Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, December 23, 2011

jenuh buat biskut

1.56 am.

Saya baru sahaja memasukkan dua tray terakhir biskut chips.  Malam ini saya sudah mengadun dua adunan biskut ini (siang tadi buat satu adunan), dapur terutamanya kat atas meja makan dah macam kilang kecik buat biskut pulak.  Cik abang pun tak terkata apa hehehe ...  Biskut ni untuk Naqib, adunan siangnya tu untuk Laila Ain.  Petang tadi saya sempat ziarah Laila Ain, alhamdulillah.  Dapat membawakan dia sebungkus nasi briani abahnya yang ditempah oleh pelanggan dari kilang Mychef di Puncak Alam.  Ada juga kuih bingka, sup daging, biskut chips juga.

"Banyaknya!"  kononla terkejut.  Satu beg ialah bantal kecik yang saya buat ekspres petang tadi, menjelang Asar.  Isinya saya ambil dari bantal saiz besar berumur 15 tahun, dibeli di Hua Ho Sengkurong dulu.  Saya beli untuk bersandar selesa sebab waktu itu saya sedang berbadan dua mengandungkan Laila Ain.  Hingga kini bantal itu masih berbakti kepada dia, tapi dalam saiz lebih comel.  Sarungnya dari perca kain corak bunga berwarna merah jambu tanah kuning air.  Hmm ok la, dia asyik menuntut aje semenjak saya buatkan sebiji untuk Naqib kelmarin.  Walhal dia sudah saya berikan bantal love dari set cadar pengantin saya dulu.  Masih mahu lagi satu.  Saya la yang terkejar-kejar masa alhamdulillah sempat juga.

Satu beg lagi ialah 11 peket biskut chips yang dimintanya.  Beg yang lain ialah pelbagai macam makanan untuk dia dan kawan-kawannya.

Kawan-kawannya datang dekat-dekat dengan kami, macam anak-anak ayam yang jumpa ibu sehingga saya rasa tersekat nak bercakap macam biasa dengan Laila Ain.  Bila ada ketika dia berbisik, saya pula pekak badak tak dengar. Rupa-rupanya masing-masing nak pinjam telefon, nak call keluarga.  So sorry la dah dua kali ni datang makcik tak dapat nak pinjamkan telefon sebab tak de kredit.  Nak topup alang-alang.  Telefon ada dua, dalam baki ada banyak lagi tapi tempohnya dah tamat.  Semenjak guna pakej yang ada panggilan percuma ni, saya jarang guna handphone.  Kalau tak pun saya pakai telefon cik abang aje.

Tu la ... patutla datang dekat-dekat.  Kesian, hampa je muka masing-masing ... sebab sebelum-sebelum ni mereka ada pinjam telefon saya untuk miss call atau sms famili.  Ok la, bagi nombor kang kat rumah makcik call.  Tepon makcik free je kalau call.  Bagi nombor tepon rumah ya.  Ada dua pelajar yang bagi nombor telefon untuk saya hubungi, salah seorangnya anak angkat saya yang bernama Shana tu.

"Kau ni manja!"  kata seorang pelajar berumur 8 tahun, kecil aje orangnya.

"Mana ada!"  kata Laila Ain sengih-sengih.  Alah, macam la orang tak tau.  "Mama, Ain kena gossip dengan Kak Solehah."

Hurmm ... kat tempat macam ni pun ada gosip-gosip rupanya.  Tapi saya rasa tak ada apa la sangat kalau setakat gosip Laila Ain yang semakin rapat dengan Solehah tu.  Mulut tempayan bolehla kita tutup, mulut orang ...

Nampaknya anak dara kami ni semakin ceria.  Alhamdulillah, itulah yang kami suami-isteri harapkan.  Tapi macam biasa, dia tetap akan pastikan bila saya akan buat panggilan telefon nanti.  Lepas tu, "Ma, sebenarnya Ain nak roti dengan tuna.  Lapar la malam-malam."

Dek kerana Hidayat pun sudah awal-awal mahu ke MyMaidin berdekatan, kami singgah situ dan saya belikan Laila Ain roti dan tuna yang dimintanya.  Bukan apa, terbayang dia kecur air liur memandang orang lain yang makan makanan ringan bila habis waktu menelaah (minum malam tak disediakan).  Kalau ada stok, bolehlah makan. Kalau tak ada, tumpang tengok aje kekeke ...  Ada juga dia bercerita tak dipelawa oleh kawan.  Nak minta segan.  Tengok aje la.  Mengenangkan itu, saya belikan dia sebantal roti saiz besar, satu tin tuna dan satu sambal bilis serta crackers sayur.  Kalau dia, tentu beli junkfood yang masin-masin tu, tapi dengan saya so sori ya ... kadang-kadang aje bagi can.

Semasa singgah menyampaikan roti (surprise sebab tadinya saya enggan belikan dia, kononnya nak terus balik rumah aje.  Saya balik tersurprise sebab Laila Ain cakap ramai kawan-kawan order biskut chips dan dia minta 50 peket, mak oi jadi tokeh biskut pulak la den ... jangan muka jadi muka biskut dah la) pelajar lain pula menyerbu meminta saya belikan ais.  Waaaa ... hari nak maghrib dah.  Tapi kasihan pada mereka ni.  Kalau dengar cerita Laila Ain, air masak mati selalu tak cukup.  Kena tadah dari penapis yang airnya terlalu halus.  Nak tak nak saya pusing mencari kedai runcit berdekatan dan minta Hidayat beli ais RM2.  Tu dia, separuh plastik besar ais hingga Hidayat senget sebelah mengangkat masuk kereta.

Sampai kat depan pagar madrasah, mereka dah standby tunggu saya.  Pelajar yang berkirim dah buka dompet nak bayar.  "Makcik sedekah! tak yah bayar." Mereka ramai-ramai ucapkan terima kasih sambil senyum riang.  Malam ni masing-masing minum ais la ya ...  "Sesekali boleh, orang perempuan tak baik minum ais selalu."  sempat juga pesan sikit tu.  Pelajar perempuan terakhir yang berdiri di pintu senyum lebar aje.

Esok jualan briani macam biasa insyaAllah.  Lepas tu kami akan bergerak ke Senai untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara sulung saya, Shahirah Mohd Ariff dengan pasangannya Suparman Zamir.  Nikahnya esok tapi tak dapat nak bersama.  Lusa la baru sama-sama kita ya ...

Singgah tempat Naqib sekejap bawak biskut chips.  Dia order 30 bungkus.  Cadar dan dompet dia.  Nasi briani sikit.  Hmm apa lagi?  Lepas tu barulah memulakan perjalanan ke selatan.

Naik bas?  Seronok juga tapi tiket belum beli.  Naik keretapi?  Lagi seronok, siapkan duit aje la.  Kesian la kat Pak Meon yang macam selsema dan tentu penat menjual esok.  Kalau naik bas atau keretapi, boleh la rehat-rehatkan badan.  Naik kereta, tentu la dia yang akan pandu.  Perjalanan jauh, saya jarang sangat drive.  Lagi pun dah lama tak jalan jauh ni, setakat gi Muar aje.  Utara belum lagi dalam tahun-tahun mutakhir ni.  Tapi bimbang juga naik bas.  Tawakkaltu Allalah ...  Naik apa pun semoga kami selamat sampai, insyaAllah.

TING!  Ah, biskut dah masak.  Kekadang macam jemu juga buat biskut ni, sama aje tapi kadang-kadang rasa macam dah makin mahir pulak.  Tapi tang nak standardisekan saiz dia tu satu hal la ... kejap macam besar kembang semacam, kejap macam tak kembang sangat.  Padalah adunan sama je, acuan pun sama.  Agaknya ikut mata kot, mata saya makin kecik biskut pun kecik aje hahaha ... tak lawak pun.

Ok, dah 2.38 am.  Sorang-sorang kat dapur  ni kekadang suspen jugak.  Bantai replay  Ya Rabbi Bil Mustaffa - Madrasah Aljunied.  Jumpa minggu depan kot, insyaAllah.

2 comments:

Noraini Hassan said...

Pembetulan - Zamir Suparman.

Naqhuhines said...

Ooo ok terima kasih, macamana boleh salah tulis nama bapak dia pulak dulu ... rasanya tak mamai pun hehehe ... so sorry to Zamir :)

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing