Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, November 20, 2011

Bariani Master dilancarkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, Bariani Master insyaAllah akan dilancarkan dengan rasminya esok Ahad, bersempena (berkebetulan) tarikh yang hmm - agak cantik juga rupanya - 20 - 11 - 2011 dengan sedikit kenduri doa selamat dan tahlil, bersekali dengan selamatnya mak saya menjalani operasi implan pace maker bulan lepas.  Semalam Jumaat, mak dah ke IJN untuk pertama kali selepas pembedahan kecil tempohari, untuk follow-up bateri kat dada kirinya itu.

Semuanya bagai mendadak sahaja pada saya.  Apabila Allah melorongkan jalan, akan terbentanglah jalan itu!  Sejak sepuluh tahun lepas, ketika suami saya membuka perniagaan berasaskan kontraktor penghawa dingin dan sedikit pembinaan, ada seorang staf yang sangat-sangat menyarankan agar suami saya membuka perniagaan berasaskan makanan.  Mungkin dia dapat membaca minat dan kecenderungan suami saya, yang sememangnya suka masuk dapur bila saja moodnya datang, atau apabila nak melepaskan tension barangkali (?).  Saya untung kan?  Tapi untung makan, selebihnya saya jugak la yang kena mencuci segala pinggan mangkuk periuk belanga yang sudah dipakai untuk menyiapkan hidangan.  Pimai pimai la tu ...

Sekali lagi, (mata dah mengantuk, main tulis apa yang terfikir je, tak de draf-draf de, macam biasa sejak dua menjak ni, macam le sibuk sangat), saya pun dengan sepenuh hati turut menyokong usaha suami saya ni.  Seluruh ahli keluarga dan sahabat handai juga demikian.  Sebaik sahaja meletus berita tentang ini, kebanyakan mereka berkata, "sepatutnya dah lama engkau bukak kedai makan!". 

Entahlah, hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang nyata dan ghaib.  Mungkin setelah ada niat yang tepat lagi diredhai Allah, maka DIA tidak bertangguh untuk membuka pintu rezeki yang ini.  Sebelum-sebelum ni, niat mencari rezeki tu tak lebih dari untuk dunia semata-mata.  Inipun hanyalah sangkaan semata-mata, segala yang sebenarnya hanyalah DIA yang Maha Mengetahui. 

Namun di sebalik rasa teruja, ada juga debaran yang melanda.  Suami saya publish entri tentang bariani master di FB.  Dan saya agak tergesa juga membuat laman web untuknya.  Bunting sedang dalam proses dengan sedikit pembaikan pada gambar dan sedikit penambahan info. 

Dengan keyakinan dan harapan yang menggunung, ini bukanlah satu angan-angan lagi.  Ia bakal menjadi kenyataan.  InsyaAllah, dan tiada yang akan menolong dari hal titik-bengik mahupun hal paling besar, dari setitik lemak kuah yang menitik di lantai dapur, hinggalah ke seulas nasi basmathi dan secubit daging kambing di pinggan pelanggan, jika tidak dengan PERTOLONGAN ALLAH TAALA jua. 

Jangan harap dengan secekap-cekap penyambut tetamu yang paling hensem dan paling cerah wajahnya di ambang pintu kedai, jangan harap dengan sehandal-handal tukang masak yang paling ceria dan paling hebat di depan tungku dapur, jangan harap dengan secerewet-cerewet pencuci pinggan dan pengelap sudu, jangan harap dengan seteliti-teliti cashier yang paling teliti pasal duit, jangan harap dengan tukang sapu lantai, tukang buat air, tukang lap meja, tukang potong sayur, tukang cuci ayam dan daging, tukang padam dan hidupkan lampu/ekon/tv etc ... jangan harap sesiapa ...

(Melampau betul!)

Haraplah kepada DIA yang SATU.  Jadi, biarlah rasa melampau.  Kalau melampau pun apa salahnya?  Salah? 

Apa yang salah?

Ya Allah ... ketika aku di jalan ini, KAU pimpinlah tanganku.  KAU suluhlah jalan di hadapanku.

Ya Allah ... ketika aku menangis dalam keramaian, KAU dampingilah aku.  Ketika aku ketawa dalam sendirian, KAU temanilah aku.  Janganlah biarku kesunyian dalam keramaian, dan kesepian dalam sendirian.

Ya Allah ... hari esok sudah asing buatku.  Hari semalam sudah meninggalkan aku.  Saat ini juga akan berlalu.  Namun ENGKAU tetap kekal dan tetap selamanya dengan segala sifat zatMU yang Maha Sempurna.

Ya Allah ...  ketika detik terus bergerak pergi.

2 comments:

Noraini Hassan said...

buka restoren atau catering? Cerah masa depan tu..!

Naqhuhines said...

insyaallah, mohon doa untuk kami ya :)

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing