Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, September 28, 2011

Gempar seketika

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Saya ingin mengabarkan kisah sang puteri yang sudah masuk madrasah kepada mak.  SMS dikirimkan tidak mendapat respon.  Biasanya apabila panggilan tidak dijawab, saya akan menghantar SMS dan mak akan menelefon semula.  Ini ... tidak.

Sedang berkira-kira nak menelefon, tiba-tiba masuk panggilan dari abah menjelang tengahari semalam.  Dengan teratur dan hati-hati, abah mengabarkan mak sedang berada di wad.  Mak ditahan wad pagi semalam.  Tekanan darah naik hingga tak dapat dibaca manakala denyutan nadi mak terlalu lemah.  Hmm ... ia sesuatu yang sangat memeranjatkan!  Mak tak ada darah tinggi!!

Apabila saya susuli kisah mak, rupa-rupanya Sabtu lepas mak kepenatan menyiapkan sedikit majlis kecil untuk tetamu sekitar 30 orang yang datang berkunjung.  Mak tak beritahu pun ...  Mak dah pun baca SMS saya, tetapi mak dah mula pening-pening, pitam dan gelap mata waktu itu.  Patut la ...

Mak dipapah menaiki kereta dan dihantar ke hospital.  Isnin lepas, abah ditahan wad kerana masalah urat sarafnya.  Tangan dan kaki abah selalu krem.  Baru beberapa hari keluar wad, mak pula mengambil giliran ... Kasihan uwan.  Baru sehari dijemput dari Batu Kikir, dah terpaksa ditumpangkan semula di sana. 

Jadi, dah dapat berita gempar ini, kami pun bersiap-siap la nak balik kampung.  Mak mesti dijenguk, itulah kata cik suami.  Alhamdulillah, setakat ini cik suami cukup mengambil berat perihal keluarga sebelah saya.  Sama sahaja, adil untuk kedua belah pihak. 

Tiba-tiba, masuk panggilan dari adik ipar bongsu ke telefon bimbit cik suami.  Kami gempar kali kedua.  Rupa-rupanya mak mertua saya pula keuzuran dan sudah dibawa ke bahagian kecemasan Hospital Serdang.  Ujian kesabaran sedang berlaku!  Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersabar dan berserah diri kepadaMU.  Ameen.

Keputusan perlu dibuat segera!  Akhirnya cik suami memutuskan kami akan menjenguk ibunya terlebih dahulu, kemudian akan bergerak ke Kuala Pilah malam tadi juga.  Kedua-duanya ibu, sama penting buat kami.

Dipendekkan cerita, mak mertua selamat pulang ke rumah adik ipar (Izun & Zul) di Kajang sekitar jam 1 pagi.  Kami bersama dua keluarga ipar turut transit di rumah Izun.  Dah tengah malam benar, wajarlah merehatkan diri dulu.  Dan pagi tadi baru kami bergerak ke Kuala Pilah bertemu mak.

Mak terkejut ... memang kami tak beritahu nak balik. Tapi nampak riak muka mak gembira ceria.  Ada alat dipasang di dada mak untuk mengesan kadar denyutan jantung.  Tangan mak dipasang tiub untuk masukkan air ubat.  Kata mak, kepalanya masih pening-pening lagi. 

Ya Allah, sembuhkanlah mak dan abah.  Juga mak mertua, abah mertua.  Termasuklah mak Ramlah dan uwan Halibah.  Ya Allah, berilah kami kesihatan yang baik, tinggikanlah iman kami dan kurniakanlah kami kesabaran dalam menghadapi ujian hidup ini.  Segala permohonan ditujukan hanya kepadaMU semata.  Kabulkanlah doa kami ini. Ameen.

bersambung ... insyaAllah.


No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing