Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Saturday, November 12, 2011

ketika dinihari

As salam.  Salam dinihari.  Hampir 2.30 am. 


*Baru sudah bersihkan dapur.  Adunan biskut chipsmore dapat 100 biji.  Adunan kek coklat lembap yang ditukar menjadi cupcakes dapat 60 biji.

Mula-mula nak buat biskut je.  Sedap! macam tu lah kata cik abang.  Dia capai lagi kepingan ketiga.  Yang lain sudah dimasukkan ke dalam plastik kecil berisi 10 biji.  Harga dikira.  Sudah ditetapkan 10 biji biskut rangup untuk RM2.00.  Pasaran pun sudah dicadangkan. 

Bila nak buat cupcakes?  tanya cik abang.

Sebenarnya sudah lewat malam.  Cadangnya nak masuk tidur je.  Tapi apabila ditanya begitu, hati terdetik pula apa salahnya buat cupcakes pulak. 

"Along, temankan mama boleh?"

Que (dia minta guna nama ni pulak ... )pun angkat laptop dan bersalai depan tv yang hitam gelap.  Tak ada sesiapa berminat nak tengok tv semenjak ada streamix kat rumah.

Alhamdulillah, dipendekkan cerita, sekarang ni dapatlah saya mengadap laptop pulak sekejap.  Sempat pula menjenguk blog pakar kek yang juga penulis berbakat ini.  Cantik-cantik kek yang dibikinnya.

Terfikir pula diri ini.

Nak menulis, setelah begitu ramai orang-orang yang lebih  hebat di bidang penulisan. 

Sekarang timbul pula minat teramat sangat terhadap kek dan cupcakes.  Minat pula nak mendeko cupcakes walaupun tangan dah keras. 

Wahai dunia dan ahli-ahlinya.

Untuk menghiburkan hati ~~ wahai diri, semua itu hanya sementara.  Perjalanan hidup sudah termaktub sejak azali.  Setiap orang dengan perjalanan dan jadual masing-masing.  Usah kecewa dan menyesali diri.  Jangan memandang orang yang lebih, kerana akan timbul penyesalan dan persoalan.  Lihatlah orang yang kurang, supaya dapat mengucapkan kesyukuran dan berterima kasih kepada Allah yang telah menetapkan setiap sesuatu dengan sifatNYA yang Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan Maha Pemurah. 

Alhamdulillah.  Ya Allah, bantulah kami untuk memikul tanggungjawab yang telah diletakkan di pundak ini dengan sempurna.  Bantulah kami membaiki diri.  Bantulah kami mendekatkan diri kepadaMU.  Bantulah kami di dalam segala hal titik bengik dan besar-besar.  Teguhkanlah iman kami.  Tingkatkanlah sabar kami.  Hiasilah kami dengan akhlak mulia dan peribadi yang tinggi.  Tolonglah kami mengikut sunnah RasulMU agar hidup yang sekejap ini sentiasa diselimuti redha dan berkahMU.  Janganlah biarkan kami mencemburui orang-orang yang ahli di dalam bidang mereka.  Tetapi semoga kami cemburu kepada orang-orang  yang sentiasa berusaha membaiki diri, berusaha mendekatkan diri kepadaMU, bermujahadah dan bertaubat sentiasa.  Semoga dengan cemburu yang diizinkan ini, kami mendapat bahagian yang lebih baik dari dunia dan isinya, yang harganya tak lebih dari sebelah kepak lalat di sisiMU.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami semua.  Tiada tempat lain lain untuk kami menghadapkan muka dan menadah tangan memohon meminta, hanyalah kepadaMU yang Esa.  Terimalah dan kasihanilah kami, ya Allah.

Ameen.


No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing