Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, June 16, 2011

Kartu dan hiburan

Saya sudah mula edarkan kartu yang dibikin bung kepada kawan-kawan.  Kartu itu siap dengan nombor kami berdua untuk dihubungi (valid selepas 4 Julai 2011) dan alamat rumah.  Juga siap dengan alamat blog ini, waduh!

Saya perlu menjelaskan, bahawa blog ini hanyalah blog famili Meon.  Bahkan kebanyakan isinya saya tanggap sebagai caca-marba.  Terkadang luahan hati si penulis (aku le tu!), terkadang kisah anak-anak (yang bikin ribut atau sesuatu yang kufikir agak istimewa untuk mereka sendiri) dan selebihnya tentang famili ini.  Ada juga resepi, sekadar merakamkan kaedah main terjah kot-kot boleh diterjah lain kali (rekod untuk penulis). 

Okey, itu sedikit intro pengenalan blog ini.  Hanya blog biasa sahaja.  Awalnya dipersiapkan untuk merakam kisah anak-anak.  Lama kelamaan isinya semakin berkembang sendiri.  Semua disumbatkan di sini.  Bukan mudah nak handle banyak blog.  Namun sejenak di bumi Brunei ini, saya turut merakamkan pelbagai foto sekitar di blog Brunei Indah Makmur, sekarang masih dalam pembikinan.  InsyaAllah nanti akan dibuka semula kepada sesiapa yang berminat melihat rakaman foto-foto yang kebanyakannya gambar pemandangan.  Sesungguhnya Allah Maha Hebat dalam penciptaanNYA.  Dan Brunei memang indah dan permai.

Ada juga istilah BI.  Walaupun mahu mengangkat tinggi-tinggi daulat Bahasa Melayu.  Tersasul juga (alasan le tu!).  Pokoknya saya menulis kerana saya ingin menulis.  Walaupun terkadang tertanya-tanya juga, apa yang orang nak baca dari sini agaknya. Jika tidak di sini, bloggers masih boleh mendapatkan maklumat yang mereka ingini dari blog-blog yang saya link.  InsyaAllah. 

Oh ya, Jurnal Rindu dan Cinta saya 'sembunyikan' atas sebab tertentu.  Di situ ada link yang saya anggap the best, tetapi buat sementara atas kekangan diri, saya hadkan untuk bung saya aje hehe ...

Tukar topik sedikit. 

Di FB, masturat yang kembali khuruj sudah mula bersiap-siap untuk karkurazi masing-masing di Group Masturat.  Ada sedikit-sedikit yang membicarakannya sepintas lalu.  Ia sudah sangat mengesankan.  Mungkin jika masturat memberi keizinan, boleh saya kongsikan pengalaman mereka itu di sini nanti, insyaAllah.  Semoga kita dapat menyelaminya, walaupun tidak bersama mereka.  Semoga satu ketika nanti, tidak lama lagi, kita akan dapat bersama-sama khuruj untuk hidayat seluruh alam.  Semoga Allah memberi faham kepada diri kita insyaAllah, bahawa usaha ini bukan sesuatu yang percuma (sia-sia).  Tidak cash di sini, Allah pasti sediakan imbalannya di sana nanti, insyaAllah.

Semalam, Kak Hawa hulurkan kepada saya buku fatwa Mufti Brunei.  Pelbagai soalan dan di antaranya adalah tentang status Jemaah Tabligh.  Ia agak panjang, namun insyaAllah saya akan sedaya upaya menyalinnya semula di sini untuk diri sendiri, famili Meon dan rakan taulan yang berkunjung.  Mungkin ada yang masih keliru dan tertanya-tanya.  Separuh-separuh aje, atau lebih kerap dicanangkan dengan maklumat negatif.  Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk menulisnya nanti, dan diharapkan semoga ia menjadi salah satu jalan untuk kita mengerti tentang jemaah ini, insyaAllah.  Allah sahaja yang dapat membuka pintu hati kita untuk memahami, di ketika kita berada dalam zaman akhir yang penuh dengan fitnah dan kekeliruan ini.  Hanya Allah Taala sahaja yang dapat memberi petunjuk dan memimpin kita ke jalanNYA yang benar.

Semoga kita termasuk golongan yang diberikan petunjuk dan pimpinan Allah itu.  Ameen.

Dalam pada itu, terasa hairan dan terusik juga hati tatkala membaca posting 'masyarakat' FB.  Dah namanya masyarakat.  Pelbagai sikap dan latar belakang yang ada.  Bak kata orang, lahir dari satu perut pun lain-lain perangai.  Inikan pula dari lain-lain perut.  Namun umumnya, orang kita masih leka dan suka dilekakan oleh hiburan.  Bahkan ia memang dicari dan disengajakan.  Hmm ... saya cerita sikit tentang diri saya tang bab ni, agar jangan saya menjadi prejudis. 

Semasa remaja, saya adalah penonton tv yang tegar.  Sebagai orang yang selalu harus bersendirian, itulah hiburan saya.  Tak miss cerita bersiri, antaranya Kaoru (cantik sungguh perempuan ini tetapi kasihan andai benar dia membunuh diri), Marina (kisah wanita bersuami lelaki misteri), Apes (tak ingat tajuk penuh tapi betul-betul bikin aku tensen bila akhir cerita rupa-rupanya manusia pulak jadi beruk, ohhh tidakkkkk!!!).  Cukuplah contoh-contoh tu.  Oshin tak tonton pulak, tak tau mengapa.  Zaman budak-budak biasalah kalau cerita Combat.  Kalau raya, Donny and Marie Osmond di pagi raya. 

Bebas menonton.  Tapi lama kelamaan terutama selepas tonton cerita beruk tu, saya terfikir ... apa faedahnya menonton tv?  Bikin pening aje ada ...  Lepas itu, saya cari buku tentang buruk baik menonton tv.  Ada ... saya jumpa.  Ada yang mengatakan itulah dajal, kerana ia satu aje bak mata dajal yang sebelah itu (tapi sekarang ni kekadang dalam satu rumah ada dua tiga tv!).  Selain itu, dikatakan pihak tertentu menyalurkan maklumat rahsia ke otak penonton melalui pancaran sinar tv.  Ia memberi pengaruh kepada minda bawah sedar penonton untuk menyetujui dan mematuhi kehendak mereka, khususnya untuk menghilangkan jati diri dan menporak-perandakan keyakinan penganut Islam.  Lain-lain, pokoknya atau kesimpulannya, memang untuk menghiburkan dan melalaikan dari tujuan hidup kita yang sebenar.  Mungkin ada bloggers yang boleh mengembangkan lagi isu ini dengan lebih baik, dialu-alukan.  Saya menulis main ingat-ingat aje ni.

Terkini, bukan tak diketahui ... semakin banyak hiburan dan mencari bakat sehingga ke anak-anak kecil yang masih bersih, sudah didedahkan dengan nyanyian, dijunjung sebagai penghibur berbakat.  Diberikan imbalan yang lumayan dan ada peminat yang ramai.  Lawak jenaka ... yang membuatkan ramai orang tertawa.  Seboleh mungkin saya kawal anak-anak daripada menonton hiburan seperti ini.  Ada hal lain yang lebih afdal untuk kita alihkan tumpuan daripada gelak ketawa di hadapan kaca tv.  Gelak ketawa itu hanya keriangan sementara sahaja.  Sesudah hilang gelak, hati yang kosong akan sepi semula. 


Okehlah, ni satu tajuk banyak cerita.  Saya berundur dahulu.  InsyaAllah bersambung lagi.  Ya Allah, selamatkan kami semua, ahli keluargaku, diriku, suami dan anak-anakku,  dari fitnah akhir zaman dan dajal.  Jangan biarkan kami tertawa di dunia ini, untuk menangis di akhirat nanti.  Biarlah kami menangis di sini, untuk bergembira di sana dengan beroleh keredhaan dan keampunanMU.  Selamatkanlah kami dari hiburan yang melalaikan.  Tunjukilah kami jalan yang benar itu, dan pimpinlah kami untuk mengikutnya bersama-sama mereka yang Engkau tunjuki.  Ameen ya Rabbal Alameen.




No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing