Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, September 16, 2011

Kesian Zana

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar anda? Semoga sihat ceria selalu :)

Err ... belum sampai lagi ke posting terakhir la ... nak tulis sikit je ni.

Zara Zana melepek kat pintu rumah kami.  Betul-betul depan pintu.  Ada kesan-kesan nanah kemerah-merahan di atas lantai.  Saya arahkan Hurilain letak tuala terpakai di situ, tetapi Zana tidak sudi rupanya berehat di atas kain itu.  Dia berpindah ke depan tingkap pula, tetapi kiranya masih juga di depan pintu rumah.


Suami pun dah tak kisah.  Saya yang kisah.

"Bang, kita bawak Zana gi klinik?"  Sambil bertanya sambil mohon dia sudi membawa Zana.  Err ... kucing ni bukan kami bela pun.  Tapi ada nama pulak, kan ... Alah, bagi nama cantik la sikit.  Dulu masa sebelum ke Brunei, dia sudah bergelanggang di persekitaran rumah kami.  Sempat juga beranak beberapa ekor.  Hanya seekor sahaja yang hidup sampai sekarang, dan si anak tu pun dah beranak jugak.  Tapi nampaknya dia muncul sesekali sahaja, kerana tak mahu bersaing dengan ibunya barangkali.

Saya kurang minat kepada Zana ni.  Nak tau kenapa?  Sungguhpun saya memang peminat kucing (tapi bukan peminat tegar) dan mudah jatuh sayang kepada haiwan manja ini, tapi Zana selalu membuatkan kemarahan saya naik meninggi.  Dia ni macam kucing jantan.  Boleh tanda area dia dengan memancutkan air kencing, macam kucing jantan lagaknya.  Area pilihan dia tu kat dalam rumah pulak tu ... adaka?? Cuba anda fikir ... patut ke tak patut saya jadi marah kepada Zana ni?

Patut!!!

Mula-mula suami saya tak percaya.  Tapi sempat saya ajak dia melihat sama perlakuan si Zana ni, haa ... barulah percaya.  Iyalah, jarang amat kucing betina menanda kawasan macam tu.  Dia tak payah nak angkat kaki pun.  Cukup dengan angkat ekor kontotnya tu aje.  Masalahnya, rumah saya ni ada dua pintu sliding yang sentiasa dibuka untuk mendapatkan udara dan pencahayaan.  Kalau bertutup aje, lemas makcik rasanya ... berkuap dan terkurung ...

Jadi, bila dah tau peel Zana macam tu, kena la tutup gak pintu tu.  Tapi dia pun cerdik juga.  Masih sempat masuk dan bagi tanda baru kat dinding dalam rumah.  Grrrr ... gerammmm je.

Itu sahaja kesalahan Zana pun.  Lain-lain ok.  Mulut tak bising.  Dia bersuara sekali dua aje kalau nak minta makan.  Garang pun garang jugak.  Kucing jantan lain naik seram dengan dia ni.  Kalau ada yang menceroboh, dah tu tak menarik minat dia, memang kena kejar. 

Untuk makluman, memang tak ada kucing yang dibenarkan bermalam di dalam rumah kami.  Siang hari pun sebenarnya sentiasa menjadi istana larangan buat kucing-kucing.  Tapi ada juga yang tunjuk aksi manja meliuk lentok nak masuk dalam rumah.  Biasanya Zana, anaknya dan seekor lagi yang bernama Putih dapat peluang keemasan berada di dalam rumah ketika mak dan abah saya datang dari kampung.  Kalau tak sentiasa berada di dalam rumahpun, paling tidak mereka ni tetap berkesempatan beberapa ketika golek-golek senang hati sekejap.

Ketika kami ke Brunei, kucing-kucing mendatang yang sudah dicop sebagai kucing kami oleh jiran-jiran (cop tak iktiraf hehe ...) dibela oleh jiran sebelah, Cikgu Eja.  Tapi tak berapa lama kemudian, kami dapat perkhabaran kucing-kucing itu telah dihantar oleh Cikgu Eja ke kantin sekolah tempat dia mengajar.  Kiranya sekolah Hidayat jugak la tu.  Hmm ... rasa kesian juga.  Tapi mungkin itulah langkah yang terbaik, kerana kucing yang tak bertuan (walaupun kami ni bukanlah sungguh-sungguh menjadi tuan mereka ni).  Berak merata-rata, tentu orang tak suka.  Tapi saya tau, Cikgu Eja sangat penyayang kepada kucing.  Saya beberapa kali senyap-senyap melihat Cikgu Eja mencium-cium cucu Zana yang diperanakkan di tempat kasutnya.  Huh, lagi dasat rasa sayang cikgu ni kat kucing.  Masa tu dia sedang mengandung tu ...  (Alhamdulillah, kini anak sulung Cikgu Eja sudah pun berumur hampir dua tahun, sihat, cerdik dan cergas.  Insyirah namanya.) 

Sambung cerita balik.

Tup tup bila balik sini dua bulan lepas, tengok-tengok Zana muncul di dapur kami.  Anaknya pun ada sama.  Laa ... rupanya Putih aje yang dah sampai ke sekolah.  Mungkin Zana dan anaknya tu tak dapat ditangkap dek Cikgu Eja.

Saya yang masih teringat perangai lama Zana dulu, masih ada lagi saki-baki geram tu.  Tapi nampaknya Zana tak mencuba langsung untuk masuk ke dalam rumah melalui mana-mana pintu sliding. Anaknya pun begitu.  Ok, perkembangan yang menggembirakan saya.

Cuma, kami balik dah dekat nak puasa.  Masa bulan puasa, time makan Zana sama la dengan time kami berbuka puasa.  Tapi dia tak pulak bersahur sama.  Jenguk kat belakang dapur, dia tak ada pun.  Mungkin tidur di mana-mana.  Hurilain yang paling rajin memberi Zana makan.  Bagusla tu, cuma kekadang lebih-lebih la pulak, nak bagi Zana makan sebelum orang makan ...

Lepas tu kami balik kampung hampir dua minggu.  Waktu ini, hampir 90 peratus penghuni taman kami juga pulang ke kampung masing-masing.  Tapi macam dulu-dulu, kami tak risau langsung tentang Zana.  Pandailah dia cari makan tu ... Oh ya, dia penangkap burung yang hebat juga, tau!


Dan kisah sedih Zana bermula sekembalinya kami dari kampung.  Dia kelihatan monyok dan tak meminta makanan.  Tempat dia menyorok adalah di bawah kerusi di belakang rumah.  Kekadang saya nampak dia masuk ke bawah meja di luar pintu sliding.  Lama-kelamaan Hurilain mula risau dan cemas.  Katanya Zana tak nak makan walaupun dia letakkan nasi yang dah digaul dengan ikan di hadapan mukanya.

Semenjak itulah ... hingga saat ini.  Zana semakin uzur.  Tubuhnya berbau.  Dia menghabiskan masa berbaring betul-betul di hadapan pintu kami keluar-masuk.  Ada kesan-kesan lelehan dari tubuhnya di lantai.  Saya tak pasti bahagian mana yang sakit.  Tetapi nampaknya seperti ada jangkitan di mulut atau di mata. Keadaannya semakin tak terurus.  Kurus dan tidak lagi menyikat bulunya.  Bulu hitam putih itu menjadi kusut dan berdebu.  Rasa simpati mula membuak-buak.

Tadi siang, hari panas.  Saya mengambil keputusan memandikan Zana dengan air suam bersama sabun dettol.  Saya, Hurilain dan Hanessa masing-masing menyarung tangan kiri dan kanan dengan sarung tangan plastik.  Saya tidak benarkan mereka menyentuh Zana.  Semuanya saya lakukan sendiri.  Zana hanya diam menyerah.  Dia sangat kurus dan lemah.

Saya lap kedua-dua matanya yang diselaputi tahi mata tebal berwarna hitam dengan tisu basah.  Kedua belah tangannya yang comot juga saya bersihkan.  Melihat dia tidak meronta, terus saya sabun badannya dan jirus dengan air paip.  Sepanjang masa bibir saya tak putus membaca Bismillah dan berselawat ke atas Rasulullah SAW.  Saya tak berniat nak menganiaya Zana.  Saya hanya ingin membersihkan dia, dan membantu dia sihat semula.  Selebihnya saya berserah kepada Allah jua.

Sebelum itu saya sudah siapkan sedikit air susu di dalam bekas, siap dengan syringe yang saya minta kepada Encik Hanafi melalui suami.  (En.Hanafi kawan baik suami, juga pengerusi Taman Sijangkang Permai 1).  Paginya saya sudah ke kedai menjual ikan dan pelbagai peralatan memancing di Sijangkang Jaya, tetapi tokeh kedai itu sudah tidak menjual susu kucing lagi. 

"Tak laku, tak ada orang beli."  katanya.


Saya yakin, stok susu kucing yang dia ada tiga tahun lepas itu sayalah yang membelinya, agaknya.  Tokeh peramah itu menyarankan saya membawa kucing sakit ke klinik haiwan kerajaan di Jenjarum.  Tapi dia memberitahu, saya mungkin perlu menunggu lama sehingga mencecah dua jam untuk mendapatkan rawatan untuk kucing.

"Ramai olang bawak kucing anjing sakit ooo ... sebab sana mulah.  Kalau pergi klinik swasta, ratus-ratus kena bayar."  katanya lagi, ramah.

Saya ucapkan terima kasih.  Dalam hati saya mencongak-congak.  Sekiranya saya pergi sekarang, memang tak wajar.  Urusan rumahtangga saya akan terbengkalai.  Hidayat akan pulang dari sekolah dalam dua jam lagi.  Tambahan pula saya mungkin akan menunggu dua jam pula di klinik itu.  Dan Jenjarum agak jauh juga dari kediaman saya.

Esok Jumaat, hari 1 Malaysia bersekali dengan sambutan kemerdekaan.  Bermakna saya dan Zana perlu menunggu sekurang-kurangnya tiga hari untuk ke klinik itu.

Ya Allah, semoga Zana masih mampu bertahan.  Mungkin hari Isnin saya boleh membawa Zana pagi-pagi lagi ke klinik itu.

Sambung balik cerita mandi tadi.

Lepas bersihkan badan Zana dari sabun, saya balut dia dengan kain terpakai dan gunakan pengering rambut untuk mengeringkan bulunya.  Cuaca yang panas terik sama membantu mengeringkan tubuh Zana.  Saya tak mahu dia menggigil kesejukan nanti.  Semasa membersihkan mukanya, saya lihat gusinya bernanah.  Beberapa batang gigi seperti sudah tiada, yang jelas adalah gusi gigi taringnya yang sudah dijangkiti kuman.  Mungkin itulah yang menjadi penyebab Zana enggan makan.  Dia sakit gusi!

Kasihan amat kepada Zana.  Saya titiskan air susu ke dalam mulutnya yang sedia ternganga sedikit demi sedikit.  Kelihatan dia menelan dengan perlahan.  Sesekali dia bersuara, entah memberitahu apa.

Kemudian dia saya masukkan ke dalam kotak, beralaskan kain terpakai.  Jam tiga setengah petang tadi, saya berikan lagi sedikit air susu.  Petang tadi, saya jenguk lagi untuk memberi air masak pula.  Keadaan Zana kelihatan amat teruk.  Hanya perutnya yang turun naik menandakan dia masih bernyawa.  Posisi kepalanya pun sungguh menyentuh hati, seperti dia sudah tidak sedarkan diri gayanya.  Saya tak sampai hati untuk menyentuh tubuhnya mahupun mengalihkan kedudukan kepalanya.  Saya bimbang semakin menyakiti dia.

Serta-merta saya terhimbau kenangan pandangan terakhir arwah kakak saya ... Aduhai!  Di saat-saat terakhirnya, kakak sudah tidak membuka mata lagi.  Hanya sekali dia menjawab panggilan ibu, yang memanggil namanya.  Hingga akhirnya arwah kakak pergi meninggalkan alam fana ini menjelang waktu Subuh tiga tahun lepas, setelah ibu menyedari tiada lagi degupan nadi di pergelangan tangannya.  Al Fatihah buat sekian kali, untuk arwah kekanda Norliza Hassan.  Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.  Ameen.

Saat ini saya tinggal berdua bersama Hurilain.  Budak perempuan ni agak penakut orangnya.  Tadi semasa kami solat Isyak berjemaah, ada bunyi aneh di luar.  Seperti bunyi tongkat orang tua sedang berjalan, atau sebarang bunyi yang tak biasa muncul.  Selepas memberi salam, matanya meliar memandang arah ke pintu.

"Mama! Bunyi apa tu?" tanyanya cemas.

Saya ... err ... tiba-tiba rasa semacam. Ah gara-gara pertanyaan yang semacam tu.  Saya naik cuak pula.  Walhal saya dah bercadang nak menjenguk Zana di dalam kotak usai solat.  Bimbang ada semut, dan melihat keadaannya.

Saya memarahi Hurilain.  Saya menyuruhnya diam, dan terus berdoa.  Saya isyaratkan dia turut menadah tangan mengaminkan doa yang saya baca.  Dia akur, tetapi matanya masih liar memandang-mandang arah luar.  Dinding rumah kami ada deretan kaca yang boleh nampak bayang-bayang objek di luar.  Huh, karang nampak apa-apa padan muka! 

Akhirnya hingga waktu ini, sudah hampir jam 12, saya belum lagi menjenguk Zana.  Suami saya bersama Hidayat dan Hanessa juga belum pulang dari Shah Alam.  Kasihan Zana.  InsyaAllah sebentar lagi ketika mereka sudah sampai, kau akan kujenguk sebentar.

Semoga Zana masih kuat bertahan dan dapat diberikan rawatan pada Isnin nanti.  Seandainya tidak, pergilah kau Zana.  Semoga itu lebih baik untuk seekor kucing yang terlantar sakit macam kau ni.  Rasanya nak makan pun lepas ni dah susah, sebab gigi dah rosak.  Aku hanya dapat berbuat sekadarnya untuk membantu kau.  Perlakuan kau yang lepas-lepas tu dulu aku dah maafkan.  Bau dan warna pun dah tak ada dah, dah bersih.  Lagipun tak baik simpan dendam.  Mula-mula kau muncul lepas aku balik sini tu, cuak juga.  Tapi kau macam dah bertaubat je.  Dah tak de tanda-tanda area lagi dah.  Agaknya semua kucing-kucing kat sini dah maklum yang kawasan rumah aku ni kau yang punya.  Iyalah ...

Cuma aku pelik sikit la Zana.  Biasanya kucing kalau dah tiba masanya, akan pergi jauh dari rumah.  Tapi kau ni lain pulak.  Lagi kau standby kat depan pintu rumah aku.  Semalam ketika kau masih agak gagah, kau dengan terhoyong-hayang dah mula melangkah nak masuk ke dalam rumah pulak.  Napa ek?  Aku kurang faham sikit.  Sebab selama ni rasanya kucing aku tak de yang mati depan mata, melainkan hari tu aku tergelek anak kucing.  Arghhh .... apasal dia duduk kat tayar kereta tu?  Aku terus undur terus pergi ambik Hidayat kat sekolah.  Suami yang perasan ada bunyi meletup terus bagi signal supaya aku jangan tengok apa-apa.

"Anak kucing kena gelek."  Tu je dia cakap dengan coolnya.

Huaaaa ... makcik tak pernah gelek kucing tau!  Apa-apapun, anak kucing tu baru sampai ntah dari mana ntah.  Dah tu degil pulak.  Dah dialih dari bertenggek atas tayar tu, rupanya duduk jugak kat situ tanpa pengetahuan.  Hmm ... itulah takdir namanya barangkali.  Hanya Allah yang Maha Mengetahui.  Balik dari ambil Hidayat, anak kucing yang langsung tak dapat diselamatkan lagi tu dah selamat dikebumikan oleh suami yang cool di ... err ... di mana ntah ... Pokoknya dah selamat.  Hanya hati ini yang tak keruan beberapa ketika.  Terbayang-bayang dia menggeletek kesakitan.  Aduhaiiii ... tak sengaja tak sengaja tak sengaja!!!!!!!  Selama ni dengar orang tergelek anak kucing kesayangan la, kali tu sampai masa diri sendiri yang terbuat sama.  Namun mujurlah bukan tergelek anak sendiri. Itu lagi haru.  Ya Allah, selamatkanlah anak-anakku dari musibah dan fitnah akhir zaman.  Ameen.

Okaylah, berhenti dulu.  Dah pun 12.10am.  Jap lagi diorang balik, nak tengok Zana jap.  Kesiannnnn ...

P/s:  Nama asal dia ialah Zara ... tapi atas nasihat ustaz Aizat yang mengajar budak-budak ni mengaji, maka ditukar kepada Zana.  :)

Wassalam.




No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing