Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, December 9, 2011

Hidayat solat Dhuha

Salah satu cara mendakwahkan keluarga adalah melalui anak-anak.  Anak yang masih kecil atau muda, bisa menjadi model yang berkesan kepada keluarga.  Masakan tidak!  Anak kecil boleh, mengapa orang dewasa tak boleh?  Kalau anak kecil lembut hati menurut, mengapa orang dewasa bersikap keras hati dan besar kepala?

Itu intro aje.

Story saya ni pasal Hidayat menunaikan solat Dhuha pagi tadi.  Err memang mengantuk, mata dah kecik dah ni, tapi gian nak menulis belum habis hehehe ... Kita cerita la kejap ek ...

Kami semua sedang bersiap-siap untuk berniaga nasi briani.  Hidayat lambat bangun.  Err sebenarnya dia dah bangun solat Subuh, tapi mode dia cuti ni lepas solat nak tidur balik.  Pulak!  Bukan tak ada beritahu tak baik buat macam tu.  Rasulullah SAW pun tak bagi putri baginda, Siti Fatimah Azzahra tidur lepas solat Subuh, sebab time tu Allah sedang mengagihkan rahmatNYA kepada semua makhluk di serata alam.  Kalau tidur?  Tak dapat bahagian la, kan.  Tapi, Hidayat tetap tidur balik, siap selimut lagi! Ish ish ish ... dayat dayat!

Bila Hidayat dah mandi, dah cari baju nak pakai, saya pun terfikir nak ajak dia solat dhuha.  Masa tu saya pun sedang siap-siap baru gosok tudung, lepas tu nak solat dhuha.  Sekarang ni saya cuba untuk istiqamah solat sunat ni, walau kadang-kadang miss juga. 

"Hidayat, nanti mama nak ajar Dayat solat dhuha."

Hidayat tanya balik selepas dia siap berpakaian, "Bila mama nak ajar Dayat solat dhuha?"

Senang hati saya bila Hidayat bertanya begitu.  Itu tandanya dia berminat.  Saya pun ajak dia solat bersama.  Solat asing-asing tapi serentak.  Jadi pagi ini adalah kali pertama Hidayat mengerjakan solat dhuha.  Sebelum tu untuk memikat hatinya, saya cakap bersahaja, "Mudah-mudahan anak mama ni jadi jutawan bila dah besar esok, jutawan yang soleh dan bertaqwa,"  sambil sikat rambut dan tepek bedak ke pipi.  Doa tu, kan.  Dan ia bukan sesuatu yang mustahil. 

Saya yakin, Hidayat akan hidup dalam Dunia Islam Kali Kedua.  InsyaALlah.  Satu zaman yang begitu harmoni dan rahmat Allah turun merata melimpah ruah sehingga harimau boleh berkawan dengan mangsanya.  Itulah pernah terjadi dan kita semua sedang menanti. 

Hidayat ni pulak, ada pembawaannya sendiri.  Kalau makan nasi, lauk tersangat jimat cermat.  Hingga lauk yang sama kuantiti kat pinggan orang dah lama habis dan bertambah, kat pinggan dia tak habis-habis lagi.  Nasi je bertambah!  Dia juga sangat teliti pasal duit.  Dia boleh ingat koleksi duit rayanya, walaupun simpan kat abah.  Bila orang bagi lagi duit raya, dia akan kira kat kepala walaupun kadang-kadang duit yang ada kat abah dah terguna dek abah ... Yang dia tau duit dia ada sekian-sekian kat abah.  Kesimpulannya Hidayat berminat pada wang.  Minat pada benda fizikal macam kereta laju jenama yang saya tak kisah, dia tau.  Bugatti, Ferrari, entah apa lagi.  Dia memang minat pada kelajuan.  Biasa la budak lelaki begitu la agaknya. 

Saya bersyukur dengan hidayah Allah kepada anak ini.  Semoga hidayatNYA melimpah ruah kepada kami sekeluarga melalui nama anak ini yang kami sebut-sebut setiap hari.  Semoga Hidayat menjadi anak soleh dan daie yang akan membantu agama Allah satu hari nanti.  Semoga cita-cita Hidayat untuk mendapat syahid akan tercapai, yang dijanjikan Allah dengan sayap hijau yang berterbangan di angkasa syurga ke mana sahaja dengan bebas.  Yang akan bangkit di hari akhirat bersama darah yang berbau wangi membasahi tubuhnya.  InsyaAllah.  Niat yang suci murni harus disokong dan didokong, bukan ditangisi.  Yang penting, niat dan hasrat ini terus dibaja dan berkesinambungan hingga tercapai satu hari nanti, bukan menjadi angan-angan kosong semasa kanak-kanak semata.

Hidayat adalah best friend abah sekarang.  Dia peneman abah ke surau, ke majlis tahlil dan solat di belakang abah semasa kami berjemaah.  Hidayat pun semakin positif sikapnya.  Kurang sensitif atau cepat menangis macam dulu.  Dah tak pernah lagi cakap "Biar Dayat kena langgar lori balak" bila dia merajuk dan pura-pura nak lari ke jalanraya (masa tu saya handle nurseri, dan kadang-kadang tak larat nak melayan kerenah dia yang berumur 6 tahun, selalu la dia kena marah dan dia selalu la merajuk).  Hidayat dah semakin matang alhamdulillah.

CUMA dua perkara yang belum berubah.
1.  Penakut.
2.  Jaki kat kakak Laila Ain.  Sesama keras budak nih.

Itu aje.  Semoga Allah membantu Hidayat menegakkan solat dengan kusyuk dan penuh rendah diri di hadapan Allah Azza wa Jalla.  InsyaAllah saya nak tarik hatinya untuk solat tahajjud pula.  Allah jua yang memudahkan, insyaAllah. 

Semoga orang-orang dewasa dalam keluarga kami akan terbuka hati mereka untuk mengikut jalan yang sama apabila melihat model saya ni.  Alhamdulillah, kini semenjak kami mempraktikkan solat berjemaah di rumah, bila balik kampung pun kami mengerjakan solat berjemaah, bila balik Segamat pun begitu juga.  Kini solat berjemaah sudah tidak asing lagi buat keluarga.  ALHAMDULILLAH YA ALLAH!!!

Misi seterusnya ~~ membawa keluarga menjadi ahli Al-Quran.  Di masa lapang di masa sempit, menjadikan al-Quran sebagai bacaan harian dan zikir pembasah lidah.  Ke mana lagi nak memanjatkan hati di kala kerinduan dan kesunyian?  Hanya kepada ALLAH semata-mata.  Dan memupuk rindu kepada baginda Rasul pemimpin umat yang agung.  Bangkitkan rindu dan cinta di hati dan jiwa.  Agar kunjungan ke Baitulah tidak menjadi sia-sia, pi mai pi mai tang tu juga!  Nauzubillah.

*  Inilah cita-cita dan harapan.  Semoga Allah sentiasa memimpin kita semua dan mengampuni segala dosa-dosa, dan mengabulkan segala doa yang baik.  Ameen.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing