Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, June 6, 2011

Pinjam buku lagi

Kami; saya, Hidayat dan Hanessa menuju ke Perpustakaan Pandan.  Novel Rengsa sudah limpas tiga hari, yang dipinjam oleh Hurilain dua minggu lepas.  Hari ini mesti dipulangkan.

Dari jauh, kelihatan ruang parkir dipenuhi dengan kenderaan.  Amat jarang begitu.  Ada apa-apa ke ...?

Hmm ... rupa-rupanya bengkel bersama pelukis untuk pelajar rendah dan menengah sedang berjalan, mungkin slot untuk mengisi cuti yang akan bermula esok, Selasa, 7 Jun 2011.  Saya berbasa basi dengan dua staf Perpustakaan Seria yang ada di sini.  Bapa Adibah pun ada, sedang kusyuk memerhatikan pelukis yang sedang memberi pengisian kepada dua baris pelajar menengah.  Murid sekolah rendah di ruang tertutup yang lain.  Nampaknya Hidayat tidak dapat menggunakan komputer untuk bermain games, kerana bengkel remaja ini betul-betul di ruang itu.  Kasihan, tetapi dia sanggup pula menunggu.

Saya mengajak Hanessa naik ke tingkat atas, dengan izin pengawal yang memberi kebenaran sementara untuk dia mengikut saya.  Kanak-kanak tidak dibenarkan berada di ruang atas pada hari biasa.  Meja-meja yang tersusun sudah tiada.  Mujur ketemu sebuah meja di ruang bacaan terhad, berhampiran dengan tempat plug.  Sebelum itu, mata mula meliar memerhatikan deretan novel yang tebal-tebal sambil hati bertanya, 'Novel???'

Kemudian hati menjawab sendiri, 'Hmm ... taklah.'  Saya teringat novel Faisal Tehrani, Manikam Kalbu yang tak sudah-sudah lagi membacanya dan sudah tiga kali memperbaharui tarikh pemulangan.  Apabila umur beransur meningkat, keupayaan untuk duduk dan fokus menghabisi bacaan sebegini semakin berkurangan nampaknya.  Pelbagai perkara lain turut memberi kesan; patchwork, perkara yang difikirkan, kecenderungan, minat, rutin, prinsip baru ... antaranya.  Mungkin juga sudah semakin matang dan tidak lagi kebudak-budakan.  Mungkin juga merasakan sudah banyak masa dibazirkan, dan bimbang terus menjadi pembazir masa, dan terus di dalam kebimbangan; "Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian."  Ohh ...

Teringat pula ketika terserempak dengan novel Manikam Kalbu, hati berasa girang.  Begitu ramai yang memuji-muji novel ini.  Saya tidak mencarinya pun.  Kerana itu apabila terpandang, saya terus menyambarnya.  Dan memang ia novel yang menarik.  Plot yang kemas dan pembaca sentiasa diberitahu dengan pelbagai maklumat mengenai jenis-jenis kain dan jahitan dengan teliti menunjukkan ia 'homework' yang diselesaikan dengan cemerlang.  Kalau tak, takkan dapat tempat pertama!

Mula la saya banding-bandingkan dengan novelku sendiri yang sedang digarap dari cerpenku itu... ohh!

Hmm ... perkara biasa apabila kita bersikap begini.  Ia berlaku secara spontan.  Dari situ bolehlah sama ada hendak mengambil sikap untuk membaiki kekurangan, meningkatkan azam, atau sebaliknya membiarkan rasa putus asa dan rendah diri yang memang mencari peluang mengambil ruang. 

Eh, sebenarnya bukan ini yang mahu dicoretkan.  Sebenarnya, selepas menjeling-jeling rak novel, mata saya terpandang rak lain pula yang serta-merta membuatkan hati saya bersuara lagi, 'Nah, inilah bukunya.  Tepat sekali!'

Satu-persatu tangan saya mencapai sehingga 9 buah semuanya dimulai dengan ;
1.  50 Hadis Tentang Jilbab ~ Penyusun Rasyidah Rahman (Jasmin Enterprise, 2005).
2.  Keajaiban Surah Al-Ikhlas ~ Terjemahan Zayuki bin Mohamed (Jasmin Enterprise, 2003)
3.  Tafsir Surah Yasin Jantung Hari Al-Quran ~ Ahmad Sonhadji Mohamad ( Pustaka Al-Mizan; 1988)
4.  17 Sikap Yang Menghalang Keberkatan Rezeki ~ Abu Aziz Al Mishiri, Abu Qistina Al-Madani (Al-Hidayah, 2006)
5.  Sanggahan Atas Kitab Harmagedon Ramalan Nabi SAW Tentang Fitnah Akhir Zaman ~ Muhammad Bayyumi (Jasmin Enterprise, 2005)
6.  Misteri Umur 40 Tahun ~ Ali bin Sa'id bin Da'jam (Terjemahan Edisi Indonesia oleh 'Ainun Najib Azhari Lc) (Pustaka At-Tibyan 2007)
7.  Penampilan dan Personaliti Wanita Solehah ~ Nailah Farafishah, Siti Nur Sakinah (Syarikat Nurulhas; 1996)
8.  Hijab Gaya Hidup Wanita Islam ~ Murtadha Muthahhari (Terjemahan oleh Penerbit Mizan; 1990)
9.  Warkah Untuk Wanita ~ Khalid Sayyid Ali ( Al-Ramadhan; 1994)
10.  Ciri-ciri Wanita Sebagai Bidadari Dunia Nasihat dan Larangan Rasulullah untuk Wanita Solehah Buku 2 ~ Muhammad Abdul Wahhab (Jasmin Enterprise; 2006)

Sepuluh buah buku semuanya, yang sangat menarik minat untuk dibaca.  Tetapi saya berasa tidak mampu untuk membaca semua ini walaupun boleh meminjamnya sekali gus.  Dan saya khuatir untuk tidak meminjamnya, kerana walaupun tidak membaca dengan tekun, saya masih boleh membelek-belek dari kulit ke kulit sekelimbas lalu.  Walau itu bukan cara membaca yang sepatutnya.

Saya mahu meneliti sebentar ... buka ... tengok ... selak ... sepintas lalu ... sekelimbas lalu ... satu persatu ... hmmm...

Saya telah memilih empat buah buku (sesuai dengan kelayakan meminjam satu kad ahli untuk lima buku sahaja; saya sedang meminjam Manikam Kalbu, jadi tidak perlu menggunakan kad anak saya Hurilain) iaitu yang menyentuh tentang jilbab dan wanita solehah.  Bersesuaian dengan fokus saya sekarang untuk mengetahui dalil-dalil tentang hijab dan jilbab, serta memperbaharui maklumat mengenai wanita solehah. 

InsyaAllah, semoga saya dapat menghabisi empat buah buku ini (juga Manikam Kalbu ~ kucing gemuk berekor bengkok dari Madura itu, dan Ziryab yang hmm ... tak pasti sejauh mana ke'macho'an anak muda ni tetapi dia handal juga dalam bergasak dengan pelajar penyangak, bagus bagus ... dan cucu yang penyayang, hmm ... anak muda yang unik dan banyak ciri-ciri positif) dalam tempoh dua minggu ini.  Sebelum 4 Julai semua buku-buku yang dipinjam mesti dipulangkan supaya penjamin kami sebagai bukan warganegara Brunei Darussalam yang ingin memiliki kad keahlian perpustakaan tidak mengalami sebarang kesulitan.  Menghabisinya dan mendapat faedah yang besar darinya.  Semoga Allah memudahkan saya memahami dan mengingati seterusnya dapat saya gunakan untuk mencapai keredhaanNya dalam kehidupan yang sekejap ini.

Salah satu cara untuk mendapatkan ilmu menyuluh jalan.  Menerangi hati, Menghilangkan gusar dan keliru.  Selain dari memperolehi ilmu dari guru. 

Buku-buku yang lain tak jadi dipinjam.

Jam sudah 11.40am.  Teringat minyak kereta tiba-tiba bernyala merah.  Sempat rasanya balik ke Seria untuk isi minyak sedikit, mungkin $5 sahaja untuk naik setakuk.  Masak?  Nasi dah masak,  boleh lawan dengan baki Sup Thursun semalam dan kari daging yang Kak Lang Zai bawa (weyy kak lang, kato ekau nak buek tumpi semalam??? nak cicah kari daging tang istano tu!  Buah melikai tu pun tak berpotong ... den pun lupo nak bagi Alai pokok peppermint tu ... osah la ...)

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing