Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, June 2, 2011

Catatan Mei 2011

Catatan Mei 2011

abah ~ banyak perkara difikirkan, tapi alhamdulillah rambut masih lebat belum ada tanda-tanda akan botak hihi ... Kuat daya mental dan gerak hati, tapi apa-apa pun mesti bergantung kepada Allah Subhanahu wa Taala untuk pilihan terbaik. InsyaAllah.
Muhammad Naqib ~ sama-sama kita tingkatkan mujahadah. Tinggal di madrasah tak bermakna akan selamat dari duri dunia yang tak henti mengait-ngait agar terjerumus ke dalam fitnahnya. Apa hukuman untuk dia ni? Kalau ustaz tau, isk ...
Amirah Huril'Ain ~ macam glamor je pulak. Alhamdulillah sebab kata cikgu ada bakat kepimpinan yang semakin menyerlah. Sudah ikut kursus dua hari Majlis Pelajar. Hanya dua junior yang terpilih jadi MP termasuk dia. Semoga Allah memelihara kamu selalu dan paling lewat tahun depan masuk madrasah. 'Paling lewat'? Ya, paling cepat tengah tahun ni, insyaAllah. Mohon doa semua.
Muhammad Hidayatullah ~ aduh! anak ini masih diselubungi iri kepada kakak. Rebutan tak ketara tapi memang ditunjuk-tunjuknya rasa marah dengan airmata dan wajah mencuka. Isunya cuma nak duduk makan sebelah mama, dan orang pertama bersalam dengan mama usai solat. Abih camano? Ikut jadual duduk seat depan dalam kereta pun tak jalan juga. Hmm ... kasih yang dicampakkan oleh Allah, semoga berkekalan.
Amirah Nurhanessa ~ Semakin lancar membaca. Alhamdulillah. Tapi makin jarang solat bersama sebab asyik dengan game dalam telefon Naqib yang diambil abah. Kata abah, game tu memang mencabar minda dan abah tak kisah. Sesekali solat juga dengan pujukan. "Adik, tahun depan dah 7 tahun, mesti sembahyang tau!" Dia angguk tapi mata masih lekat kat telefon.
Saya? Rasa melayang dah tiada. Buat air kunyit tapi tak letak daun sirih dah. Cuma diserang ngantuk menggila lepas Maghrib. Kena adjust time untuk diri. Masih asyik dengan patchwork quilt. Sedih ... Brunei yang makmur akan ditinggalkan jua.
Ya Allah, tetapkanlah kami dalam ugamaMu. Kami selalu lalai dan leka, maka kami mohon keampunanMu, ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tidak ada tempat lain lagi untuk kami kembali, melainkan ke sisiMu juga. Terimalah kami dan bersihkanlah kami selalu, oh Tuhanku.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing