Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, September 13, 2011

semoga anda sihat ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga anda semua sihat walafiat, gembira dan sentiasa di dalam ketenangan, dengan iman yang semakin mantap dan ketaqwaan yang semakin meningkat.  InsyaAllah. 

Semoga kita semua beroleh pimpinan Allah untuk mengikut jalanNya yang satu, jalan menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Semoga kita masuk golongan orang-orang yang dikurniakan takdir terbaik, menerima taufik dan hidayah Allah untuk mengamalkan sunnah nabi Shallallahu alaihi wassalam.



Semoga kita tidak mencari helah dan alasan untuk berbuat seperti yang diperintahkan Allah, dan semoga kita sentiasa memohon keampunan di atas ketidakupayaan kita.


Semoga silaturrahim yang diredhai Allah terjalin dengan hati yang suci dan keikhlasan, selamat dari kemurkaanNya, sehingga boleh menjadi sebab kita dipimpin ke pintu syurga kerana bertemu dan berpisahnya dua jiwa yang semata-mata kerana mencintai Allah.

Mungkin ini entri terakhir saya, wallahu'alam.  Saya ada sesuatu untuk dikongsikan, tetapi hati saya tidak ghairah untuk merakamkannya di sini. 

Hmm ... sekadarnya saja.

Saya memikirkan bolak-balik, sebab-musabab saya berkesempatan menerima status sebagai blogger.  Maka, buat sementara, saya meletakkan entri ini sebagai entri terakhir buat masa ini.  (Mana la tau, tiba-tiba esok lusa tulat langkat, beberapa entri muncul berderet-deret ... ah sudah!  cakap tak serupa bikin jadinya).  Maafkan saya sekiranya itu terjadi.  Kata orang, biarlah cakap berlapik.  Sayang juga kepada blog ini. 

Ingin berehat sebentar.  Rehat dari kelajuan alam maya yang bagai tak terkejar.  Mungkin fasa diri sudah berubah lagi. 

Oh ya, saya baru menemui channel Radio Islam Nusantara, dan saya sukakannya.  Nur Islam (RTB) masih dibuka untuk mendengar Kuliah Mufti setiap jam 7.30 pagi.  Sekiranya anda tercari-cari siaran untuk telinga sekaligus untuk hati dan minda, bolehlah anda search Radio Islam Nusantara ini. Selamat mendengar dengan telinga dan hati.

Hmm ... facebook juga membosankan.  Log in, kekadang klik 'home' dan macam-macam ada, yang berguna dan yang sebaliknya.  Betul-betul tempat manusia meluahkan segala.  Sebulan dua lepas, wah, saya aktif betul di FB.  Buat biskut biru pun post kat fb ... nak balik kg pun post gak.  Ish ish ish ... satu hal yang saya rasa ingin memberi penghargaan kepada Fb ialah apabila saya bertemu tiga kawan sekolah semasa hari raya.  Seronok la jumpa kawan-kawan, terkenang balik masa sekolah dulu.  Ada beberapa orang yang beri jawapan akan hadir tak muncul pulak, dan ada pula yang rupa-rupanya menunggu panggilan telefon (sebab tru fb je, senior, tak pernah jumpa muka), adoii ... lupa betul nak return call.  Tu dia, terjeritlah kakak tu kat fb bila dah balik dari kampung, kempunan nak jumpa katanya ... hehehe.

Juga group masturat, wanita-wanita yang peramah, periang dan selalu ingat-mengingatkan.  Tapi itupun saya tukang baca senyap aje ... kekadang aje menyampuk ...

Uhh ... banyak pulak ...  hmm ... insyaAllah saya benar-benar menyimpan azam untuk menjauhkan diri dari berFB dan berblog.  Semoga masa yang ada ini dapat saya gunakan untuk membaiki diri dan meningkatkan amal.  Makanya, kalau ada post kat FB tu, mungkin saya mengigau sekejap.  Dan kalau ada entri di blog ini, err ... tiba-tiba saya fikir mungkin satu minggu satu entri pun ok la kot.  Apa yang menarik untuk dikongsikan?  Anda boleh ziarah ke isuhangat, atau layarminda2 ... macam-macam lagi ... janji rajin blogwalking.  Pesanan saya, pilihlah blog-blog yang bermanfaat, semoga dapat mengaut ilmu yang memberi kebaikan.  Agar masa yang digunakan untuk ziarah itu tidak sia-sia, dan bacaan anda pun tidak sia-sia pula.  Ada imbalan jangka panjang.  Bukan untuk suka-suka dan seronok-seronok (escapism) yang sementara aje, sampai jadi ketagih pulak. 

Saya pula ada banyak alasan untuk tidak blogwalking ... uhhh.  Maafkan saya, tapi blog layarminda yang baru saya temui secara tak sengaja ni, memang menarik. 

Sekianlah dahulu, semoga bertemu lagi minggu hadapan ... err ...
Semoga esok masih ada untuk kita, insyaAllah.  Semoga kita semua beroleh taufik dan hidayahNya.  Ameen ameen ameen ... banyakkan doa doa doa.  Semoga doa yang baik diameenkan oleh para malaikat dan dikabulkan Allah cepat atau lambat, di sini atau di sana.  Ameennnnnnn ya Rabbal alameen.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing