak pandai meneka.  Nak selamat, letak je ampaian tu di tempat beratap.

Di Brunei terutama di kawasan Seria, terbentang kawasan berumput lapang yang luas, mungkin kawasan rizab untuk carigali minyak lagi, atau dipersiapkan untuk menunggu pembangunan di masa akan datang.  Maka, memang mudah mata mencapai langit yang luas tanpa halangan bangunan tinggi atau hutan kecil.  Maka, semenjak itulah, mata saya selalu disapa pemandangan indah bikinan Allah Taala ini.  Semakin lama semakin terpesona. Namun awan-gemawan yang indah ini bertukar wajah menjadi gelap menakutkan apabila musim hujan di penghujung tahun.

Antara bentuk awan yang unik, macam ... apa?  Ia terbentuk daripada asap yang terhasil di tempat pembakaran gas.


Cantik!  Maha Agung Allah Yang Maha Pencipta, Maha Indah dan Maha Pengasih memberi kita pemandangan seperti ini.

Ini juga!  Di suatu petang di pinggir jalan raya.

Paling menarik, apabila sang pelangi melingkungi penuh langit Lumut (tapi bukaan kamera yang kecil tak dapat mengambil gambar penuh pelangi dari hujung ke hujung).  Syok betul dapat merakam pemandangan ini, tau ... hingga menarik perhatian orang rumah depan tu turut mengambil kamera dan merakam sama.


Ini juga shot yang pada saya paling menarik.  Kami dalam perjalanan pulang dari Bandar Seri Begawan ke Lumut.  Dan sang pelangi tetap mengekori kami, bahkan kami seolah-olah lalu di bawah lingkungannya dari hujung ke hujung.  Terasa aneh dan sangat teruja, lalu kami mencari kawasan lapang dan berhenti untuk merakamkan gambar ini.  Seolah-olah Hidayat sedang di lingkungan pelangi di satu alam yang lain!  Sebab tu saya katakan, langit Brunei memang indah dan menarik!!

Wednesday, April 27, 2011

Bisikan hati

Iya, mungkin ia anugerah Illahi buat saya.  Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah Taala.  Kadangkala ia tepat benar.  Kadangkala sipi, dan kadangkala ... tidak pula bererti apa-apa.  Allah Maha Berkuasa atas segalanya.

Kelmarin, hati digaru-garu untuk mengambil gambar kediaman kami dari segala sudut.  Dalam hati berbicara sendiri.  Ini akan menjadi kenangan nanti.  Memang tak dapat dijangka apa-apa.  Walaupun boleh dikatakan ada signal tertentu, petunjuk dan tanda-tanda yang semakin ketara. 

Hidup memang selalu diluar jangka.  Maka kami selalu bersikap sedia, seboleh mungkin.  Agar suasana tetap tenang dan tidak ada keterujaan yang boleh mendatangkan akibat tidak menyenangkan.  Bukankah selepas susah ada senang?  Juga  bukankah selepas senang ada susah?  Ia pasti berlaku silih berganti. 

Namun kini dan selamanya, hendaklah meletakkan Allah Taala di tempat paling utama.  Dia mesti di tempat pertama mengatasi segala yang ada.  Bukan kerana diri, keluarga atau sebarang hasrat yang sebenarnya bersifat rendah dan sementara.

Jadi, kalau diimbas semula, jadual perjalanan ini sudah siap termaktub di Loh Mahfuz sejak azali,  sejak dulu-dulu lagi.  Sejak kita pun belum wujud.  Dan tersurat ia di takdir hidup ketika kita zahir di alam kedua, alam rahim kandungan ibu. 

Kini, hendaklah perbetulkan niat dan tujuan.  Hidup penuh pengajaran, untuk orang-orang yang mahu mengambil iktibar. 

Pertandingan Tausyeh

Kumpulan pertama membuat  persembahan dalam pertandingan Tausyeh di Dewan Raya, Radio Televisyen Brunei. 

Penonton yang datang melimpah hingga ke pintu.  Kami kali pertama datang ke RTB.

 Pakcik jenguk-jenguk jap.

Persembahan dari  pelajar-pelajar Sekolah Al-Falah yang mencuit hati.
Johan bagi kedua-dua kategori pertandingan Tausyeh kali ke-5 2011.

Lembayung senja di hujung langit, ketika dalam perjalanan ke Bandar Seri Begawan untuk menghadiri pertandingan Tausyeh.  Membuat hati jadi rawan.

Lebuhraya yang agak lengang, waktu Maghrib hampir menjelma.  Awan gemawan menghiasi dada langit dengan warna kelabu yang membuat hati berasa sayu.

Perlahan-lahan tirai malam berlabuh menutupi siang. 

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing