Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, November 22, 2011

Jenama Bariani Master

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mata mengantuk nih ... dan badan amat letih rasanya.  Kami baru sampai dari Tangkak lebih kurang ketika waktu Isyak masuk tadi.  Saat ini jam di sudut kanan bawah laptop menunjukkan 10.47 PM.  Waktu untuk merebahkan badan dan melelapkan mata!  Tapi teringin pula menjenguk ke sini seketika. 

Hmm ada satu komen ringkas dari kakak saya rupanya.  Hehe ... 

Terfikir entri Bariani Master Dilancarkan.  Ada rakan FB yang keliru.  Apa yang dilancarkan sebenarnya?  Kedai makan ke, atau laman web? 

Semasa di kampung, saya terfikir, sebenarnya yang dilancarkan itu ialah JENAMA Bariani Master.  Jenama ini akan dimasyhurkan untuk sebuah kedai makan di sekitar Klang (lokasi tepat akan dikhabarkan kemudian ya), dan serentak dengan itu sebuah laman web dengan jenama yang sama turut dibina untuk penyampaian maklumat yang cepat dan tepat tentang perkhidmatan dan pelbagai resepi khususnya untuk peminat bariani di internet, di mana jua berada. 

Kini semuanya sedang dalam proses menyiapkan asas yang paling kukuh dan teguh untuk menceburkan diri di dalam kancah perniagaan yang paling hebat ini, semoga 'bangunan' yang dibina kelak tidak akan mudah goyang dan goyah walaupun dilanda 'tsunami', insyaallah.

Apa yang ada ialah minat, sambutan rakan handai taulan terhadap hasrat ini, sokongan moral yang dikumpulkan sejak lama dan sedikit pengetahuan tentang pemasaran.  Selebihnya adalah pertolongan dari Allah Taala yang disalurkan melalui tangan-tangan yang menghulurkan bantuan, baik ahli keluarga mahupun kenalan, alhamdulillah.

Suami saya sudahpun menetapkan suatu tempoh yang sesuai untuk memulakan operasi.  Namun saya lebih suka menyimpannya dan tidak mewarwarkannya di sini, sehinggalah pintu kedai makan itu dibuka dengan rasminya pada hari pertama pelancarannya kelak, insyaallah.  Tambahan pula blog ini sekadar tempat saya mencatat sekelumit kisah.  Apa-apa tentang Bariani Master, akan dicatatkan di laman web  http://barianimaster.blogspot.com/, insyaallah.


Tentang cupcakes.  Semasa di Tangkak, saya singgah membeli cupcakes di kedai kek di pekan itu, hmm ... menarik tapi rasanya kurang terutama toppingnya.  Kek itu keras tetapi kemudian jadi cair meleleh apabila berada di dalam kereta.  Harganya RM1.20.  Saya cuma nak rasa macamana membeli cupcakes, macamana packing cupcakes dan nak tahu harga jualan.

Semasa di R&R Seremban, kami singgah untuk mengisi minyak dan mengisi perut yang berkeroncong di Petronas.  Mata saya segera menjeling kabinet kaca yang menempatkan pelbagai jenis kek dan pastinya ada cupcakes.  Cantik menarik, saya ambil satu dan membayarnya, RM3.  Perut masih kenyang makan di kedai makan Jalan Solok Tangkak tadi, tapi demi nak menikmati cupcakes ini saya gagahkan menggigitnya sedikit demi sedikit.  Dalam hati terfikir, andai berat badan makin bertambah gara-gara nak merasa cupcakes jualan, nayala saya ...

Nampaknya, saya sedang mencuba secara alami pula setelah puas melayari internet menatap pelbagai jenis corak hiasan topping di atas cupcakes. 

"Bang, lepas ni kalau kita jumpa kedai kek, mesti singgah ya.  Nak tengok dan nak rasa cupcakesnya ..."  Saya sudah siap berpesan kepada suami, tentang keinginan mencuba cupcakes di mana sahaja kedai kek yang ditemui nanti.  Wah wah wah! 

Suami saya diam aje sambil membuat reaksi toyanya.  Dalam hati sudah ada ura-ura nak menumpangkan cupcakes bikinan sendiri di kedai Bariani Master itu.  Tapi ... kalau saya stay di kedai kerana sama-sama bertugas, bila pulak saya nak buat cupcakes???

Novel saya tu???

Aduh, kini saya sepatutnya sudah mengirimkan bab 9 kepada Sifu, tapi saya belum jumpa lagi plot menarik untuk dikembangkan dengan sempurna.  Apa yang dah ada tu, macam tak best aje.  Macamana ni eks ...? 

Tak mengapalah, saya nak berhenti menulis blog ini dulu.  Cukuplah untuk malam ini.  Hampir jam 12.  Nak selimutkan budak-budak ni, dan ... masuk tidur :)  Mudah-mudahan akan muncul idea menarik dalam mimpi nanti hehehe ...

Sehingga bersua lagi, senyum selalu.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing