Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, October 18, 2011

Dayat yang risau, Nessa & ulat

Assalamualaikum dan salam pagi Selasa.

Rasanya masih belum cukup fit untuk berlagak seperti biasa.  Masih ada saki-baki bisa di bahagian abdomen.  Semoga beransur untuk sembuh, insyaAllah.

Pagi ini, Hidayat memulakan hari dengan airmata.  Saya peluk dia dan bertanya kenapa dia menangis.  "Dayat takut tak dapat jawab ..."

Ooo ... hari ini dia ada peperiksaan akhir tahun subjek Mathematics.

Alahai ...

Jiran-jiran saling berbicara tentang anak masing-masing di FB.  Saya pun menyampuk, 'redha dengan apa jua keputusannya.  Masuk kelas tak sampai tiga bulan.  Dapat buku teks hanya dua.  Buat sekadar termampu tapi cuba the very best.'

Malam tadi, sambil berbaring menahan bisa yang masih merengat di perut, saya pun 'slowtalk' dengan Hidayat.  Dengan suara yang slow, saya bercakap apa yang perlu.  Kalau result turun atau teruk sangat, dia akan turun kelas.  Masuk kelas corot, dapat kawan-kawan yang suka main dan cikgu-cikgu mungkin lain caranya untuk mengendalikan orang-orang yang suka main-main macam tu.  Jadi kita boleh jangkakan dua kemungkinan, sama ada cikgu akan lebih strict (cikgu tertekan, dan murid pun tertekan, tapi murid dapat kebaikan sebab perlu lebih fokus), atau cikgu lebih fleksibel (kurang tekanan, tapi kerugian kepada murid sebab tak ada tekanan maka fokus tidak meningkat di dalam kelas).  Ini sekadar jangkaan saya sebagai ibu, dan pengalaman sebagai murid.  Tidak langsung berniat nak menakut-nakutkan Hidayat. 

Namun nampaknya ia menimbulkan kesedaran kepada Hidayat.  Dia menjadi risau hingga menangis.  "Abah, macamana nak simpan amalan?"  tanyanya kepada abahnya selepas solat Isyak.  Wah, 'simpan amalan'?  Saya pun baru dengar istilah ni.  Kata suami, mungkin Hidayat mendengar perbualan abahnya dengan Pak Long Mansur semasa menjemput beliau ke Hospital Kuala Pilah bagi merawat mak tempohari.

Hidayat betul-betul susah hati.

Hati saya berkata, situasi seperti dah terbalik.  Biasanya para ibu yang susah hati dan kerisauan memikirkan anak nak periksa.  Saya tak mahu beri tekanan kepada Hidayat, tapi dia benar-benar terkesan dengan sedikit input dari saya.

Sebenarnya bagus juga, sebab dia terlalu asyik dengan games bergilir-gilir dengan adiknya.  Laptop saya memang tak dibenarkan diusik mereka.  Jadi laptop lama itu yang mereka gunakan sampai lenjan.

"Tahun depan insyaallah mama hantar Hidayat dan adik ambik tusyen.  Mudah-mudahan lebih faham nanti."  Hidayat angguk.  Hanessa dah tak sabar-sabar nak pergi tusyen.  Entah apa tusyen itu pada fikiran dia agaknya ... 'Boring la, nak gi tusyen sekarang boleh tak?'  tanya Hanessa.

Semalam dia mengutip seekor ulat sampah dan disimpan di dalam bekas jelly bersama seketul roti yang dilembapkan dengan air.  "Nanti ulat ni jadi rama-rama ke mama?"

Saya katakan supaya dia bela aje dengan makanan dan udara, dan lihat sendiri ulat itu jadi apa.  Mula-mula dia agak geli, tapi perasaan ingin tahu yang tinggi membuatkan dia berani mengusik ulat itu sesekali.  Uwannya pun melayan Hanessa dan si ulat yang lincah bergerak-gerak di dalam bekas.  Uwannya tak mahu Hanessa tidur petang, nanti malam meragam, katanya.

Ulat sebesar beras itu dibawa ke mana-mana, termasuk ketika menemani saya yang sedang sakit perut di dalam bilik.  Bekas berisi ulat diletak di sisi kepala saya.  "Ambikla ulat ni, karang dia merayap atas katil ni tak sanggup mama ..."  Tak terbayangkan kalau si ulat kuning yang kuat merayap berada di atas kepala saya!

Menjelang petang, ketika saya sudah agak kebah lalu keluar ke dapur, Hanessa bersuara dengan sedih, "Mama, ulat tu dah hilang!"

"Nakalnya dia,  pandai dia keluar dari bekas tu ya."  Tentu si ulat comel dah berjumpa lubang angin di bahagian penutup bekas plastik itu.

Mak saya pun sama bersimpati dengan kehilangan pet Hanessa.  Lalu mak cadangkan saya buat umpan untuk mendapatkan ulat yang lain pula ... Ohhhh.

Tapi sebenarnya ia sangat bagus sebagai eksperimen untuk Hanessa belajar tentang haiwan seterusnya kekuasaan Allah yang Maha Menjadikan.  Daya ingin tahu yang tinggi seperti ini harus diberi sokongan agar berkembang dengan sempurna.

Hanessa juga rajin menangkap lalat.  Dia cukup bangga sekiranya dapat menangkap lalat beberapa ekor, yang disimpannya di dalam bekas plastik juga.  Mulanya dia mengikut-ngikut si kakak yang bengang dengan ramainya lalat berterbangan di atas meja.  Dua minggu lepas, saya terjumpa bekas plastik dengan seekor lalat mati di dalamnya.  "Ni nak bela lalat, kena la buatkan lubang udaranya.  Tengok ni, dah mati dah!"  lalu saya campakkan lalat kejung ke dalam sinki.  Teringat si kakak yang rajin juga buat eksperimen lalat.  Kali pertama dia menangkap seekor lalat, dilepaskannya.  Kali kedua dia berjaya menangkap sepasang lalat.  Dengan gembiranya dia cuba meletak sedikit makanan, malangnya ketika itu sang lalat pun dapat melepaskan diri terbang lalu hilang.  Hehe ... sudahnya si kakak pun berhenti menangkap lalat, sementelah sudah menerima jawapan untuk ke madrasah.  Debaran nak melalui situasi baru lebih kuat mengatasi keseronokan membela lalat sebagai pet.

Sekian dulu sehingga ketemu lagi, insyaallah.

p/s - Hidayat menceritakan dia berusaha kuat untuk menjawab soalan Mathematics siang tadi, "tapi soalan nombor 7 tu susah tak dapat jawab ..."  Tak mengapalah, sekurang-kurangnya mama telah mendengar betapa Hidayat cuba mengingati apa yang telah diajarkan dan cuba membuat yang terbaik.

        Umpan baru sudah siap untuk dijadikan perumah sang ulat seterusnya ... sekeping kulit ayam yang sengaja didedahkan tapi macam tak menarik minat sang lalat (yang tiba-tiba macam tak muncul di ruang dapur) kerana mungkin terlalu bersih dicuci dek Hanessa di bawah air paip.  Tak sabar-sabar dia nak melihat ulat baru menjelma!


den

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing