Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, August 10, 2011

Buat biskut raya

Dah 10 hari berpuasa, alhamdulillah.  Ahad kelmarin saya search resepi biskut paling mudah dalam dunia, dan terjumpa resepi Biskut Susu di sini.  Memang mudah je bahannya, tak yah nak timbang-timbang atau sukat-sukat.  Agak-agak aje lee ... Banyak pulak testimoni.  Jadi lepas buat ulangkaji  di situ, hari ni tadi lepas lega-lega sikit menjelang ke tengahari, saya pun memulakan operasi.  Kalau menjadi, insyaallah biskut ni bakal menjadi kepala biskut raya tahun ni.  Mula la bercita-cita nak buat lebih untuk rumah mak, rumah mak Batu Kikir dan rumah mak Leha (mertua).  Juga nak buat untuk Naqib bawa balik ke madrasah.  InsyaAllahhhhhhh ... semoga Allah permudahkan, ameen.

mula-mula adun susu pekat dengan tepung jagung

mula menjadi doh

hmm ... okeh la, macam jadi je, yakin yakin yakin insyaAllah

pilih warna biru, sebab tengok biskut testimoni biru cantik.  mula-mula nak pilih hijau epal tapi tak jadi ambik.

mula menggentel.  Bab paling digemari Hanessa, macam main playdoh hehe ...


susun dalam dulang, saiz dan jarak satu sama lain mesti sama.  Kita akan bakar ia dalam mikrowave.  Semak lagi kaedah membakar.  Ohh sonang jo, pilih menu nombor 13 lepas tu picit kat start.  20 minit je.  Masa ni baru teringat dah lupa nak letak baking powder ...   tawakkal Allallah.

dah masak!  Besar jadinya. Ada pulak yang terselit macam tu ... sapa punya kojo ni?

Bila tengok menjadi, timbul rasa yakin nak habiskan baki tepung jagung tu.  Petang tadi saya adun lagi kali kedua.  Kali ni, bahagian berwarna di ambil sedikit sahaja (suku) berbanding setengah bahagian kali pertama tadi.  Pewarna itu direnjis-renjis sahaja menjadi warna batik dan nampak lebih cantik.  Sekali pandang macam bentuk bumi kita kalau dilihat dari satelit hahaha ...  Kali ni saya tak lupa letakkan setengah sudu baking powder macam dalam resepi tu.  Dan digentel comel-comel aje. 

Hmm rasa-rasanya bolehlah kalau nak jadikan biskut ni biskut raya tahun ni ... dan bolehlah bawak balik ke rumah mertua sebagai ole-ole hihihi ... insyaAllah.  Buat sementara ni, nak fokus buat biskut mudah ni aje walaupun hasrat di hati nak buat memacam lagi biskut mudah lain.  Ohh sukanya hati sebab memang mikrowave tu boleh gak buat bakar biskut.  Jadi tak le ralat sangat cermin oven pecah :)

Oh ya terima kasih kepada pemilik blog myresepi.com.  Saya memang mencari resepi mudah dan saya sukakan resepi ini.  Hurilain dan Hanessa pun enjoy membantu sama.

5 comments:

ArMie said...

on d way balik kampung, singgah sat sini hantar kuih raya tu.... hihihi...

Naqhuhines said...

wah dah buat kuih raya dah Sal? akak baru testing, nx week baru start nak buat. Kata abang, buat cepat2 tak sedap hahaha ... nanti cepat habis gamaknya. Selamat berpuasa n selamat hari raya, Sal.

norehan said...

Comelnya kuih raya tu. saya tak berapa nk rajin lah buat kuih raya ni...makan rajinlah. Tapi nasib baik, adik saya tokey kuih. Dapatlah tempiasnya..hihi

norehan said...

Rajinnya buat kuih raya. Saya tak berapa nak rajin la bab ni. Tapi nasib baik, adik saya tokey kuih. Dptlah tempiasnya...hihi.

Naqhuhines said...

norehan, biskut mudah-mudah tu bolehlah ... nak mengajak anak dara akak dua orang tu ke dapur. Suka betul nampaknya nak membantu hehe ...

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing