Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, June 1, 2011

Apahal ha?

'Apahal la akak tu ha ...' tanya mamat sesama sendiri sambil tunggu makanan yang ditempah.

'Apahal la mamat-mamat tu ha ...' fikir kakak @ makcik  tu yang terperasan macam kena pandang-pandang.  (Untuk pengetahuan yang belum tahu, kakak @ makcik pakai abaya hitam bertudung agak labuh separuh badan.  Dia sedang menemani seorang budak lelaki memilih CD di deretan beratus CD di kedai menjual CD, dengan bosannya.

Tiba-tiba kakak @ makcik teringat nak cari Laskar Pelangi atau Sang Pemimpi yang pernah dia dengar sekelimbas lalu, atau baca sekelimbas lalu entah di mana-mana.  Dah lama tapi selama itu dia kurang endahkan.

'Apa salahnya cer cari jap.  Kot ada bagus jugak.'  tapi dia tak teringin langsung nak cari Nur Kasih dan yang sewaktu dengannya pula.  Dengar kak Hudziah kata, 'macam hampeh ...' Entah apa yang hampeh ntah ...  Kesian hehehe ...

Belek-belek ... macam-macam gambar hantu jerangkong pocong pontianak bertaring rambut serabai yang ada.  Huh!  Macam-macam lagi ... Huh!  Tapi tak ada pun CD yang bertajuk Laskar Pelangi atau Sang Pemimpi.  Budak Cina tu pun geleng-geleng kepala, 'tak tau!'.  Macam pelik aje dia dengar tajuknya, apara ...

'Cepat cepat, cari lagi dua CD nak cukupkan lima ni.'  Ada seorang lelaki botak bagi arahan.  Untuk lima keping seterusnya.  Dah sepuluh la ni!  Huh!

Tadi macam ada cerita bagus je ... ntah la ... tapi macam boring ... tapi takkan nak bagi dorang tu cerita ntah hapa-hapa tembak-tembak atau kartun pempuan duyung atau cerita omputih tu ...  aku pun nak gak!  Hah ni ada tajuk macam baik je ~ Kun Fayakuun dan Dalam Mihrab Cinta.  Rembat aje la, tengok tak tengok nombor dua.

'Akak tu ambik CD gak la!'  Mamat-mamat tu pandang kakak @ makcik tu yang sedang hulur CD kepada lelaki yang botak kepalanya.  Macam bouncer aje lagaknya.

*Aku = Saya*
Aku tengok dah Kun Fayakuun dan Dalam Mihrab Cinta tu petang ni tadi kat laptop siap pasang headphone Ovleng kat kepala.  KF tu tentang konsep rezeki, memang sesuai ditonton oleh orang bisnes.  Apa-apa minta kat Allah.  Banyak bersabar dalam hidup ni.  Cuma pelakon isteri (dan teman-temannya yang mengajak ke pasar) masih nampak batang leher yang jenjang.  Peluk-peluk atau adegan tidur atas katil bawah selimut tak ada. 

DMC pulak tentang konsep u-turn.  Semua orang melakukan kesilapan.  Terkadang begitu punya teruk, dan tanggapan ramai boleh menjadi mimpi buruk biarpun seseorang cuba mengelakkannya.  Tapi cerita ni aku kurang seronok bila tengok masyarakat pesantren mengerjakan 'si pesalah' tanpa usul,  argh nak jadi cerita la tu.  Lagi satu sama macam KCB, ada eksiden yang memudahkan jalan cerita.  (Lalu aku terfikir nak cuba bagi eksiden kat dalam novel aku ... argh bercakap tentang novel betul-betul bikin aku gabra saat dan ketika ini huh!)  Allah bisa memberi petunjuk dengan cara terbaik, sehingga seseorang yang tersasar bisa kembali ke jalanNYA. 

Dalam diam rupanya sudah ada lima koleksi aku ... Perempuan berkerudung hitam (tapi nak sorok terus hilang ntah kat mana, sebab tak mo bagi Hurilain tengok adegan yang tak sesuai dengan dia dan tak sesuai dengan tajuk cerita pun, di luar dugaan apabila menontonnya!), KCB, KF dan DMC, eh empat aje la.  Terbaca komen tentang cerita Indonesia yang jauh lebih bererti daripada sebarang cerita tempatan ... hmm ... saya err aku fikir bila dah tonton KF dan DMC ni memang ada bezanya.  Ada sesuatu yang mengesankan boleh difikirkan selesai menonton.  Tak perlu mencemuh pun.  Tak ada jerit pekik, tekanan suara meninggi yang membuatkan kepala jadi berdengung, atau tangisan merana dukacita yang melampau-lampau. 


Macam biasa ... kasihan kasihan kasihan.
Kasihan Malaysia untuk hampir segenap hal.  
Kasihan aku berkali-kali sebab ... aku adalah rakyat Malaysia.  Tak mo cakap banyak, cuma aku cukup hairan sapa yang dah daftarkan nama aku sebagai pengundi ... walhal ... bila pulak aku pergi mendaftar agaknya?  Ntahla, dah lupa ...

 

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing