Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Saturday, December 17, 2011

kenal Kak Milah

Wah bukan main galaknya pulak saya update blog yerr, walhal sat lagi nak buat marble cheese brownies pulak nih.  Petang tadi Naqib call minta return call lagi.  Dia tanya pukul berapa nak jemput dia esok.  Budak sorang ni bukan main detail lagi kalau pasal time datang atau time jemput dia.  Entah apa la yang dia target atau plan dia ... 

"Abah ke mama datang?"

"Mama ... abah sibuk masak pagi sok.  Nanti along cakap la dengan ustaz pasal nak balik ni."  Dalam kepala terfikir tak ada masalah tu sebab dah info ustaz semalam.

"Memang lebih baik mama yang datang daripada abah.  Karang ustaz mesti tanya, siapa yang datang.  Kalau abah, mesti ustaz suruh panggil abah nak jumpa masuk pejabat.  Leceh la ... kalau perempuan ustaz tak panggil."  Ooo macam tu ...!  Cerdik cerdik ...

Bila saya tanya dia nak kek apa, saya bagi pilihan kek lembap coklat macam selalu tu atau kek cheese marble, dia spontan jawab nak kek cheese.  Marble cheese brownies la tu.  Malam ni la kena buat, sebab esok macam tak sempat je.  Jam 6.30am sepatutnya saya dah keluar arah ke madrasah Bukit Naga untuk jemput budak perempuan yang kuat meleleh tu, dan direct ke Bukit Changgang dalam satu jam sampai la kat sana.  Sekiranya tak banyak lori, boleh la sampai lebih awal dalam 40 minit gitu. InsyaAllah.  Balik rumah sepatutnya sekitar jam 9 pagi.

Lepas tu tengok apa yang patut kat tempat memasak rumah pengantin.  Pagi esok majlis pernikahan.  Agihan tugas sudah dibuat kepada jemaah perempuan Surau Haji Hassan.  Saya ni ... belum masuk jemaah lagi.  So, mungkin alasan saya ke situ ialah untuk tolong suami saya yang nak buat beriani gam spesel tu la ...

Memang bagus rewang-rewang macam ni.  Kita dapat berkenal-kenalan dengan orang kampung.  Tadi saya sama-sama potong bawang putih dengan seorang wanita ni.  Lepas beberapa lama, saya tegur dia dan teruslah rancak berborak.  Dia baru 4 bulan pindah ke sini dari Kuantan.  Tapi nampaknya dah ramai kenalan sebab dia rajin ke surau.

Itu satu pengajaran yang baik.  Rewang dapat kawan.  Beribadah di surau dapat kawan. Saya ada juga tunjuk muka kat surau tu, bukan tak ada.  Sebelum ke Brunei tahun lepas, ada juga sekali dua ikut pengajian lepas Maghrib.  Bila dah balik sini, bertembung dengan bulan puasa dan raya, lepas tu (cari alasan je) budak cuti sekolah pulak, macam tak sempat aje.  Walhal kerja rumah memang tak sudah.  Konon tulis novel la ... buat biskut pulak la ... macam-macam le alasan yang dikumpulkan. 

So ada la seorang ni pangkat kakak,   saya selalu bertembung tapi peliknya kami tak pernah berkenalan.  Borak-borak je.  Malam ni tadi, kami makan semeja.  Barulah berkenal-kenalan kat meja makan tu hehe ... Dia tanya nama saya, saya tanya nama dia.  Dia tanya nama suami saya, saya tanya nama suami dia hahaha!  Tak de la teruk benor gitu.  Kami ada la cerita macam-macam macam la dah kenal mesra lama. 

Namanya Kak Milah, 45 tahun umurnya.  Orang Kedah.  Dah 4 tahun duduk di Sijangkang ni.  Dan dia seorang yang sangat rajin mencari ilmu.  Kak Milah dah hafal jadual pengajian seminggu di surau-surau sekitar Sijangkang ni, termasuk masjid Sijangkang.  Terasa benar betapa banyaknya alasan saya!

"Kita ni sementara masih sihat.  Lagipun kerja rumah memang tak habis-habis.  Intan datang la surau.  Isnin kat surau ... (dah tak ingat).  Selasa Rabu Khamis kat surau kita tu.  Jumaat pagi surau depan kedai Yamah tu, mengaji dan tafsir al-Quran.  Sabtu kat masjid.  Ahad tak de."

Sariah jiran lama di taman sebelah pun ada beritahu.  Sariah pun rajin ke surau.  Saya memang teringin sangat nak join.  Rajin juga, rajin pasang telinga mendengar jadual surau.  Berkali-kali saya diberi penerangan dek beberapa orang.  Kali ni Kak Milah pula punya giliran. 

InsyaAllah saya akan mulakan tahun depan.  Tahun depan??!

Ya tahun depan yang tinggal dua minggu lagi je ni ...  InsyaAllah.  Semoga Allah permudahkan saya menunaikan tanggungjawab kepada ahli keluarga dan mudahkan saya mencari ilmu untuk membaiki diri yang daif ini.

Mati bila-bila masa sahaja.  Oh ngerinya! Persediaan?  Persiapan? 

Terima kasih kepada Kak Milah, juga kepada Sariah yang mula-mula mengajak saya ke surau dulu tu.

Teringat pulak pada Kak Hawa mak Ali dan Hussin.  Saya selalu ikut Kak Hawa ke majlis taklim.  Kak Hawa pula sangat rajin update jadual taklim dan beritahu jemaah yang datang tiga hari tu.  Lama dah tak dengar suara Kak Hawa.  Rindu pulak rasanya kat kakak sorang ni. 

Err ok la.  Saya stop dulu, nak tengok biskut chips dah sejuk ke lum, boleh masuk bekas untuk Shana.  Lepas tu nak buat marble cheese brownies la pulak. 

Sehingga jumpa lagi nanti insyaAllah.




No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing