Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, October 25, 2011

Jemputan ke Sastera Kayangan

Assalamualaikum dan salam pagi Selasa.

Bagai di awang-awangan!  Saya telah menerima jemputan dari pengurus blog Sastera, Kak Aini, untuk meneruskan sambungan novel Sakinah di Sastera Kayangan.

Blog tertutup Sastera Kayangan dikhaskan untuk anak-anak didik Sifu yang sudah menghampiri bab-bab terakhir dalam karya mereka.  Ia berbeza dengan blog Sastera, yang terbuka kepada sesiapa jua untuk menjenguk dan membaca hasil nukilan peserta-peserta bengkel.  Sefaham saya, Sastera Kayangan disediakan untuk menjaga ketulenan karya peserta sehingga ia diselesaikan ke noktah terakhir, dan menemui penerbit di luar sana. 

Saya sudahpun berada di bab 7 Sakinah.  Alhamdulillah kini saya turut diberi peluang menjenguk blog tersebut, yang selama ini hanya saya baca dalam 'jerit kat sini' di Sastera, oleh penovel-penovel yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan karya di sana.

Semakin menghampiri klimaks, semakin banyak yang perlu diusaikan.  Semakin berat dan mendalam apa yang perlu difikirkan.  Ia semakin mendebarkan! 

Pertama kali menjenguk Sastera Kayangan, saya berperasaan benar-benar bagai berada di alam kayangan.  Dengan blog yang bersih dan cantik kemas, ia kelihatan begitu sunyi dan sejuk nyaman.  Sudah siap thread untuk saya, dan pesanan kerja yang perlu saya persiapkan.  Ada juga 'kesan-kesan peninggalan' penulis lama, termasuklah Mencari Amira oleh Zulina Hassan, kakak saya, tetapi ia sekadar tajuk sahaja.  Mungkin ditinggalkan sebagai rekod di sana.

***

belalang muda mainan Hanessa

belalang jinak

asyik dipegang-pegang, kasihan ...

Hanessa dan si Cici (ada nama ...)

"Sampai bila ..."  kata si Cici

Urut urat saraf yang selalu krem

Di sanakah alam kayangan?  Teringat Sastera Kayangan

Langit pagi di Sijangkang

telur lalat untuk eksperimen Hanessa, tapi tunggu punya tunggu tak menetas juga

buat biskut chipsmore

tada!  sedap nyum nyum!

Ummi Faridah datang berkunjung menziarahi mak

Kiki ~ ulat sampah yang dikutip dari tong sampah.  Ada tiga ekor.

Haiwan peliharaan Hanessa ada dua ~ seekor belalang kunyit dan tiga ekor ulat sampah. 

Nyawa Cici hanya tiga hari aje.  Semalam pagi dia sudah lemah, tak lagi memegang jari Hanessa.  Akhirnya petang semalam tubuhnya tidak lagi memberi respon dan keras.  Hanessa frust juga tapi, "Tak apalah, dia mati masuk syurga," katanya selamba.

Ulat sampah tiga ekor dah tinggal dua.  Satu tersepit di penutup bekasnya.  Ulat yang tinggal nampak kurus.  Mungkin tak cukup serpihan roti yang diletakkan oleh Hanessa.  Saya masukkan secubit daging ikan.  Pagi ini tak nampak pun sebarang pergerakan ulatnya. 
"Mungkin ulat tu duduk dalam daging ikan tu ..."  kata Hanessa.  Dia mula tak mengendahkan eksperimennya. 

Dia sebenarnya tak sabar nak melihat ulat bertukar menjadi lalat.  Dia mahu dua ekor lalat kecil muncul di dalam bekas.  Tak apa, kita tunggu aje le.  Saya pun nak lihat juga hasil eksperimen ini, yang dibawanya ke hulu ke hilir termasuk semasa menjenguk si kakak di madrasah kelmarin.  Bukan mudah nak membuat eksperimen walaupun semudah ini.  Tetap perlu ilmu bantu untuk sukses.  Hanessa tetap belajar dari kegagalan eksperimennya.  Insyaallah.

Semoga Allah memberi kejayaan dan kecemerlangan kepada semua anak-anak milik kita (yang sementara ini)  di dunia dan di akhirat.  Ameenn.\

Sehingga bersua lagi, senyum selalu.

3 comments:

Noraini Hassan said...

buktikan...keluarga hassan boleh!

Tak mau la main ulat sampah, geli!

aranam said...

Tahniah! :-)

Naqhuhines said...

mak ngah, insyaAllah. Mohon doakan juga, ya. Wah, bawa imej keluarga Hassan ... (sambil fikir2 sambil pandang kipas berpusing :))

Dulu ada ulat beluncas di pokok limau belakang rumah. Tapi balik dari Brunei, nampaknya dah terang tanah belakang yg sekangkang kera tu ... pokok limau pun dah tak ada. Kalau bela beluncas, more practical ... akan muncul rama-rama atau kupu-kupu. Hanessa dah tak endahkan ulatnya. Nampak macam dah mati kering je dalam bekas tu.

Aranam, terima kasih (dengan malu-malu hehe ...)

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing