Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, September 30, 2011

nak beli shayla

Assalamualaikum.


Saya sedang search shayla besar kat peniaga-peniaga shayla di FB.  Nak hadiah kat Hurilain, untuk dipakainya semasa raya haji nanti insyaAllah.  Dia dah jadi pelajar madrasah yang berpurdah, dan saya rasa-rasa keluarga kami berdua agak kurang terbuka akan hal-hal berkaitan kain penutup muka yang menampakkan mata sahaja ni.  Dah beritahu cik abang dah ... dia kebil-kebil aje, setuju la tu dengan pujukan saya hehe ... Saya nak beli shayla yang ada sulaman di pinggirnya, dan tentulah mesti ada sehelai untuk saya juga (walaupun hujah utama nak beli untuk anak je ... mak mesti nak ada juga, kalau tak anak pun tak nak pakai sebab dia tak ada geng nak bergaya shayla hehehe).



Sebenarnya saya sedang menyelam sambil minum air.  Halwa telinga dari siaran radioislamnusantara.  Tujuan utama ialah nak menyiapkan bab 7 novel Sakinah yang menyedihkan dan penuh airmata tu.  Bila dah boring, saya bukak FB.  Sengaja tak bukak siap-siap kat tab atas tu, sebab boring asyik nak klik je kalau keluar nombor merah kat situ.  Kalau tak ada nombor lagi la boring ... sebab tak ada orang nak bagi respon.  Sambil-sambil tu bukak blog yang jual shayla dan purdah.  Hmm ...

Budak berdua ni sedang sibuk dengan kerja masing-masing.  Bukan main la sibuknya ... macam sedang buat homework lagaknya, bila ditinjau dijeling-jeling, rupa-rupanya si abang melukis gambar kenderaan hebat yang ada entah berapa serombong meriam untuk menembak musuh.  Dah agak dah idea dia!  Tapi entahlah, dia masih sangat penakut yang selalu membuatkan saya betul-betul naik angin, sebab dia lebih penakut daripada adik perempuannya tu.  Si adik pulak, bila dah dapat kesan kepenakutan si abang, berlagak la dengan keberaniannya yang tak lah berapa berani sangat, tapi masih boleh dia agak bangga sebab masih lebih berani daripada si abang.  Hmm ....  tak boleh paksa seseorang menjadi berani, melainkan atas sebab-sebab terdesak yang menyebabkan dia menjadi berani sejenak secara semula jadi.  Bila saya beri galakan supaya dia menjadi hebat, sehebat sahabat-sahabat Nabi SAW, dia kata nak jadi berani macam Saidina Umar radiallahuanhu yang syaitan tak berani menempuh jalan yang sudah dilalui olehnya.  Wah, memang tinggi cita-cita.





Pada masa yang sama bab 7 Sakinah yang sedang bersedih pun tersangkut sekejap.  Bab 6 yang perlu dibaiki berdasarkan pembaikan yang diberikan sifu masih dalam kerehatan hehehe ....


Tiba-tiba ...

Hanessa yang sedang asyik melukis gambar saya pakai gaun labuh, ada tudung dan siap pakai purdah (ohh ... ) terhenti.  "Hey, ada orang kentut!  Oh ya, kami sedang berada di dalam bilik saya yang bertutup pintu dan tingkap, buka penghawa dingin dan ada kipas bawah sedang berputar ke kiri dan ke kanan.  Saya pun terdiam, tersengih.  Bila menoleh ke kiri, mata saya bertemu dua wajah yang sedang memandang saya dengan ... entah ... mungkin kelakar, mungkin pelik, mungkin menahan perasaan hehehe ....

"Okeh, bukak kipas laju-laju."

Mereka meneruskan kerja masing-masing.

Tiba-tiba.

"Mama, cuba mama tulis kat atas tu ... purdah untuk budak kecik enam tahun"  kata Hanessa, siap dengan jari ditunjukkan ke arah tab kat atas.  Alahai, saya rasa terkacau (terganggu).  Tengah sibuk mencari shayla lagi.

Saya pun ikut arahannya dengan rasa terganggu tapi ... cuba mengyahkan perasaan itu jauh-jauh.  Sayang anak, kesian budak ni yang bosan agaknya melukis gambar emaknya yang pakai gaun dan tudung dan purdah.  (InsyaAllah tak lama lagi akan pakai purdah ... doakan ya).

HEHEHEHE .... saya tergelak.  Yang keluar ialah hantu purdah.  Tak ada pun pasal 'purdah budak kecik umur enam tahun'.  Memang la tak ada ... tapi saja nak menunaikan permintaannya.  Bila dia terpandangkan perkataan hantu tu ... dia nampak cool je ...

Entah berapa banyak hantu la dalam hidup manusia ni ... ni semua pakej hantu tahun 90an dulu tu, termasuk la hantu stokin dan hantu kumkum. 


"Dah, gi tidur dulu.  Mama nak siapkan kerja sikit lagi."  Mudah la sikit nak menyuruh dia dan si abangnya pergi tidur.  Mungkin ke sebab dah terbaca hantu purdah?  Kalau abangnya yang baca, lagi haru efeknya huhh.  Si abang memang dah mengantuk sangat, sebab siang tadi kepenatan berlatih sukaneka untuk hari sukan Ahad ni.

Malam ini kami bertiga akan tidur bersama.  Wah, sukanya budak berdua ni.  Bukan selalu dapat peluang begini.  Tak sampai hati nak menemankan mereka tidur di bilik luar.  Tambahan rasa lebih selamat di bilik ini, siap kunci pintu macam selalu.  Ya Allah, kumohon keselamatan sepanjang malam ini sehingga siang esok dariMU.  Selamatkanlah kami sekeluarga dari musibah apa jua.  Ameen.

Kepada cik abang, masaklah sedap-sedap.  Petua muslimah untuk masakan sedap ialah dengan mengekalkan wuduk dan membaca surah-surah yang dihafal serta berselawat sentiasa.  Bukan menceceh macam-macam dan buat kelakar yang macam-macam.  Nanti orang yang makan pun rasa nak menceceh dan nak buat kelakar macam-macam ... (cik abang n geng di Puchong ~ memasak untuk majlis perkahwinan, sementara masih free dan dah hobi.  Lepas ni rasa-rasanya susah sikit nak ikut geng masak kot kalau kerja dah on, anyway semoga sentiasa maju dalam hidup khususnya bab agama dan membaiki diri untuk menghadapi hari kekal nanti, insyaAllah.)

Okaylah, nak tidur gak. Bateri pun dah habis, malas nak plug in.  Jumpa lagi insyaAllah :)

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog