Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, November 11, 2011

makan dalam dulang

As salam.

8.02 pm ~ anak telinga menangkap berita kemalangan bas persiaran dengan trailer.  Sungguh tragis!  Semoga mangsa dapat diselamatkan.

Makan dalam dulang bukan ganjil atau baru buat kami.  Selalunya saya yang akan tentukan makan dalam dulang, kerana saya yang uruskan hal di meja makan.

Malam ini meja makan penuh dengan dulang pembakar, marjerin, mangkuk-mangkuk dan sebagainya.  Hmm saya sedang bakar chipsmore lagi!  Nyum nyum ... rasanya memang sebijik!  Resepi ini ada sedikit campuran tepung jagung.  Rangup.  Tambahan pula ia dihiasi chips coklat, bukan lagi chips perasa strawberi atau vanilla macam hari tu punya.

Tak kuasa nak mengemas meja.  Ia mahu digunakan lagi sebab belum siap membakar adunan biskut.  Masih ada baki untuk empat tray lagi, mungkin.  Jadi?  Apa kata kita makan dalam dulang je!

Semasa masing-masing sibuk masuk ke bilik air untuk membersihkan diri dan mengangkat wuduk, saya ambil dulang gambar bunga-bunga tanah putih dan letak di hadapan tv.  Di situ ada ruang kecil untuk famili lepak-lepak, walaupun jarang digunakan melainkan mak dan abah yang suka tonton tv di situ.  Sebelum itu Hurilain bentang saprah.

Saya letak periuk nasi di pinggir dulang.  Lauk sardin campur petai yang digoreng petang tadi dalam pinggan di atas dulang.  Ambil seleri besar, patah-patahkan.  Kobis, kopek-kopek.  Cili padi beberapa tangkai untuk cik abang yang suka pedas.  Semuanya dimasukkan dalam pinggan dan letak dalam dulang.  Tudung saji untuk tutup makanan.  Lepas solat Maghrib kita makan.

Sardin?

Ya, tin yang terakhir.  Wak Sani kata jangan makan MSG kepada Naqib.  Dia ada alahan.  Saya dah lama pesan cik abang tak yah beli sardin dan magge.  Hmm bila Wak Sani cakap, nampaknya baru diberi perhatian.  Bini cakap, atau baca informasi kat internet, kurang memberi kesan hehhhh ...

Wak Sani?

Wak yang kami kunjungi di Kuala Selangor malam kelmarin.  Seorang pengamal perubatan yang sangat hygiene, guna sarung tangan dan mask di muka.  Juga sangat detail memberi prescription ubat-ubat yang perlu dicari di farmasi.  Speaking lagi.  Ia menakjubkan kami.  Kaedahnya hanya mencari poin-poin di jari kaki.

"Jangan jerit kata sakit.  Diam je.  Kalau tak tahan, nangis.  Biar airmata meleleh.  Tapi jangan sekali-kali kata sakit."  Itu pesanan sepasang pengunjung dari Klang.  Mereka sudah tiga kali datang mendapatkan rawatan.  Si isteri mengidap barah payudara.  Wak Sani akan membedahnya.

Hati saya berdebar sedikit.  Terbayang cik abang memicit jari kaki saya.  Memang sakit.  Apakah sesakit itu Wak Sani akan lakukan?

"Okeh, baca selawat nabi sekarang.  Ila hadrati, al Fatihah.  Ayat Kursi banyak-banyak."  Terus saya berpesan kepada Hurilain yang mula menunjukkan wajah saspen.  Budak ni!

Ehh banyak pulak kisah Wak Sani.

Lepas bagi salam dan doa, masing-masing angkat punggung untuk ke dulang di hall kecil.  Nampaknya kebiasaan selepas solat Maghrib dibawa selepas solat Isyak.  Makanan dah terhidang ...

Makan dalam dulang!  Memang sedap.  Laju menyuap.  Cepat licin.  Enam orang makan dalam satu dulang memang tak muat.  Kena la masing-masing makan duduk cara sunnah.  Tapi orang badan besar memang ambil lebih ruang.  Saya kena ke belakang dan hulur tangan je.

Alhamdulillah.

Tak cukup!  Mama, nak nasik lagi!

Nasik dah habis!

Ambik roti pulak!

Sesekali Naqhuhines berkumpul, seronok makan dalam dulang.  Biasanya macam tu la.  Bila semua anggota keluarga lengkap, kami akan makan dalam dulang sekali atau dua kali.

"Kat SP, satu dulang untuk orang luar hmm ... RM10 kot."  kata Naqib.  Dia sempat ke SP dan bermalam di sana awal cuti minggu lepas.  "Jemaah yang masak tukar-tukar dari macam-macam negeri."

Lusa, Naqib dan Hurilain akan pulang ke madrasah.  Mungkin Aidilfitri berkumpul lagi, dan makan dalam dulang lagi, insyaAllah.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing