Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, September 13, 2011

kek lembap yang enak

Dalam pada nak 'menyepi' dari dunia blog, tiba-tiba saya teringat kepada permintaan beberapa teman di FB.  (FB lagi! ...)

Alah, masa saya begitu sibuk dengan dunia FB raya hari tu, kan ke saya ada posting tentang keenakan kek lembap coklat yang saya bikin di kampung, seterusnya di rumah menggunakan alat penyukat yang betul. 

Semasa buat makan-makan sikit kat rumah Rabu lepas, juga saya hidangkan dua buku kek lembap yang bertopping cantik dengan taburan coklat rice.  Nak kata sekelip mata, nipu la pulak.  Namun yang pasti, kedua-dua kek itu yang tidak diletakkan di meja hidangan utama, tetap habis licin.  Tak perlulah saya ceritakan gelagat kanak-kanak yang mengambil berulang kali, suami memberitahu ada teman yang mengambil penuh sepiring dan menyuap dengan berselera.  Alhamdulillah, memang dibikin untuk menjamu tetamu.  Saya hanya menjamah secubit potongan terakhir yang paling kecil, ketika tetamu telah beredar.  Alah, yang baki-baki tu la ...

Tadi siang sudah saya hantar resepi kek itu ke rumah seorang jiran yang rajin ke dapur.  Dia dah meminta beberapa kali, tetapi saya tak berkesempatan lagi hendak menyalinnya.  Sampailah makcik tu macam merajuk pulak, barulah saya tergesa-gesa mencari masa menulis resepi itu dan terus menghantar ke pintu rumahnya.   Semoga beliau gembira dan "ha, nanti buatla ya..." kata saya tadi.  Nanti hantar le sikit kat taman sebelah, sambung saya dalam hati.  Tersengih aje dia. 

Tak mau la rakan FB merajuk sama, kan.  Jadi mesti disegerakan menulisnya.  Dalam hati, ingin saya sertakan sama resepi Kek Lembap Filipina yang pernah saya buat 14 tahun lepas semasa tinggal di Brunei.  Sama  juga, laku keras, macam kata orang kedai buku.  Masa tu saya tabut macam-macam kat atas kek, berwarna-warni, sebab dibikin untuk Naqib yang masih kecil.  Masalahnya, itulah ... bila nak pakai tak jumpa pulak resepi tu.  Ntah kat mana terselitnya.  Hihhh, geram la pulak.  Rasa-rasanya macam ada je kat tempat yang mudah-mudah, sebab saya memang jaga resepi tu.  Iyalah, saya memang peminat moist choc cake.

Jadi, bila cari-cari-cari tak jumpa, tak ada rezeki la nak berkongsi dengan anda.  Tanpa melengahkan masa, saya catatkan resepi terbaru yang lebih mudah ini. 

KEK LEMBAP COKLAT

Bahan-bahan: 2 biji telur, 1 cawan minyak masak, 1 cawan gula pasir/kastor, 1 cawan gula perang.

Bahan A: 1 sudu kecil perasa vanila, 11/2 cawan susu segar perisa coklat, 1/2 cawan air, 2 sudu kecil nescaffe.

Bahan B:  2 sudu kecil sodium bikarbonat, 1 sudu kecil baking powder, 1/2 cawan serbuk koko, 2 cawan tepung gandum ~ diayak.

Topping:  1/2 cawan koko Van Houten, 1/2 cawan susu pekat, 1 sudu besar minyak masak.  ~ semua bahan ini dimasak di dalam periuk dengan api kecil sehingga sebati.

Cara:  Telur dipukul sehingga kembang, kemudian masukkan gula dan pukul lagi.  Kemudian masukkan minyak masak diikuti dengan bahan B berselang seli dengan bahan A.  Setelah adunan sebati, bakar dengan suhu 170 degree selama 1 jam.  Letak topping apabila kek sudah sejuk.

Terima kasih kepada pemilik blog anakku soleh.

Kalau rajin, boleh search sendiri untuk melihat berbagai gaya resepi kek lembap.  Tapi saya rasa resepi di atas adalah yang paling mudah.  Tak payah nak timbang-timbang, pada saya agak leceh.  Haa ... kek lembap Filipina tu (entah ngapa ada nama Filipina, tak tau la.  Agaknya auntie atau chef dari sana yang mula-mula bikin kot, dan saya pun dah lupa kat mana saya jumpa resepi ni, dah lama dah mak long oii ...) guna putih telur aje.  Lepas tu bahannya kena timbang-timbang.  Kek di atas tu, guna je dua biji telur, tak payah nak asing-asing.  Ia menggunakan minyak jagung, dan tidak menggunakan gula perang.  Sedap juga ... :))  Nanti kalau saya terjumpa balik resepi kek Filipina tu, insyaAllah saya posting kat sini.  Bolehlah anda cuba jugak, kan. 

Tapi saya rasa-rasa, daya penarik nombor wahid tang kek tu, ialah taburan coklat rice yang mewah di atasnya dengan lelehan topping coklat yang slruppp ... sungguh mengiurkan.  Keduanya tentulah rasa kek itu sendiri, yang tidak terlalu manis dan ada rasa pahit koko bercampur dengan rasa nescaffe.  Err ... cubalah buat ye, dan bagi la testimoni sendiri.  Hmm ... saya dah cadang-cadang nak buat dua buku kek Jumaat ini.  Sebiji untuk jamuan hari raya taman kediaman, dan sebuku lagi nak dibawa ke rumah adik ipar yang buat majlis yang sama di rumahnya pada Sabtu esoknya.  InsyaAllah.  Yang syoknya, suami saya pulak suruh buat 3-4 biji kek.  Wah,  dia memang tak memuji.  Tapi berkias la tu, tanda memang memang memang sedap hehe ...  Cikgu kelas Hanessa sudah mengirimkan nota kecil mengabarkan majlis jamuan raya pada Isnin ini.  Nak kena buat kek jugak tu ... tentu kembang hati si kecil ini nanti hehe ... 


Okay, panjang sikit mencecer.  Jumpa lagi minggu depan, insyaAllah.  Psst ... Fauzita and gengs, cuba jangan tak cuba ... :))

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing