Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, October 13, 2011

kentang goreng tak pas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Catatan semalam.

Mak beransur sembuh.  Alhamdulillah.  Tengahari tadi suami saya menjenguk mak bersama abah.  Mak dah ceria, katanya.  Tetapi mak tak mahu menyimpan telefon bimbit.  Mak mahu berehat dengan tenang.  Mak juga sudah buat fisioterapi selama dua jam.

Lauk kentang goreng saya dah bikin untuk uwan.  Nak cepat (manjang je nak cepat ...) saya sagat menggunakan penyagat, menghasilkan reja kentang yang lurus tapi putus-putus.  Apabila kentang sudah menjadi kecil, saya hiris nipis di atas papan pencincang.

"Ini sayur kobih ko ni?"  Saya terdengar uwan bertanya kepada suami,  yang menjenguk dapur sebentar.  Uwan makan bersendirian.  Suami sudah makan menemankan Hidayat petang tadi.  Saya makan main-main je.  Abah pun dah makan selepas Maghrib.  Jadual makan uwan mesti sesudah solat Isyak, dia menunggu waktu di atas kerusi hingga azan Isyak berkumandang.

"Tu kontang goreng tu wan."  Nampaknya rupa kentang goreng pun dah tak pas.

Saya masih bertelekung.  Saya jenguk wan.  Nampaknya kentang goreng saya tak menepati piawaian uwan.  Dia kata pakai sagat lain rasanya.  Saya rasa macam dah sedap sangat dah tu ... (perasan).

"Nanti bia den buek."  Maksudnya dia mahu memotong kentang itu dengan cara sebenar yang dia mahu, dan saya akan tumiskan.  Oh ya jangan lupa mesti kena goreng dulu.

Hanya masakan Mak Ramlah sahaja yang tiada komplen dari uwan.  Memang masakan Mak Ramlah kelasss ...  Mudah tapi sangat sedap berperisa.  Kalau gulai, pekat berasa.  Kalau masak lemak putih pun sedap sangat.  Itulah namanya air tangan orang tua.  Air tangan saya belum cukup perisa hehe ...

Tapi uwan masih ok.  Kalau arwah onyang saya dulu, lebih cerewet berbanding uwan.  Saya yang masih budak-budak lagi, mengira bilangan dia mencedok beras ke dalam periuk.  Kekonon rajin nak mengira la tu.  Onyang tuang balik beras ke dalam tempayan.  Lepas tu dia cedok lagi beras, saya yang tak faham mengira semula.  Akhirnya kena marah dengan onyang hehe ...

Ikan bilis onyang jenis terpilih, biasanya yang halus berwarna putih.  Anak bongsu onyang yang belikan dari Klang (sebab dia duduk di Klang).  Kentang goreng yang dicincang memang lauk kegemaran onyang.  Uwan yang akan siapkan.  Kalau orang lain masak, onyang segera tahu.  Tak sedap sangat la tu agaknya.

Air tangan onyang pun hebat.  Sampai sekarang saya terkenang-kenang kuih koci buatan onyang.  Buatannya sangat teliti.

Berbalik kat uwan, kalau kerja mudah-mudah yang boleh dilakukan sambil duduk boleh la uwan buat.  Guna fine motor skill.  Bagus juga untuk senaman jari uwan.  Nanti esok akan saya serahkan beberapa biji kentang untuk uwan kerjakan seperti yang dimahunya.  Saya siapkan rencah aje.  Saya mula fikir-fikir apa lagi yang uwan boleh buat sambil duduk kat meja makan tu.  Jadi tak ada la uwan asyik tersengguk aje bila duduk berehat selepas makan.  Tentu uwan pun suka dapat buat kerja.  Hmm ... apa ya?

Satu je lagi komen uwan, cili saya jenis pedas.  "Sebijik jo tu wan!"  Saya tekankan berkali-kali setiap kali dia kata "leher den podih" selepas menyuap.  Kata uwan, mulutnya tak pedas, tapi pijar cili tu terasa di anak tekak. Kalau tak ada cili, tak boleh jadi pulak.  Uwan yang suruh letak seulas je. Hmm ... bila uwan tak ada, susah pulak nak cari cili pedas.  Pak Meon selalu ratah cili, katanya tak pedas.  Yang ini, pakai seulas je pun dah pijar mencala-cala.  Kena ambil benihnya buat tanam kat tanah sekangkang kera kat belakang nih ... sapa nak benih cili pedas?


1 comment:

Noraini Hassan said...

Sharing - Petikan dari rakan blog -Keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud beliau berkata: “Saya bertanya kepada Nabi SAW. “Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: “Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah.” � (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing