Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, November 29, 2011

ikut sunnah - bersiwak

Alhamdulillah, saya dah pandai guna kayu siwak hehe ...  Sebenarnya dah berbatang-batang kayu siwak yang diberi kepada saya oleh ahli keluarga yang balik dari Tanah Suci, ataupun yang saya beli sendiri, atau diberi oleh kawan-kawan.  Tapi memang tak pandai menggunakannya.  Cuba ... bukan tak mencuba.  Ishh tak reti betul.  Dah tu saya letak dalam bilik air bersama-sama dengan berus gigi, lama-kelamaan batang siwak menjadi hitam dan lembik.  Saya buang, dan simpan siwak lain dalam kotak di dinding, hmm dah tersimpan kat situ tersembunyi dari pandangan pulak ... terlupa manjang. 

Ada macam-macam saiz siwak saya, yang sebesar kelengkeng, sebesar jari manis, sebesar ibu jari pun ada!! Hah, tu dia.  Bila ditonyoh ke gigi, berterabur serat bulunya.  Lepas tu, bau dia satu macam, tak menimbulkan keinginan nak menggunakannya lagi.  Kenapa bau macam tu?

Sejak Naqib duduk madrasah, saya rajin bertanya kat dia termasuklah pasal penggunaan siwak.  Dia pun jarang bersiwak, tapi saya memang tekankan sangat supaya dia pakai siwak.  Ada keberkatannya di situ.  Cuma saya yang tak pandai pakai.  Kalau pergi Sri Petaling lagi, saya nak tanya betul-betul kat tukang jual tu macamana nak guna siwak, itulah cadangan saya.  Naqib cerita, kawannya istiqamah menggunakan siwak, pergi mandi cuma bawa sabun mandi dan siwak; mulutnya tak berbau pun cuma bau siwak je.  Itu yang saya geramkan anak seorang ni.  Dia tau manfaat siwak, tapi dia masih guna berus gigi.  Siwaknya mudah betul hilang.  Dulu dia pernah tunjuk kat saya siwaknya yang dibeli di SP, saya pun kagum tengok siwak dalam bekas macam pen tu, senang selit kat kocek.  Hilang! Beberapa kali pakai siwak asyik hilang, dia guna berus gigi je. 

Naqib tunjuk macamana nak pegang siwak.  Katanya, jangan letak siwak dalam bilik air.  Lepas gunakannya, letak siwak dalam kedudukan berdiri.  Air siwak ditelan sebab bagus untuk perut. 

Tapi kenapa bau siwak satu macam? tanya saya.  Naqib angkat bahu.  Nak kena cuci ke lepas guna? tanya saya lagi, pun Naqib angkat bahu.  Terpulang!  jawabnya.

Saya pun guna berus gigi semula.  Terlalu rajin memberus, hingga gusi selalu berdarah.  Sebatang gigi geraham kecil atas dah kopak reput dimakan ubat gigi.  Setiap kali memberus gigi, hati risau je kalau gigi hancur lagi.  Secara peribadi, saya memandang kehidupan moden dengan segala yang mudah dan ekspress baik dari segi makanan, minuman, penggunaan harian, mengandungi bahan kimia yang akan memudaratkan tubuh cepat atau lambat.  Seboleh mungkin saya nak elakkannya, dan mendidik anak dengan pendirian yang sama. 

Alih-alih suami saya bawak balik tiga batang siwak dalam bekas pen tu dari SP, semasa dia ke sana untuk solat Jumaat kelmarin sambil survey market untuk barianinya tu.  Suka hati saya, dan minta dia siapkan siwak tu untuk saya.  Eh eh tak pernah dia berminat nak guna siwak, kali ni ada perubahan la!  Alhamdulillah syukur ya Allah.  Jadi sekarang kami berdua menggunakan siwak bila-bila masa sahaja terutamanya masa mengadap laptop.  Mula-mula asyik terlupa je, lepas angkat wuduk baru bersiwak.  Sehari dua ni tekun betul saya menonyoh gigi dengan batang siwak sebesar jari kelingking tu.  Masa nak terlelap tidur pun tangan masih pegang siwak tonyoh gigi.  Akhirnya macam dah makin pandai guna siwak.  Masing-masing pun pamer gigi hehehe ... tengok bersih tak?  Macam tak bersih je, ok tonyoh lagi tang gusi tu.  Guna siwak, sampai gigi terakhir yang terselit kat hujung sekali pun dapat dicapai dengan mudah.  Cuma kat belakang gigi masih terkial-kial, agak payah sikit. 

Suami pun ajar supaya cuci siwak lepas guna, tapi saya belum cuci lagi sejak pakai dah tiga hari dah.  Ia tak berbau pelik macam selalu sebab kering je dan lepas guna simpan balik dalam bekasnya.  Alhamdulillah, akhirnya saya pandai guna siwak.  Selesa bila gigi rasa bersih. 

Rasulullah SAW kata 'kalau tak memberatkan umatku, baginda nak kita bersihkan gigi 5 kali sehari, setiap kali nak solat', ujar suami sambil menonyoh gigi kat depan laptop. 

Iyalah, kan sunnah tu!

Suami dah sengih ... dah agak dah ... dia jawab lagi, kawin empat pun sunnah gak kan?!

Ek elehhhh ... harap maklum ye, Rasulullah pun tak bagi Saidina Ali madukan Siti Fatimah tau! 

Suami pun gelak besar, suka betul dia menyakat.  Apalah nasib aku ni, selalu kena sakat bab ni.  Hari tu jumpa Tuk Hamid, masa nak balik, tak pasal-pasal dia boleh cakap, kalau nak doa kawin dua pun boleh wak bagi, dengan selamba dia cakap depan saya.  Wahhh tergelak besar la suamiku dapat pelawaan macam tu. 

Sejak orang tua berumur 111tahun tu cakap macam tu, dalam kebanyakan sujud saya pun berdoa, ya Allah janganlah suamiku menduakan aku selagi aku masih bernafas.  Punyalah takut dimadukan ...  Hai, hanya kepada Allah tempat mengadu.  Err stop dulu la, dah lari tajuk pulak. 

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing