Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Saturday, December 17, 2011

nak panggil makcik IBU boleh?

Malam tadi telefon Laila Ain.  Dia sudah buat jadual telefon; Rabu malam & Jumaat malam.  Dulu dia mahu saya call tiga kali seminggu.  Lama-lama dia perasan ustazah pandang lain macam, turun jadi dua kali aje.  Saya kata seminggu sekali cukupla, tapi dia tak mahu.  Ada sekali saya lupa nak telefon, tertidur awal. Sudahnya dia demam dengan tonsil bengkak, terus bercuti lebih seminggu di rumah hehe ...  Manja mengada-ngada!

Sebelum ni lagi seminit dua nak ke 10.30 malam, saya dah dial nombor dah.  Memang terus diangkat dan pesan minta panggilkan Laila Ain.  Tapi lepas-lepas tu, saya tunggu seminit dua, lagipun entah jam yang mana yang tepat kat rumah ni saya tak pasti.  Jam laptop ni tepat la.  So bila dah 10.30 malam, saya pun dial.  Wahhh engaged manjang.  Ramai yang bertelefon rupanya ...

"Mama dial aje tau, sampai dapat."  Macam gitulah Laila Ain pesan bila saya kata apasal engaged je telefon tu.

Akhirnya lepas 15 minit, telefon saya diangkat.  Lepas berpesan minta panggilkan Laila Ain, saya tunggu hampir 10 minit Laila Ain tak muncul.  Hati dah mula geram dah ... dah tau kita nak call kenapa dia tak standby dekat-dekat ofis tu kan ...  ni mesti dia melepak ntah kat mana sampai orang tak jumpa.

Saya tutup telefon dan dial lagi cepat-cepat.  Dan akhirnya dapat la bercakap dengan budak bertuah ni.

Dia melepak kat kelas.  "Kalau susah nak bercakap, mama malas la nak telefon."

Laila Ain naik risau. "Jangan la merajuk mama ..." 

Hisshh ... kita pulak.  Mau tak malas, tunggu sampai 7-8 minit tak sampai-sampai.  Orang lain nak telefon pun engaged aje.  Kesian la. 

"Mama, ni Kak Shana nak cakap."

Ehh tiba-tiba ada orang lain pulak nak bercakap dengan saya.  Pandai Laila Ain bikin trick.

"Makcik apa khabar?  Makcik sihat ke?  Makcik makcik, boleh tak saya panggil makcik ibu?  Saya tak ada ibu.  Saya teringin nak panggil ibu."  Macam itulah pelajar bernama Shana ni bercakap.  Erkk, saya terkedu sekejap.  Direct betul budak ni! 

(Lepas tu saya dapat tau umurnya 16 tahun, anak yatim piatu.  Sekarang keluarga angkatnya yang menguruskan kehidupannya.)

Sambil ketawa-ketawa, saya pun angguk.  "Boleh, apa salahnya."

"Tapi nanti Ain jeles pulak, camana?"  Laa ...

"Makcik, saya nak tempah biskut satu bekas ya makcik."

Heh budak Shana ni.  Kata nak panggil ibu tapi masih bermakcik-makcik jugak hehe ... Nak tempah biskut rupanya.

Saya dah pesan kat Laila Ain, tempahan dalam bekas tu masa puasa nanti insyaallah.  Buat masa ni jual dalam peket je.  Tapi nampaknya Shana nak juga, dan dia tempah direct kat saya.  So memang kena buat la karang ni.  Esok Laila Ain outing sekejap, nanti kirim kat dia bila balik petang nanti.

"Mama, Kak Solehah kirim salam."  Solehah lagi!  "Mama, kat sini Ain nak dekat dengan dia aje."

"Haa apa dia?"  telinga kurang jelas.

"Kat madrasah ni Ain nak dekat dengan kak Solehah aje.  Dia baik la mama.  Tapi buku Bahasa Arab tu belum jumpa jugak la. Ain dah nazar kalau jumpa buku tu, Ain puasa seminggu."

HAH?  Biar betul.  Seminggu puasa nazar?  Puasa qadha pun belum habis, baru buat sehari!  Macamana tu?  Alahai anak ...  ni mesti dia 'ambil iktibar' kes saya kehilangan kamera hati tu tu ...  tapi saya puasa sehari je.  Dia ... seminggu, 7 hari tu.  Larat ke? 

Nampaknya dia betul-betul susah hati dengan kehilangan buku tu.  Memang la, tak ada buku macamana nak belajar dengan sempurna.  Hehh budak ni betul la.  Kesian pun ada.  Macamana ek?

Hari ni saya harus selongkar bilik dia tu.  Mana la tau ada terselit kat mana-mana.  Selongkar bilik Hidayat jugak.  Mana la tau kot-kot adik-adiknya terambil dan terselit di celah-celah buku mereka.  Semoga Allah temukan semula dengan buku itu, insyaAllah.  Kalau ada yang terambil tersimpan di madrasah, semoga mereka pulangkan semula.  Kalau nak beli, mungkin kena tempah. Kalau tempah mungkin kena banyak-banyak baru tempah.  Tak mungkin kami nak tunggu pengambilan pelajar baru baru nak beli buku tu, tak logik betul.  Kalau tak pun, kena la photostat buku kawan nampaknya.

Hmm ...

Pagi tadi saya kirim sms ke Ustaz Karim, ustaz yang handle pengurusan madrasah. Pasal nak outing kena berurus dengan beliau.  Naqib tak boleh keluar petang ni, maknanya tak boleh bermalam di rumah la.  Kesian hehe ... Dia nak mengkambinghitamkan abahnya, suruh abah bercakap dengan ustaz.  Dia sendiri tak mau bercakap, abih urusannya tak dibawa masuk mesyuarat la.  Kalau dah habis waktu mesyuarat, tak de la apa yang nak dibincangkan lagi. Keputusannya Naqib tak boleh diambil hari ni.  Esok pagi boleh.  Yang abah pulak tak perasan dalam telefon dia ada nombor ustaz Karim.  Dia pi telefon nombor lain-lain memang tak berjawab la.  Tu la pasal.

Ustaz, minta tolong ustaz bagitau Naqib hari ni tak ambil dia.  Esok ambil.

Macam tu la lebih kurang sms tu.  Ustaz pun jawab balik; Baik. 

Alhamdulillah.  Naqib dah tau, tak de la dia tertunggu-tunggu kan. Sebab plan kami nak jemput dia time tengahari karang.  So ... dia tak payah tunggu-tunggu.  Esok pagi, lepas ambil Laila Ain jam 7pagi, saya direct ke Bukit Changgang pulak untuk ambil Naqib.  Aduhh ... petang nanti hantar balik ke madrasah masing-masing.  Abah dia sibuk masak kat rumah Haji Hamid tu.  Saya yang akan settlekan budak-budak ni. 

"Yang, jap lagi gi la rewang-rewang.  Petang kang dah tak de apa dah."  Suami dah sound suruh gi tolong apa yang patut kat rumah Hj Hamid.  Semuanya catering aje, tapi orang kampung tetap nak rewang jugak.  Jadinya, rewang tolong prepare bahan untuk Chef Meon masak petang nanti dan malam, untuk orang rewang makan jugak, dan untuk sedara-mara Hj Hamid.  Food testing sebenarnya hehe ... food testing untuk Briani Master sekaligus dengan promosi la tu ... hehe.

Nampaknya saya akan turun padang le kejap.  Segan kena tolak ketepi.  Tak ada alasan nak mengelak.  Memang tak patut la buat begitu kan.  Adat berkampung dan duduk di kawasan perkampungan macam ni, bak kata pepatah masuk kandang kambing kita mengembek.  Lagi pun, sapa lagi nak dicontohi kalau tak cik abang sendiri ... dia ringan tulang takkan bini dia berat tulang ish ish tak patut tak patut.  Err sebenarnya bukan berat tulang la, tapi pemalu hehehe ... (bukan penyegan ya.)

Ok la, selesai rasanya saya merapu pagi ni kat sini.  Jumpa lagi.

Jom merewang jom!

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing