Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, October 31, 2011

minum susu kuda

Assalamualaikum, juga salam dingin di malam Selasa.

Apa khabar?  Semoga anda sihat-sihat jua.  Sekiranya demam, segera cari penawarnya.  Khabarnya, kalau ke klinik kerajaan, darah anda akan disiasat.  Sekarang nimacam-macam penyakit yang merbahaya dan mudah pula berjangkit di seluruh dunia.  Tengahari tadi ketika menelefon mak di kampung, saya dapat berita Andah, anak lelaki abah yang tinggal di Taman Intan Kuala Pilah tu dalam ICU kerana demam denggi yang serius.  Rupa-rupanya dia dah demam sejak lima hari lepas; demam dan kebah, lepas tu demam balik hinggalah dengarnya tadi dia jatuh pengsan dan terus di bawa ke hospital Kuala Pilah.  Bahaya kan?  Jadi, berhati-hatilah terutama dari segi pemakanan kita. 

Tadi pagi, saya ke klinik Telok Panglima Garang membawa Amirah Hurilain untuk buat pemeriksaan kesihatan.  Alasan saya, Hurilain ada tonsil dan saya suruh dia tanda semua penyakit yang ada dalam sejarah keluarga, sama dengan yang saya tandakan di borang pemeriksaan kesihatan sendiri dulu.  Dan, saya beritahu pegawai kesihatan yang sangat pekat loghat Kelantannya itu, tentang jangkitan kutu yang sedang menyerang kepala Hurilain.  "Wajib ada kutu!", kata kawan-kawannya ... Hmm!

Jadi, cuti dua minggu sempena Aidiladha ini, abahnya sudah pun membelikan sikat kutu untuk Hurilain.  "Comelnya!"  katanya hairan melihat anak kutu yang sangat kecil terselit di celah sikat kutu. 

Di masa yang lain, "Mana kutu ni?  Boring la pulak dah tak ada kutu," dia merungut kecil sebab keasyikan menyikat rambutnya sudah tak ada hasil.  Kutu dah habis ditindas di atas kertas putih.  Cehh!   Takkan nak menternak kutu kot??? 

'Heh, mama pun pernah duduk asrama tau.  Tak ada kutu pun! Masa sekolah rendah ada la ... itu pun tak lama sebab beberapa hari je dikerjakan dek uwan, selesai ... tak sempat nak bercucu kutu-kutu tu.'

Untuk memastikan cucu-cicit si kutu juga dapat dihapuskan, saya minta syampo kutu sekali.  Ada sedikit risau, kerana rambut Hurilain agak tebal.  Kot ada yang terlepas pandang tak tercapai dek sikat kutu, akan dapat dihapuskan dengan syampo.  Malam ini projek membenteras kutu akan dijalankan menjelang waktu tidur.  Semoga berjaya, dan tak berjangkit kepada ahli keluarga yang lain.  Ohh ... tak dapat dibayangkan kalau kepala saya dihuni oleh sang kutu juga!

Kepala masih agak pening, saki-baki kepeningan sejak malam Sabtu kelmarin.  Tengah tidur, kepala dirasakan berdenyut-denyut!  Lepas tu, badan mula rasa tak selesa dan perut sebu.  Sungguh kuat kesan perubahan hormon akibat sebiji pil putih itu!  Huh, memang tak larat badan nak menanggungnya.  Perlu fikir alternatif lain, yang tidak ada kesan sampingan.  Insyaallah.

"Yang! Jom minum susu."

Aduh!  Cik abang dah menuju dapur.  Ajak saya minum susu ... bukan sebarangan susu, susu Kuda Sumbawa dari Indonesia.  Sebotol kecil 500ml dibeli dengan harga RM80 (kekawan ada diskaun).  Ia khabarnya sangat berkesan sebagai alternatif untuk semput dan sakit kuning yang berpunca dari gangguan anggota hati.  Rasanya ... masam seperti dadih namun masamnya agak tajam.  Andai tak difikirkan manfaatnya, saya tak akan meminumnya.  Semoga Allah memberkati dan memberi kesembuhan, ameen.

"Anak-anak!  Jom ke dapur!"

Kami berempat mengelilingi meja, dengan si abah sudah memegang botol mineral berisi susu Kuda Sumbawa dari Indonesia yang dibeli kelmarin bersama sudu bongkok plastik berwarna biru yang memang disediakan di dalam peket plastik bersama air susu kuda.

Abah menyudu susu ke dalam mulutnya.  Wajahnya selamba.

"Mama!" 

Uh, saya telan air susu itu dan menekan perasaan yang bercelaru rapat-rapat.  Saya reguk air masak beberapa teguk.  Rasa susu lenyap.

"Kakak!" 

Hurilain menganga dan susu kuda lenyap di dalam tenggorokan.  Dia segera mencapai mug dari tangan saya, guk guk guk, air masak di dalam mug habis.

"Hidayat!"

Dia belum pernah merasa air susu ini.  Hanya saya dan Hurilain serta si abah yang baru sekali meneguknya.  Kami memerhatikan wajah budak lelaki ini dengan penuh minat.  Ha ha ha ... mukanya serta-merta berubah kelat satu macam.  Tangannya segera mencapai tumbler biru yang ada suku air masak di dalamnya dan meneguk, kemudian dia berhenti, dahinya berkerut dan seperti berfikir dengan rupa pelik. 

"Adik!" 

Hanessa pula.  Saya bimbang dia termuntah.  Air susu hilang ditelannya.  Kami memandang Hanessa dengan musykil.  Perlahan-lahan dia tersengih.  "Nak air?"  Dia menggeleng-geleng.  Wah, budak perempuan ini lebih handal dari abangnya!  Memang selalu begitu, dia memang selalu lebih dari si abang ... lebih berani, lebih kuat, lebih tegas, dan lebih pandai mengalah.  Juga lebih mengada-ngada, kadang-kadang.  Anak bongsu ...

Teringat Naqib, budak yang tak sukakan susu semenjak berumur 6 bulan, dan memuntahkan semua susu yang masuk ke perut sehingga habis satu badan dari kepala hingga kaki disirami susu.  Apa akan jadi kalau kami berpakat dan umpan dia minum barang sesudu agaknya???

"Mudah-mudahan penyakit-penyakit kita sembuh, disembuhkan Allah, dengan berkat air susu Kuda Sumbawa ni."  Si abah pun menyambung dengan testimoni Haji Mat, tokeh restoran di TTDI Jaya yang sangat positif. 

"Tapi, cukuplah sebotol ni kot."  Si abah sengih kecil.  Cukuplah sebotol, tak larat nak menelan lagi untuk botol kedua.  Rasanya ... urgh! 

Ada sesiapa nak mencuba susu Kuda Sumbawa?  Silakan ...




No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing