Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, December 9, 2011

jualan kedua Bariani Master

Alhamdulillah, cuaca sangat cantik terang benderang, bahkan panas garing di tengahari ketika jemaah mula berkumpul di masjid Al-I'tisam.  Hari ni lupa pulak nak bawak kamera.

Presentation ada improvement.  Alhamdulillah :)).  Kalau minggu lepas tu, dua periuk naik atas meja, kali kedua ni dah cantik dah dengan hidangan dalam tray.  Lebih kemas dan tersusun.  Nasi dalam bekas jumbo size, letak kat dalam van bersama pinggan dan bekas polisterin.  Kami bergilir-gilir mencedok nasi untuk pelanggan.  Kadang-kadang saya, kadang-kadang Zah, kekadang Wak Lan.  Chef Meon jaga duit dan ambil order serta mengalu-alukan pelanggan  yang datang.  

Zah juga membawa dua keping pizza saiz besar untuk dijual.  Nampaknya tak boleh campur dengan Bariani Master ni ... kalau nak jual, kena asing meja. 

Saya tak sempat nak packing biskut,so Zah kata masuk je dalam container dan letak atas meja.  Sesiapa  nak boleh ambik sendiri.  Pun tak boleh campur kat nasi beriani ni, sebab Chef Meon tak charge pun. Dia kata, "Free!".  Ish ish ish ...

Lepas ni kena tampal harga kat container tu, satu biskut dua posen!  Zah gelak ...

Atau nak selamat, saya packing siap-siap macam minggu lepas.  Ada gak orang yang beli.  Tapi memang meja untuk jualan sampingan macam ni kena asing.  So, saya cadang nak bawak meja bulat dan alas dengan kain cantik-cantik, letak kat situ pizza Zah dan biskut saya.  Letak tajuk lagi!  Pizza Zah dan Kukiz Intan.  Tak mo campur dengan briani tu. 

Cik Hanafi yang datang dari opisnya semata-mata nak makan nasi Briani Master sambil bagi sokongan moral kepada sahabatnya Chef Meon kata, nanti boleh pelbagaikan biskutnya.  Wahh, bersemangat rasanya dengar macam tu.  Semalam saya ada buat biskut pedas yang rencahnya udang kering dan white pepper.  Tapi ... termasin pulak sampai Hidayat boleh cakap kat saya, "pening la kepala Dayat makan biskut ni!  Masin sangat!" 

Hanessa pulak cakap, "Mama jangan sedih tau!  Biskut mama ni masin, tapi kitorang makan sikit-sikit."  Hahaha ... anak memujuk.  Macam la mak dia ni sedih sangat.  Sebenarnya memang ... padan la muka sendiri ... tak semua resepi mudah tu menjadi.  Hmm kenapa la aku nak buat biskut pedas pulak ... 

"Tak pe tak pe mama tak sedih.  Mama  puasa sebab tu tak dapat nak rasa / adjust masinnya."  Alasan ... walhal kalau ikut logik boleh jangka kalau dah letak udang kering, garamnya tak payah letak pun tak apa.  Iyalah ... jadi pengajaran la ni.  Dah tu sebab fikir resepinya mudah sangat, saya buat sampai dua adunan.  Aduhai!  Tak mengapalah, lepas ni boleh buat rencah jemput-jemput tu, sedap jugak.  Atau adun biskut pedas gunakan biskut yang dah masin tu, adjust bahan je.  Hmm okey jugak kan!  Nak kena kreatif lebih ...

Harga jualan pun dah turun berbanding minggu lepas.  Dalca tak buat, tapi diganti dengan ayam masak merah selain ayam goreng berempah.  Sebenarnya konsep hari ni ialah SELF SERVICE iaitu pelanggan cedok lauk sendiri.  Tapi kerana tak ada penghebahan pun, maka masing-masing datang hampir ke meja dan buat order macam selalu.  Nasi dan lauk tambah percuma, air minuman juga percuma.  Saya terpandang seorang lelaki man in black berambut panjang makan dengan bersungguh-sungguh, seronok pulak melihat dia makan begitu berselera sekali. 

Haji Jeff (dalam gambar lepas tu saya tulis dia ketua juri) datang lagi.  Katanya masakan hari ni much2 more better than last week!  Last week punya masih sedap, cuma macam lebih rempah dan agak manis.  Hari ni dia bagi thumbs up, sedap enak lagi lazat!!!  Alhamdulillah ...

Hari ni juga adik ipar bongsu saya join menjual air di sebelah gerai kami.  Ajib namanya, memang selalu juga jual air sebagai part time job dia kalau ada konsert atau orang main bola kat stadium.  Tak lama lepas kami siap pasang gerai, Ajib pun muncul.  Dia bersendirian aje.  Saya pun tolong-tolong sikit-sikit dia menyiapkan tiga jenis air (tolong tengok je lebih hehe).  Nampaknya anak-anak Mat Arbak memang suka berniaga. 

Jam 3 lebih, kami mula packing barang-barang nak balik.  Alhamdulillah, semua bersih kecuali lauk daging briani ada sedikit lebihan.  InsyaAllah dah dua kali berniaga ni, pengalaman bertambah sedikit demi sedikit, begitu juga idea untuk mempertingkatkan lagi presentation dari segala segi.  Semoga Allah sentiasa membantu, insyaAllah.

Dalam perjalanan pulang, saya singgah di rumah Ayahanda Ustaz Sujak untuk menyampaikan kiriman nasi briani dan salinan fotokopi doa menyembuhkan barah kepada isteri beliau yang saya panggil makcik Amnah je.  Makcik ni sangat banyak menghafal doa, dan terus berminat untuk mengumpul doa.  Minggu lepas, kami singgah sekejap untuk berbasa-basi dengan ustaz je yang sibuk mengemas ruang luar rumahnya.  Dah bertahun tak berjumpa.  Kalau dulu, petang-petang suami saya selalu bawa Hidayat ronda-ronda, dan Hidayat mesti angkat tangan kat atok ni.  Masa tu dia belum ada adik lagi.  Terus saya bagai terperangkap dengan makcik Amnah.  Wahh rupanya dia kaki borak, tapi boraknya tu semua berkisar pasal doa.  Doa itu doa ini macam-macam doa yang dia hafal.  Kami dah terangkat-angkat kaki nak balik Sijangkang, sebab dah bercadang  nak hantar kukiz ke surau Haji Hassan maghribnya.  Tapi memang payah nak mohon diri dari makcik Amnah, apatah lagi dia sempat bercerita pengalaman peribadinya menghidapi kanser rahim tahap satu.  Berkat doa yang diamalkannya sejak anak dara dulu, kansernya tak perlu kemoterapi dan setiap kali follow up dengan doktor, doktor sentiasa berpuashati dengan perkembangan kesihatan makcik Amnah.  Makcik ni memang periang dan sangat cergas orangnya.  Lebih kurang macam Mak J jugak.  Masa tinggal di sini dulu, mak J dan makcik Amnah best friend.  Mula-mula jumpa saya, dia tak kenal saya, tapi bila tau saya 'bini Meon' dia terus tanya pasal mak J.  Huhh ... glamer betul orang tua saya tu.  Rata-rata orang kat sini bila jumpa mesti tanya mak J.

So tadi saya serahkan salinan doa mencegah barah dari buku Dr. Harun Din kepadanya.  "Nanti saya jumpa bukunya saya belikan.  Tadi tu dah habis.  Tokeh kedai tu dah janji nak simpankan untuk saya nanti."  Makcik Amnah suka hati, walaupun bila dia semak buku tu hampir semua doa di situ sudah dihafalnya.  Akhirnya saya hadiahkan dia buku kecil intipati doa Dr Harun Din kepada makcik Amnah yang baru saya beli tadinya.  Puas rasa hati bila dapat memberi sesuatu kepada makcik yang periang dan peramah ni. 

Tokeh kedai buku tu tadi sempat pulak bercerita kepada saya, betapa dia mengamalkan SEMUA DOA (melainkan doa selusuh dan doa minta zuriat) dalam buku kecil tu setiap hari selama dua bulan, sehingga suaminya yang diserang strok dapat bangun semula dan kembali sihat seperti biasa.  Saya merasa sungguh takjub dengan kehebatan doa dan cerita puan ini.  Benarlah, DOA SENJATA MUKMIN!!! 

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bari orang-orang yang beriman kepadaNYA.  (Al-Quran surah Al-Israa' ; 82)

Puan yang juga ramah itu mengaku dia telah membaca doa angin ahmar yang panjang itu setiap hari semasa suaminya sakit, dan kini dia membacanya setiap selepas solat Subuh dan Maghrib.  Huhh ... doa itu memang panjang betul!  Saya pernah membacanya sekali sahaja.  Cerita begini sedikit sebanyak menyuntik semangat ke dalam jiwa saya untuk cuba lagi membaca doa yang panjang itu.  Cerita puan tokeh kedai buku itu saya ringkaskan kepada makcik Amnah, dan terus sahaja makcik mahu membayar buku kecil itu untuk dirinya.  "Makcik ambillah, nanti saya beli lain.  Mudah-mudahan bila makcik amalkan doanya, ada juga pahala untuk saya."  Minggu depan saya akan beli lagi untuk diri sendiri.  InsyaAllah.  Makcik Amnah terfikir-fikir terkumpal-kumpal mahu memberi apa kepada saya, "tak payah beri apa-apa makcik.  Nanti lusa saya datang."  Saya beri janji, iaitu janji untuk memenuhi undangan keluarga makcik Amnah untuk kenduri pernikahan anak bongsunya Ahad ini nanti, insyaAllah.  Bulat je mata makcik Amnah, "Ha!  Datang tau! Nanti kita jumpa Ahad ni ya!"  Dalam hati berkata, tentu makcik Amnah sangat-sangat sibuk nanti menerima tetamu yang tak putus-putus hingga majlis selesai.  Tapi saya tentu akan mencari makcik untuk mohon diri bila sudah makan nak balik hehe ...

Hmm panjang berjela ye?!!  Hehe ... kadang-kadang macam ni la, all in one.  Nak buat entri satu-satu, entah bila.  Jadi tulis aje la kat sini.  Mengantuk, badan dah mula rasa letih.  Rasanya malam ni tidor awal kot.  Jap lagi nak solat Isyak, lepas tu ZZZZzzzzzz ............

Jumpa lagi!



2 comments:

Noraini Hassan said...

Jual hari2 ke? Lokasi di mana?
Yakinlah bisnes makanan satu dari 4 sungai rezeki yg tak henti mengalir. Mcm orang Kg Delek tu. Tumpang gembira. Teruskan. Insyallah...

Naqhuhines said...

tak hari-hari sbb plan nak buka kedai makan. Hari Jumaat aje. Lokasi pertama ni kat TTDI Jaya, tempat kitorang duduk dulu (U2). Kat situ ramai kawan2 n tempat pun dah biasa. Insyaallah, sama2 la kita saling mendoakan.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing