Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, September 26, 2011

Hurilain diterima belajar

Kisah hari Jumaat lagi.

Ketika melakukan rutin harian, tiba-tiba telefon berdering.  Kedengaran suara halus di hujung talian.

Intipatinya ~ "Anak puan diterima belajar di sini."  Lebih kurang begitulah kata-kata ustazah itu.  Terbayang wajah ustazah-ustazah muda belia di Madrasah Lil Banat Bukit Naga yang saya temui tempohari.  Mungkin baru sahaja selesai menghabiskan pengajian di situ dan berkhidmat mengajar sementara menyambung pengajian di tempat lain.

Saya segera mengucapkan kesyukuran ke hadrat Illahi.  Impian awal kami untuk Hurilain sudah dikabulkan oleh Allah Subhanahu wa taala.  Alhamdulillah.  Hurilain diizinkan Allah untuk mempelajari ilmu dari kitab-kitab mahsyur Hadith Shahih Bukhari, Muslim dan lain-lain.  InsyaAllah.

Lantas terbayang pula kelibat gadis yang besar tinggi berabaya hitam.  Wajahnya ditutupi cadur hitam juga.  Hanya sepasang mata hitam yang dihiasi barisan bulu mata yang agak lentik yang kelihatan terkelip-kelip memandang.  Terkadang mata itu seperti sedang tersenyum.  Itukah anak gadis kami yang bernama Amirah Hurilain?

Insya Allah, begitulah pakaiannya selepas ini.  Dia akan bergerak serba hitam ke mana sahaja.  Hitam ~ warna sunnah pakaian Ummul Mukminin yang anggun dan tidak menarik perhatian mata memandang.  Itulah tujuannya.  Semoga gadis ini sentiasa selamat di dalam pemeliharaan Allah Subhanahu wa taala, di mana dan bila masa sahaja.  Insya Allah, insya Allah.

Dek kerana baru semalam pemakluman diberikan oleh pihak berkenaan, kami belum berkesempatan menyediakan barang keperluan Hurilain untuk tinggal di madrasah.  Abaya kosong belum dibeli, demikian juga purdah seperti yang disyaratkan di dalam senarai keperluan.  Barang-barang mandian dan sebagainya, belum ada.  Semasa temuduga Isnin kelmarin, ustazah berkenaan memberitahu kemasukan baru ialah sekitar dua minggu selepas temuduga.  Jadi kami tidak rasa terburu-buru untuk menjenguk kedai atau pasaraya.

Tambahan pula, hari ini cik suami telah sibuk di surau Haji Hassan untuk jamuan hari raya, semenjak jam tiga pagi tadi lagi.  Boleh dikatakan sehari suntuk dia berada di surau tersebut.  Kali ini cik suami mengendalikan bahagian barbique; perap daging dengan rempah ratusnya serta menyediakan sos barbique.  Err sedap ... memang sedap hehe ... tahun depan boleh buat lagi insyaAllah.  Encik Hanafi yang mengendalikan agihan kepada tetamu, betul-betul cermat dan berhati-hati menjalankan tugas.  Bravo!  Setiap tetamu menerima beberapa hirisan daging yang disirami sos barbique, seketul kecil kentang bakar bersama brokoli.  Alhamdulillah, tak membazir.

Petang tadi, saya bersama anak-anak memecut ke madrasah Bukit Changgang pula, menjemput Naqib pulang ke rumah.  Rezeki dia ada untuk bersama-sama di jamuan hari raya Surau Haji Hassan tahun ini.  Tak disangka, tengahari tadi Naqib menelefon (minta retun call, as usual).  Mujur mudir memberi perkenan untuk membawa dia pulang, dengan syarat maklumkan dulu kepada ustaz bertugas.

Jadi, esok kami semua akan ke madrasah Lil Banat Bukit Naga untuk mengesahkan pendaftaran (err ...   Sebenarnya, nak jenguk je kot.  Mungkin minggu hadapan baru Hurilain masuk asrama, insya Allah).

Sebaik  menerima berita gembira ini daripada ustazah, saya telah menelefon pula semua mak-mak kami untuk berkongsi rasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih di atas doa-doa mereka.  Doa para ibu yang diberkati.  Ameen.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing