Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, December 15, 2011

setopong Sijangkang? Hish!!!

Argh ...!  Penat pulak rasanya badan ni.  Macam biasa, tugas hari ni kopek kulit cik bawang tiga serangkai, cik halia dan merebus cik cili kering.  Lepas tu kisar semua satu persatu.  Selesai, saya hadap resepi biskut kopi pulak.  Ada beberapa jenis resepi biskut kopi nescafe yang sudah saya salin dari pelbagai blog.  Hmm pilih la yang mudah (macam biasa le) dan semua bahan ada kat dapur.  Ada satu ni, tapi saya adjust tepung gandumnya tu saya bagi dua, letak pulak tepung jagung.  Pelik sebab pakai tepung gandum tapi tak dimasukkan bahan penaik, saya letak sesudu teh soda bikarbonat dan baking powder tiap satu. 

Dah siap semua, pakai acuan tekan-tekan tu.  Bakar dalam mikrowave.  Lepas tu nak hias dengan coklat. 

"Bang, nanti nak beli coklat masak."

Abang saya jawab balik, "Cer ko kira budget ko semua setakat hari ni, rasanya ada tiga empat ratus tu ... bila nak kira tu?"

Ehhhh tanya lain jawab lain plak!  Ye le, dia dah ada buku ledger untuk bariani masternya tu.  Saya pun ada la ledger lama baki buat nurseri hari tu letak atas meja, tapi baru tulis tarikh beli je hehehe ...  Akhirnya tadi masa abang keluar pasang ekon kat Banting, saya pun luangkan masa kira kos biskut saya ni.  Dek kerana jualan tak nampak lagi, nak bagi nampak ke mana biskut saya dah pergi, haruslah (ganti perkataan terpaksa hehe) saya catat jugak doorgift untuk Adam, ke surau masa 1 Muharram, untuk Naqib dan Laila Ain ke madrasah, termasuk la yang dah tersilap bagi (terlebih jatuh seposen satu) kat kawan, rezeki dia la tu ... dah dua hari lepas tu baru perasan hehehe ...  halal.  So, harap-harap abang sorang ni tak de le membubble ...

Balik pasal biskut nescafe tu.  Saya memang penggemar biskut nescafe, perasaan saya macam sedap aje.  Atau cappucino.  Haha hari tu saya bantai letak kopi cap kapal api dalam biskut, Laila Ain kata napa pahit plak.  Sian ...  Okeh, dah tak ada coklat (tak sempat nak beli, time nak buat biskut tak menyempat-nyempat, so cari le dalam internet cara buat coklat mudah), dapat la buat coklat ni.  Macam topping yang biasa saya buat tu, tapi lagi macam-macam bahannya termasuklah tepung jagung.  Saya ikut aje, dengan harapan ia akan beku di atas biskut saya nanti.  Dan yang sukanya sebab terpandang satu gambar biskut bentuk love yang cantik,  Acuannya saya ada.  Hanessa pun teruja melihatnya, nanti la mama buat next biskut ok. 

Coklat dah siap.  Lepas tu saya piping la atas biskut yang dah disusun dalam saf rapat-rapat.  Hmm kurang perkenan sebab saya ingatkan dah gunting halus je hujung piping bag tu, tapi masih kasar aliran coklatnya.  Saya nak halus je.  Tak pe la, lain kali kasi kecik lagi gunting.  Dah siap semua, macam tak beku aje.  Masuk balik dalam mikrowave bagi bakar dalam 5 minit. Kemudian nampaknya bila dah agak sejuk, coklat pun macam agak keras.  Hmm boleh la cuba lagi esok lusa ...

Inilah akibatnya bila mencari ilmu tak sempuna, tak berguru.  Mencari di internet semata.  Namun, ada juga kemajuan sedikit sebanyak.  Bila bukak satu tajuk, terjumpa tajuk lain yang sangat informatif buat saya.  Walau macamana pun, saya perlu hadkan kegilaan mencari maklumat begini.  Kalau diikutkan perasaan, mau tak bangun dari kerusi ni hehe ... 

Apa pun, saya terus belajar dan mengutip pengalaman dari ini semua.  Ia masih satu permulaan.  Baru menapak, belum meninggalkan jejak.  Saya perlu bersabar dan tidak putus asa.  Teringat masa di rumah Ajib semasa majlis sambutan hari lahir Adam ke dua tahun Ahad kelmarin.

"Ni apa???"

"Ni namanya setopong Sijangkang!" 

Mereka gelak-gelak, terkekeh-kekeh.   Suka benar hati suami saya dan kakak-kakaknya yang berdua tu.  Iya la, memang biskut pedas udang kering saya tu sekali imbas macam bau belacan pun ada, macam bau ikan kering pun ada.  Sabar aje le ... 

"Nanti kang ko potong-potong bawang cili perah asam limau, ambik la setopong Sijangkang tu kacau-kacau sama, mesti sedap!!!"  Lagi ...

Saya pun jawab dengan suara halus, "Tak pe tak pe ... nanti saya adjust balik mesti sedap tu.  Letak cheese."  Tu je dapat jawab.  Tak ada la rasa kecik hati pun, sesekali saya biarkan diri menjadi mangsa ketawa.  Lain kali giliran saya gelakkan mereka pulak hehe ...  Ada lori ada bas ...

Teringat Laila Ain pulak, malam tadi saya bercakap dengannya di telefon.

"Mama, kek tu Ain bagi ustazah rasa.  Semua kata sedap sangat.  Tapi macam lebih telur."

"Kek tu mana ada telur!"  Pandai la bagi komen, tapi tak betul hehehe ...  Itu tentu pasal kek lembab coklat yang melepek tu.  Entah le, resepi sama je tapi apasal kekadang melepet je pulak.  Hmm kalau tengok tips buat kek yang baru terjumpa tadi, kat situ katanya kalau kek melepet cecair terlalu banyak.  Tapi kan dah ikut sukatan?  Hmm tak apa la, kek lembap tu memang sangat sedap tambahan lagi dengan topping coklat dan taburan coklat rice tu.

"Kek topping putih tu pun sedap sangat, kata kawan Ain."

"Ooo yang tu marble cheese brownies tu."

"Mama, kak Solehah baik sangat dengan Ain.  Dia tolong carikan buku teks Bahasa Arab yang hilang tu, tapi tak jumpa lagi la.  Mama ... kak Solehah kata mama tak nak ambik dia jadi anak angkat ke?"

Hehe ... pelajar bernama Solehah tu sangatlah menarik hati Laila Ain.  Tapi dipendam dalam hati dia aje.  Laila Ain nak jadikan dia kakak angkat, tapi segan nak bercakap.  Solehah adalah hafizah yang sedang belajar alimah pula.  Usianya sudah 19 tahun.  Semenjak masuk madrasah tiga bulan lepas, Laila Ain sering bercerita tentang gadis ini.  Semuanya baik dan menarik.  Wajahnya bercahaya, senyumnya menawan, lemah-lembut dan ... serba sempurna.  Nampaknya cita-cita Laila Ain hampir tercapai nih ... berkat membawa kek dan pelbagai makanan ke madrasah semasa outing minggu lepas. 

Petang tadi Naqib pula menelefon, macam biasa minta return call.  Tak ada cerita apa sangat, cuma bincang pasal nak jemput dia balik rumah hari Sabtu ni nanti.  Semalam hari lahir dia (ala, tadi lupa pulak nak ucap hepi besday kat dia), balik nanti boleh la buatkan dia sebuku kek.  Nanti dia juga akan khidmat tolong abah memasak di rumah Haji Hamid, yang minta suami saya masakkan untuk saudara-maranya nasi beriani kambing.  Khemah dah penuh di perkampungan Haji Hamid.  Banyak betul khemahnya!  Anak sulung, dan dia pun orang mampu.  Ahad ini akan berlangsung majlis perkahwinan anak perempuannya (tak pasti anak sulung ke nombor berapa).  Tapi anak pertama kawin, tentu la meriah sakan.  Jamuan makan ditempah dari Asnah Catering, mak sedara saya dari Kg. Delek.  Dan Naqib akan dibawa abahnya membantu, untuk mendedahkan dia dengan masak-memasak nasi beriani. 

"Mama buat apa tu?"  tanya Naqib.  Suaranya dah besar, dah pecah.  Dah bujang la tu!

"Buat biskut kopi.  Eh Long, bila boleh call ustaz?  Tadi call nombor ni tak berjawab."

"Esok pukul 10 pagi."

"Hmm tengok la takut sibuk masa tu."  Saya segera terbayang masa tu sedang memandu hala ke TTDI Jaya, atau sedang pasang khemah merah tu.  "Abah pasang khemah time tu."

"Pasang khemah buat apa?"

"Mama kan jual beriani."

"Along tak tau pun!"

Laa ...  tak tau rupanya budak ni.  Ye tak ye jugak, siapa yang bagitau dia pulak kan.  Saya pun briefing la dia pasal jualan beriani tu.  Baru teringat, Naqib cuma tahu pasal rancangan nak buka kedai makan je.  Masa buat jualan, dia dah dihantar balik ke madrasah.  Telefon pun dah tak gagat macam masa mula-mula masuk dulu.  Jadi, perkembangan semasa agak lambat sampai kepada dia. 

Saya juga sedang siapkan bab 9 Sakinah.  Masih kurang perencah. Tapi mungkin malam ini saya akan posting ke Kayangan untuk dapatkan idea tambahan (buster) dari Sifu.  Dah lama sepi thread saya di sana tu.  Buat masa ni saya juga sedang menghabiskan novel tebal Norhayati Berahim bertajuk Murni Kasih.  Memang tebal dan berjela, tapi novelis ni ada kekuatan dan stail tersendiri.  Tak perasan, tapi mungkin ini novel kedua beliau yang saya baca.  Sekarang ni saya tibai aje mana-mana novel yang ada.  Dan saya melihat perbezaan dan kekuatan pada setiap novelis. 

Sudah jam 10.57pm.  Sehingga bertemu lagi.  Nak packing biskut kopi kejap untuk display kat meja esok.  Sebungkus dua hinggit!  Kena packing, kalau tak Chef Meon bagi free je kat kustomer dia!!!

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing