Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, November 24, 2011

kutip buah durian

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

otw balik kg, singgah tempat Naqib dengan buah tangan sekotak cupcakes dan satu tupperware besar mee goreng.

dua biji durian dari pokok depan rumah, saiz paling besar la setakat ni tapi nampaknya baru nak belajar gugur sebab buahnya masih sedikit keras
Ni, nak cerita sikit tentang kutip buah durian.  Dah lama betul tak mengutip durian yang gugur bersepah di atas tanah.  Masa budak-budak dulu ada la begitu, biasanya masa cuti sekolah dan mak hantar saya balik kampung.  Jika berkebetulan musim buah, dapat la merasa makan buah.
rezeki buah durian alhamdulillah baik tapi sebiji dua rosak tu adat la ... dan tak diusik dek kumpulan kera monyet dari hutan belakang, mana yang retak dikeluarkan masuk bekas simpan dalam peti ais


Pak Meon ambik buah kundang


rasanya dah bertahun-tahun kundang tak berbuah, alhamdulillah tahun ni ranum walaupun belum cukup masak.  Ada yang terliur ke?  Balik la kampung kita ni ... tak perlu turun kereta dan tolak pagar, sebab pagar dan otomatik, call je tuan rumah beritahu nak datang insyaallah ditunggu.


inilah pohon kundang yang dah amat tua umurnya, masa saya kecik dah ada dah di situ
kundang yang sangat mengecurkan air liur, mana yang dah kuning sebiji dua memang sangat manis rasanya
Kenangan yang tak terlupakan bila jumpa durian mengkar, ialah makan durian muda di perkarangan rumah Wan Midah, di seberang kampung sana.  Kalau cuaca berangin kuat dan hujan lebat, buah yang masih belum cukup masak pun turut berguguran ke bumi.  Saya tak ingat dengan siapa, mungkin juga dengan Kak Lang Hafizah yang kadang-kadang dikirim ibunya ke kampung, kami dijamu durian mengkar muda manis oleh Wan Midah.  Durian muda kalau dimasak gulai lemak putih letak sehelai daun kunyit, memang sedap sangat, dimakan bersama sambal hidup (bilis mentah ditumbuk bersama cili dan sedikit garam, diperah asam limau, aduhh kecur air liur).

Sampai di kampung Ahad kelmarin usai majlis tahlil dan doa selamat selepas Subuh itu, saya tercangak-cangak memerhatikan durian yang tergolek-golek di serata kawasan bawah pohon durian.  Hati-hati juga, bimbang dihempuk durian dari atas, saya kutip dan longgokkan setempat.  Alhamdulillah, dalam 30 biji juga yang sudah gugur.

Rezeki dari Allah.  Allah jua yang menjaga rezeki ini daripada dirosakkan oleh haiwan tupai dan monyet kera yang sering bertandang ke rumah mak.  Tak nampak bayang pun di mana-mana!  Kata mak, biasanya sebelum meninggalkan kampung, abah akan 'tembak' mercun bola ke arah hutan kecil di belakang rumah, sebagai amaran dan pemberitahuan kawanan 'dara' yang tinggal di situ.

manggis sedang menunggu masa untuk masak ranum
Dara?

Hehe ... entahlah, mak yang panggil keluarga kera tu sebagai 'dara'.  Lantak la ... mak sayangkan daranya tu, kalau tak merosakkan barang di luar dapur mak dan buah-buahan, tak marah agaknya mak.  Hmm ... mak penyayang kepada haiwan.  Dia rajin beri makan sepasang tikus mondok di rumah kami dulu.  Pelik jugak, ngeri pun ada.  Bukan kecik punya tikus.  Iya la, bukan setakat dia meratah barang dalam stor tanpa izin, bahkan disiapkan saki-baki nasi untuk dimakan.

hero ayam jantan mak
Ni, marah tu tetap marah.  Marah sebab mengacau sehingga ke tangga rumah kalau mak abah tiada di rumah.  Terbalik lintang-pukang jadinya.  Aik, makan pun diberi juga.   Belum masuk dengan ayam jantan mak lagi.  Ayam betina je yang sopan sebab mengeram dalam pasu kat tiang tangga.   

nak jamahkan keluarga Segamat
Puas juga dapat makan durian kampung.  Alhamdulillah.  Saya dan Pak Meon peminat durian pahit.  Anak-anak sukakan durian lemak manis.  Dan lepas tu, macam biasa ... angin la satu badan.  Kejap-kejap ada je bau durian yang muncul di udara.  Paling teruk kalau dalam perjalanan, kena ingatkan penumpang supaya bagi isyarat kalau nak melepaskan angin.  Pulang ke Segamat, Pak Meon langsung tak buka aircond kereta.  Apa taknya, mau lemas dengan bau durian 10 biji kat bonet.  Tu belum lagi kalau ada yang nakal-nakal sengaja bagi lepas angin tanpa makluman hehe ... Bau sendawa pun dah semacam peghat aromanya.

pokok durian depan rumah, ada mangkuk dan tin susu digantung untuk menghalau kera
Alhamdulillah, dapat la menjamahkan mak abah mertua dan kakak ipar juga.  Tak ada yang busuk, semua cantik dan sedap rasanya.  Yang busuk atau rosak dah gugur awal-awal lagi.  Sempat juga kami rasa sepangsa dua buah durian yang rosak masa pulang raya haji lepas.  Kini yang masih berputik muda ialah buah rambutan dan manggis.  Buah kundang pun dah ada yang hijau kekuningan.  Saya agak, dah bertahun tak merasa buah kundang di pokok tua itu.  Tahun ni, menjadi-jadi pula buahnya.  Alhamdulillah.

Kepada sanak-saudara yang membaca ocehan di blog ini, jemputlah datang untuk merasa buah-buahan yang ada di kampung tu.  Tak banyak mana pun, ada durian, kundang, manggis dan rambutan.  Kat belakang sana, ada rambai dan langsat, tapi bukan musimnya sekarang ni.  Ini pun sementara masih ada musim durian.  Banyak yang rosak ditebuk tupai, mana yang jatuh masa mak di IJN dulu dah selamat dikerjakan kera.  Kalau durian dah habis, rambutan dan manggis sedang menanti giliran untuk masak ranum.  Mungkin bulan depan boleh la dimakan.

* Nak datang tu, mohon telefon dulu ya.  Sebab kadang-kadang tuan rumahnya tiada di rumah. 

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing