Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, June 16, 2011

Soalan tentang Jemaah Tabligh

Assalamualaikum wbt.

Bersama petikan pada paragraf ketiga di PRAKATA buku Fatwa Mufti Kerajaan ini (1994-1995), saya memohon keizinan kepada pihak berkenaan untuk memetik dengan niat menyebar luaskan fatwa berkaitan tajuk yang tersebut (X. TARIQAT; 1. Jemaah Tabligh, muka surat 170), khususnya untuk memberi pengetahuan kepada diri saya sendiri, keluarga saya dan rakan bloggers dengan niat yang baik tanpa sebarang kepentingan yang tersembunyi. 

'Adalah menjadi niat Jabatan Mufti Kerajaan supaya fatwa-fatwa yang difatwakan oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam akan disebarkan seluas yang mungkin hatta melimpasi sempadan negeri.  Saya mempunyai keyakinan bahawa buku ini besar manfaatnya kepada umat Islam kerana di samping memberikan jawapan hukum Islam kepada pertanyaan dan kemusykilan agama, Fatwa Mufti Kerajaan jua mempunyai ciri menyebarkan ilmu pengetahuan Islam yang menjadi latar belakang fatwa yang difatwakan itu.  Dengan ciri yang demikian, umat Islam akan menghayati hukum dan doktrin Islam yang disampaikan dalam buku ini dengan lebih mendalam.'

Soalan 1:

Dengan hormat dimaklumkan bahawa Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam telah menerima satu laporan penyiasatan sulit kegiatan Jemaah Tabligh di Negara Brunei Darussalam daripada Nahagian Penyiasatan dan Pendakwaan Jabatan Hal Ehwal Syara'iah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Di dalam laporan berkenaan telah dinyatakan beberapa perkara yang berhubung dengan Jemaah Tabligh iaitu dari segi sejarah kedudukan dan perkembangannya, organisasi pentadbirannya, prinsip, amalan, tujuan dan pandangan-pandangan daripada institusi-institusi keagamaan, masyarakat dan pengikut-pengikutnya.

Oleh yang demikian, bagi maksud tersebut di atas, dipohonkan fatwa mengenai kegiatan jemaah tersebut khususnya di Negara Brunei Darussalam pada kadar yang segera mengenainya.


No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing