Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, June 19, 2011

Beberapa Pandangan Tentang Jemaah Tabligh

Sambungan ii.

Beberapa Pandangan Tentang Jemaah Tabligh

Yang agak menarik perhatian ialah beberapa pandangan daripada institusi-institusi keagamaan.  Pandangan-pandangan itu kelihatannya berbeza-beza pada isi dan pendekatannya.  Ada yang mensifatkan ajaran Tabligh itu serupa dengan ajaran Gautama Budha dari India kerana pendakwah-pendakwahnya gemar berdakwah secara mengembara dari rumah ke rumah dan kampung ke kampung menyerupai cara Budha menjalankan dakwahnya.

Bagaimanapun ini adalah satu pendapat.  Ia hanya semata-mata pendapat.  Apabila ada satu pendapat, maka pendapat lain juga mungkin ada banyak lagi.  Di antara pendapat-pendapat itu, misalnya ialah jawapan kepada pendapat tadi, bahawa tidaklah tepat menyamakan Jemaah Tabligh dengan gerakan Budha hanya kerana Jemaah ini menggalakkan dakwah bergerak.  Adalah dakwah dan tabligh itu memanglah biasanya bergerak, bukan tahan-tahan.  Bukankah pengembang-pengembang Islam dari dahulu kala lagi adalah pengembara-pengembara yang berjalan jauh?  Jika tidak, masakan Islam boleh sampai ke China, sampai ke India, ke Afrika, ke Eropah dan juga hatta kepada kita sendiri?

Dikatakan juga kebangkitan dakwah Tabligh berlaku setelah gagalnya kegiatan Qadiani.  Kalau ini benar, juga tidak ada negatifnya.  Qadiani telah disifatkan oleh sejarah dan sarjana-sarjana Islam sebagai tajaan penjajah untuk melemahkan kebangkitan Islam dan umat Islam di India, supaya pecah tidak dapat melawan penjajah itu.  Qadiani membuang jihad dalam apa pun bentuknya, sedangkan gerakan Tabligh ini bergerak dilingkungan majoriti Budha/Hidnu, yang tentunya mestilah menguntungkan Islam.

Seorang ulama Arab Saudi yang masyhur masa ini, Al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, iaitu pakar penyelidik ilmiah, fatwa dan dakwah dalam kenyataannya kerana menjawab pertanyaan yang dikemukakan kepadanya tentang Jemaah Tabligh ini, telah berkata antara lain:

“Pendapat orang adalah berbeza, ada yang memuji ada yang mengeji.  Tetapi kami telah mengenal pasti mengenai mereka itu dari saudara-saudara kita yang boleh dipercayai dari ahli Najd dan dari mereka yang sentiasa bersahabat dengan mereka yang bermusafir ke India dan Pakistan.  Ahli Najd dan mereka yang mengikuti bersamanya tidak pernah menyebut bahawa kegiatan yang dijalankan oleh dakwah Tabligh bertentangan dengan syara’ ... dan mereka telah melihat ramai dari mereka yang mengikut Jemaah Tabligh itu keadaannya bertambah baik sama ada dari segi amalan agamanya, akhlak dan bekerj akeras untuk memenuhi keperluan akhirat.  Dengan itu saya berpendapat tidak ada apa-apa halangan keluar dengan bersama-sama mereka berdakwah di jalan Allah, bahkan seharusnya bagi ahli-ahli ilmu, ahli-ahli aqidah dan cerdik pandai sepatutnya turut serta bersama-sama mereka dan membantu mereka memenuhi kekurangan yang didapati pada mereka.  Bersama-sama surat ini disertakan sebuah kitab yang dikarang oleh Al-Syeikh Muhammad bin Ibrahim Al-Syeikh yang memuji Jemaah Tabligh dan memberi galakan kepada alim ulama dan cerdik pandai Islam menolong memberi sokongan terhadap kerja-kerja dakwah yang dijalankan oleh Jemaah Tabligh dan jangan menghalang mereka.  Tugas pendakwah itu ialah memberi ingatan, galakan ke arah membaiki aqidah dan berpegang dengan Al-Qur’an dan Sunnah dan memberi amaran terhadap kerja-kerja bid’ah dan khurafat dan hingga kahir perkara tersebut dalam kitab itu, dan saya sertakan bersama ini satu lapopran yang ditulis oleh saudara-saudara yang kita boleh percayai iaitu Al-Syeikh Mohd. Amin bin Ali, Dekan Fakulti Hadits dan Pengajaran Islam di Jami’ah Islamiyyah, Madinah Al-Munawwarah. 

Laporan ini ditulis oleh Al-Syeikh ini, apabila beliau bersama Al-Syeikh Abdul Kadir Murad yang telah dihantar oleh Jami’ah Islamiyah untuk menghadiri Muktamar Tahunan di Pakistan.  Ringkasan laporan itu ialah beliau memuji usaha Jemaah Tabligh dan kerja-kerja Dakwah mereka serta menyeru supaya turut serta dalam kerja dakwah itu dan sentiasa mengikut perjumpaan dan sentiasa mengadakan hubungan dengan mereka.

Saya berdoa semoga kita semua mendapat keredhaan Allah dan kejayaan.  Semoga mendapat manfaat dari usaha mereka itu sesungguhnya Allah itu Maha mendengar dan sentiasa berada di sisi kita.”  Tamat katanya.

Berbangkit dari kenyataan dan fatwa Al-Syeikh Abdul Aziz bin Baz ini, ada pihak yang mengulas seolah-olah fatwa itu tidak boleh diterima kerana Al-Syeikh Abdul Aziz adalah pendukung pergerakan Wahabi.  Pergerakan Wahabi memang tidak cocok dengan amalan orang-orang Melayu.  Banyak amalan yang diamalkan oleh orang-orang Melayu ditentang oleh pergerakan Wahabi, seperti amalan berwirid dan berzikir selepas sembahyang, amalan bertalqin di atas kubur dan lain-lain, sehingga pergerakan Wahabi mengatakan amalan-amalan itu syirik atau khurafat menyalahi syara’.  Tamat kata pengulas itu.

Pendapat kita, kenyataan dan fatwa Al-Syeikh Abdul Aziz itu adalah bebas, tidak dikongkong oleh aliran Wahabiah atau berdasarkan pendirian orang-orang Wahabi.  Perkara ini secara tidak disedari turut dibenarkan sendiri oleh pengulas apabila dia menyebut orang-orang Wahabi itu menentang amalan-amalan seperti berwirid dan bertalqin dan lain-lain.  Kalau benar Al-Syeikh Abdul Aziz menjawab bersandarkan fahaman Wahabiah yang menentang wirid dan zikir, tentulah dia tidak seterbuka dan sekuat itu menyatakan persetujuan dan sokongan dengan pergerakan Jemaah Tabligh itu, kerana di antara perkara-perkara yang sangat dihayati menjadi amalan Jemaah Tabligh itu ialah ibadat dan zikir-zikir sunat dan doa-doa.  Mereka menganjurkan ini pagi dan petang.

Bersambung iii ~ Cahaya Islam Memancar Daripada Jemaah.


1 comment:

SALAHUDDIN said...

assalamualaikum

catatan ini baik, tetapi ada beberapa yang perlu diperbaiki,

Dikatakan juga kebangkitan dakwah Tabligh berlaku setelah gagalnya kegiatan Qadiani.

>>>Qadiani tidak gagal malah sehingga sekarang terus menerus berkembang.

Qadiani telah disifatkan oleh sejarah dan sarjana-sarjana Islam sebagai tajaan penjajah untuk melemahkan kebangkitan Islam dan umat Islam di India, supaya pecah tidak dapat melawan penjajah itu. Qadiani membuang jihad dalam apa pun bentuknya,

>>ini jelas sama sekali fitnah.

barahinahmadi.blogspot.com

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing