Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, November 14, 2011

mereka pulang ke madrasah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedikit cerita awal pagi; saya hantar Hidayat dan Hanessa ke sekolah, disambut oleh dua pengawal wanita dan beberapa orang kakitangan am sekolah.  Tiada satu bayang murid dan guru, tiada satu kenderaan menghantar murid dan kereta guru, melainkan kereta saya, dan sebuah van, diikuti sebuah motor yang membawa anak berpakaian seragam putih biru.

"Kan cikgu dah bagitau dalam perhimpunan Khamis lepas, hari ni tak sekolah.  Awak tak bagitahu mak awak eh?"

Hidayat tersengih-sengih (macam kerang busuk? ohh ...)

Okeh, itu je hehe ... Dan kedua orang budak ini jadi sangat seronok, terus mengadap laptop grrrrr!

****

Semalam, Naqib Que dihantar abahnya ke madrasah selepas solat Zuhor.  Ada bekalan lauk gulai kaki lembu pekat macam yang dimintanya (abah masak gulai kaki lembu 6 batang kaki), lebih 50 biji cupcakes macam-macam design topping perisa coklat dalam kotak kek yang besau dan lima peket cookies untuk kawan-kawan.

Jam empat petang, abah sampai semula di rumah.  "Sebik je muka dia ..."

Tapi Naqib Que lebih cool dari Hurilain.

***

Macam tak caya je nak balik asrama ...

Lagi dua jam je!  Oh tidak!

Mama ... mama ... lagi sejam nak balik ...

Mama, sungguh tak percaya!  Kena balik ke ni?

Mama ... balik malam boleh?

Mama ... balik esok la.  Ada gak kawan yang balik esok.

MAMAAAA, tak nak balik (sambil menangis teresak-esak)

Dan dia juga menyatakan perasaannya di fesbuk. Ish ish ish ...

Lepas solat Asar, perjalanan kami bermula.  Saya akan menghantar anak perempuan ini.  Abah sambung rewang di rumah Anita-Zaly.  Dah sampai depan madrasah, dia nak beli chipsmore pulak.  Walhal dia juga ada kudapan chips yang saya bikin, dan satu kotak besar cupcakes macam Que.

Demi dia, saya hidupkan enjin dan pergi ke My Maidin.  Tapi tak beli chipsmore pun.  Nak melegakan hatinya, saya ajak dia jalan-jalan dalam My Maidin.  Akhirnya dia beli roti dan coklat.  Bersua dua tiga pelajar madrasah yang menepuk dan menyapa dia.  Dia senyum (sebik).

"Jangan buat muka macam tu!"  saya beri amaran dengan muka garang (tapi dalam hati, kesiannnn).

Kembali ke madrasah, saya beri kata-kata nasihat dan penguat semangat.  Dia seperti hilang semangat, hilang yakin diri dan blur.  Tentu sahaja ini berlaku kerana baru sebulan masuk asrama, dia sudah cuti panjang dua minggu lebih untuk aidil adha.  Dan tentu sahaja ini berlaku kerana dia fobia dengan jelingan sinis dan sok sek sok sek pelajar sedorm terutama orang katil sebelah.  Dia ada dengkuran yang kuat.

Bagi saya itu bukan dengkuran.  Tetapi seolah-olah dia sedang gatal tekak dan menggaru tekaknya tanpa sedar bunyi yang terbit adalah sangat aneh.  Kasihan dia!  Pil resdung sudah lama dibeli tetapi tidak istiqamah mengambilnya.  Jadi semalam saya bacakan air satu tumbler dengan sedikit ayat-ayat suci yang biasa bersama selawat nabi dan doa, semoga dapat membantunya dan memberi satu keyakinan diri kepadanya.  Pil resdung juga dibekalkan, dan ubat farmasi yang disenaraikan oleh Wak Sani tempohari.

Aduhai, anak yang seorang ini memang mencabar.  Sama dengan cabaran yang dilalui semasa Que mula-mula masuk madrasah di Seksyen 13 itu.

***

Mereka yang tidak pernah tinggal di nurseri, dibelai tangan ibu semenjak bayi, terpaksa belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran asrama dan berasingan dari keluarga.  Mereka rupa-rupanya memiliki rasa hati yang sama seperti saya seusia itu dulu, perasaan risau, bimbang, yang tidak-tidak dan memikirkan hari esok secara pesimis.

"Along tak sedap hati la wan."  Inilah ayat Que yang selalu diulang-ulang dalam cerita mak, semasa budak ini menangis teresak-esak di belakangnya ketika mak solat Isyak lewat malam di kampung (baru balik dari luar).  Mak yang sedang solat terkejut dan musykil, ada 'benda' kat belakang.  Usai solat mak pun menoleh ke belakang, rupa-rupanya cucunya yang menangis.  Malam itu Que minta izin tidur dengan wan dan atuk hehe ... (kami baru pindah ke Brunei waktu itu).

Kini saya mula faham.

Tatkala saya ceritakan kepada Que perihal adiknya dan minta dia bantu, serta sampaikan pesanan si adik, "Mama, nanti cakap dengan Along suruh bagi nasihat kat Ain."  (Nak nasihat dan mahu dinasihati, tapi melalui middle man plak.)

Rupa-rupanya anak-anak ini risaukan kami yang di rumah ni.  Bimbang yang tidak-tidak, fikir yang bukan-bukan.  Khuatir kami sakit, kemalangan bahkan hingga tahap kalau meninggal dunia!

"Kalau mama tak ada, along berhenti.  Ustaz takkan nak marah.  Tapi lepas tu along fikir tentu mama abah dalam kubur gembira along terus belajar kat sini."

Ia sungguh menyentuh hati saya.  Budak lelaki ini (yang sekarang sudah remaja) yang cool semacam, seperti tak kisah apa-apa pun tentang kami, rupa-rupanya 'tak sedap hati' tentang pelbagai kemungkinan terhadap kami di rumah.

***

Mama, tolonglah jangan bawak kereta laju-laju.  (Macam la saya bawak kereta laju. Sekarang ni  semangat nak berlumba dah slow down, se slow kadar metabolismeku ohh ...).

Mama, kalau ada apa-apa, jangan rahsia-rahsia dari Ain.  Mesti bagitau Ain!!!

Mama,  mama okey ke tinggal kat rumah Ain tak de ni?  Mesti mama penat kan sidai baju, masak, kemas rumah.  (Huhh, walhal kalau dia ada kat rumah, err ... kena ulang banyak kali juga kalau nak mintak tolong buat itu ini.  Tapi bila nak balik asrama, dia boleh fikir macam ini.  Pelik tapi saya tetap menghargai keprihatinan seperti ini.  Terima kasih hehe ...)

Mama, kalau gi mana-mana jangan tinggalkan Ain.  Mama mesti datang ambik Ain sekali.  (uikks!)

***

Sebenarnya anak-anakku sayang, mama sentiasa sibuk di rumah.  Urus rumahtangga dan urus adik-adik sekolah.  Mama selalu tak cukup masa nak tulis novel tu.  Sekarang ni mama tengah sibuk nak belajar buat cupcakes yang paling sedap.  Mama juga tengah sibuk kumpul resepi mudah tapi lazat untuk buat cheese cake yang paling enak untuk kamu semua.  Mama dah berangan-angan nak buat sebiji untuk kamu masing-masing makan sesama kekawan di madrasah.

Kamu berdua tetap selalu ada di hati dan fikiran mama.  Ni, mama ralat sebab along tertinggal t-shirt biru dan jubah kawannya tu.  Kurma yang along nak tu pun tertinggal rupanya.  Mama teringat pulak along nak bawa bekas untuk isi susu pekat manis. Bekas tak bawak, susu pun tak beli.  Tapi mama tau along tetap cool macam selalu.

Mama juga ingat dan fikir ketika nak tidur malam tadi, apakah Ain akan buat bunyi lagi malam ni?  Bangun pagi tadi, pun mama tertanya-tanya sendiri tentang Ain.  Mama tak mau Ain sedih dan menangis sorang-sorang (walaupun susah nak elakkan tu.)  Kasihan, so jangan lupa makan ubat yang dibekalkan sampai habis.  Mama harap Ain akan buat macam yang mama sarankan iaitu masukkan air dalam hidung setiap kali ambil wuduk dan sentiasa dalam wuduk.  Jangan lupa minum air doa tu beserta niat dan doa Ain dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh keyakinan.  Mama dah cakap panjang semalam dalam kereta tu.  Semoga Ain faham dan ingat.

***

Sakinah adalah sepotong nama yang indah sebutannya.  Maknanya juga indah.  Mama risaukan Ain.  Dalam memikirkan semua tentang Ain, muncul ingatan dan kenangan semenjak Ain masih bayi.  Semenjak Ain membesar dalam kandungan mama.  Sehingga ke saat ini.  Mama memikirkan sesuatu.

Mama fikir, fikir dan fikir.  Timbang timbang dan timbang.  Renung renung dan renung.  Memohon panduan Illahi.  Memohon pimpinanNya.

Untuk pengetahuan Ain, mama sedang mencari sepotong nama yang baik maksudnya untuk Ain. (Amirah Hurilain tu memang dah indah maksudnya.) Sementelah nama Ain hatta Amirah ramai pemakainya di tempat Ain tinggal sekarang.  Mama mahu setiap kawan-kawan dan ustazah akan memanggil nama ini kepada Ain nanti.  Semoga dengan itu, maknanya akan meresapi dan menyerap ke dalam diri Ain.  Semoga seterusnya peribadi Ain juga akan seiring dengan makna yang indah itu.

Dan, mama menemui SAKINAH dalam pencarian ini.  Ini adalah nama watak utama novel mama.  Nanti akan mama senaraikan segala maksud SAKINAH untuk Ain fahami.  InsyaAllah.

***

Rasanya cukuplah dulu setakat ni, sehingga bersua lagi, salam mesra dan senyum selalu.  Wassalam.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing