Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, September 27, 2011

Selamat belajar, puteri tersayang!

Assalamualaikum.

Matanya merah.  Mata kami juga.  Si abah mengucup pipi dan dahinya.  Sebelum berlalu, si abah memeluknya, tanda kasih seorang ayah yang sedang terharu. 

"Sorang lagi anak abah tak ada ..."  maksudnya tu ~ seorang lagi anak abah dah hidup berenggang, duduk di asrama.

Dia cemik sedikit.  Matanya semakin digosok-gosok.  "Merah ke?"  tanyanya.

"Jangan digosok, nanti lagi merah!"  ujar saya.  Dia usap kedua-dua matanya dengan tapak tangan.  Memang merah!

"Janganlah peluk lagi.  Feeling la ..."  katanya.  Tau tu ... bimbang diperhatikan teman-teman baru nanti.  Saya tetap memeluknya lebih erat, mencium kedua belah pipinya dan mengucup dahinya.  Saya tatap matanya dengan senyum.  Kontrol cun hmm ... saya tak mahu menangis!  Mesti tunjuk kuat!  Err sebenarnya dah menangis dah dalam perjalanan semasa nak mencari cadar biru hehehe ...

Saya tak berpeluang membantu mengemas barangnya di bilik.  Peraturan tidak membenarkan.  Ada beberapa orang pelajar telah membantu membawakan beg dan pelbagai barangan peribadinya ke bilik.  Saya tak tahu di tingkat berapa.  Namun, hati saya rasa lega dan lapang.  Wajah-wajah yang menyapa mata adalah wajah-wajah yang manis ayu dan jernih.  Masing-masing menghulur tangan untuk bersalaman.  Ada beberapa pelajar yang comel-comel, berjubah dan bertudung hitam.  Umur mereka belumpun melepasi 12 tahun.  Mereka mengambil pengajian hafizah.


Kini saya mengenali Ustazah Habibah, Ustazah Siti Hawa, Ustazah Siti Hajar dan Ustazah Hidayah.

Ingin saya berkongsi sedikit perbualan semalam bersama Ustazah Siti Hawa, yang bertahi lalat manis di sudut dagu kirinya.  Manis orangnya, dan petah berkata-kata.  Patutlah dia dipanggil untuk mengajar di situ, setelah habis pengajian tahun lepas.  Dan kini dia mengajar sambil belajar.  Ustazah yang kecil molek ini akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun hadapan, untuk mendapatkan sijil kelayakan melanjutkan pelajaran ke Universiti Ummu Qura' di Makatul al-Mukarramah.

"InsyaAllah, saya akan ambil pengajian Al-Quran."  ceritanya dengan senyum.

Dia mengabarkan, saudara lelakinya pula sedang belajar di Jordan.

Entah mengapa, hati saya tertarik benar nak bertanya macam-macam dengan ustazah manis ini.  Mungkin kebetulan berasa agak lapang dan tidak tergesa-gesa waktu itu.  Alhamdulillah, kini saya lebih clear akan misi perjalanan pelajar madrasah seperti mereka.

Masyarakat masih ada rasa bimbang akan hari hadapan pelajar aliran ugama.  Saya yakin sebaliknya.     Beberapa ketika, saya hanya mendengar bicara kaum ibu tentang anak-anak mereka.  Kini dengan 'testimoni' di hadapan saya, hati rasa teramat lega. Alhamdulillah.  Pasti ada jalannya ... pasti ada jalannya ... insyaAllah.

Saya tatapi jadual harian pelajar alimah.  Saya renung senarai silibus mereka.  Saya hanya faham sedikit sahaja.  Hati saya rasa berbunga-bunga.  Inilah yang saya mahu sebenarnya.  Bukan untuk anak saya, tetapi untuk diri saya.  Dulu ... dulu ... dulu yang sudah lepas tak akan kembali lagi.  Biarlah yang berlalu, terus berlalu.  'Usah dikenang yang telah lepas' ... (kata adik ipar saya mengingatkan saya, ketika upload begitu banyak gambar kenangan di Brunei).  He he ...

Ia tak terlupakan.  Kini alhamdulillah, semoga empat permata hati kami akan merintis jalan yang pernah ingin digapai oleh ibu mereka.  Mungkin oleh si ayah juga ... Apa yang pasti, tetap meyakini hikmah di sebalik semua takdir hidup.  Inilah yang terbaik buat kami, insyaAllah.  Semoga Allah menambah lagi nikmatNya di atas kesyukuran ini.  Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang terus bersyukur kepadaMu di atas segala nikmat yang Engkau berikan.  Ameen.

Allah ...

Saya gembar-gemburkan cerita ustazah Siti Hawa kepada anak-anak dan si ayah.  Mereka mesti tahu kisah ini.  Semoga semangat, jiwa dan raga menjadi seperti api yang membara hingga bernyala-nyala.  InsyaAllah tidak ada keraguan lagi.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari berasa ragu-ragu dan was-was.  Tetapkanlah hati kami untuk perkara yang terbaik, untuk natijah yang terbaik, untuk takdir yang terbaik.  Hanya kepadaMu tempat bermohon dan berserah diri.  Ameen.   


Menjelang maghrib, tiba-tiba cik suami berkata "tukang bakar ubat nyamuk tak de ..."  Ya ... orang yang selalu arlegik pantang nampak nyamuk dah pergi madrasah.  Sang lalat pun boleh rasa lega sebab orang yang suka tangkap lalat untuk dijadikan pet (bela dalam bekas yang siap dengan makanan) dah tak ada untuk menganggu mereka berterbangan dengan bebas hahaha ...


Malam ini ~ hujan di luar dah berhenti tapi hujan di dalam rumah baru bermula.  Aduhh ... si adik menangis nakkan kakak ...

Selamat belajar buat puteri tersayang.  Semoga puteri tabah dan cekal hati melalui hari-hari di sana.  Kami semua sayangkan kamu, sayang amat-amat.  Doa kami sentiasa mengiringimu, insyaAllah.


~ kenangan menghantar Amirah Huril'Ain ke madrasah, pada 26 September 2011, Isnin.
~ terima kasih buat cik abang yang sudi melayani saya yang selalu ada alasan.  Hehe ... i love u.
~ terima kasih buat Kak Hawa yang sudi memberi beberapa helai purdah hitam untuk Hurilain.

Ketemu lagi :) 






No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing