Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, December 1, 2011

harapan untuk esok

Baru dapat menjengah blog ni.

Baru agak lega, separuh kerja untuk jualan julung-julung kalinya nasi bariani jenama Bariani Master sudah selesai.  Separuh lagi kerja akan dihabiskan awal pagi esok, seterusnya mengangkut ke TTDI Jaya untuk jualan sebelum solat Jumaat.  Rencana awal nak berniaga di SP tak diteruskan, sudah ada dua peniaga bariani di situ.  Jadi kami fokus ke TTDI Jaya, sementelah kawasan itu kira tempat kami juga, dan ramai kawan-kawan di sana.  Ketika ini, suami saya sedang berada di rumah Wak Lan yang turut membantu. 

Saya tak jengah fesbuk pun, tapi rasanya Pak Meon sentiasa update jom-jom hebohnya di situ, tentang Bariani Master.  Ada feedback dari Brunei.  Ada juga panggilan dari JB.  Semoga bukan gah pada jenama je, tapi gah pada rasanya juga.  Kualiti yang kita mahu.

Semasa suami saya ni ke Sg.Manggis untuk membeli bahan mentah kelmarin, dia terserempak dengan Ustaz Hafiz, ustaz di madrasah Bukit Changgang.  Suami saya ambil kesempatan bertanya tentang rasa bariani yang dimasaknya semasa jamuan hari raya di madrasaha dulu tu.  Kata ustaz, rasanya sedap lain dari yang lain.  Ustaz siap ketepi kuah untuk disimpan.  Sambungnya lagi, ramai ustaz-ustaz yang makan pun kata memang sedap.  Mendengar cerita begini, saya mengucapkan syukur alhamdulillah berkali-kali.  Alhamdulillah kerana setakat ini, semua yang dah merasa mengakui rasa rempah bariani yang enak dan sedap.  Haji Hamid, jiran depan ni bukan main sokong lagi bila sampai ke telinganya tentang kami nak buka meja jualan.  Melihat van milik saudara Izat yang kami pinjam, Haji Hamid bertanya, 'muat ke tu?...'  Dia terus offer gunakan Hiluxnya untuk angkut barang.  Terharu sungguh rasanya.

Jualan ini adalah untuk testing market.  Harapan saya tentulah semoga berpanjangan.  Tetapi yang utama adalah rancangan untuk membuka kedai makan seperti ura-ura awal.  Kertas kerja sedang dalam proses.  Ramai yang berminat untuk menjadi funder atau masuk share.  Kedai sudah ada, cuma perlu dibersihkan dan masukkan peralatan dan kerusimeja.  Pekerja ... insyaAllah semoga tak ada masalah.  Iklan akan diwar-warkan melalui internet dan tampal notis.  Kami akan mengambil pekerja LELAKI sahaja.  Penginapan disediakan, makan percuma.  Ada sesiapa berminat ke?  Boleh hubungi kami kat nombor 011 15001411.  Jangan risau tengok nombor tu banyak, rate sama dengan nombor biasa hehehe ...

Usai solat Maghrib tadi, kami bangun untuk solat hajat.  Hidayat dan Hanessa juga.  Permohonan dipanjatkan ke hadrat Illahi, semoga Allah memudahkan semua urusan kami, melancarkan kerja kami, dan melariskan jualan kami.  Semoga Allah meredhai usaha kami untuk mencari rezeki yang halal lagi berkah.  Ameen.

Ketika ini hujan turun.  Sedetik hati saya gusar, tetapi secepat kilat saya padamkan ia, sambil membina harapan yang tinggi ke sisi Allah.  Saya mesti sentiasa tawakal kepadaNYA.  Macam Kak Hawa cakap dalam telefon selama 2 jam hari tu ... kita mesti sentiasa bertawakkal kepada Allah.  Bukan usaha baru tawakal.  Itu seolah-olah ada asbab baru nak tawakal.  Walhal hidup ini mestilah sentiasa tawakkal, ada usaha atau tak ada usaha.  Kak Hawa terangkan tentang kisah lelaki mengikat kudanya di masjid, dan kisah Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api oleh Namrud.  Saya tak pandai nak terangkan kat sini, tapi sedikit sebanyak insyaAllah saya faham.

Hujan makin lebat, ada guruh.  Ya Allah, biarlah hujan membasahi bumi malam ini.  Pagi esok hingga tengahari, di TTDI Jaya, biarlah matahari memancar dengan terang.  Ameen. 

*  Ralat sebab tak dapat posting bab 1 yang sudah perfect ke blog Sastera Kayangan, sebab bila nak copy paste dari windows, rupa-rupanya saya sudah buat pembaikan sendiri lagi, dan tak siap pulak tu.  Alahaiiii ... kena pulak time clash dengan hal-hal macam gini, risau dibuatnya.  Tengok pulak thread JUDUL tu Kak Aini dah buka untuk saya hujung bulan Julai hari tu.  Huhh rupanya dah 3 bulan kosong!!!

*  Mungkin saya satu-satunya rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia yang mendengar siaran Radio Televisyen Brunei hampir setiap hari (selain radio islam nusantara)... sapa ada dengar lagi?   Kenapa nak dengar radio orang ek?  Cuba la dengar sendiri kalau nak tau bezanya dengan mana-mana radio kat sini. 

So, esok kami akan berada di hadapan Masjid al-I'tisam TTDI Jaya.  Sesiapa yang berdekatan, jemputlah ke gerai kami untuk menjamu selera seawal jam 11 pagi hingga solat Jumaat bermula.  Air percuma!

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing