Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, December 14, 2011

sanah helwah Naqib!



















Selamat hari lahir ke-15, anakku Muhammad Naqib.  Semoga kamu sentiasa dibantu Allah dalam merintis jalan menuju kejayaan dunia dan akhirat.  Jangan sia-siakan usia mudamu.  Jagalah lima perkara sebelum lima perkara.  Mama abah, wan atok, wan chik, tuk leha dan tuk arbak, semua sekali sentiasa mendoakan kamu dengan doa yang baik. Jangan lupakan arwah atuk Hj Manaf yang sangat-sangat sayang kepada kamu (al-fatihah).

Teruskan usaha jangan sekali-kali cuba berputus asa.  Itu sifat syaitan yang durjana.  Pergilah sejauh yang kamu mahu ke hujung dunia, tapi pulanglah apabila tiba masanya.  Jadilah umpama ikan yang hidup di lautan, dagingnya tetap tawar tidak masin. Usah mengadu kepada manusia kau akan kecewa.  Adukan segalanya kepada DIA yang MAHA MENDENGAR dan MAHA MENGASIHANI, setiap butir bicara aduanmu tidak pernah sia-sia.  Bersabarlah di atas kesusahanmu, darjatmu akan ditinggikan dan temanmu adalah DIA.  Cintailah penghulu kita, tegakkan sunnah baginda dalam kehidupanmu.  Semoga kau beroleh syafaat baginda di hari yang tiada pertolongan.  Berbuatlah sesuka hatimu, tapi ingatlah kau tak akan ke mana ...

Raihlah kejayaan.  Jadilah orang yang berjaya.  Berfikir sebagai orang yang cemerlang.  Bertindak sebagai orang yang yakin diri untuk berjaya.  Ambil pengajaran di atas kesilapan yang dilakukan.  Serap kejayaan tokoh-tokoh dunia Islam.  Tegakkan cita-cita untuk membantu ugama Allah.  Semoga kejayaan kamu akan menjadi contoh kepada adik-adik dan keluarga.  KAMULAH PERMATA YANG AKAN BERSINAR DI UFUK ILMU.

Selamat hari lahir anakku sayang ~ 14 Disember 2011 @ 18 Muharram 1433H.

Sayang selalu.

2 comments:

Noraini Hassan said...

Selamat panjang umur buat Naqib. Insyallah jadi remaja soleh.
Mmg dah lama berhajat nak scan gmbar Haris & Aizat dari baby mcm gmbar Naqib & letak dlm blog tapi belum kesampaian. Tgk2 org lain dah buat dulu.

Begitulah anak2 kita semakin membesar semuga Allah sentiasa pelihara mereka dlm keselamatan hingga ke akhirat.

Naqhuhines said...

terima kasih syukran jazakillah atas doa ini. Ameen ya Rabb.

Gambar ni tak scan pun, snap je pakai kamera. Scanner pun dah masuk bawah katil, since tak gunakan printer tu lagi. Nak cepat n nak senang hehe ... tapi gelap sikit la.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing