Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, June 10, 2011

Beli souvenir di Kuala Belait

Sibuk bawa mak abah ke hulu ke hilir.  Hmm ... cuma ke Kuala Belait aje buat sehari dua ni.  Pekan itu pun tenang aje, macam Seria juga.  Saya cuma ada ke Perpustakaan Belait sekali, Hospital Suri Seri Begawan beberapa kali dan ke pejabat daerah Kuala Belait untuk urusan kad pengenalan beberapa kali.  Selebihnya baru semalam dan hari ini saya meredah sebahagian kecil pekan Belait untuk menemani mak melihat-lihat kain dan membeli beberapa souvenir untuk dibawa pulang, antaranya beberapa t-shirt berlogo perkataan Brunei Darusalam, pena dan key chain dengan harga berpatutan.

Malam semalam, kami makan malam bersama Puan Yasmin, satu-satunya staf wanita rumpun Melayu (Indonesia) untuk berkenal mesra dengan mak.  Semasa buat makan-makan tiga minggu lepas, dia turut datang tetapi tidak dapat melayaninya kerana ada tetamu lain (kenalan baru ~ Hajah Joy dari Tutong).  Ketika mahu pulang selepas bergambar kenang-kenangan, saya hulurkan sehelai tudung hitam dan blouse berwarna brown, manakala novelnya yang saya ingin kembalikan (belum habis baca) pula dihadiahkan semula kepada saya.  Terima kasih Yasmin.  Semoga kita ketemu lagi insyaAllah.

Malam tadi, kami makan bersama Yogesh dan isterinya dengan hidangan kari ayam sebagai menu utama.  Hidangan sederhana sahaja.  Tetapi mereka tertanya-tanya jenama kari yang digunakan, hmm ... mungkin rasa kari lain dari kari yang mereka gunakan.  Maka sayapun dengan ramahnya mengeluarkan peket kari dari dalam almari.  Usai makan, untuk merancakkan lagi perbualan dan mengurangkan rasa kekok, saya tunjukkan pula patchwork yang sedang dalam bikinan.  Juga keluarkan baju dari kain sari yang dihadiahkan kepada saya semasa Yogesh pulang untuk berkahwin hujung tahun lepas.  Hashmi, isteri Yogesh kelihatan semakin seronok.  Katanya dia mengikuti kursus pendek untuk sulaman dan menjahit manik.  Akhir sekali kami bergambar bersama-sama. 

Sebelum mereka pulang, saya memikirkan apa yang boleh saya berikan sebagai hadiah kenang-kenangan untuk Hashmi.    Menghilangkan diri di dalam bilik sebentar, saya termenung seketika di hadapan almari pakaian.  Janggal rasanya nak beri baju kurung.  Pilihan juga tidak banyak.  Buka tempat simpanan tudung, juga rasa tak kena.  Saya jenguk almari Hurilain ... selak sana selak sini.  Apa ya?  Hmm tiba-tiba terpegang sehelai shawla lembut berwarna hitam.  Di kedua-dua hujung shwla hitam ada rambu-rambu dan manik kuning keemasan.  Sudah tentu ini sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada Hashmi. 

Shawla itu saya lipat elok dan letak di dalam beg kecil berwarna biru, dan saya hulurkan kepadanya.  Senyum Hashmi melebar, rupanya dia baru sahaja meminta suaminya mendapatkan sehelai skaf kecil untuk dirinya pada hari semalamnya. 

Walau bagaimanapun memberi sekadar yang termampu.  Namun saya gembira kerana dapat memberi sesuatu sebagai kenang-kenangan dan mereka turut gembira menerimanya.  Apa yang penting adalah keikhlasan.  Tambahan pula saya menjangkakan mungkin orang-orang ini; Yasmin, Yogesh dan isteri, Meliana, Siti Mutfainnah ... antara orang-orang yang sulit bertemu lagi.  Wallahu'alam.

Tak pula sama perasaan saya terhadap kenalan senegara; khususnya rakan sepengajian di rumah Kak Tie. Sama-sama warganegara Malaysia, saya merasa optimis untuk menyusuli pertemuan selepas ini.  Kami pernah menjejaki rakan-rakan lama di kampung mereka.  Alhamdulillah silaturrahim berpanjangan walaupun tidak seerat seperti ketika menjadi perantau di sini.  Demikian diharapkan semoga ukhwah yang telah terjalin di sini akan berterusan sampai bila-bila walau dimana berada, insyaAllah. 

Alhamdulillah, sehari dua ini mak abah nampak ceria dan berpuashati dengan suasana di sini.  Cuma abah harus lebih berhati-hati bergerak, mengimbangi kakinya yang masih ada rasa bisa.  Bertemu cucu-cucu yang jadi mengada-ngada dari hari-hari biasa; tidur malam pun kat celah ketiak wan. 

Semoga perjalanan seterusnya sentiasa dalam perlindungan Allah dan beroleh pandangan rahmatNYA, ameen.

Terima kasih buat kak Hawa dan suami, serta Hajah Joy dan keluarga yang telah sudi menjemput kami sekeluarga datang ke rumah bersekali untuk meraikan mak dan abah.  Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah di atas segala limpah kurniaNYA.  Ya Allah, pimpinlah kami semua untuk tetap di atas jalanMU; jalan menuju keredhaan dan kejayaan dunia dan akhirat.  InsyaAllah.





No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing