Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, September 29, 2011

Gambar - gempar seketika

bersama adik-adik ipar dan biras di ruang menunggu bahagian kecemasan ~ yang memang mencemaskan kerana menunggu terlalu lama, lebih dua jam ... dan menjelang tengah malam / awal dinihari bilangan kehadiran untuk rawatan segera masih kekal belum surut.  Kes mak ~ rupanya dah lima bulan mak kehabisan ubat (tapi cakap kat doktor, sebulan je ish ish ish).  Orang tua memang pandai jaga rahsia diri hehe ... harap mak tak buat lagi ... anak-anak pulak memang kena alert kesihatan mak, kena rajin-rajin tanya pasal stok ubat mak.  Semoga ini menjadi pengajaran bersama dan tak berulang lagi.  Mak ... mak ... hehehe ...  rasa-rasanya kalau tak gigil macam tu, mak tetap nak cover lagi tu ...

gelagat anak-anak buah bersama Hanessa, semasa nak balik Kuala Pilah ~ transit di Kg. Abu Bakar Baginda, Kajang separuh malam.  Semuanya datang sehelai sepinggang.  Jadi ada yang terpaksa pinjam baju mak saudara, kirai dalam laci baju.  Afif ~ disarungkan baju mommy dek ibunya.  Kalau Adam yang pakai, terus hilang dalam baju agaknya hehe ... 

tag di hujung kepala katil mak ~ selepas upload gambar ni, baru disedari tarikh dah tersilap ditulis oleh nurse.  Tarikh sebenar ialah 27/9/11, Selasa.

jadi pelawat prihatin

mak masih pening-pening tak larat nak bangun.  Seribu satu kemungkinan yang bermain di kepala.  Mak penat sangatkah?  Hari tu pergi Kota Bharu beberapa hari.  Lepas tu sambut tetamu yang datang serentak berseorangan (bersama abah yang dah agak uzur).  Makan macam-macam ... kolesterol tinggi sangatkah?  Ada saluran tersumbatkah?  Masih belum tau status sebenar ...

Tuk Mat mengadu tangannya kebas-kebas ~ tok moh tolong urut-urutkan ... semoga sembuh.  Isnin minggu lepas abah masuk wad.  Baru dua tiga hari keluar wad, mak pulak dikejarkan ke hospital.  Ujian kesabaran!  Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang sabar dan sembuhkanlah mak abah.

antara tetamu yang hadir ~ Datuk Adnan dan isteri

perjalanan ke Batu Kikir ~ cuaca cantik.  Hati agak tenang, alhamdulillah.  Allah yang memberi ketenangan di hati.

Uwan sedang santai di tangga depan.  Mak Ramlah petik sireh (tak pasti nak buat apa).  Katanya baru lepas makan tengahari.  Uwan baru balik satu malam ke rumah tua, dah terpaksa dihantar semula ke Batu Kikir.  Bahaya uwan tinggal bersendirian di rumah.  Abah berulang ke hospital menemankan mak.  Diajak ke Sijangkang, uwan enggan.  Cuma dapat membawa uwan ke klinik Dr.Nasir untuk mendapatkan ubat ~ kena jangkitan kuman di peha, mata gatal dan kepala pening.  Menunggu giliran lebih dua jam.  Uwan happy dapat pergi klinik.  Rupanya dah dua bulan uwan alami gatal.  Alhamdulillah, tak ada kencing manis dan darah tinggi.  Cuma keuzuran biasa, sesuailah dengan usia uwan yang dah 86 tahun. 

Si Cici, peneman mak Ramlah buat masa ini.  Tetapi suka menghilangkan diri ke dalam semak-samun.  Terpaksa dicari dan diangkut balik ke rumah.  Selepas balik dari klinik Dr.Nasir, mak Ramlah kata Cici menghilangkan diri lagi!  Laa ... eloklah kalau pasang loceng kat lehernya tu.  Boleh didengar bila dia melompat-lompat, dapat dikesan cepat.  Apa yang dicarinya ya?  Cari pasangan barangkali ...

Si Cici sempat melukakan belakang tangan kanan mak Ramlah.  Dia melonjak dari dukungan mak, kerana terperanjat mendengar bunyi pintu peti ais ~ mak ambik lobak dari dalam peti ais.  Kuku kakinya mengoyakkan kulit tangan mak.  Ada bekas v v di situ.

Laparnya dia!  Tekun makan lobak merah hingga hampir habis.  Okeh gak kalau bela arnab, kan... Kata mak Ramlah, dia tak minum dan tak berak merata-rata.  Belum jumpa lagi najis dan kencingnya.  Mulut pun tak bising.  Hmm ... tapi perlukan kawasan sesuai berpagar supaya tak terlepas.  Ada dua jiran di sini yang membela arnab, dan arnab-arnab itu sudah pun hilang!


No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing