Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, October 18, 2011

Sakit perut

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah.

Assalamualaikum dan salam selamat malam.  (10.40PM).
bersarapan pagi

Petang semalam uwan sudah berada di transit kedua, rumah anaknya yang bongsu.  Si bongsu yang juga kurang sihat sebenarnya di Rasah Jaya.  Abang saya yang menghantar ke sana, atas budi bicaranya selepas mengangkut uwan merata-rata ~ ziarah Fuad, ke majlis kahwin di Kg Subang, selain singgah di Nilai untuk membeli persediaan anak sulungnya bernikah Disember ini nanti.  Mohon maaf dan terima kasih.  Bro macam ada power tersendiri hihi ...  Dan terima kasih banyak-banyak sebab tolong buat 'bypass' tiga kipas yang khabarnya terkena petir tu. 
3 H

Semoga uwan tenang-tenang sahaja di transit keduanya.  Saya bekalkan biskut 'nomorechips' sebekas penuh untuk uwan.  Tak apa, nanti memang nak buat lagi insyaallah.  Tinggal nak beli tepung gandum je dan coklat chips, supaya boleh dipanggil biskut 'chipsmore' pulak ...  Biskut 'nomorechips' tu ditaburi dengan colouredrice, citarasa Hanessa untuk ditabur di atas kek lembap coklat tempohari.  Uwan puji, "sodappp, tak manih amek macam yang jual tu."  Lepas tu uwan tersedak, lalu mengurut-ngurut gelambir di bawah dagunya.  Kesian uwan ... biskut tu berseredak masuk celah tekak.

"Haa wan, makan biskut tu ingatla kat Intan."  kata Pak Meon.

pergi membawa diri huhuuu cedihnya
Uwan iyakan aje.

Hari ini, pagi-pagi melintas bilik anak dara yang uwan diami semasa tinggal di sini, teringat uwan.  Apa khabar uwan?

Ada dua jiran yang datang berkunjung, menziarahi mak.  Tengahari semasa prepare makanan, muncul Haji Abdullah dari Kuala Pilah bersama isterinya.  Tapi tak lama, tak sempat nak ajak makan pun,  mereka mohon diri.  Isterinya bercadang nak transit di rumah ini petang nanti, menemankan mak sementara abah pulang ke kampung.
Kak Ani ~ penat fikir macam2

Abah nak balik jenguk rumah.  Tengoklah ayam-ayam tu, mesti berlari-lari mengejar abah mintak makan, kata mak teringatkan ayam-ayamnya di kampung.

Akhirnya abah selamat sampai ke rumah di Kubang Gajah petang tadi, pulang bersama Andah dan Kak Jasmah.  Alhamdulillah.

Kak Imah & Syikin ~ model minggu ini


Saya teringat pagi tadi, cuaca cerah membuatkan hati saya rasa tenang.  Bercadang nak memulakan ayat 'pagi yang ceria ...'.  Dan rasanya dah cukup masa untuk menjenguk bab 7 novel Sakinah.  Tapi seperti peribahasa 'kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari.'  Saya sakit perut!

Chicken Chicker tu, kata suami yang berada di Kajang. 
'Kat ne?  Bila nak blik?  Sakit perut la.'  Begitu la saya hantar sms ke dia.  Tak de salam-salam atau mention nama panggilan pun.  Kata mak, muka saya dah pucat menahan sakit.  Akhirnya mak separuh memaksa saya ke klinik bersama abah.  Alhamdulillah, rezeki saya (yang malas nak pergi sebab malas nak menunggu giliran karang), hanya saya pesakit yang muncul waktu itu.
Abang Z ~ jeli kelapa yang sangat enak

"Saya beri awak ubat tahan muntah supaya awak tak muntah.  Ubat angin ni biar awak kentut.  Makan banyak-banyak biar kentut besar banyak."  kata doktor wanita yang berwajah jernih itu.  "Dah berumur macam ni, kena hati-hati sikit ambil makanan.  Ada enzim yang dah kurang dalam badan, bla bla bla (dah tak ingat)."

Balik rumah, saya cuba telan semua empat jenis pil.  Sekali telan dua biji bagi setiap jenis.  Tiba kat pil warna merah jambu yang besar bagak tu, tersangkut susah nak telan.  Lepas tu terus muntah kat toilet (alhamdulillah nasib baik sempat sampai ke lubang jamban tu.)  Nampak la pil-pil warna hitam, hijau, biru tergolek-golek masuk lubang bersama makanan yang tak hadam.  Cuma pil merah jambu yang tak ada, sebab tak sempat nak telan.  Alhamdulillah, lega sedikit rasanya walau perut masih sakit bisa.  'Napa doktor tak bagi muntah plak ek ..."
da only brother Abang Ariff & da only hubby Pak Meon hehe ...

Terkenang kalau uwan ada sama.  Seorang nenek uzur dan seorang ibu yang baru keluar IJN, ditambah dengan seorang wanita yang diserang sakit perut ...  Tapi saya rasa, mungkin uwan akan urut perut saya dengan minyaknya pula ...

Jadi hari ini saya hanya sempat masak gulai telur itik bersama bacang muda, di bawah seliaan mak.  Tak sempat nak masak sayur kailan macam yang dirancang, maka Pak Meon pun buat-buat tanya masa makan malam, "Aik, lauk ni je ke?"

Lepas maghrib baru saya dapat menggagahkan diri mencuci pinggan mangkuk yang tersadai di sinki sejak tengahari tadi.  Dan saya tidak berselera pun nak menjamah gulai telur itik yang nampak macam sedap tu.  Terima kasih kat Kak Imah, my only sis-in-law yang beli telur itik tu ... :))

Ada beberapa perkara yang berlaku hari ni selain serangan sakit perut tu.  Ibu, gelaran untuk isteri Haji Abdullah yang berhajat nak tidur di sini (saya baru sempat bersalam je, baru pertama kali berjumpa) terkandas kerana menjelang petang, mendapat khabar melalui abah, yang ibu kandung Haji Abdullah telah meninggal dunia di rumahnya di Parit.  Jadi, Ibu pun tidak muncul seperti yang dijanjikan dan segera dimaklumi keadaan terkini yang terjadi.

Tiba-tiba mak teringat surat-surat temujanji yang disediakan oleh IJN.  Ntah ke mana pulak tersusupnya ... harap-harap tak terbawa balik ke kampung dek abah.  Sebab esok mak sepatutnya ke mana-mana klinik untuk merawat luka di dada kirinya tu.  Insyaallah.

Suami saya pula sempat mencari HQ Magnetik Aura semasa di Kajang siang tadi.  Ada la guna sikit.  Masih melihat-lihat keberkesanannya kepada diri sendiri.  Hari tu dengar dalam radio je dan search dalam inernet untuk testimoni.  Huh, makin lama makin banyak cara yang luar biasa untuk sembuh dari sakit.  Cuma, jangan sampai salah iktikad bergantung kepada selain Allah.  Selain itu hanyalah alat semata.  Saya masih blur tentang bagaimana ia menjalankan fungsinya kepada tubuh.  Perkataan yang saya pegang ialah 'aura'.  Magnetik tu ... hmm mungkin ada kaitan dengan magnet.  Tak mengapalah, nanti ada masa dan kerajinan, boleh search lagi pasal benda-benda begini insyaallah.

Jam 10 tadi, suami saya berbasikal (mimpi hapa ntah, tiba-tiba nak kayuh basikal plak malam2 gini, sempat la pam tayar yang dah kempis) ke taman sebelah untuk ziarah jiran yang sudah beberapa tahun keuzuran.  Khabarnya orang-orang surau pun ada bersama.  Semoga saudara Yusaini sentiasa tabah dan bersabar di atas dugaan hidup yang menimpanya.  Saya respek dengan beliau ni, sebab dia sentiasa bersikap cool dan ceria kalau berjumpa di mana-mana.  Semoga ujian kesakitan ini akan meninggikan lagi darjat beliau di sisi Allah dan diberikan pahala yang tidak terhingga di atas kesabarannya.  InsyaAllah.

Jenguk laptop jap.  Ada message di FB.  Tegur sapa dari kenalan.  Antara katanya bertanya khabar, looks like the very enjoy life.  Alhamdulillah.  Nikmat hidup tetap ada, dan apa yang berlaku adalah antara nikmat-nikmatNYA yang wajib disyukuri, semoga dengan demikian akan ditambah lagi segala nikmat itu olehNYA.

QS lbrahim (14): 7:
 
     Jika kamu bersyukur pasti akan Kutambah (nikmat-Ku)
     untukmu, dan bila kamu kufur, maka sesungguhnya siksa-Ku
     amat pedih.


Segala sesuatu ada hikmah dan rahsia yang hanya DIA yang Maha Mengetahui.  Kita hanya diberikan sedikit ilmu untuk memahami sekadar ukuran yang diizinkanNYA.  Apa lagi yang lebih baik, selain tetap yakin dan redha, tetap sabar dan mengharap?  Semoa DIA akan mencampakkan rasa cinta yang termahal, cinta kepadaNYA ... yang dinanti-nanti akan bertemu, yang mengatasi segala nikmat yang dijanjikan.  PERTEMUAN DENGANNYA!

InsyaAllah.

Semoga ketemu lagi :)




2 comments:

Noraini Hassan said...

Keluarga 69.

Food poisoning memang elok muntah baru OK.

Naqhuhines said...

haha mungkin makan petai yang dibawa dari kelang tu ... mak suruh goreng petai ngan bilis, cili n bawang. Lepas makan petai tu rasa perut berpusar2 bisa.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing