Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, March 30, 2011

Pulang?

Alhamdulillah, setelah sangat sukar menembusi alam maya di hujung jari; hampir setengah jam lebih gagal tetapi belum berasa putus asa.  Mata pun terasa kian berat dan agak bosan.  Rasa macam tak teruja sangat nak menulis kali ini.

Mak saya dan mak si abah, juga bonda di kampung.  Uwan.  Abah Tok Mat.  Abah mertua.  Mereka antara yang kian uzur.  Dalam kejauhan, entahkan sempat bersua entahkan hanya dapat menatap tanah yang merah, entah bila.  Itulah jangkaan demi jangkaan yang wajar diperingatkan kepada diri.

Bukan meminta.  Kerana ajal maut itu sifatnya tiba-tiba sahaja.  Terkadang didahului isyarat.  Terkadang tanpa sebarang tanda.  Kerana semua itu perkara ghaib.  Tak terjangkau dek akal.  Mungkin sekadar firasat atau gerak hati, andai diizinkan Allah Taala.  Sedangkan berhadap-hadapanpun, belum tentu dapat mengadap saat akhir roh melepasi ubun-ubun ... 

Tambahan pula, entah siapa punya giliran.  Tak semesti yang tua, bahkan yang masih dianggap 'muda' pun bila-bila masa sahaja.  Itukan perkara rahsiaNya.  Mestikah bersebab?  Tidak!

Tak mesti TUA.  Muda boleh juga.
Tak mesti SAKIT. Sihat boleh juga.
Tak mesti ada PENYEBAB. Tanpa sebab pun boleh juga.  Sebab yang tidak bersebab.

Maka, saya pun merenung dan menyelidik hati.  Diri. Kehendak.  Perasaan.  Kemahuan.  Impian.  Harapan.  Keinginan.  Kebimbangan dan Ketakutan.  Ingin menjangkau yang rahsia dan ghaib, walaupun amat terbatas dek kependekan akal dan lemahnya daya insani. 

Saya masih belum mahu pulang.  Saya masih terasa damai di sini.  Jiwa ini masih ingin menjadi perantau.  Masih ingin bergelandangan jauh.  Bukan jauh benar.  Biarpun dipisahkan dek lautan yang selalu melambung ombak. 

Pulang?  Berkias mahupun yang berkata jelas.  Memang, semua sedang menuju tua. Semua menunggu masa.  Namun andai ada redha, izinkanlah kami bermusafir dahulu.  Berikanlah keredhaan bonda.  Mohonlah kami dengan sepenuh hati. 

Ini hanyalah sebuah harapan.  Sebuah angan-angan.  Sebuah impian.  Namu andai Allah Yang Maha Berkehendak tidak mengizinkan, demi berkat doa bonda. kami akan terjongol jua di hadapan mata bonda.  Tidak dapat ditolak segala kemungkinan. 

Kembali ke sisi keluarga.  Kembali berhadapan dengan panas hujan cuaca.  Suara, loghat dan pelbagai nada.  Segalanya, yang membuatkan kami akan lupa.  Bahawa ini tetap sebuah perjalanan.  Walau di mana jua berada. 

Buat ketika ini, hati masih di sini.  Terus beristikharah.   InsyaAllah.

Wassalam.

Tuesday, March 29, 2011

Puding Biskut Koko

Nak cepat ni, sudah 5.16 am

Okeh, ni ada resepi terjah biskut keras.  Selalunya abah beli biskut Hup Seng yang rangup tu.  Tapi dek kerana 'laku' sangat sampai susah nak stok, jadi dia cuba beli biskut jenama lain, cuba-cuba.  Rupa-rupanya biskut tu kurang lemak dan agak keras.  Maka kurang laku jadinya.

Si abah sendiri akhirnya minta dibukakan peket biskut Hup Seng tu, dan membiarkan biskut keras beberapa ketika.  Dek kerana sekarang ni macam kemaruk dengan puding terjah, saya terus merancang buat puding biskut ni.

Macam biasa, ia mesti direndam terlebih dahulu dengan adunan supaya lembut dan kembang di dalam tray pembakar.  Apa bahan-bahannya?

Susu pekat dikocak dalam tumbler dengan air suam, telur sebiji, perasa vanilla dan sesudu dua tepung kastard. Kira ni bahan asas la ya.

Saya terpandang serbuk koko yang sudah sebulan dibeli, kononnya nak buat kek lembab kegemaran yang dah bertahun-tahun tak dibuat tu.  Tapi abah lupa nak bawak tempat pengadun masa balik Sijangkang tempohari. Maka saya tangguhkan dulu.  Ni tangguh tangguh lama-lama expired la pulak.

Mari kita gunakan ia. Jadi saya ambil sesudu dua dan masukkan dalam adunan, kocak lagi hingga betul-betul sebati. Barulah dicurahkan ke atas biskut keras tadi.  Oh ya jangan lupa, pecah-pecahkan ia baru lambakkan atas tray tu.

Akhir sekali saya teringat sirap coklat dalam peti ais, pun dah lama tak pakai tapi lama lagi nak expired.  Huh, curah je atas adunan biskut ni.  Biau dia, mesti boleh makan punya.  Tapi rupanya ... hihi, hitam belaka. Iyala, coklat hitam.  Kalau coklat putih, putihlah gamaknya.

Lepas tu apa lagi, bakar dia bakar dia la ...

Hanessa mengulang-ulang makan puding ni, yang saya simpan dalam peti ais.  Rasanya ala-ala biskut batik tu ha.  Sedap jugak. Selamt mencuba :-)

gambo? elek la ...  betul-betul terjah, tak sempat lagi nak snap gambo hihi ...

Sunday, March 27, 2011

Puding Roti Mentega

Pagi ni kami masak awal.  Ikan parang asam pedas.  Saya siapkan cili kisar dan bumbunya je.  Abah kata dia nak masak, so part saya dah selesai.  Buka almari, mata terpandangkan bungkusan roti putih di situ.  Serta-merta hati berhajat nak buat puding terjah lagi.

Kali ni reja roti dah tak ada, sebab dah digunakan untuk buat puding nutella malam tadi.  Jadi saya ambil je kepingan roti putih tu.  Setiap keping disapu marjerin dan ditaburkan dengan gula pasir.  Kemudian ditangkup dua dan dipotong dadu kecil-kecil, lalu dilambakkan di dalam loyang pembakar.  Jangan lupa sapu loyang dengan marjerin atau butter ya. 

Ambil tumbler, masukkan susu pekat manis (sebab susu tepung dah habis, coffeemate ada tapi tak mau la guna ia), tambah air suam dan kocak sampai sebati. Pecahkan sebiji telur ayam (cuci dulu kulit telur tu, jangan lupa, suci halalan toyyibah), masukkan setitik dua perasa vanilla dan sesudu dua tepung kastard.  Tiba-tiba mata terpandangkan tin kecil bahan penaik tepung, hah ... letak je la sedikit ke dalam tumbler ni.  Kocak kocak dan kocak hingga sebati.

Kemudian curahkan bahan ini ke dalam loyang pembakar.  Dah panaskan oven?  Biarkan beberapa minit sehingga cebisan roti agak kembang.  Bolehlah dibakar. 

Saya turun ke tingkat bawah untuk mencuci pakaian.  Sambil tu berbual-bual dengan Meliana berketurunan Kadazan.  Dia sudah mencuci pakaian dan sedang menyiapkan sarapan pagi untuk diri dan anak lelakinya, Alwen yang baru berumur 10 tahun itu.  Tiba-tiba bau yang sedap menyelinap ke pancaindera saya.  Tentu Mel pun terbau juga nih.  Mesti puding saya dah mula masak.

Saya mohon diri pada Mel untuk naik ke dapur.  Abah sedang bertinggung di hadapan oven memerhatikan puding di dalamnya.  Wah, bau semakin kuat.  Macam bau kek.  Tidak lama kemudian, abah mengeluarkan loyang puding ke atas meja.  Pandai abah jaga puding jangan hangus, ia berwarna kuning keemasan.

Sedikit puding panas itu saya titipkan untuk Mel dan anaknya. Bakinya kami sekeluarga menyelesaikan bersama-sama.  Alhamdulillah.  Abah puji, sedap katanya.  Kembang la sikit, sikit je.  Tetapi muncul idea lain pula.  Puding khas untuk abah, macam kek kegemarannya juga.  InsyaAllah, kena beli bahan utamanya dulu. 

Nak tau apa dia?  Hehe ... see u next recipe, okeh.  InsyaAllah.

Puding Roti Nutella

Resepi terjah seterusnya.

Bahan asas sama je; roti atau reja roti.  Panaskan oven dulu ya.

Okay kita start.  Dah sapu marjerin kat dulang pembakar?  Lepas tu boleh la gunting reja-reja roti tu.  Tak cukup reja, potong la sekeping dua roti putih dan lambakkan dalam dulang.  Kemudian, ambil tumbler bertutup.  Masukkan susu tepung (lum beli susu segar la ... terjah je), telur sebiji, setitik dua perasa vanilla, madu dan kocak tumbler tu beberapa ketika.

Oh ya, lupa pulak; masukkan sesudu dua tepung kastard juga ya.  Tepung kastard ni berfungsi untuk 'memegang' reja-reja roti tu menjadi adunan yang ... apa ya, padat? padu? tak berkecai?  Apa-apa la, anda faham tu kan.

Kocak lagi dan curahkan kat atas roti.

Ada Nutella kan?  So tadi sebelum potong roti tu, sebenarnya sapu dulu Nutella tu kat atas roti bersama marjerin.  Lepas tu baru potong-potong dadu kecil-kecil.  Atau kalau dah reja-reja tepi roti, boleh la anda ratakan je Nutella tu kat atas reja-reja tu.

Tetiba, abah kata potong pisang nipis-nipis dan susun atas roti tu.  Okay la, kita ambil idea abah ni.  Sedap la tu, dia memang suka pisang.  Akhir sekali, saya macam tak puas hati je tentang madu tadi, saya picit lagi madu atas roti yang sudah ditutupi pisang ni rata-rata.  Wahh ... nyaman ni insyaAllah.

Dah boleh bakar.  Selamat mencuba resepi terjah Puding Roti Nutella.  Memang sedap.  Ia mungkin kehitaman sedikit kerana adanya lapisan madu di bahagian atas, tetapi malam tadi anak-anak saya berebut-rebut nak makan bahagian yang kehitaman tu sebab sedap dan rangup katanya. Alhamdulillah.

Friday, March 25, 2011

Puding Roti Kurma


Puding Roti Kurma

Macam biasa, saya sukakan resepi terjah.  Tengok apa yang ada dalam almari dulu.  Jenguk peti ais antik yang suka menggigil tergoyang-goyang tu, saya ternampak ada sebungkus reja-reja roti.  Boleh bikin puding nih.  Ohh, saya memang gemar bikin puding.  Ia mudah, enak dan tidak membuang banyak masa.  Tak macam kek, perlu sukatan yang tepat.

Jom kita tengok resepi terjah saya kali ini.

Bahan-bahan :
Hmm ... tak payah la senaraikan bahan-bahannya.  Anda baca je apa yang saya buat ni.  Mesti boleh punya.  Sonang bai tuh!

Saya je yang namakan ia resepi terjah, ikut peel suka terjah-terjah bila teringin nak buat.  Walhal mungkin ia resepi biasa je.  Saya je yang suka campur-aduk dan suka pula mencuba.

Okay, kita mula ya.
Mula-mula gunting reja-reja roti tu, baru cantik.  Biasanya resepi kata siat je, atau carik-carikkan.  Boleh je suka hati anda la.  Sebelum tu, anda sapu la dulu butter atau marjerin kat dalam dulang pembakar dan jangan lupa panaskan oven.  Tak ada la puding tu karang naik bosan menunggu haba kat dalam oven ya.  Sesudah tu, godak la susu tepung dengan air suam.  Lagi senang dan sedap kalau guna susu segar penuh krim (kalau nak jaga badan, guna la yang low fat).  Saya ni terjah je, jadi pakai apa yang ada dalam almari.  Susu Everyday anak ada separuh lagi, boleh la digunakan. Sedap je, nak tau boleh cuba nanti.  Tambah berkhasiat jadinya puding kita tu. 

Sekarang dah boleh lambakkan selapis reja roti kat dalam dulang pembakar.  Saya ada sebekas kecil buah tamar baki bulan Ramadan tahun lepas.  Masih elok lagi, tapi tak ada sesiapa yang nak makan.  Jadi, saya penyekkan buah tamar dan susun atas reja roti.  Letak baki reja roti dan siram dengan air susu.  Biarkan beberapa ketika sekitar 10-15 minit supaya roti cukup kembang.

Sementara tu, godak pula tepung kastard sesudu dua dengan air, pecahkan sebiji telur dan gaul rata.  Masukkan sedikit madu lebah, ini option anda sekiranya nak elakkan menggunakan gula pasir.  Iyalah, kurang-kurangkan manis gula.  Madu lebah pula memang besar khasiatnya dunia akhirat.  Berkahhh ...  Jangan lupa setitik dua perasa vanilla untuk menghilangkan rasa dan bau hanyir telur tadi.  Godak, godak dan godak sampai sebati dan bolehlah dicurahkan ke atas roti anda.

Hmm ... macam dah boleh bakar je ni.  Ops, tunggu jap.  Kita jenguk lagi almari kita yang antik  ni. Hahaha ... semuanya antik beb!  Tapi awet gitu ... 

Aha, saya terpandangkan Nutella, Jem Blackcurrent, mayonis, ikan bilis panggang, serbuk lada sulah ... ah, macam-macam juga yang ada.  Nutella ni sedap budak-budak suka tapi rasanya tak sepadan dengan puding kurma.  Okay, saya capai botol jem blackcurrent dan ceduk sesudu, dua sudu, tiga sudu dan empat sudu; letak di atas roti yang dah hampir kembang diresapi air susu bersama campuran kastard serta telur tadi, di empat penjurunya.  Karang, biarlah ia merebak sendiri semasa dibakar.

Roti dah kembang, oven pun dah lama panas.  Bolehlah kita masukkan adunan ke dalam oven.  Agak-agak la tempoh pembakaran.  Mula-mula gunakan pembakaran atas.  Apabila bahagian atas roti dah agak keperangan, tukar pula pembakaran bawah supaya masak rata dan tidak ada bahagian yang terlebih perang hingga jadi hampir hangus.  (Saya mahu lebih berhati-hati kini selepas puding roti pertama dulu hangus hitam legam ... jangan pisang berbuah dua kali beb ...) 

Ting!  Hmm ... oven pun dah bagi isyarat.  Jom kita tengok.  Waduh, baunya cukup menyelerakan.  Jem blackcurrent sudah mencair ke serata puding.  Nak makan panas boleh, ni kalau jenis anak-anak dah tak sabar nak mencuba sebab tergoda dengan rupa dan bau puding yang menyelerakan.  Juga sebagai pencuci mulut selepas makan nasi tengahari.  Jadi, simpan bakinya masukkan dalam peti ais, nanti minum petang boleh makan sejuk pula.  Bab yang paling best ialah bila mula memotong menggunakan roller cutter tu, perasan macam pro je hehehe ...

Selamat mencuba resepi terjah.  Jom, terjah je hihi ...

Thursday, March 24, 2011

Merapu kerapu

Setelah beberapa lama tiada komentor, hari ini saya menerima catatan dari KAKAK saya; katanya,

Bahasa & perbendaharaan kata semakin menarik. Bakat semakin terasah. Tahniah. Insyallah suatu hari penulisan boleh jadi satu punca pendapatan lumayan bagi anda..

Ber'anda-anda' la pulak ... thhee he he.  Walau bagaimanapun, tentulah saya rasa teruja dan kembang jiwa dengan kata-katanya ini.  Lalu teringat pula saya kepada seorang kenalan di alam maya, saudara Pujangga Seni, yang Budin dalam Rengsanya itu, menjadi menungan sekali-sekala.  Beliau ini kadangkala singgah di sini, menyampaikan salam ziarah seninya, beserta kata-kata yang seperti titisan embun menyegarkan rasa.

Terima kasih kepada anda yang selalu memberikan perangsang dan kata-kata pembakar semangat.  Saya hanya seorang yang bagai terjumpa sebatang pena usang di separuh laluan kehidupan tika menyusuri sebatang lorong yang gersang, bersendirian.  Hanya sang matahari bernyala-nyala di ufuk alam, memberitahu saya bahawa Allah Taala Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak di atas segalanya.  Saya hanya ingin menulis, biarpun pakar komunikasi mengatakan menulis adalah cara berkomunikasi yang paling tidak efektif. 

Bagi saya pula, suara saya terzahir di celah ayat-ayat.  Biarpun mak abah sudah memesankan, jangan mudah-mudah memecahkan rahsia diri.  Maka, suara saya di sini selalunya mengandungi makna yang tersirat.  Di sebalik sesuatu ada sesuatu.  Bahkan terkadang, saya sendiri tidak pasti dengan apa yang tersusun aksara demi aksara, kerana mengikut hukum alam, tiada yang kekal dan sejati selamanya.  Hanya Allah Taala yang Maha Kekal dan Maha Hidup, bukan makhlukNya.  Bukan pula saya tidak berpendirian, sekejap begitu sekejap begini.  Hmm ... tak mengapalah.  Saya lebih suka menjadi gelandangan yang terjumpa sebatang pena usang tika menyusuri sebatang lorong yang gersang, di separuh laluan kehidupan yang menuju kematian. (Catatan: pena usang masih ada dakwat lagi ya!)

Apa ke benda ni, makcik?

Sesekali merapu, seronok jugak.

***

Saya andaikan semua orang pernah membuat pinjaman buku di perpustakaan.  Apabila buku sudah habis dipulangkan, barulah kad keahlian kita akan dikembalikan.  Saya sudah agak lama tak meminjam banyak buku, semenjak saya mula berpindah ke Seria dan semenjak plot Sakinah diluluskan oleh Sifu.  Nak concentrate la tu gamaknya.  Jadi kad saya ada pada saya la. 

Saya sudah meminjam dua buku patchwork kelmarin, dan semalam saya ingin menambah tiga buku lagi.  Tiba-tiba saya dimaklumkan oleh Hurilain (yang tolong buat pinjaman di kaunter, mama ngadap laptop tak leh bergerak), saya 'berhutang' sebuah buku yang belum dikembalikan selama 60 hari.

??? dan saya tekejut sambil terkujat lama. 

Okey, cooolll.  Tak tanya apa-apa lagi, selain minta Hurilain catatkan tajuk buku.  Balik rumah petang semalam, sambil bebel sendiri, saya cari buku tu merata-rata tapi tak jumpa.  Oh, perkara kecil-kecil jangan dibesar-besarkan.  Kalau kena denda pun setakat sekali ganda harga buku je ...  kot!

Mula la saya tuduh Hidayat yang pinjam, sebab dia memang pernah pinjam buku muda-mudi menggunakan kad saya.  Dia mana boleh pinjam buku kat tingkat atas ni.  Dia hanya layak meminjam buku kanak-kanak je kat tingkat bawah.  Tetapi Hidayat menafikan. Hidayat kata saya la yang pinjam tu.  Gamaknya main tuduh-tuduh ni memang tak ada kesudahan. Lain kali jangan pakai kad mama lagi tau!

60 hari tu makcik ... kami lum pindah ke Seria lagi tu!  Mana mau ingat la ...

Tapi Hurilain ingat. Dia kata, "Ala ... yang Hidayat baca cerita orang bagi roti tu..."  Macam yakin betul.  Ntah iya ntah tidak. Buku ni tajuknya Himpunan Kisah-Kisah Agama. 

Ah, kita tak payah cerita lagi pasal buku ni.  Saya nak komen sikit je pasal perpustakaan yang tak up-to-date ni.  Sampai 60 hari tu, makcik.  Kenapa la diorang tak info saya agaknya.  Dah tu kad pun saya boleh pegang lagi.  Maknanya semua buku sudah saya pulangkan, sepatutnya.  Lagi satu, susunan buku caca marba.  Bercampur aduk abjad.  Tak banyak la, tapi sikit-sikit tu memang ada.  Tadi pagi saya tanya tajuk buku tu betul-betul, dan staf kata nak cari.  Lepas tiga jam saya keluar dan balik semula ke sini, tak ada sebarang tindakan pun. Pagi jam 8 datang tadi pun tak ada staf kat kaunter, rupanya minum pagi kat dapur diorang. 

Dah la tu, makcik.  Jangan komplen banyak sangat.  Hidup ni biarlah tambah kawan, jangan tambah musuh.  Lagipun, ala ... hal ciput je tu.  Karang dibuatnya blog makcik diorang baca, apa pulak kata diorang tu kan kan kan ...

Tu, komputer setimbun tapi alasannya wiring lum buat dan dah minta budget dari pusat tapi tak ada tindakan pun.

Tapi makcik tak de urusan dengan komputer tu, kan ke dah ada laptop.

Sebenarnya saya nak tulis lain, tapi yang keluar ni lain pulak.  Tak mau la emo-emo gini.  Ini tulisan merapu sekadar nak melepaskan wap je agaknya. 

Semua orang cintakan kebenaran.  Kalau tak, takkan ada yang buat open diary macam ni.  Saya tak anggap ini diari saya.  Ini sekadar cara nak mengasah bakat je hehehe ...

Izinkan saya merapu.  Biasanya merapu kerapu macam ni tak lepas keluar, masuk draf je.  Tapi saya rasa, tak mengapalah sesekali saya biarkan ia terlepas ... hehe.

Lalu saya terimbas kenangan lama, dan membaca peel sendiri.  Ketika Cikgu Jailani, guru besar Sekolah Agama Jementah menyuruh saya mengutip sampah di atas lantai berdekatan dengan meja saya dan saya enggan.  Cikgu Jailani memegang lengan saya lama-lama dan akhirnya saya mengeluarkan airmata; sebab semua mata memandang saya, bukan sakit kena pegang lengan ke apa, malu je.  Juga ketika saya kata pemadam dalam bekas pensel seorang kawan adalah pemadam saya; saya cam betul, tapi dia kata dia punya dan akhirnya si dia kecil hati dengan saya. 

Saya tak mahu hal-hal sedemikian berulang lagi.  Tak pandai mengalah dan sangat kuat mempertahankan 'saya betul dan saya mesti pertahankan apa yang saya rasa betul' tanpa menggunakan budi bicara dan budi bahasa, memang teruk.  Ia kurang berfaedah, dan tidak membaiki keadaan.  Apa la salahnya saya kutip je sampah tu, bukan besar macam batu tongkol sampai tak boleh angkat ... tak ada la saya termalu  sendiri.  Dan apa la salahnya saya akur je andai teman tu kata pemadam tu dia punya.  Beli je la yang lain.  Ntah-ntah memang sama benar rupanya, ala ... pemadam pensel je.  Ish ish ish ...

Hehh ... makcik ... makcik ...

Buat Naqhuhines; mengalah tak bermakna kalah, okay! 

Tuesday, March 22, 2011

Lohh udah 40!

Wanita Temboro berkaca mata menghadiahkan saya senyuman mesra. Saya pun tersenyum juga, mukaddimah perkenalan.  Kami sedang menanti bayan dari ustaz di sebalik dinding sana; kami baru selesai dengan majlis taklim.

Wanita berpakaian labuh serba gelap ini mula menanya saya; siapa nama, siapa nama suami, tinggal di mana, sekolah di mana, tak sekolah ke ... lebih kurang itulah soalannya.  Saya menjawab, macam la dia tahu benar selok belok kawasan Seria ni.  Hihi ... ye lah, dah ditanya, jawab je.  Hurilain di sebelah kelihatan resah, mengantuk la tu.

Pelik juga apabila dia menanya nama si abah.  Lalu dia memperkenalkan dirinya; Ibu Nizam.  Rupa-rupanya budaya orang sana memanggil wanitanya dengan nama suami.  Jadi, saya ni Ibu Meon (keh keh keh ... Ibu Meon ya pak ya!!).  Ohh ... saya mengulum senyum je.

"Berapa umur?" tanyanya.

"Dia baru tiga belas tahun," jawab saya.  Wanita ini kelihatan tercengang.  Ohh biasa la tuh, bila saya memberitahu usia Hurilain.  Orang selalu menyangka dia sudah pertengahan remaja atau pra dewasa.  "Belum haid," bisik saya.  Lagi tercengang dia.  Anak saya masih sunti yang belum menanggung tanggungjawab.

Lalu dia berkata, "Lohh, kamu berapa orang anak?"
"Empat.  Dua pasang."
"Aku kira kamu masih belajar!"
Saya pula tercengang.  Kini saya baru menangkap ketercengangannya seketika tadi.  Dia menoleh kepada temannya di sebelah, "Aku kira dia masih belajar ..."  Dan dia terus menanya usia saya.
Lurus sahaja, "Saya sudah 40."
"Lohh, rupanya muda bangat.  Umurnya sudah 40!" katanya lagi kepada temannya sambil menepuk-nepuk mesra tangan saya dengan tersenyum lebar.  Saya pun hilang rasa cuak serta-merta.

Saya sudah empat puluh tahun.  Kepada anda yang lebih muda dari saya, saya adalah kakak atau makcik anda.  Hari lahir ke 41 bakal menjelang tiba.  Mengikut ukuran usia Rasulullah Sallalah alaihi wa salam, baki umur saya sekitar 24 tahun sahaja lagi, mungkin kurang.

Sebenarnya wanita Temboro itu sedang menyaksikan silap mata.  Ruang tempat kami duduk disinari cahaya lampu kuning yang melimpah dari lampu yang indah.  Jadi matanya telah tersilap pandang.

Buat pengetahuan semua, saya dikelilingi wanita-wanita serba hitam (melainkan tetamu dari Temboro dan tuan rumah yang berpakaian lebih santai).  Di pertengahan majlis, muncul dua wanita dari Bangalore dan Pakistan.  Salah seorangnya sangat indah parasnya.  Wanita-wanita di  sini semuanya menutup wajah dengan cadur hitam.  Apabila cadur diangkat, terserlahlah seraut wajah.  Saya perhatikan wajah mereka jernih, bersih dari noda dunia, dan indah bercahaya; nampak begitu segar dan muda; walaupun saya anggarkan usia mereka tidak lebih kurang saya andai dinisbahkan kepada umur dan bilangan anak-anak mereka.  Tidak ada jeragat dan jerawat.  Terkadang nampak agak letih, tetapi tetap tekun mendengar, tetap manis muka dan tenang.  Sesekali kedengaran suara-suara perlahan mengucapkan selawat ke atas nabi, istighfar, bertasbih dan bertahmid bersesuaian dengan para yang diperdengarkan.

Saya juga diresapi ketenangan berada bersama mereka.  Rumah banglo tempat kami singgahi ini bak istana, tetapi tidak ada riak keangkuhan di mana-mana.  Di sini, mereka dan saya datang dari arah yang berbeza, bertemu untuk mendapatkan ilmu buat menjadi cahaya di hati.  Bersama mereka, saya menyelami suasana asli dakwah awal Rasulullah sallallah alaihi wa sallam bersama para sahabat.  Kami mendengar mafhum firman Allah Taala, hadis dan hikayat para ulama untuk membangunkan iman di hati.  Semuanya bertujuan hanya satu, iaitu Allah Taala.

Salah seorang muslimah Temboro yang duduk paling depan berdekatan dengan speaker, mengetuk lantai memberi isyarat pihak wanita sudah bersedia.  Bayan pun bermula.  Suara ustaz kedengaran dengan jelas, tetapi nadanya perlahan.  Satu persatu ayat disusun.  Sesekali kedengaran slang Indonesia.  Tentu jemaah lelaki dari sana juga.  Mereka datang berpasang-pasangan.  Alhamdulillah, mata saya segar sehingga ustaz membaca doa di akhir bayan (di luar kebiasaan; kerana saya sangat mudah mengantuk sebenarnya ...)  Semua pengisian sangat menjawab persoalan dan memberi dimensi baru kepada pemikiran saya.  Lalu saya terimbas di zaman persekolahan dan zaman di ITM Melaka.

Saya pernah bertemu dengan Ustaz Idris Ahmad, salah seorang pensyarah saya di ITM Melaka dulu.  Saya pernah ditanya oleh Ustaz Lokman Hakim; sekiranya ada persoalan yang mahu dikhabarkan.  Cikgu Zainal Abidin di STS selalu saya temui untuk menanyakan tentang buku rujukan Kimia, seterusnya beliau menyampaikan tentang Saidina Ali kwj. dan Ahlul Bait semuanya.  Di kutubkhanah Canossian Convent yang diceritakan ada mayat diawet di ruang bawah tanahnya, saya mencari buku-buku tasauf dan sufi, yang kini baru saya kenali istilah Israelliyat.  Di UKM, saya 'bergelandangan' bersama kawan-kawan berpurdah juga, merata-rata.  Sempat juga berpurdah sehari dua cuma, sebelum purdah itu lenyap di rumah.

Sebenarnya itu hanya sebahagian dalam pencarian.

mereka yang itu
aku
mereka yang ini

mereka yang ini dan aku
mereka yang itu dan aku

perjalanan hanya satu

Apakah pencarian sudah menghampiri pertemuan ...?

Wallahua'lam.  Apa yang pasti, ilmu mesti dicari.  Iman mesti diusahakan.  Macam kata ustaz dalam bayan tadi, suami tidak dapat menambah iman isteri.  Ibu bapa tidak dapat menambah iman anak-anaknya.  Perihal hati, hanya Allah yang berkuasa melakukan perubahannya.  Kita semua adalah pembantu ugama Allah.  Di mana pun anda berada; tukang sapu sampahkah; isteri di dapurkah; doktor di dewan bedahkah; angkasawan di bulankah; di mana sahaja; peranan anda tetap sama.  Pembantu kepada agama Allah.  Jadi, kita perlukan kepada usaha, dan natijahnya pada Allah Taala.  Usaha itulah yang dinilai oleh Allah Taala.

Hati saya lapang dan mata saya berkerdip tenang sepanjang bayan tadi.  Walaupun pagi tadi saya terjaga jam 330 pagi, alhamdulillah. Bagi saya ini satu keajaiban dan bantuan dari Allah Taala.  Dia membantu saya bertenang dan memasang telinga dengan sebaiknya, walaupun macam selalu hati berbilur-bilur simpang siur apabila ia berkata-kata sendirian.  Hatiku oh hatiku ...

aku dan mereka
mereka dan aku

kita sama sahaja

tetapi berbeza

tahap iman dan taqwa


bersama menuju keselamatanNya

kasihNya
redhaNya
hari abadiNya
pengampunanNya
pimpinanNya

dan syafaat kekasihNya

Rasulullah penghulu dan cahaya.

Insyaallah.

Di suatu pagi yang berkah bersama deraian hujan

Bengang juga.  Pencapaian internet menggunakan B-Mobile sangat teruk.  Boleh tersengguk-sengguk dibuatnya.  Boleh juga menyiapkan beberapa para novel Sakinah.  Boleh juga menyelak beberapa muka surat buku tentang patchwork.  Boleh juga ke dapur masak air dan godak milo panas.  Boleh itu boleh ini boleh macam-macam ...

Jadi, apabila hati sedikit panas, dan pintu bilik pun sudah dikunci sebagai amaran manja untuk orang yang suka buat-buat tak reti bahasa ... maka eloklah shut down dan melelapkan mata.

Pagi tadi, saya terjaga jam tiga tiba-tiba.  Huh ... apa hal pulak?  Perut rasa memulas-mulas ... buka pintu ke luar, terus saya diterjah tiupan angin bersama deraian hujan yang agak kasar.  Alhamdulillah, hujan dinihari adalah rahmat Allah yang tiba membasahi bumi.  Memang dah menjangka, tentu malam nanti akan hujan, kerana siangnya kelihatan muram.  Dan petang semalam, rembang kuning begitu kuat menyala di penjuru alam dan pelangi pertama tahun ini barangkali, kelihatan melintangi langit Seria dengan indahnya.  Hati saya bersorak ria, dan bibir mengorak senyum gembira.  Musim pelangi sudah tiba!!! Seperti halnya pelangi demi pelangi mewarnai pemandangan ketika saya dan anak-anak tiba di bumi ini pada penghujung Mac 2010 yang lepas.  Ohh ... sudah hampir setahun saya berada di perantauan ini.  Entah ... tiba-tiba macam kena balik je pulak.

ALhamdulillah, apabila saya dapat mengisi malam yang masih berbaki di awal pagi ini dengan bertahajjud dan solat sunat lainnya, yang hanya sesekali dapat saya lakukan apabila berkesempatan.  Pagi ini Allah Taala membangunkan saya dengan asbab perut yang meragam.  Alhamdulillah ... 

Selesai semuanya, mata terpandang laptop si abah yang tersadai meminta dikasihani di atas meja nun di hujung ruang.  Hmm ... kedengaran suara mengaji di corong radio rangkaian Nur Islam.  Beberapa minit lagi pasti azan Subuh akan berkumandang.  Saya menarik nafas dan menetapkan hati.  Ada sapaan yang belum dapat dijawab di FB; salam dari Kak Eton kawan sekelas si abah di STS dulu.  Saya mahu membalasnya pagi ini.  Dengan coverage internet yang laju, cepat saya dapat menjawab entri Kak Eton.  Ada 7 orang sedang online waktu itu, entah siapa kurang berminat untuk tahu.

Tiba-tiba ...

Ada ucapan salam di ruang chatting.  Perempuan.  Beliau merupakan editor di salah sebuah pusat penerbitan di tanahair.  Kami pernah berhubungan melalui cerpen saya di majalah yang dikendalikan beliau.  Kami tidak berbicara lama.  Saya mohon diri untuk menunaikan solat Subuh.

Sekadar catatan untuk diri sendiri ~ beliau menawarkan saya peluang untuk menulis novel  bagi galeri buku yang dikendalikannya.  Bagi saya, ini seperti booster untuk saya terus menulis.  Mungkin juga satu peluang untuk saya berkarya dengan lebih bersungguh-sungguh di platform yang bersesuaian.  Saya perlu meyakinkan diri bahawa ini bukan satu kebetulan.  Semuanya sudah ditetapkan oleh Allah Taala di Loh Mahfuz sejak azali, hanya kini saya melayari setiap takdir mengikut ketentuan waktuNya. 

Ya Allah, kumohon takdir baik dariMu dan kumohon keselamatan dari takdir buruk. Tetapkanlah kami semua di dalam agamaMu  yang benar, dan tetapkanlah tapak kaki kami di atas jalan keredhaanMu selamanya.  Ameen.


Di suatu pagi yang berkah bersama deraian hujan membasahi bumi.

Monday, March 21, 2011

Macam-macam la ...

1.  Sudah lima kali mengikuti majlis taklim.  Bermula dengan menghadiri majlis bersama tetamu dari Kota Bharu, Kelantan dan tadi bersama tetamu dari Temboro, Jawa Timur.  Semasa dengan jemaah Kota Bharu, saya  berkesempatan berhalaqah al-Quran dengan lima surah pendek, alhamdulillah dapat membaca tanpa ditegur.  Tapi tadi, bersama jemaah dari Temboro, surah al-Kafirun; saya mendapat pembetulan dua kali (tang harakatnya tu hehe ...).  Tu pun tak sempat membaca tahiyyat akhir, sebab tak pandai buka pintu nak masuk (hihi ... rupanya berkunci dari dalam. Kena tekan door bell dulu la! Terpaksa sms kat Kak Nora tanya dia kat mana dan tanya macamana nak buka pintu.  Apara  makcik ...) 

Tadi saya sepatutnya diexcusekan daripada bercakap tentang enam sifat/karektor para sahabat, tetapi saya rela hati membacanya (dia orang baru, kata Kak Haiapah kepada mereka yang lain sambil menepuk-nepuk bahu saya) dari buku.  Sesudah tu semua yang hadir pun kena baca juga, elok la gitu. Ramai yang muncul di pertengahan sesi, iaitu staf dari syarikat, kata tuan rumah yang bagai bermadu wajahnya tu.  Dan akhir sekali beliau menutup giliran dengan memberi sedikit penjelasan tentang enam sifat/karektor para sahabat.

Ringkasan enam sifat para sahabat ialah :
1.  Yakin sepenuhnya (100%) kepada kalimah toyyibah.
2.  Solat, kusyuk dan kudhuk.
3.  Ilmu dan zikir.
4.  Ikram Muslimin.
5.  Ikhlas niat.
6.  Dakwah dan Tabligh.

2.  Hari ini anak-anak mengambil bahagian dalam Aktiviti Cuti Persekolahan penggal 1 di Perpustakaan Seria.  Hidayat dan Hanessa mengambil bahagian dalam aktiviti melukis dan mewarna di sebelah pagi.  Hurilain pula masuk aktiviti Book Hunt di sebelah petang (sebab peserta remaja ramai yang datang lewat, huhh ...).  Dia tak dapat mencari buku ketiga yang juga buku terakhir, dan hmm ... terpaksa la saya memberi sedikit power kepadanya.  Esok ada lagi ... sampai hari empat (Khamis).  Insyaallah, saya memang menggalakkan anak-anak memasuki aktiviti ini, jadi jadual kami nampaknya sudah penuh di sepanjang minggu percutian.  Cuma, arghh ... Hidayat tu nak kena bagi perangsang lebih sikit.  Bukan apa, budak lelaki kena mewarna gambar-gambar yang biasa disukai oleh kanak-kanak perempuan, bayangkan la.

(Saya nampak seorang lelaki ~ mungkin pesara guru, saya teka je ~ sedang menyalin teka silang kata dari akhbar ke dalam buku rampaian kotak besar.  Asyik sungguh uncle ini.  Owhh, dia pandang saya sebab saya bercakap dengan suara normal kepada Ain.  Sorry eh!)

3.  Hari ni baru saya tahu pemilik nama Amirah Thelavagurl tu ialah anak saya.  Citt!  Entah bila dia tukar nama, saya tak perasan pulak.  Patut la saya terpandangkan makcik Junya bagi kad ucapan hari lahir kat FB, dalam hati berkata sapa la pulak yang diberi ucapan dek kakak aku ni, pelik namanya.  Rupanya ... anak sendiri. 

Tadi ke kedai membaiki kasut, menghantar kasut Hurilain bersaiz 11 (dibeli oleh abahnya di KL, RM60 ~ kasut sekolah je tu tapi macam kasut pergi pejabat, ikut ukuran kaki abahnya) untuk dikerat tumitnya yang tinggi seinci setengah supaya lebih rendah.  Kalau pakai kasut tu, serupa cikgu la pulak.  Kemudian saya minta 'Ane' tu letak tapak getah supaya tak ada bunyi kuk kak kuk kak.  Semoga kasut ni tahan sampai ... mmm ... berapa lama nak bagi tempoh kat dia ni agaknya?  Mungkin empat bulan, lebih tiga bulan dari biasa.  Kekadang timbul kasihan pada dia.  Kakinya besar, jari jemari kakinya panjang, dah tu kembang kat depan.  Dia lebih tinggi dari saya sedikit.  Memang sukar mencari kasut yang sesuai.  Orang tempatan comel-comel je.  Jadi kekadang kasut yang dibelikan abahnya (main agak-agak je saiznya), maka saya la yang memunyakan sebab tak muat.  Udah rejeki pak ... alhamdulillah.

4.  Kepulangan abah Naqhuhines ke kampung selama lima hari pada cuti persekolahan di sana kelmarin, membawa khabar bersama titipan harapan.  Mungkinkah kami akan kembali ke tanahair tidak berapa lama lagi ...?  Keutamaan mungkin terpaksa dipertimbangkan semula.  Apa yang pasti, kedua orang tua kami masing-masing, sama ada secara direct mahupun berkias, mengharapkan kami  kembali ke sisi mereka.  Tambahan, ada pula yang menawarkan peluang untuk sesuatu yang lebih baik. 

Apa-apa pun, memang kena buat istikharah.  Setakat fikir fikir dan fikir, fikiran boleh berbolak-balik.  Istikharah pula adalah satu usaha meminta Tuhan menunjuki apa yang kita tak tahu, perkara yang ghaib.  Bukankah hanya Dia yang Maha Mengetahui segala yang nyata dan segala yang ghaib.  Kalau fikir fikir dan fikir, mungkin ada keyakinan di situ tetapi sekiranya berlaku sesuatu di masa hadapan, dibimbangi timbul rasa ralat, kecewa dan sebarang perasaan negatif yang lain. 

Masih belum puas bermastautin di sini rasanya.  Bumi yang tenang, langit yang biru bertompok-tompok awan, laut yang mendamaikan, teman-teman jemaah yang baru dikenali, majlis taklim yang baru lima kali diikuti (bayan belum la lagi berkesempatan walaupun sentiasa dipelawa ...), kelas tafsir al-Quran yang baru tiga kali, kelas memasak yang baru sekali ...

5.  Sudah 300 keping kertas berbentuk hexagon saya siapkan untuk buat patchwork.  Sekarang tinggal beli kain saki-baki potong di kedai kain yang berharga $1 semeter tu.  Dan tadi saya dah pinjam buku tentang seni kreatif ni dari perpustakaan.  Wahh, tak sabar rasanya nak buat ni.  Bila terpandang blanket yang Lola bagi Adik tu, terasa semangat bagai ditiup-tiup untuk memulakan.  Hmm ... mungkin saya sebenarnya ada bakat seni kreatif gak, cuma terpendam je hihi...  Saya suka melihat lukisan Hurilain yang dibawanya pulang dari sekolah.  Ibu saya pandai menjahit dan dia juga ada hasil patchwork yang bertahan hingga kini di lelangit bilik rumah kampung.  Masa budak-budak dulu, bila berbaring dan memandang karyanya itu, teringatla yang itu baju onyang, yang ni baju uwan, semua baju yang pernah dilihat ada di situ.


5.  Akhir sekali, saya sedang menunggu hari ... 10 hari lagi!!!  Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.  Sama-sama memegang janji.  Insyaallah.  Abah Naqhuhines,  jangan buat-buat tak tau aaa!!!  :) :) ;)

Sunday, March 20, 2011

Makaroni Cheese

Makaroni cheese bakar versi gue;

sukatan semua main agak-agak je.  Don't worry, yang penting garam jangan terlebih, kurang tak pe. 

makaroni (sebarang jenis) direbus sampai empuk.
sambil tu tumis bawang putih, bawang merah dan sedikit halia (bagus untuk buang angin ya!) sampai naik bau.  Renjis la minyak zaitun, garam, perasa sedap (kalau mahu) dan lada sulah serta lada hitam.  Sesudah tu, boleh gaul dalam makaroni yang dah lembut tu.  Tabur bawang goreng juga, penambah perisa.

Kalau ada lobak ke, capsicum ke, boleh la hiris dadu dan campurkan. So cantik jadinya dan tambah khasiat.  Kalau tak, potong dadu je bawang besar tu, ok juga.

Pecahkan dua biji telur ayam, letak sesudu dua tepung jagung, tepung kastard dan susu segar.  Panaskan dalam pan dan agak-agak dah suam tu campurkan dalam mayonis tadi.  Kacau rata-rata dan boleh letak satu layer dalam loyang yang sudah dilapik aluminium foil, atau sudah sapu butter etc supaya jangan melekat.  Oh ya sebelum tu tadi lagi sepatutnya oven kita tu dah dipanaskan ya.

Ambil sesudu dua mayonis dan ratakan.  Letak baki makaroni tu dan tutup atasnya dengan kepingan cheese.  Sekarang sudah boleh bakar.  Saya agak-agak je masanya dengan suhu sekitar 180 degree (sebab hari tu buat ikut masa dan suhu yang disarankan tapi keras jadinya, tambahan pula temperature knob dah selamat pecah-pecah ...).

Sebenarnya ikut jenis dan saiz oven.  Ok, bila dah kekuningan cheese tu, dah boleh dikeluarkan dan bolehlah dipotong.  Makan panas-panas begitu sahaja atau letak sos apa-apa je, dengan lafaz Bismillah ... selamat menjamu selera. Nyam nyam nyam ... sedap.

Ini resepi terjah je bila pagi Ahad ni teringin nak buat makaroni.  Sebab tu tak ada letak ayam atau daging cincang.  Tapi tetap sedappppp ...

Nak cuba? Sila la ... (gambar tak de, malas leceh nak download.  Tapi macam makaroni yang biasa2 tu la, sama je gambarnya.)

Wednesday, March 16, 2011

As salam Muhammad Naqib

As salam, Muhammad Naqib.

Mama dengar suara-suara membukit di sana tu (masa abah telefon tadi).  Wahh ... ramai tetamu ya!

Esok pagi-pagi abah dah berangkat balik.  Mama suka.  Dan sedih juga.

Kamu akan tinggal di sana bersama uwan dan atuk.  Tiga hari lagi baru balik madrasah.

Apa kamu nak buat dalam tiga hari tu, Muhammad Naqib?

Sabarlah dalam perpisahan ini.  Hati keibuan terasa sudah menangis mengenangkan kamu yang ditinggalkan.  Tapi itulah perjalanan kita.  Tak boleh dielakkan.  Ingatlah kawan-kawan kamu, yang semuanya turut berpisah dari kaum keluarga.  Adat orang menuntut ilmu memanglah begitu.  Semoga Allah Taala menguatkan hati kita untuk menghadapi saat berjauhan seperti ini.

Memang kami ingin mendidik kamu agar menjadi kuat dan tabah.  Kamu anak lelaki sulung.  Kamu mesti memberikan contoh yang terbaik kepada adik-adik.  Usah lagi kata Ain lemah semangat ke ... nanti tak serasi duduk asrama ke ... apa-apa aje la.  Sepatutnya kamu memberikan dia dorongan untuk mengikut jejak kamu, bukan cuba mematahkan semangatnya.  Puas mama terus memberikan sokongan dan perangsang agar dia tetap hati dengan rencana kami.  Kamu, berikanlah sokongan kepada dia, ya.

Ada lagi dua adik kamu yang menanti giliran.  Insyaallah.

Jadi, ada lagi tiga hari nak kembali ke madrasah.  Jaga diri baik-baik.  Cuci pakaian tu lebih bersih dari sebelum ini.  Dah dua tahun berada di madrasah.  Semoga kamu semakin serasi dan faham selok-belok kehidupan di situ.

Tingkatkan hafalan kamu.  Mama dan abah di sini sentiasa mendoakan kamu.  Usah menggunakan terlalu banyak masa.  Ada banyak lagi ilmu yang perlu dikejar dan dituntut.  Ikut kaedah ustaz betul-betul, insyaallah bersama keazaman kamu, pasti berjaya.  Semoga Allah Taala sentiasa membantumu.

Mama nak kamu kuasai Bahasa Arab juga.  Bahasa dunia akhirat.  Bahasa al-Quran, bahasa ilmu, juga bahasa syurga.  Semoga dengan itu kamu akan lebih mengerti mafhum firman Allah Taala, bukan sekadar faham gitu-gitu je.  Mama dengar Kuliah Mufti di sini, sungguh berasa kagum kepada Tuan Mufti Dr.Abdul Aziz bin Junid itu.  Sentiasa beliau menjelaskan kuliahnya dengan sedutan kata-kata Bahasa Arab sama ada firman Allah, hadis atau apa sahaja.  Ternyata beliau amat mahir dengan bahasa ini.  Alhamdulillah.  Mama mahu kamu begitu juga.

Maafkan kami sekiranya terlalu besar dan banyak harapan ditumpukkan kepada kamu.  Tetapi itu hanyalah satu kewajaran. Insyaallah kamu akan mampu memikulnya.  Mohonlah kekuatan dari Allah Taala Yang Maha Kuat.  Inilah masanya kita membina impian, Muhammad Naqib.  Semoga impian-impian itu akan dimakbulkan olehNya, insyaAllah.  Usah fikirkan andaian-andaian negatif.

Muhammad Naqib, insyaallah nanti kita bertemu lagi.  Mama akan melobi pada abah kamu supaya kamu diizinkan datang ke sini pada hari raya aidil adha nanti.  Insyaallah.  Seminggu pun tak apa.  Yang penting kualiti masa itu. 

Hmm rasanya cukuplah ni.  Tulis panjang-panjang entah kamu sempat baca ke tak ... Mama nak pesan ni, jangan nakal-nakal.  Usah buli Ali lagi tau!  Hehe ... Payahlah mama kat sini nanti, kalau kamu nakal kat sana.  Mentang-mentang dah senior sikit ya.  Jangan gitu ... Dan jagalah barang-barang kamu, macam kaca mata tu.  Kata nak pakai celak Ismet tapi buat spek lagi?  Nanti kirim kat warden kalau dia pegi Sri Petaling, macam mama cakap tu.  OK, dan istiqamah la, baru berkesan insyaAllah.

Sekian dulu, salam sayang teramat sayang dan peluk cium dari mama dan adik-adik di sini.  Wassalam.

Plot baru

Penambahan dan pembaikan plot untuk Sakinah.

Amirul sudah jelas.  Untuk makluman, novel ini adalah untuk remaja belasan tahun.  Itulah prasyarat untuk menulis di bawah bimbingan sifu.  Sesudah itu, barulah anda boleh menggarap novel dewasa pula. 

Sifu terus menyuruh saya menovelkan cerpen terakhir di bengkel.  Urghh ... saya pula sentiasa berasa belum bersedia.

Kemudian, alhamdulillah, dapatlah saya menyiapkan plot untuk keseluruhan kisah.  Bukan senang tu!  Bak kata sifu, kena bayangkan hingga terang di mata.  Tu yang susah hingga bertangguh (peram la konon) sampai hihi ... thread saya pun lenyap di sana. 

Dan kini, tentulah tak boleh mensia-siakan peluang yang ada.  Sifu menerima saya kembali dengan tangan terbuka dan saya memperingatkan diri sendiri, lebih serius la makcik!!!

Ohh di bab 4 sifu terus menunjuki saya, tentang watak kedua yang tiba-tiba muncul menjadi hero.  Bila memikirkan ini, saya rasa nak ketawa (ketawakan diri sendiri le ...).  Begitu naifnya saya tentang penulisan novel.  Yang ada hanya perkataan demi perkataan.  Itupun, perkataan basahan harian je. 

Bila sesekali menjenguk thread orang lain, terasalah betapa banyaknya perkataan sastera yang saya tak tahu. 

Dan persekitaran pilihan saya, memanglah yang akrab dengan diri.  Tak pandai nak membayangkan suasana di negara orang.  Saya kurang berminat.  Terasa hilang diri.  Urghh ... loratla makcik ni.

Alhamdulillah. Semoga Allah Taala terus mengizinkan saya memegang pena ini.  Di pertengahan perjalanan. Ya Allah, hanya padaMu berserah diri.

Akan ke Lumut untuk taklim kedua.  Insyaallah.

Tuesday, March 15, 2011

Tak mau cium!

Saya memikul beg kuning Hanessa dan memegang pergelangan tangan kanannya yang halus.  Mata pula dilontarkan sejauh-jauh pandangan sepanjang jalan ke sekolah tetapi bayang Hidayat sudah hilang.  Laju betul dia berjalan.  Mudah-mudahan dia berhenti seketika di pinggir jalan sebelum melintasi zebra corssing itu, supaya pemandu kereta pun ada peluang menghentikan keretanya.

"Kita melintas kat sini je." Saya menarik tangan Hanessa.  Kami berhenti di hadapan simpang, memerhati kiri dan kanan jalan.  Ada banyak kereta tetapi tidak terlalu laju, dan banyak pula yang memberi isyarat untuk masuk ke perkarangan Sekolah Rendah Muhammad Alam menurunkan anak masing-masing.  Sejenak, kami sudah berada di seberang jalan.

"Salam je!!" kata gadis kecil saya.  Dia enggan dicium.
"Mengapa?  Malu ke?"
Dia mengangguk-angguk.  Sudah beberapa kali dia bersikap begitu tetapi tidak saya perdulikan.
"Adik, kenapa nak malu?  Adik masih ada ibu yang nak cium adik.  Ada orang tak ada ibu tau."  Emo la pulak makcik ni. Saja je ... dia memang perlu tahu hakikat ini, kan.

Dia meronta kecil apabila saya tetap mencium kedua pipinya yang terasa dingin, kumat-kamit meniup ubun-ubunnya dan melabuhkan tangan kanan saya di atas kepalanya.  Saya peluk dia.  Gerammmm ...  Kemudian dia pun berpaling setelah melambai-lambai,

Saya terus berdiri macam model di atas laluan kaki, tidak memerhatikan sebarang kereta yang lalu tetapi terus melihat ke arah si kecil yang berjalan ke perkarangan sekolah.

Hanessa berlari-lari anak, hendak mendapatkan kawannya barangkali.  Tiba-tiba, "Ya Allah!" seru saya sendiri.  Saya nampak dari kejauhan, anak saya tersungkur di atas jalan tar.  Namun secepat itu juga dia bangun dan terus berjalan. Lagaknya seperti tidak ada apa-apa berlaku. Tetapi hati saya berkata, tentu dia sedang menahan air mata dan perasaan malu yang membuak-buak.  Sudah ramai pelajar Prasekolah yang sedang duduk berderet di tepi pintu kelas, menunggu cikgu datang membuka pintu kelas.  Tentu mereka semua nampak kejadian tadi.

Saya terus berdiri.  Hati serba-salah.  Perlukah saya ke kelas Hanessa menjenguknya atau terus pulang ke rumah.  Biasalah tu, budak-budak jatuh bila berlari.  Biarkan je la ...

Kaki saya melangkah, hala ke perkarangan sekolah.  Menghampiri kanak-kanak prasekolah yang duduk di kaki lima itu, masing-masing memandang saya dengan pandangan yang ... saya tak pasti.  Tentu mereka sudah nampak bayang saya dan Hanessa dari tepi jalan tadi lagi.  Saya berikan senyuman, mata mereka yang indah menyejukkan hati.

Menghampiri kelas Hanessa, saya ternampak pula kelibat beg biru di dalam satu kumpulan pelajar di tepi longkang, berhampiran tangga naik ke tingkat atas.  Macam beg Hidayat!

"Dayat! Dayat!" Suara memanggil Hidayat sampai ke anak telinga.  Huh, tentulah si beg biru tadi tu Hidayat, dan kawannya sudah terpandangkan saya.  "Mama kau!"

Hidayat segera datang mendapatkan saya.
"Buat apa tu?"
"Ada labah-labah besar."

Hmm ... memanglah budak-budak namanya.  Sentiasa hairan dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Labah-labah, katak, semut, belalang, apa sahaja ... namakan dan mereka akan mengenalpasti hingga puas.  Namun yang pasti belum pernah puas.  Terlalu banyak Allah Taala jadikan dan ciptakan makhluk di dunia ini.  Maha Besar Allah yang Maha Pencipta. 

"Mama datang tengok adik.  Tadi mama nampak dia jatuh."
Dengan "Oohhh ...", Hidayat mendaki tangga dan menghilang.

Kelihatan Hanessa sedang duduk berdekatan dengan pintu masuk.  Guru kelasnya pula sedang tunduk menyemak sesuatu di meja, nun di sana bersetentangan dengan pintu.  Saya terus capai tangannya, belek kedua tapak tangan.  Cuma ada sedikit kesan calar tetapi tidak berdarah.  Wajahnya ... wajah orang menahan tangis.  Tidak ada kesan air mata.  Tentu dia telah berusaha sedaya upayanya mengawal airmatanya daripada tumpah ke pipi.  Ya, tentu malu terjatuh begitu.  Ramai pulak orang yang ada.  Tentu empunya diri menyangka semua mata singgah melihatnya jatuh. 

Angguk tak geleng pun tak.  Pertanyaan saya sekiranya ada luka di lutut atau mana-mana tak dijawabnya.  Saya toleh ke arah cikgunya.  Cikgu sedang memerhatikan kami.   Cikgu tersenyum tatkala saya khabarkan hal Hanessa.  Mudah-mudahan Hanessa dapat belajar dengan baik dan ceria hari ini, seperti hari-hari yang sudah.  Andai dia kurang bersemangat, semoga cikgunya dapat membantu dia mengembalikan semangat yang mungkin hilang akibat terjatuh tadi.

Al Fatihah buat suami dan anak-anak; semoga hari ini terlebih baik dari semalam yang kita tinggalkan.  Semoga kita semua sentiasa di dalam limpahan rahmat Illahi yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah. Ya Allah, ampunilah kami dan tolonglah kami membaiki diri.  Tolonglah kami agar sentiasa tetapi di dalam agamaMu dan jalan yang benar yang Engkau redhai.

Catatan : sudah tiga kali membaca kitab Fadhilat Amal usai solat bersama anak-anak.  Memanglah ... tentu ada cabarannya.  Bayangkan, membaca di celah-celah anak-anak yang sempat bertelagah ... uhhh gerammmm!  Semoga dapat meneruskan apa yang telah dimulakan.  Insyaallah.

Sunday, March 13, 2011

Pertama kali ke majlis taklim

Rumah - Pantai Lumut : kakak
Pantai Lumut - taklim : abang lang
taklim - Soon Lee : adik
Soon Lee - rumah : kakak
rumah - Pandan : abang lang
Pandan - rumah : adik

Adil.  Setiap orang merasa duduk depan kat sebelah pemandu.   
Hidayat, puas hati?  Hidayat angguk-angguk.
Adik?  Adik pun angguk.
Kakak ikut je.

Ini jadual ringkas perjalanan sehari, pada hari ini, Ahad 13 Mac 2011.  Semua dipesankan bangun awal macam nak pergi sekolah juga.  Bersarapan mee goreng segera (semoga yang TERAKHIR ya abah!) dua peket.  Saya minum ramuan berkhasiat campuran susu Anelene dan krim cendawan, kononnya nak cukup khasiat tapi tak mampu nak habiskan sebab ... faham-fahamlah bila dua bahan perisa berbeza bergaul dalam satu cawan.  Pepagi dapat idea merapu sikit hehe.

Jam 7.30am seiring dengan Kuliah Mufti di Nur Islam, kami bergerak menuju ke Lumut.  Ingatkan nak singgah Anduki, melihat-lihat air tasik yang bening di sana, tetapi alamak ... dah sampai simpang ke Lumut baru teringat!  Dah terlajak ... tak pe balik karang boleh singgah kot.

Jom kita survey dulu rumah Hajah Saadiah ni.  Hmm ... hmm ... hmm ... eh jauh gak dari Masjid Zainab.  Betul-betul bersetentangan dengan simpang ke BLNG.  Ok, itupun rumahnya tapi belum ada kereta tetamu yang nampak. Memanglah, sebab majlis taklim bermula jam 9!

Jadi, kita jalan-jalan kat Pantai Lumut dulu.  Ohh rindunya pada pantai yang indah ini.  Ombak berkejar-kejaran ke kaki.  Ada dua gadis kecil yang montel berpakaian baju mandi baru turun dari kereta bersiap untuk bermain pasir.  Mmmm ... comelnya!  Teringat anak-anak di nurseri PJAC dulu.  Nanti cuti sekolah minggu depan, kita datang lagi pasang khemah dan mandi nak?  Ndakkkkk ...

Kelmarin Kak Haiapah kata tak payah bawa apa-apa, bawa badan sahaja ke majlis taklim.  Tak ada minum-minum, para ibu nak balik cepat sebab hujung minggu ni tentulah ada banyak urusan di rumah.  Tapi hmm ... tak sedap la pulak pergi rumah orang jalan melenggang je.  Teringat budaya orang kita, yang bawa buah tangan kalau mengunjungi rumah kenalan.  Jadi, kami singgah di JE dan beli pulut panggang berinti daging yang enak tu.  Abah Naqhuhines selalu beli, dan pulutnya lembut serta intinya banyak tak lokek.

Sebelum tu, sempat telefon si abah di rumah Sijangkang.  Apa la yang dibuatnya sekarang?  Ada baki lagi $2 (kad Budget Call $10 tempoh 90 hari), untuk 52 minit waktu bercakap.  Lama gak tu!  Ooo ... malam tadi merambu dengan Muhammad Naqib sampai jam 1.30 pagi.  Huh, orang lelaki bila sesekali jumpa kawan-kawan.  Dan Muhammad Naqib pun tumpang semangkuk la yee ...

Muhammad Naqib? Apa cerita dia ni.  Dia belum lagi naik juz 22.  Tak apa,  patuh dan ikut je arahan ustaz.  Mahirkan 8 juz yang dah dihafaz tu.  Dan dia telah menyakat Ali, anak Kak Hawa sehingga mengeluarkan airmata.

Apa?? Mengapa Along sakat Ali?  Mama baru je kenal mak dia. 
Alaa ... sakat sikit-sikit je.  Dia bukan jenis mengadu tu.
Iye la ... tapi sampai menangis, sakat apa tu?
Along tumbuk-tumbuk sikit je lengan dia.
Ishh boleh tak jangan sakat anak orang lagi.  
Yelaaa mama ... 


Muhammad Naqib baru habis peperiksaan pertama.
Periksa dapat nombor berapa?
Nombor 11 daripada 23 orang.  
Alhamdulillah, tapi kena la tingkatkan lagi usaha tu.  Tak ulangkaji ke?

Tak jumpa pun, tapi gaya macam bercakap depan-depan.  Agaknya Muhammad Naqib bersyukur sangat sebab bercakap dengan mama dalam telefon je.  Dengar leteran dalam telefon tak la seteruk dengar depan-depan.  Hehe ... bercakap sama je, dah tu sesekali je dapat bercakap.  Keluarkan je apa yang nak dicakapkan.  Tu pun rasanya macam ada je yang lupa nak cakap kat dia ...

Ok, hampir jam 9.  Saya telefon Kak Haiapah, bertanya dia kat mana.  Ohh dia masih di rumahnya kat Mumong, bersiap-siap la tu.  Dia segera menelefon tuan rumah, mengabarkan ada orang dah tiba; orang baru!

Jadi, semasa saya parkir kereta di perkarangan rumah, sudah kelihatan tuan rumah nun di atas tangga beranda menanti.  Bertukar salam dan menyauk tangan, terasa akrab di hati.  Saya orang pertama yang tiba.  Tidak lama kemudian, wanita-wanita serba hitam pun muncul seorang demi seorang duduk saling mempertemukan lutut hampir antara satu sama lain, dan membuka wajah yang ditutupi jilbab.  Majlis diteruskan, dengan pengisian dua kitab Fadhilat Amal dan Hadis, diselangi dengan muzakarah lancar oleh dua kenalan baru.

Menghampiri jam 10 pagi, Hanessa dan Hidayat yang duduk di sebelah saya mula berketik-ketik, cuit-mencuit tak sudah yang seperti percikan api pada sekam.  Grrr ...

Saya lihat ada yang terkuap-kuap dengan sembunyi-sembunyi termasuklah saya juga.  Sedangkan puan yang memberi muzakarah kedua sentiasa melabuhkan matanya yang coklat cair kepada saya.  Jadi, untuk mengatasi kekurangan oksigen yang membuatkan saya terpaksa menelan nguapan di dalam mulut, saya tarik nafas lama-lama, simpan dan lepaskan.  Buat beberapa kali tak jalan juga.  Sedangkan mata coklat cair yang cantik itu terus memandang saya berkali-kali.  Taktik kedua; tarik dan hembus nafas dengan laju berkali-kali dalam senyap.  Tarik hembus .. tarik hembus .. tarik hembus ... sambil menjeling Hidayat dan Hanessa di sebelah.  Teringat pepatah air yang tenang jangan disangka tak ada buaya... ntah la tepat ke tak tepat penggunaannya di sini.

Alhamdulillah, akhirnya majlis taklim yang penuh berkah pun tamat.  Puan Hjh Saadiah menghulurkan pula cencaluk buatan sendiri yang sudah siap dengan cilinya, alamak terliur dibuatnya.  Mesti abah Naqhuhines suka ni.  Kemudian dia turun menyusul saya mengambil belimbing sayur yang banyak bergayut di batang pokok, besar-besar, ah dah terasa-rasa masamnya di celah lidah!  Dia mengajar saya membuat sambal belimbing.  Aduhh ... kecur liur.

Sebuah pengalaman pertama yang manis.  Insyaallah saya mahu mengunjungi lagi majlis taklim sebegini nanti.  Ada sebuah rumah lagi tempat majlis taklim selalu dijalankan iaitu di Mumong, rumah Kak Haiapah sendiri.  Dan ada kenalan baru yang menjemput taklim seterusnya di Pandan pada hujung minggu ini, dengan tetamu dari Kelantan yang akan hadir bersama.  Insyaallah ...
 
Kemudian kami ke Soon Lee beli gula-gula, chocolatos dan air kotak untuk diisi dalam peket buat kawan-kawan Hurilain dan Hanessa nanti.  Selamat Hari Lahir buat mereka berdua!

Selamat Hari Lahir ke 13 buat Kakak pada 14 Mac ini.
Selamat Hari Lahir ke 6 buat Adik pada 16 Mac.
Semoga puteri-puteri mama dan abah sihat dan ceria, serta berjaya dalam pelajaran, seterusnya menjadi insan-insan yang berbahagia dunia dan akhirat. InsyaAllah.  

Abah tak ada, kat kampung.  So kita raikan nanti kemudian, tunggu abah balik ye.

Waktu ini kami di Perpustakaan Pandan.  Saya bantu Hanessa membuat family tree (yang ketiga tahun ini selepas kakak dan abang punya).  Hanessa dah mula mengaruk nak makan.  Budak cekeding yang comel ni memang kuat mengaruk kalau dah lapar!


Adik (hari ni dia kata usah panggil Baby lagi, panggil Adik je), jap lagi kita beli nasi katok!
Tak nakkkkk!
Abih nak apa?
Nak beli jajan.
Huh ... mentang-mentang ada jual jajan kat sini.

Balik jap lagi.  Alamak, baru teringat nak beli ikan kat Lumut, nak singgah Anduki ... semua dah lupa.




Thursday, March 10, 2011

Jangan Makan Organ Dalaman

Sebuah infomasi yang sangat berguna untuk kita semua.  Terima kasih kepada Wati yang mengirimkan emel ini kepada saya, yang diperolehinya dari kawannya pula. Juga terima kasih kita kepada penulis kisah ini yang sudi mengongsikan pengalaman beliau untuk diambil manfaatnya insyaAllah.

Subject: PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS

As Salam semua..
Di sini aku ingin berkongsi bersama2 dengan pembaca smua, dimana aku telah mendapat sebuah email yang aku rasa menarik tuk di kongsi bersama. Artikel ini menarik di mana pengalaman seorang ayah menangani penyakit yang di alami oleh anak sulungnye..Aku harap dengan penyebaran artikel ini dapatlah kita semua menanfaatkan. Amik yang baik dan jadikan ia sbg pengajaran….
SELAMAT MEMBACA !!!

Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub.
Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan . Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.
Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini “Janganlah kamu makan organ dalaman” . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:-
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini .
Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?
Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya.
Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.
Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah . Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.
Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.
Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak.
Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?
Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.
Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.
Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.
Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital .

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama . Arwah guru saya menasihati agar:
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata , akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah . Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.
Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia . Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).
Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja .
Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati . Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan .
Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat . Pengalaman anak saya serta di diagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden . Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati .
 

Ya Rabbi Bil Mustaffa - Madrasah Aljunied

Tuesday, March 8, 2011

Kau orang Indonkah?

As salam.

Catatan hari ini ~ pintu ke ruang tamu yang penuh berkarpet lekat dari dinding ke dinding sudah terkunci dari dalam.  Hari garing terik panas, penghawa dingin di ruang itu sudah lama dihidupkan.  Saya dan Hanessa keresahan di luar.  Dan hari ini, saya perlu belajar hingga mahir kaedah membuka pintu terkunci menggunakan kad prepaid telefon.  Yogesh yang datang dengan senyum simpul setelah ditelefon oleh abah Naqhuhines dari Jerudong (yang menarik nafas panjanggggg sebentar tadi) agar datang melihat dan membuat apa yang perlu (contohnya mungkin ketuk cungkil hempuk pemegang pintu hingga terbarai ... contohnya) dengan tenang 'menyemak' keadaan pemegang pintu dapur. Kemudian dia melakukan kerjanya di pintu ruang tamu dan 'klik' ... pintu itu terbuka, alhamdulillah!  Terima kasih kepada Yogesh.

Mujur, kata hati saya, mujur Kak Hawa tak jadi datang.  Tapi kalau datang, kita akan duduk-duduk di bawah dulu sementara saya memikirkan nak panjat tangga ke tingkap depan yang setinggi 10 kaki (anggaran). Mujur, bisik saya lagi, ketika melihat tangga itu yang terikat dekat tangki air belakang bilik air, sudah patah andalnya.  Mujur juga saya tak pandai-pandai hempuk atau ketuk pemegang pintu dengan penukul besi, konon mahu membantu kerja Yogesh nanti.  Kalau tidak tentu Yogesh ternganga dan saya lagi menganga.

Dan ketika ini, saya sedang membaiki bab 4 Sakinah.  Entah mengapa saya jadi mengantuk sangat.  Satu keadaan yang amat jarang, ketika coverage internet selalu berjaya saya buka dengan cepat. Selalunya mata saya akan segar bugar.  Tetapi waktu ini, saya rasa lemah dan letih.

Ohh ... tadi siang saya sudah merayau di Pekan Seria mencari alat penyambung rubber hose untuk mesin basuh saya.  Juga mencari alas saprah untuk menghidang sesuatu buat Kak Hawa (masih terus terbentang untuk menanti dia esok insyaAllah), dan membeli kain sarung untuk guru-guru mengaji anak-anak di Masjid Zainab sebagai ucapan penghargaan di atas jasa mereka.  Jumaat ini  anak-anak akan mula mengaji di Masjid Seria pula.  Urusan perpindahan mengaji sangat formal dengan dua surat disediakan oleh pegawai hal ehwal masjid @ guru penghubung kelas al-Quran & Mukaddam; sepucuk untuk kami dan sepucuk lagi akan diserahkan kepada pegawai di Masjid Seria pula.

Sekali peristiwa ~ jangan bersikap bakhil ketika diminta oleh seseorang kerana itu bererti ada milik dia pada kita. Saya berjalan bertentangan dengan seseorang yang kelihatan seperti wanita agak berumur (pakai spek tapi macam tak nampak juga ...).  Belum sempat memberi salam, dia menyapa "Kau orang Indon ka?"  Saya geleng, menjawab dalam Bahasa Malaysia.  "Aku minta sepuluh ringgit.  Anak aku belum makan di rumah.  Suami aku lumpuh.  Aku mahu membeli beras.  Kau orang Indon kah??"  katanya.  Wajahnya sudah berkedut menggambarkan usianya.  Saya perhatikan sekelimbas lalu, kasutnya ada riben cantik.  Seluar panjang hitamnya berjalur-jalur memanjang dan dia memakai blaus merah muda.  Dia bertudung dengan cara sederhana.  Juga berpayung macam saya. Dia memberikan senyuman.  Tidak pula seperti sedang kerusuhan.  Dia macam suka-suka aje.

"Kita orang mana?" Saya bertanya pula.  Asyik dia je tanya saya, saya pun nak tau juga dia orang mana.  Dia senyum, "Aku orang Limbang."  Saya hanya mahu berhati-hati.  Tetapi saya tahankan ketika dia mahu melangkah, dan hulurkan beberapa keping wang $1.  "Ini sahaja yang saya ada", kata saya.  Selebihnya yang ada di dalam dompet adalah amanah suami untuk saya jaga dan gunakan untuk keperluan lebih penting.  Wanita ini mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.

Saya pula melangkah ke arah rumah sambil tertanya-tanya sendiri. Mengapa dia kerap bertanya saya orang mana?  Saya tak kelihatan seperti wanita Indonesia, saya yakin.  Mungkin dia berbasa-basi, atau mungkin orang Indonesia sahaja yang kerap berjalan kaki, maka dia selalu bertembung dengan orang Indonesia, barangkali.

Tak mengapalah, kita lupakan sahaja.  Saya masih mengantuk dan lemah.  Malam masih muda tetapi saya fikir perlu merehantkan diri lebih awal.  Namun kalau sempat mahu mengirimkan bab 4 Sakinah kepada Sifu.  Tetapi melakukan sesuatu dalam keadaan mengantuk adalah tak praktikal.  Maka ...

Jumpa lagi.

Terima kasih syukur kepadaMu ya Allah kerana membuatkan aku dapat menghulurkan sedikit kepada seseorang yang memerlukan, setelah sudah lama tidak berkunjung ke Masjid Seria dan masukkan duit dalam tabung masjid (dah tak transit dah).  Ampunilah daku dan tunjukilah daku selalu, sebagai seorang yang selalu lalai dan alpa, dan tetapkanlah kami semua di dalam agamaMu yang suci. Ameen. ...

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing