Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, December 21, 2011

semalam yang aduhaiii

Semalam ...

Mula-mula masuk web Niagakit, kakak rekomen web tu untuk promosi briani master.  Tanpa sengaja hasmeon@hmaniaga.com hilang entah ke mana, tak wujud, tak valid.  Diganti oleh chefmeon@gmail.com.  Mujurlah sang chef ok aje.  Bukan disengajakan.  Maknanya alamat gmail kat bunting kena ubah.  Alamat yang sama di kad niaga juga kena ubah.  Hehe ...  jangan maree ...

Siaran Nur Islam sudah tak jelas, bising berlerak-lerak.  Hilang ghairah nak mendengarnya.  Mungkin sebab cuaca ... entahlah.

Suami ajak kami semua ikut dia keluar.  Singgah CAIST CIAST (sori tersalah tulis).  Cari satu kilang ni tak jumpa pulak.  Nak tempah stiker untuk kukiz dan briani pun dah terlupa.  Terpandang JM Bariani kat TTDI Jaya, singgah bungkus dua kotak nasi.  Hidayat ternampak Tutti Frutti kat deretan kedai bariani.  Dah lama dia minta singggah kalau jumpa kedai ni.  Pelik juga, bila masa dia tau pasal Tutti Frutti, rupanya dia tengok Majalah 3.  Saya la yang ketinggalan zaman.  Jadi, kami bertiga pun pergi Tutti Frutti.

Kami masing-masing ambik mangkuk sendiri dan tekan aje mana-mana perisa.  Saya dan Hidayat campur tiga perisa.  Syok aje menekan.  Lepas tu tabur aje apa nak.  Nah kau, bila nak membayar, harganya RM44!  Mujurlah bank bergerak bagi RM50 tadi.  Huhu ... kalau tak kena la hold kejap cari bank bergerak yang duduk kat kedai bariani tunggu nasi hehe ...  "Ok hutang dah langsai ya!"  Hidayat angguk-angguk sambil tersengih lebar (hutang janji la, bila dia mintak singgah Tutti Frutti, saya kata nanti la nanti la ...).  "Haa jangan nak promote pulak!"  sambung saya.  Terbayang kalau Naqib dan Laila Ain balik, tentu dia bercerita dengan bangga pasal makan yogurt Tutti Frutti, macam dia dan Hanessa bercerita dengan bangganya pasal singgal di I-City hari tu ...

Lepas makan bariani tapau dan sepinggan nasi putih dengan lauk ulam-ulam di Anjung Selera, kami solat Zuhor di masjid al-I'tisam.  Suami bersua pulak dengan member lama dia.  "Ayah sebut-sebut nama ko, Meon.  Lama tak jumpa."  kata Haji Zamri.  Maka, kami pun pergi la ke rumahnya.  Suami pun teringin nak berjumpa dengan Haji Osman, dah bertahun tak bertemu, tambah-tambah dengar dari anaknya tu, ayahnya dah uzur.  Dan di sana, saya terperuk dalam rumah dengan isteri tuan rumah dan keluarganya yang saya tak kenal.  Aduhh!  Suami dengan orang lelaki lain syok borak kat luar, siap gelak-gelak lagi.  Saya kat dalam rumah ... berperang dengan hati sendiri.  Hidayat dah dapat geng dengan cucu tuan rumah yang semua lelaki main games kat tingkat atas.  Hanessa dapat kawan lebih muda, satu-satunya cucu perempuan tuan rumah. Lebih sejam saya duduk kat situ.  Bila tak kenal, kena la berkenal-kenalan.  Bila semua diam, saya pun korek idea nak bercakap apa.  Tanya kesihatan makcik tu, tanya asal usul (sebab loghat macam orang nogori), cerita zaman Tuk Kaduk dulu yang kami pernah duduk situ juga lebih 4 tahun, huhh ... puas juga mencari idea nak menghidupkan suasana.  Kita ni kadang-kadang cepat ngam, kadang-kadang susah juga nak cari titik persamaan.  Jadi, kadang-kadang ... saya pandang-memandang dengan makcik tu, dalam hati rasa nak tergelak pun ada.  Mungkin makcik tu pun cari idea nak bercakap apa.  Akhirnya saya rasa tak boleh stay lagi dah, air teh dah tiga empat kali tuang dalam cawan, keropok pun tinggal dua keping aja dalam pinggan.  Sambil cari handphone nak tengok jam, terpandang jam dinding kat atas pintu ke dapur.  Lagi 10 minit ke pukul tiga.  Dengan selamba saya bangun menuju pintu, jenguk suami kat luar.  Wahh masih rancak macam tak nak berhenti orang-orang lelaki ni berborak.  Gelak-gelak, ceria betul!

"Dah nak pukul tiga ..." direct aje.  Orang tengah asyik borak macam ni mana jalan kalau kita bagi isyarat atau main-main mata.  Seronok betul diorang ni.

Masa nak balik, dah pakai kasut, budak dua orang tu masih tersangkut kat tingkat atas.  Pakcik tuan rumah sambung borak dengan saya pulak.  Keluarga ni suku Mungkal luak Naning rupanya.  Asal dari Alor Gajah, Melaka.

"Eh, kenal tak maman?  kalau ada, hantar la sini sikit."  Nampaknya balik dari Senai nanti, kena la cari maman kat kampung.  Kata mak, kalau musim hujan memang banyak maman.  Hajat orang seboleh mungkin akan dipenuhi, insyaAllah.  Tak kenal maman, kena angkut mak cari maman kat pasar hehe ...  Memang nak singgah kampung pun, nak makan manggis pulak.  Kata mak dalam telefon, manggis dah masak ranum.

"Jangan bagi dia selalu-selalu pegi Indon." Lhoo ...  bila saya kerut kening, pak haji sambung lagi, "Kan dia selalu pergi pesantren Ustaz Ramli tu.  Jangan bagi pergi sorang-sorang, nanti kang dia bukak cawangan baru kat sana."  Semua pakat gelak-gelak kecil.  HUHH!  Apa la diorang ni.  Tak suka betul!!!


No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing